Negarawan

Negarawan

Monday 30 June 2014

DIPLOMAT CABUL DIADILI DI MALAYSIA !

Anifah: NZ yang tawar alternatif bawa pulang diplomat



Pihak berkuasa New Zealand yang menawarkan "alternatif" untuk membawa pulang seorang diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam kes serangan seksual sebelum 30 Mei, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Walaupun pemimpin New Zealand mahu diplomat tersebut, Mohammed Rizalman Ismail, dibicarakan di sana, Anifah berkata pihak berkuasa New Zealand yang membuat tawaran itu.

"Kami sedia untuk memberikan kekebalan diplomatik jika perlu," kata Anifah.

Beliau berkata diplomat itu sedang menjalani ujian psikiatri oleh Kementerian Pertahanan, di mana beliau bertugas, dan jika didapati bersalah, tindakan yang diambil terhadapnya oleh Mahkamah Tentera di Malaysia.

Anifah bagaimanapun tidak dapat memberi butiran jenis hukuman menanti Rizalman jika dia didapati bersalah.- Sumber
Ulasan
Siapa yang sahaja yang bertugas di luar negara mewakili negara, bukan sahaja membawa dirinya bahkan membawa maruah negara. Jika ia lakukan sesuatu yang menjatuhkan imej dan maruah negara, pasti ia sewajarnya dikenakan hukuman.

Sunday 29 June 2014

MUSTAFA ALI DEDAHKAN TRAGEDI MEMALI BUKAN JIHAD !!


Pas sorok isu Lotfi demi nama baik parti

Mustafa Ali
SHAH ALAM - "Ianya isu dalaman yang boleh jejaskan nama baik parti, itulah sebabnya kami tak dedahkan perkara tersebut," tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penyertaaan seorang bekas pemimpin Dewan Ulama Pas, Lotfi Ariffin yang menyertai perjuangan di Syria namun dirahsiakan daripada masyarakat sebelumnya dan hanya didedahkan media baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan ke atas bekas ahli Pas tersebut telah pun diambil dan pihaknya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.

"Pihak kami tidak mahu sebarkan perkara ini kepada media, ianya boleh memberi kesan kepada parti," katanya.

Mengulas semula insiden tersebut, beliau mengesahkan laporan hanya diterima oleh pihak Pas Pusat semasa dalam mesyuarat bulan Mei tahun ini dan hanya setelah Lotfi ke Syria.

"Penglibatan beliau dalam jihad di Syria diketahui sejak April dan kami dapat laporan mengenai perkara tersebut dari ahli kami sendiri dalam mesyuarat pada bulan Mei, susulan dari laporan yang kami terima, kami siasat dan jumpa bukti beliau memang sudah ke sana untuk berjihad.

"Pada waktu laporan diterima, kami tidak berjumpa dengannya, dia sudah berada di Syria," jelasnya.

Beliau juga menegaskan pihaknya tidak pernah bersemuka dengan Lotfi sejak daripada itu.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan kenyataan seorang bekas ahli Pas, Ustaz Lotfi Ariffin menyertai perjuangan di Syria.

Dakwaan tersebut dibuat susulan dengan penemuan gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria yang dimuat naik ke media sosial.

Sehubungan dengan itu, pihak Pas Pusat menjamin akan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli Pas yang didapati memberi kerjasama atau menyertai sebarang aktiviti dan perjuangan jihad- Sumber
Ulasan

Berita di atas mendedahkan banyak perkara

1. PAS bukan parti Islam dan perjuangan Islam adalah momokan dan modal 
    politik mereka.

2. Jika sebelum ini mereka menekankan kepentingan jihad sehingga                   menghalalkan darah orang UMNO dan tercetusnya peristiwa Memali,
    maka sekali lagi mereka sebenarnya bohong dan saya yakin PAS tahu
    pejuang Memali bukan syahid.
3. Kutipan Derma Jihad yang selama ini mengayakan pemimpin PAS juga
    adalah pembohongan kerana jihad tiada dalam agenda perjuangan PAS.

Saturday 28 June 2014

KEPALA LEMBU , MUNGKIN REYER SENDIRI MERANCANGNYA !





Selepas segalanya senyap. Tiada apa yang berlaku selain kehairanan masyarakat apabila Reyer tidak didakwa.

Publisiti murah kesan menghina umat Melayu nampaknya amat sementara. Kemudian nama Reyer lenyap.

Tidak mustahil Reyer atau DAP sendiri mengupah seseorang untuk melakukan perkara ini.

Orang Melayu tak akan bazirkan kepala lembu menjelang Ramadhan ini..

Thursday 26 June 2014

HISHAMUDDIN NI PELIK SIKITLAH !

