Negarawan

Negarawan

Monday 1 September 2014

GAMBAR BOGEL ARTIS BERTABURAN !

New York: Gambar bogel ramai selebriti terkenal termasuk pemenang Oscar, Jeniffer Lawrence dan penyanyi pop Rihanna kini bertebaran di Internet gara-gara penggodam.
Ia dipercayai dilakukan penggodam yang melakukan pencerobohan terancang dan besar-besaran ke atas akaun peribadi selebriti terkenal.
Ketika beberapa artis mendakwa gambar berkenaan adalah palsu, Jennifer sebaliknya mengakui ketulenan imej yang tersebar itu.
Aktres yang merangkul anugerah Oscar melalui filem Silver Linings Playbook itu berkata, dia berasa pelik apabila privasinya dirampas orang tidak dikenali.
Ejen Jennifer pula berkata, mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab membocorkan data berkenaan.
“Ini jelas melanggar privasi.“Pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka pasti mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menyebarkan gambar Jennifer,” katanya.
Hasil penggodaman itu sejumlah gambar bogel Jennifer disebar di Internet, termasuk beberapa keping selfie.
Selebihnya gambar Jennifer, 24, yang dirakam pihak kedua atau ketiga.

Media melaporkan, sejurus gambar sulit itu tersebar pengguna laman sosial mula menggunakan ‘trending’ Jennifer Lawrence.

Menurut media, gambar berkenaan diperoleh apabila penggodam menceroboh akaun iCloud, Mashable dan beberapa media sosial lain.
Turut menjadi sasaran, Avril Lavigne, Amber Heard, Gabrielle Union, Hayden Panettiere dan penjaga gol skuad bola sepak Amerika Syarikat (AS), Hope Solo.

Tidak cukup dengan itu, akaun artis lain seperti Hilary Duff, Jenny McCarthy, Kaley Cuoco, Kate Upton, Kate Bosworth, Keke Palmer dan Kim Kardashian juga diceroboh.

Bekas bintang Nickelodeon dan penyanyi Victoria Justice bagaimanapun menafikan imej menyerupai dirinya adalah asli.
“Gambar kononnya saya berbogel itu palsu,” katanya melalui Twitter.

Jurucakap Ariana Grande juga turut menafikan gambar terbabit dan memberitahu ia tidak benar sama sekali.- AFP Namun pelakon filem seram Mary Elizabeth Winstead yang turut digodam gambarnya mengakui dia begitu kecewa dengan apa yang berlaku.
“Kepada sesiapa yang melihat gambar saya bersama suami beberapa tahun lalu di rumah kami, harap kamu mampu berasa hebat dengan diri sendiri,” katanya.

Ulasan

Ini berlaku di luar negara di mana nilai sebahagian daripada mereka dengan nilai kita berbeza. Saya yakin ini juga akan berlaku di dalam negara kita. Lambat laun. Inilah yang mewajarkan kawalan ketat terhadap internet. Selain fitnah, adu domba, perbuatan mengaibkan orang lain juga tidak boleh dibenarkan berlaku dalam negara kita.

1 comment:

  1. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888







    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete