Negarawan

Negarawan

Friday 31 January 2014

BN PASTI AKAN LETAKKAN CALON DI DUN KAJANG...


Bila berbual bersama teman teman, ada ramai juga yang mahu Barisan Nasional meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri Kajang dalam Pilihanraya Kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kebanyakannya bersetuju untuk calon MCA diletakkan di situ sebagai menghormati hampir 40% pengundi Cina di sana. Dalam masa yang sama kita boleh melihat MCA kembali bersatu selepas terlibat dalam kempen pemilihan mereka baru baru ini.
Ujian untuk Leow Tiong Lai juga.

PRK ini juga boleh dijadikan gelanggang menguji jentera parti UMNO, MCA dan MIC.
Benarkah Jentera Penerangan telah mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menangani isu kenaikan barang, GST dan sebagainya. Penting juga untuk dijawab ialah isu Kem Tun Mahathir yang mahu menjatuhkan DS Najib. ( Pasti kita tidak percaya tapi ini akan dimainkan oleh Rafizi dan pembangkang )

UMNO Selangor dikatakan sentiasa bergolak. Mari jadikan PRK Kajang ini medan penyatuan, jika mahu bersatu. Atau berpecahlah terus terusan supaya UMNO Pusat boleh terus abaikan UMNO Selangor untuk PRU 14.

Hakikat yang mesti kita akui ialah agak sukar untuk menang tapi bukan mustahil. Anwar juga bimbang. Jika majoriti dapat dikurangkan dengan kadar yang banyak, PRK Kajang ini akan jadi mimpi ngeri bagi Anwar.

PRK Kajang juga menjadikan undi Cina sebagai faktor menang kalah. Kita harap tiada peruntukan luar biasa untuk mereka. Kita dapat melihat sekali lagi sikap pengundi Cina supaya kita dapat meranang sesuatu yang lebih berkesan dan bermakna untuk PRU 14. DS Najib dan kepimpinan UMNO wajar sedar kita adalah underdog...kurang tekanan tapi bakal menghadirkan banyak bukti.

Setakat ini Pakatan bercelaru. Anwar terpaksa menunggu sehingga 3 Februari untuk memberikan penjelasan. Anwar perlu mencipta sebab sebabnya. Seperti biasa rakyat tahu Anwar akan berbohong seperti selalu.

16 September
40 ribu Bangla
Arsenik, patah tulang, HIV dan ratusan penipuan yang lain.

Barangkali PRK ini akan jadi ' makmal ' yang sangat bermakna, jauh lebih bermanfaat daripada beberapa makmal yang telah tubuhkan. Kita juga akan melihat Pemuda, Puteri dan Wanita. Jangan lupakan Majlis Tertinggi yang sedar panas dengan kemenangan.

Apapun kita sebagai orang Islam wajib yakin dan percaya, tiada satu perkarapun berlaku di atas mukabumi ini berlaku sia sia. Ia pasti datang dengan segala bentuk pendidikan dan pengajaran selagi kita mahu berfikir.


Tuesday 28 January 2014

BUKAN KENYATAAN BIASA !

                Insiden Bom Petrol : Mindef Sedia Kerjasama Bantu Polis dan MKN.



Kuala Lumpur 28 Januari- Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan Polis dan Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) untuk menyelaras segala tindakan yang perlu dilakukan berhubung insiden melontar ' molotov cocktail ' atau bom botol di pekarangan sebuah gereja baru baru ini. 

Menterinya , Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang memandang serius perkara itu berkata, beliau melihat tindakan terkini polemik negara yang akhirnya akan diterjemah kepada perlakuan lebih agresif.

" Kita kena tanganinya dengan cukup berhemah. Saya yakin pihak berkuasa mampu mengatasinya. Saya sendiri sudah melalui isu ini ketika bersama Kementerian Dalam Negeri suatu ketika dahulu", katanya kepada pemberita selepas Majlis Malam Anugerah Sukan Angkatan Tentera 2013.

Insiden baling bom ini dikatakan ada kaitannya dengan tindakan pihak tertentu menggantung banner menghina Islam di beberapa tempat di Pualu Pinang.

Saya sebenarnya amat teruja mendengar kenyataan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang turut disiarkan oleh beberapa blog yang lain. Sangat tepat dan kena pada masanya, bilamana ada pihak tidak lagi menghormati undang undang dan perlembagaan.