Saya awalnya menjangkakan selepas melepaskan jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein akan menarik nafas lega kerana batu yang diletakkan di atas bahunya telah dialihkan. Rupanya jangkaan saya tersasar. Datuk Seri Hishamuddin tidak mahu ' berehat' sebaliknya mahu terus bersama MH 370 dengan segala kesukarannya. Untuk ini saya rasa Datuk Seri Hishamuddin berhak diberi jambangan bunga.


TAWAU: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memberi jaminan beliau akan terus komited dalam usaha pencarian pesawat MH370, walaupun tidak lagi memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Hishammuddin berkata, beliau dan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilantik Menteri Pengangkutan semalam, akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam masa terdekat bagi membincangkan usaha selanjutnya dalam pencarian pesawat terbabit. 

Beliau berkata demikian kepada media ketika lawatan ke Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB2) di Kem Kukusan di sini, sebentar tadi.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh ramai orang. Hishamuddin pasti akan berpegang kepada janjinya untuk berkongsi saat suka duka kaum keluarga dan sahabat handai penumpang dan krew MH 370.

Hishamuddin menjadikan MH 370 sebagai sebahagian daripada hidupnya dan keluarganya. Berkampung di hotel, bertemu waris. Saya tidak fikir Hishamuddin boleh meninggalkan MH 370 tanpa jawapan pasti.

Benar kata Hishamuddin, MH 370 adalah perjalanan penuh emosi bagi diri dan keluarganya.
Mari kita terus berdoa agar Allah tunjukkan jalan bagaimana kita dapat tangani MH 370 dan mengubat hati kaum keluarga, sahabat handai yang sedang menunggu dengan penuh harapan...


MAUT SELEPAS SELFIE-


Di negara kita memandu sambil berbual menggunakan telefon adalah satu kesalahan jalanraya. Tetapi kita melihat khasnya anak muda bermesej sambil menunggang motorsikal. Mungkin berita di bawah boleh jadi pengajaran...


Wanita maut selepas 'selfie

  • Wanita maut selepas 'selfie'
 1 / 1 
SEORANG wanita maut selepas berkongsi gambar 'selfie' semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis di Amerika Syarikat.

Collette Moreno, 26, yang duduk di tempat duduk penumpang maut dalam insiden itu apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan lain ketika pemandu cuba memotong sebuah lori.

Kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan, lapor sebuah portal.

Pemandu kereta tersebut, Ashley Theobald merupakan sahabat baik kepada mangsa. Ketika insiden itu, mereka dalam perjalanan ke Tasik Ozarks di Missouri dan memakai tali pinggang keledar.

Theobald, 26, berkata, dia cuba untuk memintas lori yang mengeluarkan banyak asap semasa kejadian. Moreno merupakan penghidap asma dan asap menyebabkan dia batuk.

"Saya cuba untuk memintas dan sebuah lagi lori datang dari arah depan," ujar Theobald.

Lapan minit sebelum kejadian, Moreno mengambil gambar 'selfie' bersama Theobald, yang menunjukkan mereka sedang menikmati perjalanan tersebut.

Peronda Lebuhraya Missouri berkata, Theobald boleh didakwa atas pemanduan cuai.- Sumber

Tuesday 24 June 2014

ROMBAKAN KABINET..TIONG LAI, MAH MASUK BARIS..

Liow, Mah dilantik menteri penuh



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:

Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan

Wee Ka Siong - Menteri di JPM

Mah Siew Keong - Menteri di JPM

Lee Chi Leong - Tim Menteri Perdagangan Antarabangsa

Chua Tee Yong - Tim Menteri Kewangan

Chew Mei Fun - Tim Menteri Pembangunan Wanita

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat.

Najib mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari, lapor media hari ini.

Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang kini dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu.-Sumber.

KHAIRY PEMIMPIN MASA DEPAN YANG MUNGKIN KALAH PILIHANRAYA !


Pada saya berdasarkan pandangan begitu ramai tokoh termasuk Tun Mahathir, Rang Undang Undang Harmoni jika diwujudkan menghakis segala bentuk kelebihan ( sedikit sangat ) yang orang Melayu miliki. Sebab itu orang Melayu mahu Akta Hasutan 1948 dipertahankan. Ini suara orang Melayu yang sepatutnya dibawa oleh Pemuda UMNO khasnya Khairy Jamaluddin.

Nampaknya Khairy memilih untuk beretorik, barangkali nak tunjukkan wajah pemimpin 1 Malaysia. Baca artikel siaran Mkini...Khairy mungkin pemimpin masa depan, mungkin tetapi jika melukakan hati orang Melayu, saya tidak fikir Khairy boleh menang pilihanraya, begitu juga UMNO.


KJ: Akta baru mesti lindungi semua agama

9  

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menghantar memorandum kepada kerajaan bagi memperhalusi serta melindungi beberapa perkara di dalam Akta Hasutan 1948 sebelum digantikan dengan Akta Harmoni Nasional.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan sebelum Akta Harmoni Nasional diluluskan bagi mengelakkan isu-isu sensitif terutama berkaitan kedudukan agama dan bangsa dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Maksudnya Akta Hasutan (1948) selama ini menjadi perisai kepada perkara-perkara yang asas dan sensitif dan saya harap dalam akta baharu, turut diberi perlindungan yang sama kepada semua rakyat Malaysia.

