Negarawan

Negarawan

Monday 29 September 2014

TIADA LAGI SINIS KECUALI YANG BENAR BENAR BERNIAT JAHAT !

Saya anggap ini perkembangan sihat untuk UMNO dan Kerajaan. Satu masa dahulu Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak boleh bercakap. Apabila bercakap akan ada orang memperlekeh, bahkan sampai ke tahap menghina. Ia jadi begitu serius sehingga menjejaskan kedudukan beliau sewaktu Pemilihan UMNO.
Keadaan sudah berubah bila mana rakyat menyedari lebih mudah mengkritik berbanding membina. Setelah pertukaran portfolio kini rakyat tahu kesukaran yang Menteri Dalam Negeri hadapi. Kebetulan musibah MH 370 dan MH 17, rupanya telah mengangkat Datuk Seri Hishammuddin serentak dengan Kerajaan UMNO/BN pimpinan YAB Perdana Menteri.
Demikian ALLAH mengatur dan mencatur. Kita hanya hamba yang tidak berdaya...Saya yakin apabila kita membaca berita seperti di bawah, tidak ada lagi yang sinis melainkan yang memang berniat jahat.

KUALA LUMPUR 29 Sept - Malaysia tidak akan sama sekali membiarkan negara-negara ASEAN dijadikan sebagai platform kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam melebarkan pengaruh mereka.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebarang ideologi yang dibawa militan IS harus dihentikan dari terus tersebar di rantau ini.

"Sempena Malaysia mempengerusikan ASEAN pada tahun hadapan, Malaysia berharap negara-negara ASEAN akan turut terlibat dalam Proses Keamanan di selatan Filipina.

"Dalam pertemuan itu, saya berkesempatan berbincang dengan beliau mengenai situasi di selatan Filipina," katanya dalam satu kenyataan selepas kunjungan Pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF), Murad Ebrahim, di Kementerian Pertahanan hari ini.
 
Hishammuddin Tun Hussein

Sebelum ini, Hishammuddin telah mengingatkan semua pihak bahawa gerakan dan aktiviti kumpulan militan Negara Islam (IS) tidak boleh disamakan dengan kumpulan pengganas lain seperti al-Qaeda atau Jemaah Islamiah (JI) yang dilihat menarik keanggotaan mereka melalui kaedah konvensional.

Tegasnya, gerakan IS merupakan kumpulan pengganas lebih kompleks dan rumit kerana menggunakan laman-laman sosial untuk menarik sokongan serta anggota baharu bagi merealisasikan agenda mereka.

Pada 25 September lalu,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penangkapan tiga lelaki warga tempatan yang disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi tujuan menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis turut merampas sehelai bendera kumpulan IS milik seorang daripada suspek itu.- Rakyat News


10 comments:

  1. Benar. Kita tak boleh nilai seseorang berasaskan masa lalu semata mata

    ReplyDelete
  2. Rakyat khasnya ahli umno rasional. Mereka menilai berasaskan prestasi. Kerja kuat, rakyat respeklah.

    ReplyDelete
  3. Saya dulupun rasa macam Datuk Hisham dah gagal. Masa itu hari hari ada orang tulis tentang kegagalan beliau. Sekarang bila diganti saya rasa pengganti beliau di KDN menghadapi perkara yang sama. Ironinya Datuk Hisham dilihat sangat berkesan menangani MH370 dan MH17. Ini yang dikatakan ' bintang'

    ReplyDelete
  4. Isu keselamatan ini isu besar. Kita dah tengok banyak negara musnah akibat pengganas. Sebagai orang awam, saya harap kerajaan dapat banteras masalah ini hingga ke akar umbi.

    ReplyDelete
  5. Ini masalahnya. Orang gunakan teknologi untuk kebaikan . Mereka ajak orang buat kerja ganas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima cadangan Tun M, kawal dan sekat penggunaan internet.

      Delete
  6. Ini dah merupakan ancaman besar. Bila rakyat Malaysia percaya mereka berjihad di luar negara sedangkan hakikatnya kita tidak tahu siapa berada di pihak yang benar, Semua pihak adalah orang Islam

    ReplyDelete
  7. Saya syorkan agar kerjasama serantau lebih kukuh dan telus. Pengganas ini saya fikir memang bersifat antarabangsa.

    ReplyDelete
  8. Keupayaan diplomasi adalah kunci keutuhan pertahanan serantau. Di sini Hishammuddin cemerlang. Tahniah.

    ReplyDelete
  9. Harapan rakyat ialah Malaysia menjadi pemimpin dalam pertahanan khasnya di Rantau Asian.Ini penting bagi memberi keyakinan kepada pelabur dan kita dapat bergerak menuju negara maju pada masa yang ditetapkan.

    ReplyDelete