Kepada saya walaupun nadanya lembut tetapi kenyataan Menteri Pertahanan ini merupakan lontaran mesej yang jelas dan tegas kepada sesiapa jua yang berhasrat mengocak, mengganggu suasana aman yang selama ini kita pertahankan.

Yang tersirat kepada yang berniat jahat ialah Angkatan Tentera yang kukuh membenteng Negara, Institusi Raja Berpelembagaan, Agama Persekutuan dan rakyat terbanyak tidak lepas pandang terhadap apa yang sedang berlaku dan pada bila bila masa akan turun ke lapangan sekiranya perlu.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan dan ATM yang dipimpinnya. Kita tidak boleh membenarkan nafsu jahat sesetengah pihak menyekat pembinaan negara bangsa yang cemerlang.

Nampaknya ada pihak tidak jemu jemu berusaha menghalang usaha mengangkat martabat bangsa dan negara. Mereka ternyata sangat bimbang jika kita mencapai apa yang kita rancang kerana kenyataannya jika kita berjaya, mereka akan gagal sampai bila bila...



Monday 27 January 2014

KERACUNAN SELEPAS MAKAN KANGKUNG !


Kita pernah dengar ada orang meninggal dunia selepas makan cendawan. Mungkin ada sejenis cendawan yang mengandungi racun yang boleh menyebabkan kematian.

Tapi setakat ini saya tidak pernah mendengar ada orang mati selepas makan kangkung. Keracunan pun tidak. Semasa saya kecil, ada jiran saya dimasukkan ke hospital kerana keracunan cendawan. Mereka mengalami cirit birit dan muntah yang amat teruk.

Ini sesuatu yang amat pelik. Selepas begitu meriah dengan ' kangkung' selama berhari hari, berulang ulang, semalam dan hari ini pengamal media maya Pakatan nampaknya setengah gila, meracau dan meraban. Mereka semacam mabuk keracunan.

Tindakan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN dan cakap cakap Anwar akan bertanding di kerusi tersebut seterusnya merampas kuasa sebagai Menteri Besar nampaknya benar benar menjadikan penyokong Pakatan gila dan hilang perhitungan.

Anwar tunjukkan beliau adalah pemimpin autokratik. Kejam, keras dan sukar diramal.

PAS bahkan DAP seakan dimasukkan ke dalam lubang najis apabila mereka tidak diberitahu apa apa sebelum segalanya meletus. Khalid Ibrahim akan direntap turun dengan cara yang amat hina. 

Anwar pernah menjual Wan Azizah dan Permatang Pauh. Kini Kajang pula jadi taruhan.

Pakatan akan menang di Kajang walau siapapun bertanding. Dan bila kocakan dalam Pakatan semakin kuat, saya percaya Anwar bersedia untuk tidak bertanding. Namun kerosakan telah berlaku. Pencacai maya Pakatan yang kebanyakan penyokong tegar PAS sedang nanar dan marah.

Demikian jika kita berpegang teguh dengan ajaran Islam . Kita tahu bahawa jika kita terus terusan menghina dan mengaibkan orang, suatu hari kita akan diaibkan.

Kepada teman teman pejuang maya upahan Pakatan, terimalah hukuman. Kita tidak perlu berhujah berdebat untuk melihat luka dan calar di hati teman teman. Insaflah, mohonlah keampunan Tuhan..


DI DUNIA LAGI PAS DAH DAPAT PENGHINAAN !!


Sejak sekian lama saya beranggapan PAS adalah pedagang Agama. Sekuat mana hujah dan nas yang mereka gunakan tidak pernah mengubah pendirian saya. PAS sangat gila kuasa dan ghairah dengan pengaruh.

PAS sentiasa berusaha bercakap, bertindak berasaskan apa yang rakan rakan Pakatan mereka inginkan. Isu Kalimah ALLAH, isu pentafsiran ayat Al Quran, isu pencerobohan masjid dan banyak lagi. Mereka berusaha sedaya upaya untuk diterima walaupun terpaksa menggadai agama Islam yang suci.

Dan kita semua mengetahui. Islam adalah Agama Wahyu yang diturunkan untuk memakmurkan dunia. Sampai masa para pedagang Agama yang menjadikan Islam sebagai alat bukan matlamat akan terhukum. Maruah mereka tercalar dan tercemar.

