Negarawan

Negarawan

Monday 31 March 2014

LETUPAN BESAR BERLAKU DI UK !


Tuanku Raja Muda Perak sewaktu membuka sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam antara lain bertitah bahawa peristiwa MH370 yang menimpa kita dan sehingga kini masih belum terungkai telah menjadi sejarah besar apabila ia adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dan ia menjadikannya sesuatu yang tiada apa apa boleh diikuti sebagai panduan. 

Demikian Tuanku mengajak rakyat Perak untuk sama sama berkongsi kesedihan, simpati dan doa. Tuanku menghargai usaha Kerajaan dalam usaha mencari dan menyelamat serta membantu kaum keluarga yang tinggal.

Payung kita mengerti dan memahami, rakyat juga sama sama merasai. Saya dapat melihat seakan akan cara kita menghadapi krisis MH370  ini sangat berwarna warni.
Kerajaan dan rakyat terbanyak di satu sudut manakala pembangkang dan juak juak mereka di satu sudut yang lain.
Pembangkang seakan akan didokong oleh media antarabangsa yang agaknya memang menunggu masa untuk menggodam negara kita. Tak tahu apa faktornya.
Benar, bertali arus berita yang jika dihayati amat mengecewakan. Rekaan dan fantasi penulisnya merosakkan imej negara.

Tetapi itu di peringkat awal krisis. Sekarang ( sejak beberapa hari ) media antarabangsa mula melihat sisi sisi lain daripada peristiwa ini. Dan yang paling banyak diperkatakan ialah Pemangku Menteri Pengangkutan, DS Hishamuddin Tun Hussein.

Baca Di Sini ...

Saya juga agak hairan. Hishamuddin yang kita dengar, kita baca dan Hishamuddin yang sekarang kita depani amat jauh berbeza. Hishamuddin mengepalai gerakan antarabangsa merungkai misteri yang membabitkan 239 nyawa dari pelbagai negara.

Hishamuddin berdepan dengan kaum keluarga yang emosi mereka sangat berbaur.Sedih, marah,benci dan berharap. Hishamuddin saban hari menghadapi wartawan dalam dan luar negara yang ingin tahu, bersimpati dan ingin menjatuhkan.
Hishamuddin tidak balik ke rumah selama lebih tiga minggu. Kadang kala tidak sempat bercukur sehingga tunggul tunggul janggutnya kelihatan jelas.

Beberapa akhbar termasyhur dunia termasuk yang saya rujuk ( di atas )akhirnya terpaksa mengiktiraf dan menghargai keupayaan Hishamuddin. Saya katakan 'letupan' kerana tidak mudah The Times mengiktiraf orang ' bukan dari kalangan mereka' mampu melakukan sesuatu yang sebegitu besar.

Saya dengar seluruh dunia sedang memperkatakan Hishamuddin. Tenang dan wibawanya. Seluruh dunia sedang memerhati Hishamuddin menjawab soalan wartawan dan beberapa kali  mematahkan soalan soalan sinis yang mahu memerangkap.
Saya tumpang berasa bangga. Sewaktu bercakap bersama teman teman, berkongsi sedih resah kaum keluarga anak kapal dan penumpang MH370, sentiasa terselit walau sedikit harapan kepada Hishamuddin untuk kemudiannya menggunakan segala kekuatan yang ada untuk memimpin negara bangsa.

30 comments:

  1. Saya mengikuti Titah Baginda dalam DUN semalam. Baginda sebak sewaktu mengulas MH370. Apapun tahniah Hisham.

    ReplyDelete
  2. Dunia mula iktiraf kemampuan anak Melayu. Selain pakar pakar yang diundang memperkatakan MH370, yang paling menonjol dan disegani ialah Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Aku askar, aku bangga dengan Menteri aku.

    ReplyDelete
  3. Ada media luar dah kata DS Hishamuddin bakal PM . Ini yang Pakatan ngamukkera tu. Jangka mereka UMNO tak ada pelapis..

