Negarawan

Negarawan

Monday 31 March 2014

LETUPAN BESAR BERLAKU DI UK !


Tuanku Raja Muda Perak sewaktu membuka sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam antara lain bertitah bahawa peristiwa MH370 yang menimpa kita dan sehingga kini masih belum terungkai telah menjadi sejarah besar apabila ia adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dan ia menjadikannya sesuatu yang tiada apa apa boleh diikuti sebagai panduan. 

Demikian Tuanku mengajak rakyat Perak untuk sama sama berkongsi kesedihan, simpati dan doa. Tuanku menghargai usaha Kerajaan dalam usaha mencari dan menyelamat serta membantu kaum keluarga yang tinggal.

Payung kita mengerti dan memahami, rakyat juga sama sama merasai. Saya dapat melihat seakan akan cara kita menghadapi krisis MH370  ini sangat berwarna warni.
Kerajaan dan rakyat terbanyak di satu sudut manakala pembangkang dan juak juak mereka di satu sudut yang lain.
Pembangkang seakan akan didokong oleh media antarabangsa yang agaknya memang menunggu masa untuk menggodam negara kita. Tak tahu apa faktornya.
Benar, bertali arus berita yang jika dihayati amat mengecewakan. Rekaan dan fantasi penulisnya merosakkan imej negara.

Tetapi itu di peringkat awal krisis. Sekarang ( sejak beberapa hari ) media antarabangsa mula melihat sisi sisi lain daripada peristiwa ini. Dan yang paling banyak diperkatakan ialah Pemangku Menteri Pengangkutan, DS Hishamuddin Tun Hussein.

Baca Di Sini ...

Saya juga agak hairan. Hishamuddin yang kita dengar, kita baca dan Hishamuddin yang sekarang kita depani amat jauh berbeza. Hishamuddin mengepalai gerakan antarabangsa merungkai misteri yang membabitkan 239 nyawa dari pelbagai negara.

Hishamuddin berdepan dengan kaum keluarga yang emosi mereka sangat berbaur.Sedih, marah,benci dan berharap. Hishamuddin saban hari menghadapi wartawan dalam dan luar negara yang ingin tahu, bersimpati dan ingin menjatuhkan.
Hishamuddin tidak balik ke rumah selama lebih tiga minggu. Kadang kala tidak sempat bercukur sehingga tunggul tunggul janggutnya kelihatan jelas.

Beberapa akhbar termasyhur dunia termasuk yang saya rujuk ( di atas )akhirnya terpaksa mengiktiraf dan menghargai keupayaan Hishamuddin. Saya katakan 'letupan' kerana tidak mudah The Times mengiktiraf orang ' bukan dari kalangan mereka' mampu melakukan sesuatu yang sebegitu besar.

Saya dengar seluruh dunia sedang memperkatakan Hishamuddin. Tenang dan wibawanya. Seluruh dunia sedang memerhati Hishamuddin menjawab soalan wartawan dan beberapa kali  mematahkan soalan soalan sinis yang mahu memerangkap.
Saya tumpang berasa bangga. Sewaktu bercakap bersama teman teman, berkongsi sedih resah kaum keluarga anak kapal dan penumpang MH370, sentiasa terselit walau sedikit harapan kepada Hishamuddin untuk kemudiannya menggunakan segala kekuatan yang ada untuk memimpin negara bangsa.

Sunday 30 March 2014

MH370 SAYA CADANGKAN FILEM ZHANG ZIYI DIHARAMKAN DI MALAYSIA.









Ini nyonya sudah silap ! Dia ingat semua otak rakyat Malaysia macam otak DAP kot!

Seruan artis China untuk boikot artis Malaysia di China dapat tentangan ramai !

Saturday 29 March 2014

Friday 28 March 2014

MH 370 - KITA SEMAKIN JELAS, SEMAKIN YAKIN...

Ini antara yang membezakan kita dengan saudara kita yang bukan Islam. Akhirnya kita menyerahkan diri dan segala urusan kita kepada Allah Azzawajalla, yang menghidup dan mematikan kita.



Sejak pesawat MH370 hilang pada 8 Mac, pihak berkuasa Malaysia telah dikritik oleh pelbagai pihak kerana didakwa lemah dalam mengendalikan krisis tersebut.

Di China, keluarga penumpang penerbangan itu, menuduh Malaysia menyembunyikan maklumat.


Namun, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan yang Malaysia telah melakukan yang terbaik sejak 8 Mac lalu, sewaktu pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang.
 
Sewaktu taklimat hariannya hari ini, beliau diminta mengulas dan merenung, apakah yang akan dilakukannya secara berbeza untuk menepis kritikan tersebut.
 
"Saya tidak fikir kita akan mengendalikannnya dengan cara yang berbeza," jawab Hishammuddin.
 
"Semua yang telah dihamburkan dan dilabelkan pada kita, sejarah akan menilai kita sebagai negara yang sangat bertanggungjawab... kita seluk pekasam hingga ke pangkal lengan (dalam mencari pesawat).
 
"Kita telus dan tekal. Namun apabila dikuasa emosi, (persepsi) orang akan kabur. Sejarah akan menilai kita," katanya.

Hishammuddin juga memuji usaha Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.




( Sumber - Malaysiakini )



Sesuatu yang amat menarik untuk kita renungi ialah dalam ALLAH menguji kita, ALLAH anugerahi kita dengan seseorang yang cukup gigih, tabah, mendepani ujian besar ini.