Perkembangan terbaru di Selangor adalah antara penghinaan paling hebat yang terpaksa PAS telan. Dalam pada mereka berasa mereka dominan dalam Pakatan, tiba tiba mereka langsung tidak dilibatkan dalam ' percaturan ' membawa masuk diktator Pakatan ke Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Haji Iskandar Samad menyatakan " Saya hanya mengetahui perkara ini melalui media. Sepatutnya semua parti dibawa berbincang".

Beliau menambah " Setiausaha Agung PKR memaklumkan kepada saya bahawa Tan Seri Khalid akan diminta berundur dan Anwar akan menggantikan beliau ".

Dengan mudah mereka mencatur...seseorang dengan mudah mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Anwar...

Dan PAS dlam malu melampau...terkial kial mencari nas dan dalil untuk membohongi rakyat...


Saturday 25 January 2014

INI HADIAH NAJIB KEPADA CINA YANG KHIANAT, ORANG MELAYU TAK BERKECIL HATI


Sebaik sahaja keputusan PRU 13 diumumkan, DS Najib telah mengisytiharkan telah berlaku Tsunami Cina. Selepas segala kebaikan, ketulusan, keikhlasan 1 Malaysia yang DS Najib buktikan , nampaknya orang Cina telah nekad mahukan kuasa.

Cina tidak lagi berlakon. Mereka tampilkan diri mereka yang sebenarnya. Diri sejati mereka. Mereka mahu berkuasa. Mereka tidak sanggup lagi berkongsi kuasa.

Umat Melayu menanti bilakah DS Najib nak buktikan keberanian. Buktikan betapa Malaysia ini boleh bergerak ke depan dengan atau tanpa Cina. DS Najib masih lagi tidak menunjukkan ketegasannya.

Sehinggalah sekarang. Pelbagai provokasi, sabotaj dilakukan oleh orang Cina. Mereka benar benar mahu kerajaan UMNO ini runtuh. Mereka menyemai racun benci semaksima mungkin.

Kenaikan harga barang adalah kemuncak kepada perancangan jahat mereka. Sebab ia begitu menyeluruh dan menyentuh seluruh masyarakat, seluruh peringkat.
Negara bergelora dan berkocak.

Ketika ini DS Najib muncul dengan keputusan yang Umat Melayu nanti nantikan. Lumpuhkan monopoli Cina dalam perniagaan barangan asas. Keputusan Najib memperkukuhkan FAMA dan Nekmat adalah mimpi ngeri bagi peniaga Cina.

Biarlah mereka menyusun dan mencatur. Kerajaan ada susunan dan percaturan sendiri. 517 pasar tani akan dibuka di seluruh negara. FAMA dan Nekmat akan dapatkan barang keperluan terus daripada petani dan nelayan.

Ramai orang tengah akan terkapa dan terduduk. Mereka ini Cina yang khianat.
Mereka telah ' menjual'  begitu lama. Baru kini DS Najib membeli.

Barangkali hadiah Tahun Baru ini akan mendidik mereka.
Dalam masa yang sama, kita harap orang Melayu akan solid. DS Najib telah mulakan, kita wajib teruskan sokongan..



Friday 24 January 2014

TITIK HITAM, NURUL IZZAH DAN HISHAMUDDIN HUSSEIN.


Barangkali ramai tidak menyedari , suatu masa dan masih berjalan gerakan ' bisik bisik ' di bawah yang menyatakan bahawa negara kita satu masa nanti akan mem
punyai seorang Perdana Menteri Wanita. Beliau yang dimaksudkan ialah Nurul Izzah Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR.


Gerakan yang bermula sebelum PRU 13 ini, kita maklumi sebagai sebahagian daripada cara dan kaedah Pakatan Pembangkang menawan pengundi wanita yang menjadi faktor utama kalah menang dalam pilihanraya. Sedikit sebanyak saya peraya kempen ini berkesan.

Namun apa yang berlaku beberapa hari kebelakangan, amat mengejutkan dan kepada saya merupakan noktah kepada impian besar ini. Nurul Izzah sendiri membuka pekungnya apabila memfailkan permohonan cerai.