"Bukan hanya kita harap ada perlindungan kepada kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi apa sahaja kenyataan atau tindakan yang menghina mana-mana agama mestilah menjadi satu kesalahan di bawah akta baharu ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco sayap pergerakan tersebut di Kuala Lumpur, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada sidang Dewan Negara 30 Mei lepas mengumumkan tiga draf rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional.( Mkini )

TUAN IBRAHIM TUAN MAN SAHKAN PAS SEDANG RETAK TERUK !

Semua ahli parlimen sama ada dari parti komponen Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional perlu menghormati bidang kuasa yang sedia ada.
Tuan_Ibrahim_Tuan_300x200PETALING JAYA: Naib-Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua ahli parlimen sama ada dari parti komponen Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional menghormati bidang kuasa yang sedia ada.
Beliau diminta mengulas mengenai isu pengurangan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) yang dicadangkan oleh beberapa ahli parlimen PAS Selangor baru-baru ini.
Tuan Ibrahim berkata, pandangan yang diberikan oleh mereka merupakan pandangan peribadi dan bukannya pandangan yang telah dipersetujui oleh parti.
“Kita menghormati undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada, berkenaan perkara tersebut, itu merupakan pandangan peribadi bukannya mewakili parti”, katanya.
Katanya lagi, bagi PAS tidak timbul isu pengurangan kuasa yang sedia ada, cuma sekiranya terdapat pertindihan dan penambahbaikan, sebaiknya perlu dibawa berbincang terlebih dahulu supaya tidak timbul polemik.
Ujarnya lagi, kuasa eksekutif tersebut telah diperakukan oleh peraturan dan undang-undang. Sekiranya ingin membuat sebarang perubahan mestilah mengikut tatacara yang sedia ada.
“Biar makhamah yang tentukan keputusan rampasan AlKitab, kita tunggu sahaja keputusannya”, katanya lagi.


Kenyataan ini adalah respon kepada desakan PAS Selangor yang mahu mengurangkan kuasa Sultan dalam isu Agama di Selangor.

Saya yakin hanya masa yang akan menentukan apa akan berlaku kepada PAS. Pedagang agama, pasti akan menerima balasan Tuhan.

Monday 23 June 2014

GADIS INI TERSILAP MEMILIH KAWAN, MERENGKOK DALAM PENJARA !





Saya percaya gadis ini akan kekal dalam penjara.

Penjara benci

Penjara marah

Penjara dendam



Saya juga percaya, kerana silap memilih kawan, gadis ini akan menderita seumur hidup. Dia tak mungkin mencapai bahagia kerana membenarkan segala emosi negatif subur dalam dirinya !

Sunday 22 June 2014

ANWAR BERLAKON SAKIT, PENGIKUT TETAP BERGADUH !

Anwar sudah hilang kawalan terhadap partinya. Anwar marah, beri amaran, pecat bahkan Anwar pernah berlakon cedera atau patah tangan. Saya percaya semuanya untuk menimbulkan simpati ahli parti terhadap beliau.
Terkini beliau berlakon terkena serangan jantung. Saya fikir segalanya sudah terlambat. Anwar telah didik PKR untuk berjiwa ganas. Nyata Anwar adalah pendidik yang berkesan.

Proses pemilihan semula jawatan PKR Kota Raja di Klang hari ini bertukar ganas sehingga mengakibatkan dua lelaki cedera dalam pergaduhan semasa sesi pengundian.
Wartawan di pusat pengundian iaitu Dewan Klang Jaya di Taman Desawan mendapati pergaduhan yang tercetus pada kira-kira 4.15 petang itu bermula dari dalam dewan menyebabkan penyokong calon yang berada di luar berang.
Seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa pergaduhan itu bermula apabila seorang pengundi dipercayai cuba memecahkan peti undi selepas membuang undinya sehingga menimbulkan kekecohan.
Situasi tegang itu bertambah "panas" apabila ada penyokong calon di luar dewan mula membaling kerusi antara satu sama lain.
Kedua-dua mangsa, yang dipercayai penyokong dan pengundi, cedera di bahagian kepala menyebabkan proses pengundian semula cabang berkenaan terpaksa dihentikan setengah jam lebih awal.
Difahamkan pengumuman penutupan pusat mengundi itu dibuat wakil JPP atas faktor keselamatan namun beliau menyatakan peti undi tidak dirosakkan dan dihantar ke ibu pejabat PKR dengan diiringi polis untuk proses pengiraan pada kira-kira 5.30 petang.
Terdahulu, beberapa penyokong melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan seorang calon yang juga penyandang Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar kerana mengarahkan sekumpulan pengundi keluar dari dewan pengundian.
K. Krishnan, 55, mendakwa Xavier yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Andalas cuba menyalahgunakan kuasanya sebagai wakil rakyat.
"Apa kuasa dia mahu panggil mereka? Dia hanya wakil rakyat, jadi mengapa mahu gaduh-gaduh. Dia panggil suruh periksa nama guna senarai dia sebab takut kalah sedangkan kita sudah periksa di pihak kita, memang nama ada," katanya.
Pemilihan PKR di Selangor dilakukan semula selepas berlaku kekecohan pada 11 Mei lepas, yang menyaksikan 11 daripada 22 cabang terpaksa menjalani proses itu sekali lagi.
Sementara itu, di Nibong Tebal, pemilihan semula jawatan PKR sedikit kecoh apabila penyokong calon bertanding bertikam lidah ketika proses pengundian di Dewan Serbaguna Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Ampangan.
Proses pengundian yang bermula pukul 10.30 pagi itu tegang apabila penyokong penyandang Ketua Cabang Nibong Tebal Datuk Maktar Shapee dan seorang calon Datuk Mansor Othman, yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal, cuba meraih undi anggota PKR yang hadir untuk mengundi.
Penyokong Maktar, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, dan Mansor dilihat saling melakukan provokasi sehingga menyebabkan mereka hampir bertumbuk, bagaimanapun, urus setia pemilihan berjaya meleraikan keadaan itu.
Dalam pada itu, difahamkan pemilihan semula Cabang Nibong Tebal diboikot penyokong Maktar selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan tarikh pemilihan semula yang diputuskan PKR pusat.
Penyandang Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal Mohd Kamil Abu Bakar berkata pihaknya memboikot pemilihan semula itu kerana mendakwa mereka hanya dimaklum mengenai perkara berkenaan empat hari sebelum pengundian berlangsung berbanding penyokong Mansor yang dimaklum tiga minggu lebih awal.
"Kami ada menghantar surat kepada JPP minta ia diadakan pada 28 Jun namun tidak mendapat maklum balas. Justeru, kami memutuskan untuk boikot pemilihan ini kerana kekurangan masa untuk berkempen dan bertemu penyokong berbanding pengikut Mansor yang sudah membuat persediaan awal," katanya ketika dihubungi.
Proses pengundian yang berakhir pada 5.30 petang itu menyaksikan sebanyak 412 daripada 3,758 anggota PKR cabang Nibong Tebal yang layak mengundi, hadir membuang undi.
Proses pemilihan PKR Cabang Nibong Tebal dilakukan semula selepas berlaku kekecohan pada 4 Mei lepas apabila keputusan pengundian dibatalkan gara-gara terlebih undi.
Difahamkan jumlah kertas undi yang diterima ialah 838 keping berbanding senarai daftar sebanyak 672 orang. – Bernama, 22 Jun, 2014.

Saturday 21 June 2014

VIDEO- TUAH PENIAGA MELAYU DI PULAU PINANG !





Di bawah DAP, Melayu jadi haprak !

KJ BELASAH HISHAMUDDIN HUSSEIN !

KJ Usik Hishamuddin Gara-Gara England Kalah Game Pagi Tadi - Demam Bola Sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung tidak hanya menimpa rakyat biasa tetapi segenap masyarakat termasuk pimpinan tinggi negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang diketahui gemar berseloroh di laman sosial turut berkongsi status berkaitan rutin awal pagi kebanyakan kaum lelaki kebelakangan ini menerusi status Facebooknya beberapa jam lalu.

Sambil menyertakan gambar bersama Menteri Pertahanan, Hishamuddin Tun Hussein Onn sebelum mensyuarat kabinet di Putrajaya pagi tadi KJ menulis status berbunyi:

“Terserempak dengan brader penyokong England ni sebelum mesyuarat Kabinet pagi tadi. Kesian gak tengok muka dia. Mata kuyu saya pula dah jadi mata panda. Berkorban demi sukan. Haha.”

Seperti diketahui, antara perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi adalah pasukan England melawan Uruguay yang berakhir dengan kekalahan England, 2-1.

Dalam pada itu, KJ juga meluangkan masa menjawab beberapa komen pengikut Facebooknya. Antara yang menarik perhatian adalah perbualan di bawah:

Diharapkan KJ meneruskan sifat ‘mesra rakyatnya’ sampai bila-bila kerana ia antara penarik yang terdapat pada menteri yang mewakili generasi muda ini. – MyNewsHub

Friday 20 June 2014

VIDEO- MELAYU KENA, BUKAN MELAYU TERLEPAS !

Beginilah persepsi terbangun dan terbina. UMNO telah hilang keupayaan mempertahankan Melayu , walaupun mereka terhukum kerana mempertahankan UMNO. Orang tak peduli samada urusan mahkamah ini urusan politik atau tidak. Yang sedang tersebar ialah kerana mengharapkan undi bukan Melayu, kerajaan UMNO  tidak lagi mampu melindungi Melayu yang menyokongnya...


Malang
                                               Bangga

Saya percaya selepas ini pemimpin UMNO akan tampil memberi penjelasan daripada sudut undang undang. Cuma saya fikir ia tidak mampu mengubat hati umat Melayu yang luka.

Thursday 19 June 2014

JIKA DAP MEMERINTAH, MAS AKAN DITUTUP !





DAP tidak akan senang hati selagi ada syarikat Bumiputera berniaga dalam perniagaan besar. DAP akan pastikan kuasa monopoli ekonomi kekal dalam cengkaman Cina. Inilah yang tersirat daripada kenyataan Lim Guan Eng ini.

Wednesday 18 June 2014

ISTERI EDAR DADAH, WARTAWAN DIBELASAH !

Satu ketika ramai menyatakan, pergilah ke Kelantan. Kita akan nampak kehidupan Islam sebenar di sana. Kemudian kita saban hari membaca atau mendengar Kelantan adalah pusat penyeludupan minyak, pusat pengedaran pil kuda, pusat rogol beramai ramai dan banyak lagi. Maka sayapun tertanya tanya, Islam apa yang Pas ajarkan kepada rakyatnya di Kelantan?

Jurugambar Utusan DiBelasah Di Kelantan

KOTA BHARU 18 Jun - Ditumbuk bertalu-talu sebelum dipijak di kepala. Itu pengalaman pahit yang dilalui seorang jurugambar Utusan Malaysia ketika sedang membuat tugasan di pekarangan Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, jurugambar tersebut, Irwan Majid, 31, cedera di kepala dan tangan kiri selepas dibelasah dua lelaki dipercayai ahli keluarga seorang wanita yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah jenis heroin.

Salah seorang suspek dikatakan suami kepada wanita terbabit.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Irwan berkata, kejadian berlaku ketika dia serta dua lagi rakan pemberita sedang merakam gambar tertuduh yang diiringi keluar dari mahkamah.

"Semasa saya berada di hadapan tertuduh, seorang lelaki meluru dan terus menumbuk saya berkali-kali sehingga saya terjatuh. Dia juga cuba menarik kamera yang saya sandang di bahu.

"Saya melawan dan kami bergelut seketika sebelum seorang lagi lelaki turut menyerang dan bertindak memijak kepala saya," katanya.

Beberapa anggota polis yang melihat insiden tersebut segera meleraikan pergaduhan manakala Irwan sempat menangkap suspek yang bergelut dengannya dengan cara memaut leher lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lagi lelaki yang memijak kepalanya berjaya melarikan diri. Selain itu, kamera mangsa turut pecah selepas terjatuh ketika dia dibelasah dua suspek berkenaan. Irwan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, suspek ber-usia 46 tahun yang ditangkap akan direman untuk membantu siasatan.

"Seorang lagi suspek telah dikenal pasti dan usaha untuk menahannya sedang dijalankan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kerana ugutan jenayah dan bencana kepada harta benda," katanya.-Utusan Online-

MUSUH DALAM SELIMUT BUKAN SEKADAR MILITAN, DATUK SERI..





Video di atas adalah komen Menteri Pertahanan terhadap seorang anggota TLDM yang disyaki sebagai anggota kumpulan militan atau pengganas. Sebagai rakyat saya berasa lega dengan jaminan Datuk Seri Hishamuddin bahawa pasti musuh dalam selimut tidak akan terlepas daripada tindakan.

Cuma saya mempunyai harapan yang lain. Selain Menteri dan Pemangku Menteri Datuk Seri juga adalah Naib Presiden UMNO, parti tunjang kepada Kerajaan semasa. Saya berat hati ingin menyatakan sebagai akar umbi yang jelas tunjangnya, berpaksi sifatnya, saya merasakan bahawa UMNO juga mempunyai musuh dalam selimut.

Apabila ada isu isu pokok perjuangan UMNO asalnya, misalnya soal ketuanan Melayu, soal hak istimewa Melayu, kedaulatan Raja Raja Melayu ditimbulkan, akan ada pemimpin UMNO sendiri yang tampil di pentas terbuka menolaknya maka saya berasa perbuatan ini adalah menggunting selimut.

Apabila ada pemimpin tertinggi Kementerian atau Jabatan Kerajaan lambat menjayakan sesuatu dasar untuk kepentingan Melayu, mereka juga termasuk dalam senarai musuh dalam selimut.

Apabila ada orang orang tertentu dalam UMNO, menafikan peluang                  ' mempertahankan  ' UMNO misalnya melalui saluran undang undang, maka mereka juga adalah musuh dalam selimut UMNO, Datuk Seri.