Saya berbual dengan rakan rakan, semua sependapat betapa Datuk Seri Hishamuddin berada dalam kelas tersendiri, hampir tidak terjangka oleh kita kemam-

puan beliau menghadapi wartawan antarabangsa ( yang memang mencari salah ),

pemimpin dunia, kaum keluarga mangsa dan sebagainya.

Sebagai orang UMNO, pastinya kita berasa bangga kerana Hishamuddin tidak membawa dirinya tetapi  imej UMNO, Kerajaan dan negara. Kita semua mengharapkan agar Hishamuddin tidak terganggu dan terjejas . Segalanya sedang berlangsung dan berlaku.

Benar kata seorang teman, ' Tragedi MH370 ini kerja Tuhan, kebangkitan Hishamuddin juga kerja Tuhan '.










Wednesday 26 March 2014

13 GERAI MELAYU KENA ROBOH ! APA KATA MAT SABU ?





Teruskan bacaan...DI SINI....

TUMPUAN KE ARAH MH 370 - MELAYU PULAU PINANG SEKALI LAGI MENJADI BANGSAT !


Berjaya benar DAP. Segala tenaga dikerahkan untuk jadikan luka MH370 api yang membakar kerajaan UMNO/BN. Segala macam binatang laga dalam PAS dan PKR sedang mencanak canak mencari segala macam kelemahan dan kekurangan Kerajaan UMNO/BN dalam mendepani cabaran MH 370, Kerajaan rasis DAP Cina Pulau Pinang merobohkan sehingga hancur lebur gerai Melayu di Telok Bahang.

                                           Gua punya anak aaaa...ini macam ooooo !

Apalah sangat 13 gerai Umat Melayu. Apalah sangat Melayu menjadi bangsat. Pulau Pinang Negeri Cina sekarang. DAP usah bimbang , panglima daripada PAS dan PKR dan bersedia nak berperang dengan Melayu Pulau Pinang !

Teruslah membangsatkan Melayu. Sebab ada sebahagian lagi Melayu memang suka tengok saudara mara mereka menjadi bangsat  !


DARIPADA MELAYU KEPADA MELAYU- KATAKAN TIDAK KEPADA CINA!

Bukan sebarang manusia...beliau manusia terbilang yang mengembalikan kita ke garis mula...







Baca apa yang dikatakannya...(KLIK SINI)



Perjuangan telah bermula. Mengangkat martabat bangsa yang cuba dicemar !

Demikian pesanan nenek moyang, hanya jauhari mengenal manikam.

Tuesday 25 March 2014

INI ANTARA SEBAB MENGAPA UNDI MELAYU KEPADA BN DI KAJANG MEROSOT...

BACA INI DULU...

Saya tidak menemui data rasminya tetapi berdasarkan pembacaan, saya dapati undi pengundi Melayu di PRK Kajang baru baru ini agak menurun dan ini memang sesuatu yang patut dibimbangi.




Kerajaan UMNO/BN dilihat sebagai kerajaan yang lemah, tidak berupaya dan tiada kuasa. Ada banyak perkara berlaku yang rakyat harap akan ada tindakan terlepas begitu sahaja. Namewee, Tian Chua, RBA, dan banyak lagi bebas sebebasnya untuk membuat kenyataan yang amat kurang ajar, lebih daripada menghasut.

Di pihak pembangkang bilamana kenyataan mereka tidak dijawab, tidak juga ada sebarang pendakwaan maka mereka dilihat benar.

Saya percaya, keyakinan Umat Melayu terhadap UMNO/ BN kian terhakis. Sekali lagi saya ingin menyatakan keghairahan untuk kelihatan BUDIMAN akan menyebabkan Kerajaan UMNO / BN ini menjadi sejarah.

Percayalah kepada saya, pada masa itu tiada apa lagi boleh dilakukan.

Monday 24 March 2014

MH 370 SELEPAS 17 HARI, HISHAMUDDIN AKHIRNYA MENYERAH !



Itu yang pembangkang harapkan. Mereka membawa bersama mereka pencacai mereka bukan sahaja di dalam negara bahkan pendukung mereka di luar negara. Blog, twitter,portal yang pembangkang ' pelihara ' tidak henti henti menekan Kerajaan Malaysia khasnya Datuk Seri Hishamuddin Hussein , Pemangku Menteri Pengangkutan yang mengepalai gerakan mencari dan menyelamat MH 370.

Hakikat yang dunia akui :-



1. Malaysia telah melakukan segalanya dalam menghadapi krisis MH 370

2. Datuk Seri Hishamuddin telah melakukan yang terbaik dalam memimpin SAR MH 370

3. Tidak ada negara berani memberikan jawapan pasti terhadap apa yang berlaku

     kepada MH 370 biarpun sebelum ini ada yang sinis terhadap Malaysia.

4. Kesemua negara yang membantu kita membantu kerana keberkesanan hubungan         diplomatik yang kita jalinkan.

5. Keupayaan Datuk Seri Hishamuddin menghadapi wartawan yang sebahagiannya

    mencari kelemahan dan kekurangan dikagumi umum.

6. Fokus Datuk Seri Hishamuddin dan para pegawai tidak pernah berubah- mencari 

    menyelamat dan menjaga hati dan perasaan kaum keluarga penumpang dan krew.



Kita agak malang. Pembangkang kita jauh berbeza dengan pembangkang di luar negara. Pembangkang kita tidak patriotik. Mereka bukan sahaja mahu melihat pemerintah jatuh tetapi mereka juga tidak ada masalah jika negara kita runtuh.



Saya jangka kita semakin hampir kepada jawapan. Mari terus berdoa dan berserah, Allah bersama kita insyaallah.

Sunday 23 March 2014

SANGAT LUARBIASA !!


Tersiar dalam portal yang sangat luarbiasa juga dendamnya kepada Kerajaan khasnya kepada UMNO !

Baca di sini...

Saturday 22 March 2014

KALAU WAN AZIZAH TAK DAPAT 19571...


Itulah undi yang diperolehi oleh Lee Chin Cheh                               19571 undi
Majoritinya pula ialah sebanyak                                                               6824 undi

Kalau Wan Azizah dapat majoriti 6823 undi dan ke bawah, saya  rasa kita buat andaian awal betapa PKR bukan lagi parti politik yang diterima rakyat. Anwar bukan lagi tokoh yang dipercayai.

Jika undi Melayu kepada PKR berkurang walaupun 1 undi, kita boleh katakan bahawa PAS juga sedang dalam proses penguncupan dari segi sokongan rakyat..

Yang saya yakin kekal ialah dominasi DAP dalam memenangi hati orang Cina dan menyemai rasa benci kepada UMNO.

Terbaik di atas segala galanya ialah, Najib tidak lagi melambakkan intan permata kepada Cina yang tidak jemu jemu mengkhianatinya...

Friday 21 March 2014

PRK KAJANG. HAKIKATNYA WAN AZIZAH TAHU SIAPA ANWAR !


Esok pengundi Kajang akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. Mereka akan mengundi bagi memilih wakil DUN Kajang setelah penyandang diarahkan oleh Anwar Ibrahim mengosongkan Kerusi tersebut.

Saya percaya Wan Azizah akan menang. Bukan kerana rakyat suka atau percaya kepada PKR tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional telah gagal melaksanakan tanggungjawab kepartian mereka.

Jentera BN tidak struktural. Sehingga hari ini MCA tidak dapat menentukan berapa orang Ahli MCA Kajang dan siapa mereka. Kalau begitu sudah tentu mereka tidak dapat menjangka berapa orang pengundi Cina akan mengundi calon BN.

MCA Bahagian dikatakan gagal membentuk jentera gerak kerja pilihanraya kerana mereka umumnya tidak ghairah untuk menangkan calon BN. Pusat Daerah Mengundi 
{ PDM } MCA meriah sedikit daripada rumah mayat.

Jalinan Rakyat MCA hanya bergerak bersama calon dan tanpa calon mereka duduk santai sesama sendiri.

UMNO juga tidak serius. Saya difahamkan tidak sampai separuh pengundi dapat ditemui secara bersemuka. UMNO mengabaikan sama sekali kawasan yang mereka jangka sebagai kubu pembangkang.

Di atas segalanya Cina memang tidak mahu kepada BN. Mereka mahu robohkan UMNO dan mereka mahu berkuasa. Mereka juga tidak mahu PKR dan mereka memandang hina PAS.

Cina mahukan DAP dan halangannya hanya UMNO. Cina bersatu walau nampak berbeza. MCA dan Gerakan akan jadi sejarah. Kita akan ada hanya dua parti dominan.

Anwar telah berjaya menjadi alat yang berkesan. Alat untuk pecahkan Melayu dan naikkan DAP. Wan Azizah akan menang tetapi beliau tidak bahagia.

Jika ada orang kata Wan Azizah boneka, saya ingin katakan Wan Azizah adalah robot yang telah Anwar programkan. Azizah sudah hilang dirinya yang sebenar. Beliau berfikir, bertindak dan bercakap ikut program Anwar.

Oleh itu usah terkejut, bakal ADUN Kajang ini tahu ' siapa' Anwar tapi sampai mati akan taat kepada peliwat itu.


Thursday 20 March 2014

UNTUK BAYAR SAMAN RAJA BOMOH, ANWAR AKAN SAMAN TUN DAIM !!


Raja Bomoh Malayisia sangat marah kepada Anwar Ibrahim kerana memburukkan reputasinya dalam Parlimen Malaysia. Anwar memperlekeh keikhlasannya untuk menolong mengesan MH 370. Dengar cerita Raja Bomoh ini akan saman sebanyak
300 juta.


Anwar saya rasa tak ada masalah nak membayar 300 juta. Cuma bila beliau berada dalam penjara selama 5 tahun, tentu wang banyak diperlukan untuk membiayai PKR.

Saya jangka Anwar akan menyaman Tun Daim Zainuddin dalam masa terdekat. Sesuai dengan ' tahap' Tun Daim Anwar mungkin akan menuntut sekurang kurangnya 350 juta supaya wang itu dapat digunakan untuk membayar kepada Raja Bomoh. Mudahkan, macam berniaga.

Kenapa Anwar Ibrahim nak saman Tun Daim ? Tun Daim telah keluarkan kenyataan yang meletakkan Anwar setaraf dengan Mahfuz SRP atau dalam perkataan lain Tun Daim menyatakan Anwar seorang yang bodoh. 

BACA DI SINI ...

Sebab itu Anwar cuba perburukkan Tun Daim walaupun Tun Daim bukan lagi aktivis politik yang aktif. Tun Daim tahu tahu terlalu banyak tentang Anwar termasuk kebodohannya.


                                                         Mimpi ngeri bagi Anwar !

Wednesday 19 March 2014

TUN MAHATHIR MAHU DS NAJIB BERUNDUR !

Inilah harapan pembangkang . Mereka harap sangat Dr Mahathir akan membuat kenyataan yang akan meruntuhkan Najib. Mereka fikir teguran Tun Mahathir terhadap beberapa perkara dalam pentadbiran Najib adalah petanda Tun mahu Najib berundur.


Baca Di Sini...



Dan lihat ini...







Bukan hanya pembangkang, negara negara tertentu juga ikut terpukul bilamana Tun Mahathir berada di barisan paling hadapan dalam mempertahankan MAS dan kerajaan.

Tun Mahathir manusia istimewa. Beliau bukan orangnya yang akan membiarkan maruah negara diperkotak katikkan.

Pembangkang eloklah berhenti berharap. Saya yakin segala kesukaran ini akan berakhir dan kerajaan akan tampil lebih mantap dan kuat.








KETUA PUTERI UMNO DITANGKAP KHALWAT !!


4 Mac lalu tersiar berita di akhbar tempatan tentang seorang Ketua Cabang Parti ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Negeri Perlis.

                                                  Bukan diaorang, ini lama dah !

Hari ini pasangan tersebut dihadapkan di Mahkamah Syariah Kangar, Perlis.
Ketua Puteri UMNO Perlis, Zuraidah Zainal Abidin dituduh berada dalam keadaan menimbulkan syak bersama pasangannya Burhanuddin Ismail di sebuah bilik di hotel Sri Garden pada pukul 1. 30 pagi 3 Mac 2014.

Pasangan ini tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan. Kenapa saya menulis berita ini?

1. Pemimpin UMNO tidak kebal.
2. UMNO tidak pernah mempengaruhi sistem kehakiman.

Kalaulah yang ditangkap ini Nurul Izzah ( contoh ) maka aku yakin seluruh negara akan gempar kerana ' konspirasi '. Inilah bezanya. UMNO tidak pernah menghalalkan sesuatu yang haram dan tidak pula meletakkan salah kepada orang lain.

Mat Sabu, Badrul Amin pernah mengalami peristiwa yang sama dan mereka menyalahkan UMNO. Bahkan Anwar Ibrahim yang terbukti maninya berada dalam dubur Saiful , mengheret rakyat untuk menjatuhkan kerajaan kerana perbuatannya sendiri.

UMNO mesti kekal begini. Yang salah tetap salah, yang benar mesti dipertahankan.


Tuesday 18 March 2014

HISHAMUDDIN BERTINDAK BIJAK !



Malam ini satu Taklimat Khas berkaitan insiden kehilangan MH 370 akan diadakan khusus kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional di sebuah hotel di ibukota.
Surat berkaitan taklimat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan ditandatangani oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Ada dua kebijaksanaan telah terserlah melalui pengedaran surat dan taklimat ini.

1. Semua Ahli Parlimen Kerajaan wajar tahu dengan tepat apa yang berlaku dan dengan batas batas tertentu ( keselamatan misalnya ) akan berkongsi maklumat ini dengan rakyat yang mereka wakili. Rakyat sedang berdoa sambil berharap agar segalanya berakhir dengan baik.

2.  Sangat bijak bilamana semua Ahli Parlimen Pembangkang tidak diundang. Bila negara dlanda krisis besar seperti ini kita dapat lihat dengan jelas betapa jahatnya pembangkang kita.

Mereka mencari ruang dari segala sudut untuk membuktikan betapa lemahnya kerajaan , betapa tidak berdayanya kita. Mereka sedaya upaya mahu menjadikan peristiwa ini sebagai alat untuk maksimumkan kebencian dan kemarahan rakyat.

Hari ini mereka melompat. Mereka berasa diri mereka dihina dan diperlekeh kerana tidak dijemput. Hakikatnya jika mereka dijemput sama mereka akan jadikan taklimat ini medan politik mereka. Mereka akan berkokok sebaik sahaja mereka melangkah keluar daripada dewan taklimat.

Tahniah Hishamuddin. Ini tindakan bijak dan betul. Negarabangsa ini, tiada lain selain kita yang wajib dan mahu menjaganya.

Monday 17 March 2014

MAHFUZ GAGAL FAHAMI PERASAAN KELUARGA MANGSA MH370 !


Tiba tiba Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS mengeluarkan kenyataan populis yang saya pasti melukakan hati kaum keluarga dan sahabat handai krew dan penumpang MH370.


Mahfuz hari ini menyatakan beliau yakin kerajaan telah tahu di mana pesawat itu berada dan telah memulakan rundingan tetapi sengaja mahu berahsia. Sebagai pemimpin ( walaupun pembangkang) Mahfuz wajar sedar bahawa keutamaan kerajaan ialah keselamatan dan nyawa semua penumpang terbabit.

Saya percaya Mahfuz tahu betapa dalam keadaan seperti ini, jika benar pesawat ini dirampas atau dilarikan sudah tentu ada ' JANJI ' jika maklumat didedahkan pasti nyawa yang terlibat akan terancam.

Mahfuz lupa dengan menawarkan dirinya sebagai tebusan, Mahfuz mengancam nyawa 239 tebusan sebenar yang berada bersama perampas.

Mahfuz ingin menunjukkan dirinya sebagai pejuang rakyat. Tapi Mahfuz lupa bahawa selama sepuluh hari ini Kerajaan bersama kakitangannya telah tidak henti henti berjuang dan tidak pernah mengharapkan populariti kerananya.

Kita memahami Mahfuz tetapi sesekali kita harap Mahfuz kena belajar menjadi cerdik.
Hati kaum keluarga, sanak saudara perlu dijaga. Nyawa bukan boleh dijadikan taruhan politik murah Pakatan Pembangkang.




Sunday 16 March 2014

PAKCIK NI PUN NAK KENA PENAMPAR MACAM BUAYA KOT !





Setengah mati pemimpin Pakatan nak gunakan tragedi MH 370 untuk tanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan. Di mana sahaja Pakatan cuba gambarkan kerajaan sangat lemah, kerajaan bercakap berdolak dalik, kerajaan tidak telus dan macam macam lagi.



Pakatan gunakan apa sahaja saluran yang ada untuk pastikan kerajaan benar benar diperlekeh dan diperendahkan. Parlimen, pentas ceramah, mimbar masjid , blog, twitter, face book digunakan semaksima mungkin. Matlamat mereka ialah 'benci kepada Kerajaan UMNO'.



Tapi mereka nyata gagal. Encik Selamat Omar, bapa kepada salah seorang penumpang MH 370 sebaliknya sangat menghargai usaha dan kerja keras kerajaan. 



Kita semua mahu segalanya berakhir dengan baik. Pakatan pula mahu Kerajaan gagal dan mereka mengharapkan mendapat laba. Inilah pembangkang Malaysia...




Friday 14 March 2014

MH 370 PENEMUAN BARU


Allah belum izinkan MH 370 yang hilang ditemui. Bukan hanya Malaysia bahkan seluruh dunia menghulurkan segala kepakaran yang mereka miliki. Mari kita terus berdoa dan serahkan diri kita kepada Allah A'zawajalla..

Tetapi kita telah ditakdirkan menemui beberapa penemuan baru

1. Penemuan 1

Rakyat negara kita mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap negara dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Seluruh negara sederap sekata. Solat hajat dijalankan hampir setiap hari samada di surau mahupun di masjid.

Di mana mana rakyat sedang bercakap tentang MH370, simpati yang tinggi terhadap mangsa dan keluarga. Dalam perbualan saya di mana mana tidak ada seorangpun yang mempertikai atau memperlekeh usaha pihak berwajib. Semua mengharapkan agar segala galanya berakhir dengan baik.

2. Penemuan 2

Kita mempunyai pembangkang yang sangat tidak bertanggungjawab . Baru jelas bahawa bukan rakyat atau negara yang jadi keutamaan mereka. Di mana mana pembangkang bercakap tentang kegagalan kerajaan. Mereka menuduh kerajaan menjadi punca.

Mereka memetik berbagai bagai sumber dari luar negara yang sebenarnya tidak mewakili mana mana kerajaan untuk mengukuhkan tohmahan mereka. Mereka berusaha melaga lagakan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Vietnam dan China.

Pembangkang melalui semua saluran yang ada cuba mencetuskan rasa benci rakyat dunia kepada Kerajaan Malaysia. Parlimen, pentas ceramah, blog, facebook dan segalanya digunakan untuk pastikan kebencian kepada kerajaan.

3. Penemuan 3

Kita ada pemimpin pelapis. Krisis penerbangan terbesar dalam sejarah dunia ini bukan sesuatu yang dirancang. Dunia tergamam termasuk USA dan China yang merupakan dua kuasa besar. Kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Hishamuddin telah mendepani situasi ini dengan berkesan.

Semua aset yang kita miliki digerakkan . Kita mendapat begitu banyak bantuan. Jadi sejarah dunia  juga. Segala macam  kekuatan dari seluruh negara besar datang bersama. Pemimpin kita rupanya mempunyai jaringan diplomatik yang amat baik sehingga negara negara luar amat bermurah hati menghulurkan bantuan.

DS Hishamuddin bukan hanya mengepalai perancangan, tindakan tetapi lebih daripada berdepan pula dengan resah gelisah penduduk seluruh dunia. Setiap hari berdepan dengan wartawan yang inginkan kepastian sedangkan sehingga kini hanya Allah yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Umum mengiktiraf kemampuan Hishamuddin. Sabar dan tenangnya luar biasa. 


4.  Penemuan 4

Selain mempunyai kecenderungan seks luar tabii, (mahkamah telah membuktikannya) Anwar Ibrahim juga seorang yang sangat ' luar biasa ' hati dan perasaannya. Dalam pada satu dunia simpati, memberi rangsangan dan bantuan, Anwar memilih untuk secara rasmi memperlekeh, memperendah, menghina usaha bersungguh sungguh Kerajaan untuk menyelamatkan MH370.

Anwar bukan sahaja bercakap sebagai Ketua Pembangkang, tetapi seolah olah seperti musuh negara. Beliau menggunakan Parlimen untuk membuktikan bahawa kerajaan sangat lemah dan beliau mahu dunia mendengar cemuhannya.

Allah aturkan segalanya dengan baik. Mujurlah Anwar akan segera ke penjara, kalau tidak kita tidak tahu bagaimana kerosakkan yang mungkin beliau lakukan.

5.  Penemuan 5

Kita hamba Allah. Setinggi manapun teknologi dan kepakaran kita atau USA atau China, selagi Allah tidak mengizinkan selagi itulah kita tidak akan menemui apa apa.
Sehebat manapun kita pada perasaan kita, akhirnya kita kena menyerahkan diri kita kepada Allah sepenuhnya...




Wednesday 12 March 2014

SIDANG MEDIA DS HISHAMUDDIN HUSSEIN 5.00 PETANG ( 12 MAC 2014 )

)



Tabah , tenang dan penuh tanggunjawab. Hakikatnya kita bukan mencari motor hilang. Kita sedang mengesan, mencari dan menyelamatkan 239 nyawa yang berada dalam sebuah pesawat.



PAS nampaknya sangat selesa memerhati sambil mencari kesilapan. Saya percaya kalau nak katakan ini bala maka bala itu ialah kerana PAS perdagangkan agama. PAS jual agama dengan harga yang amat murah.



PAS benarkan DAP mainkan ucapan salam sedangkan salam adalah ibadah dan rahsia bagaimana Islam berkembang.



PAS biarkan DAP tafsirkan ayat Al Quran ikut cara mereka sendiri sedang membaca ayat suci juga adalah ibadah bagi orang Islam.



PAS redha Kristian gunakan kalimah Allah dalam Bible sedangkan PAS tahu mereka mahu kembangkan Kristian dalam kalangan orang Islam.



PAS redha dengan kemungkaran Anwar Ibrahim sedangkan Mat Sabu antara yang paling awal mendedahkan Anwar sebagai Pelaku seks songsang.



Kita, kerajaan dan pimpinan bertungkus lumus mencari jalan menyelamat, PAS bertungkus lumus menangguk di air keruh. 



Jika nak kata ini bala, maka sedarlah PAS lah yang menjadi punca bala tersebut !




Tuesday 11 March 2014

INILAH SEBABNYA BEKAS MUFTI INI SANGAT SESUAI BERSAMA PAKATAN !


Saya agak kerap mengikuti penulisan atau pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis yang dikatakan agak kritis dan berani dalam mengkritik . Tapi saya menyedari bahawa Dr Asri hanya kerap mengkritik apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO dan BN.

Saya berpandangan sebagai orang muda Dr Asri agak ghairah dengan sorakan dan tepukan. Barangkali Dr Asri mahukan pengiktirafan sehingga beliau selalu mencari peluang untuk berbeza.


Secara psikologi perlakuan ini bermakna Dr Asri 'lebih tinggi' dari Nik Aziz.

Terkini Dr Asri mengutuk perbuatan Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang dikatakan cuba membantu usaha mengesan MH 370. 'Tahyul, khurafat , bodoh dan tidak Islam'.

Saya tidak tahu apa faktor yang menyebabkan Dr Asri berkata begitu. Mungkinkah peralatan yang digunakan, ayat yang dibaca atau cara bagaimana pertolongan itu dibuat.

Jika Dr Asri bimbang orang bukan Islam jadi keliru, saya fikir kenyataan Dr Asri jauh lebih mengelirukan bukan sahaja orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri.

Saya tidak ingin mengatakan Dr Asri salah tetapi caranya amat salah. Menghukum tanpa mengetahui apa sebenarnya berlaku.

Saya ingin mengingatkan Dr Asri, jika cara itu salah, turunlah. Tunjukkan cara yang betul dan buktikan cara yang kita lihat itu salah. Jangan bercakap secara umum kemudian menunggu lagi peluang untuk bercakap dan mengata itu salah dan ini salah.

Dr Asri sangat terpengaruh dengan PAS. Saya ingin bertanya,  adakah Dr Asri dapat buktikan bahawa ' rawatan Islam ' yang sekarang ini digunakan oleh PAS sebagai senjata itu betul.

Tidakkah tokoh PAS yang berwajah agama lebih memperlekehkan al Quran bila merawat menggunakan ayat al Quran, bila sakit pergi ke hospital ?

Usah takbur ustaz...agama tidak terbangun atas takbur dan ria'...


Monday 10 March 2014

REDHA DAN MASIH BERHARAP...

20 RIBU NELAYAN MEMENUHI LAUTAN KITA...


Sebak ! Saya agak tersentuh dengan komitmen yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi masa susah . Baru kita tahu sebenarnya Kerajaan kita ada dokongan yang cukup kuat daripada rakyat.

Tahniah para nelayan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi memaklumkan 20 ribu nelayan akan bergerak bersama sama seluruh agensi terbabit akan membantu usaha mengesan, mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH 370 yang hilang dan sehingga kini belum ditemui.


Moga Allah rahmati kita dan tunaikan doa dan harapan kita semua, insyaallah...


Sunday 9 March 2014

TERUS BERDOA, ALLAH YANG MEMUTUSKAN !


40 Kapal, 22 pesawat, ratusan pakar, ribuan doa. Mari kita terus berdoa mudah mudahan Allah berikan pertolongan. Terkini ada laporan yang menyatakan bahawa tiada sebarang letupan di udara dalam beberapa hari kebelakangan.

Kerajaan khasnya DS Hishamuddin Hussein sedang melakukan apa yang terdaya untuk membantu mencari dan menyelamat mangsa serta dalam masa yang sama menjaga kebajikan kaum keluarga yang sedang menanti dengan penuh harapan.
Dua Kementerian sedang bertungkus lumus memberikan komitmen terbaik mereka.

Sesuatu yang amat kita syukuri ialah apabila kita mendapat bantuan yang amat luarbiasa daripada pelbagai negara. Australia, Singapura, Vietnam, USA, Cina dan Hong Kong telah memberikan pelbagai bentuk bantuan.

Pada ketika ini kita sedar bahawa apabila kita tidak berkira menghulur bantuan kepada negara lain, kita pula mendapat bantuan semasa kita amat memerlukan.

Kita usah berpatah harap, mari kita terus berdoa mudah mudahan segalanya akan berakhir seperti yang kita harapkan...

Saturday 8 March 2014

BERKONGSI ...


Ini adalah salah satu gambar yang diambil petang Sabtu ( 8 Mac 2014 ) di KLIA. Negara sedang dilanda kesedihan apabila pesawat Boeing MH 370 yang dalam penerbangan dari Malaysia ke Beijing dilaporkan hilang daripada liputan sebarang radar.

Datuk Seri Hishamuddin selaku Pemangku Menteri Pengangkutan telah menggunakan seluruh agensi yang berada di bawahnya bagi melakukan apa sahaja bukan sekadar untuk melaksanakan operasi mengesan, mencari dan menyelamat tetapi turut memberikan masanya buat menenangkan kaum keluarga yang terlibat.

Umum mengetahui apa yang berlaku, apa yang telah kerajaan lakukan tetapi siapakah yang dapat menyelami hati bimbang kaum keluarga, anak anak, isteri dan suami yang ditinggalkan.

Sekeping gambar menceritakan seribu cerita. Tahniah DS Hishamuddin , Tan Seri Muhyiddin dan DS Najib sendiri kerana dapat dilihat kegusaran dan simpati di wajah mereka. Jelas, tokoh tokoh ini bukan sekadar pengurus dan pentadbir tetapi pemimpin yang memahami hati nurani rakyat.

Adakalanya kesedihan dan keresahan kita dapat dikurangkan jika kita tahu ada yang berkongsi perasaan yang sama dengan kita. Dan kita akan rasa bersyukur kerana yang berkongsi itu adalah pemimpin yang kita hormati...


Friday 7 March 2014

PESAWAT HILANG, PANTASNYA MACAI PAS BUAT KESIMPULAN !


Saya sempat membaca sebuah blog pencacai Pakatan yang mengulas peristiwa sebuah pesawat MAS hilang dan dipercayai terhempas di Laut Cina Selatan. Saya tidak mahu menamakan Blog tersebut kerana tidak mahu bersubahat dengan kemungkaran yang dibawanya.

Penulis ini dengan ria' dan takburnya mengaitkan kemalangan ini sebagai balasan Allah terhadap fitnah ke atas Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.


Sejak semalam saya dapati kesemua saluran media pembangkang mempunyai suara yang sama. Anwar adalah mangsa fitnah dan dianiaya oleh UMNO. Sedangkan tiada sesiapa dapat menjawab soalan ' Siapakah yang telah memasukan air mani Anwar ke dalam dubur Saiful?' Bahkan peguambela sendiri tidak menjawab soalan ini.

Saya sentiasa percaya apa jua yang berlaku di atas mukabumi mempunyai sebab tersendiri, ada hikmah bagi orang yang mahu berfikir. Kita orang Islam lebih bernasib baik sebab awal awal lagi diperingatkan agar yakin dengan lisan, perasaan dan perbuatan bahawa kita kena percaya kepada qadha dan qadar.

Samada kita suka atau tidak segala peristiwa ialah ujian kepada kita. Allah uji kita dengan kegembiraan dan kesedihan, kemenangan dan kekalahan, kemudahan dan kesukaran. Kita wajib percaya bahawa tiada tangan yang mampu mengubah apa jua yang Allah caturkan.

Pakatan pembangkang telah korbankan hampir segalanya. Mereka berbohong sepanjang masa. Mereka gunakan agama untuk kepentingan peribadi.

Sebagai contoh sejak ditubuhkan PAS sentiasa menyatakan mahu menegakkan Daulah Islamiyah tetapi hakikatnya mereka tidak pernah bertanding kerusi parlimen yang mencukupi untuk jadi pemerintah.

Mereka bercakap mahu melaksanakan hudud tetapi hakikatnya mereka sampai sekarang belum duduk berbincang bagaimana ia boleh dilaksanakan.

Sekarang kita menjadi jelas, hakikatnya bila PAS diuji PAS hilang Tuhan, menafikan ALLAH sebagai pengatur segalanya. Percayalah apa yang berlaku bukan sekadar ujian tetapi balasan dari ALLAH terhadap penjual agamanya...


Thursday 6 March 2014

SERANGAN TERHADAP SYIAH, INI GARIS MULANYA !



Saya terkejut tapi agak terkesan dengan perbincangan sambil minum minum bersama teman teman petang tadi. Teman teman yang semuanya aktivis setia UMNO, berkongsi perasaan yang hampir sama.


Secara tiba tiba Syed Azman Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat yang dikatakan salah seorang penyokong Anwarinas dalam PAS, mengeluarkan kenyataan yang amat memeranjatkan.

" Ada Menteri UMNO datang mintak bantuan saya untuk pulihkan hubungan dengan Iran. Serangan terhadap Syiah telah menjejaskan hubungan dua hala antara Iran dan Malaysia ".

Saya dan rakan rakan tidak mengambil kira samada ' benar ' ada Menteri UMNO yang datang meminta bantuan daripada Syed Azman. Barangkali Syed Azman berbohong kerana UMNO sendiri mempunyai cukup kepakaran dalam hubungan antarabangsa.