    ReplyDelete
  4. Aku respek org kerja betul. Sesiapapun

    ReplyDelete
  5. CNN yang byk buat cerita buruk. Tau kenapa?Sebab depa dpt maklumat dari Nuar jubo

    ReplyDelete
  6. Mana mana mediapun asalkan dari Blok Yahudi perlukan tapisan. Kadang kadang perangkap mereka kita tak sedar

    ReplyDelete
  7. Memang meletop lah Hishamuddin. Blog pembangkangpun dah start balun dia. Dah hangat dia orang sebab nampak rakyat tengah syok dengan Hishamuddin

    ReplyDelete
  8. MH370 jadi sejarah sedih negara kita. Aku harap biarlah Hishamuddin jadi sejarah baiklah .

    ReplyDelete
  9. Setiap orang akan mati. Cuma masa saja. Sebab itu apa yang buat mesti ingat mat

    ReplyDelete
  10. Saya sangat terganggu dengan sikap orang kita sendiri. Masa kerajaan berusha untuk mencari dan menyelamat mereka sibuk cari kelemahan.

    ReplyDelete
  11. La ni dunia dah tau dah kita punya kemampuan.

    ReplyDelete
  12. Semain terserlah kemampuan Hishamuddin semakin gila Pakatan nak menjatuhkannya. Pelik..pelik..

    ReplyDelete
  13. Beza matang tak matang. Tuanku lahirkan dukacita, simpati. Pembangkang cari salah cari silap!

    ReplyDelete
  14. Ari ni nama DS Hisham disebut dalam DUN Perak. Wakil BN hargai kerja kuat beliau.

    ReplyDelete
  15. Walau apapun perbincangannya kita terus berdoa, mohon pertolongan Allah

    ReplyDelete
  16. Ada ungkapan Hishamuddin yang melekat kat hati aku " Saya nampak harapan dalam mata keluarga yang menunggu. Ini memberikan saya kekuatan ". Alhamdulillah, dia bekerja demi rakyat.

    ReplyDelete
  17. Semakin kuat sokongan terhadap Hisham dari seluruh dunia...pembangkang da goyang la tu

    ReplyDelete
  18. Politik pembangkang Malaysia, politik dendam. Bohonglah kata mereka berjuang untuk rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah jawapan yg tersangat benar, "POLITIK DENDAM" maupun dlm dap..pas apalagi pkr..yg pertama paling teruk.

      Delete
  19. Ermmm....bila makin byk pihak luar iktiraf Hisham, makin kencang pembangkang nk jatuhkan dia..

    ReplyDelete
  20. Rakyat Malaysia x kan biarkan Hisham berjuang sendirian... kami sentiasa bersama!

    ReplyDelete
  21. Selain usaha, doa juga jgn lupa...marilah kita terus berdoa agar masalah ni selesai segera dgn aman...moga Hisham terus diberi kekuatan utk berjuang

    ReplyDelete
  22. Saya menurut titah Tuanku... akan saya sentiasa mendoakan yg baik utk kes ini & memberi sokongan kpd pemimpin saya...

    ReplyDelete
  23. Betul2 ...skrg ni byk dgr ura2 kat a Hisham bakal PM :D

    ReplyDelete
  24. Hisham seorg pemimpin Melayu yg patut dibanggakan

    ReplyDelete
  25. Tp masalahnya kt negara kita ade balun gila.. bukan die peduli pun titah Raja ke ape ke.. dok sibuk nk hentam Hisham & kerajaan jugak x abis2

    ReplyDelete
  26. Pengiktirafan bukan saja pada Hisham tp seluruh pasukan SAR yg terlibat

    ReplyDelete
  27. Pemimpim kita perlu lebih tegas dengan puak pembangkang

    ReplyDelete
  28. Aduhai kwn2ku... omputeh x akan puji melangit kat org melayu kalau xdak sebab daaa...
    Korang x kan x paham2 klau omputeh puji melebih2... ada makna tu... tut tut tut.........
    Kalau USA berpatah arang berkerat rotan dengan DSAI, agak2 korang lha.. sape puppet baru dia nak naikkan??? Bley korang faham x? hehehe... pendapat aq sahaja.. jgn marah... tapi tunggguuu dan lihat!

    ReplyDelete
  29. Hishamuddin kebanggaan orang Melayu 2014

    ReplyDelete