Khasnya menjelang Pemilihan UMNO yang lalu ada individu atau kumpulan yang bekerja keras merosakkan nama dan imej pemimpin tertentu untuk menaikkan pemimpin tertentu pula ( Sedangkan semuanya dalam keluarga UMNO ), saya fikir sekali lagi kita membiarkan musuh dalam selimut kita berkembang. Mereka membentuk persepsi buruk yang akhirnya digunakan oleh pembangkang sebagai modal kempen pilihanraya.

Makanya Datuk Seri, setelah melihat Datuk Seri begitu berkesan khasnya selepas MH370, kekuatan dan komitmen yang sama saya harap digunakan untuk menghapuskan segala musuh dalam selimut UMNO, sementara masih ada sedikit masa sebelum Perang PRU 14 menjelang tiba.



Tuesday 17 June 2014

WANITA TERGANTUNG BUKTI BERLAKU KEBANJIRAN WARGA CHINA !





Ini seorang. Kita selalu mendengar apabila pihak berkuasa menyerbu rumah urut, pusat pelacuran, pusat perjudian ramai warga China ditahan. Saya tertanya tanya ke mana warga China ini dibawa?

Saya juga sedar tentang pelbagai operasi memburu warga asing tetapi tidak pula pernah mendengar ada warga China ditahan.

Atau adakah masuk secara sah tetapi tinggal secara tidak sah bukan merupakn satu kesalahan?

Mungkinkah kebanjiran warga China ini menyumbang kepada majoriti luar biasa DAP di bandar bandar ?


SATU LAGI BUKTI BAHAWA UMNO BUKAN LAGI PARTI PEMERINTAH YANG DIHORMATI !

JIKA ANDA BERBANGGA MENJADI SEORANG ISLAM YANG BERBANGSA MELAYU..SEBARKANLAH !


Monday 16 June 2014

TERKINI ! LIM KIT SIANG MENINGGAL DUNIA .


Sinar Harian nafi siar berita kematian Kit Siang
  • Sinar Harian nafi siar berita kematian Kit Siang
 1 / 1 
SHAH ALAM - Sinar Harian hari ini menafikan penyiaran artikel yang bertajuk “Ahli Parlimen Gelang Patah meninggal dunia” yang didakwa dimuat naik melalui laman portalnya, 10 jam lalu.

Perkara itu disedari pentadbir laman portal berbahasa Melayu itu apabila seorang pembacanya mengirimkan keratan gambar berita palsu tersebut ke dalam inbox akaun Facebook Sinar Harian Online pada jam 9.16 pagi tadi.

Malah perkara itu dikenal pasti sebagai berita palsu apabila berita tersebut menggunakan nama “Wartawan Sinar Hairan” dan bukan “Wartawan Sinar Harian” seperti kebiasaannya.

Pengendali portal Sinar Harian bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan mengesahkan ia berita palsu dengan membalas mesej tersebut di akaun Facebook portal itu pada jam 12.03 tengah hari tadi.- Sinar Harian

Sunday 15 June 2014

WANITA MISTERI GANGGU HIDUP AWAL ASHAARI !

Saya fikir sesuatu harus dilakukan. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang kasar, menyinggung perasaan orang lain dengan kata kata yang tidak munasabah. Kita bayangkan perasaan Awal suami isteri, dalam suasana bahagia menanti kelahiran anak pertama tiba tiba ada yang kata anaknya akan lahir dan menjadi sundal !
Saya tak dapat bayangkan apa sebenarnya yang ada dalam hati individu tersebut sehingga berupaya mengeluarkan kenyataan luar biasa itu. Dan saya mahu menyarankan agar Awal buat laporan polis. Biar individu ini ditahan, disiasat dan dihukum. Gunalah apa peruntukan undang undang yang ada supaya perkara ini jadi pengajaran kepada yang lain.

Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari tidak dapat menahan bahang marahnya apabila seorang wanita misteri yang menggunakan ID _Sawawa mengutuk status kehamilan isterinya, Scha-Alyahya.

Wanita jelita itu dengan beraninya melemparkan kutukan menerusi satu komen ringkas di laman Instagram Scha-Alyahya dengan mengatakan bahawa dia bosan dengan sikap mengada-ngada Scha selain mendoakan anak mereka jadi sundal.

Sebagai respon balas, Awal membalas komen si wanita dengan kata-kata yang pedas serta menyebarkan gambarnya di Instagram untuk tatapan peminat. Berikut ialah dua jawapan marah Awal buat si wanita misteri.

"Doakan semoga si polan atau anaknya nanti jadi orang yang baik baik, amin."

"You can change your IG name all you want but you cant change that ugly attitude of yours. I kasi u free publicity malam ni. I'm sure this is what u want, B."





Saturday 14 June 2014

BAGAIMANA BERITA INI TERLEPAS MASUK KE DALAM HARAKAH ?

Sekali baca ia seakan menggambarkan secara mutlak kegagalan Kerajaan dan kekecewaan anggota keluarga MH 370. Jika benarpun,  setakat ini hanya satu keluarga yang tidak mahu menerima sebarang pampasan.

Maka Harakah dan beberapa Blog Pakatan telah menyiarkan laporan ini...

ALOR SETAR, 13 Jun (Bernama) -- Keluarga Chew Kar Moi, seorang daripada penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, enggan menerima bayaran pendahuluan pampasan selagi tiada bukti penemuan bangkai pesawat atau mayat Chew.

Kakaknya, Chew Kar Hui, 33, berkata keluarganya enggan menerima pampasan itu selepas diberi taklimat oleh pihak Malaysia Airlines bulan lepas.

Beliau berkata tidak ada gunanya wang pampasan itu diterima keluarganya sedangkan bukti penemuan bangkai pesawat dan mayat adiknya tidak diketahui hingga kini.

"Duit tak mampu ubati luka dan kekecewaan keluarga kami. Kami mahu terus dibela dengan meminta pihak berwajib meneruskan operasi pencarian sehingga terjumpa bukti pesawat itu," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Chew berkata keluarganya juga enggan menguruskan hal berkaitan dengan insurans walaupun Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sebelum ini bersetuju mempermudahkan proses prosedur tuntutan.

Chew berkata keluarganya enggan melakukan sebarang proses bagi membuat tuntutan selagi kehilangan pesawat tiada sebarang berita.

"Duit bukan keutamaan buat masa kini dan kami tetap berharap dan berharap agar dia (Kar Moi) pulang dengan selamat," katanya.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin semalam mengumumkan tujuh waris pesawat MH370 iaitu enam dari Malaysia dan seorang dari China menerima pampasan sebanyak US$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.

Pada 8 Mac lepas pesawat boeing 777-200ER yang membawa 329 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

-- BERNAMA



Kenyataan yang saya gariskan di atas sebenarnya membuktikan bahawa usaha mana mana pihak untuk memburuk burukkan kerajaan melalui peristiwa ini nyata tidak berhasil. Keluarga mangsa masih percaya bahawa kerajaan akan terus berusaha mencari MH 370.

Kebetulan, hari ini Pemangku Menteri Pengangkutan mengeluarkan kenyataan, seolah olah menjawab harapan keluarga Chew Kar Moi...

Usaha pencarian penerbangan MH370 yang hilang sejak lebih 100 hari lalu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan bantuan negara-negara seperti China dan Australia, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).
Beliau berkata menerusi hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan dua negara terbabit serta negara Asean lain, operasi pencarian menjadi lebih mudah.
"Kita bagi jaminan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), China, Australia dan negara-negara Asean lain kepada anggota keluarga (penumpang dan kru MH370), kita bersama-sama mereka dalam usaha pencarian ini," katanya kepada pemberita hari ini
Dalam masa yang sama Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata hubungan kukuh antara negara terlibat dalam pencarian amat penting bagi menangkis dakwaan konspirasi geopolitik yang mahu melaga-lagakan Malaysia dan negara terbabit.
Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada 24 Mac, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit, penerbangan itu dipercayai "berakhir" di selatan Lautan Hindi. – Bernama, 14 Jun, 2014.

Harakah menyiarkan berita ini dan membiarkan para pembacanya menulis komen. Saya dapat melihat sebahagian daripada komen tersebut. Hampir segalanya politik. Memperlekeh, merendahkan Kerajaan.
Pembangkang seakan selalu mengharapkan malapetaka berlaku kerana melalui malapetaka mereka mengaut laba. Sebenarnya mereka salah perhitungan. Kerajaan sentiasa menjadikan apa juga masalah sebagai alat untuk berkhidmat kepada rakyat. Di sinilah letak bezanya.



MUKHRIZ TEMPELAK LIM GUAN ENG !

Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah bukanlah satu pembaziran berbanding terowong di Pulau Pinang, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata lapangan terbang baru itu bakal menjadi pintu masuk ke negeri di utara Malaysia dan selatan Thailand.
Mukhriz berkata, kawasan pulau mempunyai keluasan tanah terhad dan hanya sesuai untuk pembinaan kawasan pelabuhan, dan bukannya lapangan terbang memandangkan persekitaran pulau dikelilingi air.