Yang kami bincangkan ialah, apa maknanya Serangan Keras Terhadap Syiah yang dilakukan pula dalam Perhimpunan Agung UMNO?. Mengapa serangan ini secara terang terangan menamakah tokoh tertentu yang merupakan orang No 2 dalam PAS yang umum ketahui adalah seorang Figura Awam?


Mengapa isu Syiah ini diangkat pada awalnya sebagai isu politik padahal ia menyentuh keselamatan dan ketenteraman negara? Kenapa kemudiannya isu yang sebesar ini menjadi sesenyap senyapnya?

Sewaktu Naib Presiden UMNO yang mendapat undi tertinggi melontarkan cabaran kepada Mat Sabu dan PAS di hadapan seluruh pimpinan UMNO, saya percaya Datuk Zahid tidak bercakap kosong kerana cakapnya ' mewakili ' seluruh ahli UMNO dari akar hingga ke pucuk.

Tetapi yang berlaku akhirnya ialah kita dikejutkan dengan kenyataan luarbiasa Syed Azman. Kerajaan mengalami kerugian besar kerana serangan ini. Dikatakan kita akan hilang berbilion dollar apabila Iran mengambil tindakan membatalkan impot minyak kelapa sawit dan menghalang sebarang kemungkinan beroperasi Petronas.

Maruah UMNO pula tercalar apabila diberitakan seorang Menteri UMNO merayu pemimpin PAS untuk memulihkan semula hubungan dua hala yang terjejas ini.
( Sehingga kini tiada penafian dibuat ).

Maka minum minum petang tadi berakhir dengan pertanyaan, mengapa Zahid tidak berfikir secara mendalam sebelum melancarkan perang ini? Tidakkah Zahid berasa bahawa medan keramat UMNO telah tercemar kerana lantunannya?

Tidakkah pula Zahid menjangka bahawa UMNO dan Kerajaan Malaysia telah tersasar apabila melancarkan perang ini ?

Atau yang paling berat kami fikirkan, adakah Zahid sengaja letakkan DS Najib selaku pemimpin UMNO dan Kerajaan dalam keadaan sukar ?


Monday 3 March 2014

TS KHALID ANGGAP RAFIZI BODOH !


Selalunya Rafizi macam Mahfuz Omar jugak. Anggap diri pandai semua , tahu semua. Maka hasilnya bila bercakap melambaklah kebododohan mereka keluar.


Dalam usaha untuk merendahkan keupayaan Tan Seri Khalid Ibrahim dan menaikkan imej Anwar sebagai calon Menteri Besar Selangor, Rafizi yang lebih terkenal sebagai Rafizi lembu hari ini memperlekehkan persefahaman yang dicapai oleh Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat dalam  MOU berkaitan penyelesaian jangka panjang masalah air di Selangor.

Katanya peruntukan sehingga 20 bilion diperlukan bagi menjayakan projek ini dan rakyat terpaksa terbeban dengan kosnya yang tinggi ini. Seperti selalu, Rafizi mengatakan beliau mempunyai dokumen rasmi berkaitan isu ini.

Saya percaya Rafizi selaku balaci Anwar harap kenyataannya akan BOOM dan Khalid akan goyang. Malangnya respond Khalid amat mudah dan meremehkan pendedahan Rafizi.

" Angka itu hanya andaian. Kita akan buat program penerangan supaya rakyat faham"

Pendek benar jawapan Khalid. Pada dia kenyataan Rafizi bukan sesuatu yang penting untuk dibincangkan. Atau dalam lain perkataan yang tersiratnya ialah Khalid anggap kenyataan Rafizi remeh. Siapa yang selalu buat kenyataan remeh ? Orang bodoh je.

Maknanya juga, Tan Seri Khalid MB Selangor anggap Rafizi seorang yang bodoh !

He...he..


Saturday 1 March 2014

INI SEBAB CINA JADI RAJA, MELAYU JADI HAMBA ! ZAHID HAMIDI WAJIB JAWAB !


Saya terkejut ! Kita meletakkan orang Cina macam keramat, dewa. Sebab itu kaum ini beraja di mata bersultan di hati. Orang Melayu kekal sebagai rakyat kelas dua.

Korang tengok bodohnya ' kita '. Orang Cina yang miliki syarikat atau menjadi pegawai di sesebuah syarikat , letakkan syarat MENGUASAI BAHASA MANDARIN untuk dapat gaji lebih atau untuk menjawat sesuatu jawatan.

Contohnya jika ada dua jurutera, seorang Melayu seorang Cina. Jurutera Melayu dapat gaji kurang kerana ' tidak ada kemahiran Mandarin ! '. Maknanya mereka sentiasa nak letakkan orang Melayu di bawah walaupun kelulusan sama, kebolehan sama.

PDRM di bawah Kementerian Dalam Negeri pulak buat tindakan luarbiasa. Demi orang orang Cina sahaja, syarat memohon jawatan Polis diminimakan kepada lulus sahaja
Bahasa Melayu ( Bahasa Kebangsaan ). Dahulu dan sekarang syaratnya BM mesti kepujian.

Kemudian untuk kaum yang mulia ini, tempoh latihan untuk mereka ( Cina sahaja) akan dipendekkan kepada enam bulan berbanding orang lain sembilan bulan.

Maaflah ! Bodoh benarlah jika benda benda ni berlaku. Jilatlah Cina Cina ni. Biar orang Melayu duduk bawah kaki mereka.

Saya nak bertanya DS Zahid, Menteri Dalam Negeri yang baru menang no 1 Naib Presiden UMNO, mana maruah ' kita ' ?