Mukhriz berkata, lapangan terbang yang dicadangkannya itu mampu menampung kapasiti lapangan terbang di Pulau Pinang yang dijangka sesak menjelang tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
"Lapangan terbang itu boleh menjadi pintu masuk bagi zon utara, yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak, untuk tujuan penumpang dan kargo.
"Malangnya lapangan terbang antarabangsa di Kedah hanya di Langkawi, ia hanya tertumpu kepada pelancong dan tidak banyak kargo dan penumpang," katanya.
"Perlu ada lapangan terbang serantau, dan saya cadangkan di Kedah dan bukannya Pulau Pinang," tambah Mukhriz.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini berkata, pembinaan sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa di Kedah merupakan satu pembaziran.
Lim turut berkata, sekiranya Putrajaya meluluskan pembinaan lapangan terbang di Kedah, Pulau Pinang mahu sekurang-kurangnya dua lapangan terbang sama.
"Perlu diingatkan Pulau Pinang adalah penerima pelaburan langsung asing (FDI) terbesar di Malaysia, dengan jumlah RM19.7 bilion dari 2010 hingga 2013, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Lim.
Mukhriz sebelum ini mencadangkan pembinaan lapangan terbang ketiga di Kedah selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, sekiranya diluluskan.
"Kalau ikutkan, dahulu, mereka kata pembinaan Jambatan Pulau Pinang sebagai membazir, sekarang nak cadang satu terowong pula.
"Pada pandangan saya terowong lebih membazir dari lapangan terbang, seluruh rantau utara Malaysia boleh gunakan," kata Mukhriz membidas kenyataan Lim.
Mukhriz berkata, lapangan terbang tersebut akan dibina di atas tapak seluas 6,000 hektar dan boleh dilengkapi dua landasan.
Menurutnya, rancangan pembinaan lapangan terbang itu masih di peringkat awal dan kertas cadangan berkenaan perkara itu sudah diserah kepada Najib.
"Ia diletakkan di sempadan Sungai Petani dan Kulim, jika ada lebuh raya yang kini berada dalam perancangan, tapak lapangan terbang akan terletak hanya 25 minit dari Taman Teknologi Kulim," kata Mukhriz. – 14 Jun, 2014.

Ulasan
Ringkas, tepat dan bermakna. Tak perlu retorik, tak perlu bermain dengan bahasa.
Saya fikir Lim Guan Eng sedar dengan siapa beliau berurusan.

Friday 13 June 2014

ULAR DALAM SELIMUT IDRIS HARUN !!


Pembangkang di Melaka boleh tidur lena. Tak perlu bekerja begitu kuat untuk memenangi PRU 14. Hanya sedikit gerakan bisik bisik, saya percaya kerajaan UMNO/BN akan dikalahkan dengan mudah.

Kerajaan UMNO/BN zalim terhadap orang Islam. Kerajaan langsung tidak memikirkan susah senang orang Islam dan memberikan tekanan tidak munasabah terhadap orang Islam yang mahu berniaga.

Pengundi Cina sudah pasti akan bersama DAP, pasti. Hanya orang Melayu yang menyelamatkan UMNO selama ini. Apabila orang Melayu ditindas, kecil hati dan merajuk, saya tidak fikir ada apa apa lagi kepada UMNO.

Melaka muncul negeri paling tinggi mengenakan sewa apabila para peniaga yang mahu berniaga di Bazar Ramadan Megadi di Jalan Hang Tuah, perlu membayar RM11,400 termasuk deposit RM2,000 bagi tapak seluas 20x20 kaki persegi.
Menjadikan kemudahan seperti elektrik, air, kawalan keselamatan jalan raya dan kos menceriakan kawasan sebagai alasan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyifatkan harga itu lebih ‘murah’ berbanding sistem bidaan.
Datuk Bandarnya, Datuk Zainal Abu Bakar mendakwa, menerusi sistem bidaan yang diguna pakai MBMB sebelum ini, tapak bazar Ramadan bagi keluasan yang sama terutama di Taman Cempaka pernah mencecah RM16,500 pada 2011.
"Kadar sewa bagi khemah bersaiz 20x10 (kaki persegi) pula hanya RM6,800 termasuk RM1,500 deposit manakala khemah bersaiz 10x10 pula hanya RM2,300 termasuk RM1,000 deposit," kata Zainal.

Bandingkan pula dengan apa yang berlaku di Kelantan dan Selangor..

Keadaan itu ternyata jauh sekali berbeza dengan Kelantan apabila Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) tidak mengenakan sebarang sewa kepada peniaga bazar Ramadan di sekitar kawasan pentadbirannya.
MPKB-BRI sebaliknya hanya mengenakan bayaran RM66 untuk pendaftaran lesen perniagaan dan RM3 setiap hari bagi caj kerja-kerja pembersihan di setiap tapak bazar Ramadan kerana menyedari rata-rata peniaga adalah orang Melayu.
Sebuah lagi negeri yang memperlihatkan kenaikan kadar sewa bazar Ramadan ialah Selangor tetapi hanya membabitkan kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), namun masih tidak melebih RM600.
Bagi kawasan MBSA, kenaikan sewa itu berpunca daripada cagaran RM200 yang perlu dibayar oleh peniaga tetapi tiada alasan diberi mengenai kenaikan antara RM35 hingga RM70 bagi bazar Ramadan di kawasan MDKS.

Saya yakin Ketua Menteri ada alasan termasuk yang difikirkannya munasabah. Tapi saya dan ramai orang lain berpendapat apa jua alasan yang diberi, ia tetap menzalimi peniaga Melayu Islam !
Pemimpin gagal