Suami Nurul Izzah dikatakan amat baik, lembut dan humble. Hampir ' tertutup' di 
sebalik karisma Nurul Izzah. Siapapun tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku melainkan mereka berdua. Namun yang tercatat dalam sejarah, Nurul Izzah telah membuat permohonan.

' Hukum akal ' membuktikan bahawa telah ada ' titik hitam ' dalam sejarah seorang Nurul Izzah yang di Malaysia memungkinkan beliau untuk tidak dapat pergi jauh sebagai seorang politikus ( Di Malaysia ).

Demikianlah politik Malaysia. Anwar Ibrahim sekuat manapun bekerja tidak mungkin menjadi Perdana Menteri. Saya percaya tokoh tokoh lain dalam Pakatan Pembangkang juga tidak mahu Anwar sampai ke jawatan itu. Anwar mempunyai terlalu banyak ' titik hitam'.

Dengan demikian, saya sengaja menilik beberapa nama tokoh UMNO. Yang paling mungkin dipersiapkan sebagai Perdana Menteri tentunya salah seorang daripada Naib Presiden UMNO. Selepas DS Najib.

Lama selepas itu kita juga telah melihat beberapa tokoh yang jika diadun dengan baik akan menjadi pemimpin hebat di masa hadapan.

Jika DS Najib mahu bertanya saya, siapakah selepas ini. Saya melihat sangat penting untuk DS Najib dan Tan Seri Muhyiddin melatih, mendidik dan mempersiapkan DS Hishamuddin Hussein. Beliau tidak sempurna tetapi setakat ini tiada titik hitam dalam sejarahnya.

UMNO juga telah sedar, bahawa menghukum DS Hishamuddin kerana dikatakan gagal sebagai Menteri Dalam Negeri dahulu adalah satu kesilapan kerana pengganti Hishamuddin jauh lebih gagal daripada beliau. Itupun jika kita mahu menggunakan perkataan ' gagal'.

Saya daripada awal menganggap apa yang telah berlaku bukanlah kegagalan secara mutlak tetapi ianya berlaku atas dorongan banyak faktor yang mungkin boleh kita bincangkan nanti.




Thursday 23 January 2014

ALHAMDULILLAH, TUN DAIM DAH MULA BERSUARA...


Tun Daim Zainuddin adalah tokoh besar negara. Beliau pernah menjadi Menteri Kewangan di zaman Tun Mahathir kemudian berhenti tetapi kembali ke dalam Kabinet sewaktu krisis ekonomi melanda negara dan berjaya bersama memulihkannya tanpa bergantung kepada mana mana badan luar.

Bekas guru, peguam dan ahli perniagaan terbilang ini dikatakan mempunyai aura luar biasa sehingga kenyataannya boleh mengubah situasi. Pada zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Tun Daim juga telah mengkritik Pak Lah dan ianya menjadi ombak yang menyebabkan Pak Lah turun sebelum masanya.

Tun Daim juga mengkritik DS Najib, dasar dan pendekatannya. Beberapa orang blogger nyata tidak senang dan menyenaraikan 12 perkara yang dikatakan kritikan Tun Daim. Ada blogger agak keras nadanya terhadap Tun Daim.

Ramai mengetahui bahawa Tun Daim mempunyai hubungan peribadi yang kuat dengan DS Najib. Tun Daim mula berkhidmat untuk Tun Abdul Razak mulai tahun 1966 apabila firma guamannya telah mewakili kerajaan dalam satu kes yang melibatkan Negeri Sarawak. Dikatakan sejak itu mereka menjadi akrab.

Tentunya Tun Daim tidak sekadar melihat DS Najib sebagai Perdana Menteri atau Presiden UMNO semata mata. Tun Daim bercakap sebagai orang tua yang mahu menegur anak anak yang mungkin tersasar atau tersilap.

Apakah apabila seorang ayah memarahi anaknya bermaksud ayah itu mahu anaknya rosak ? Sudah tentu tidak. Saya meneliti 12 perkara yang dikatakan disebut oleh Tun Daim dalam satu majlis di Merbuk, Kedah.

Saya dapati semuanya ' teguran berasas'  yang pada bila bila masa boleh dilakukan oleh DS Najib. Kesemua perkara yang disebutkan adalah perkara yang juga disebutkan oleh kebanyakan pengkritik.

DS Najib mempunyai pengalaman ' dipuji, dipuja ' akhirnya hampir hilang Kerusi Parlimen Pekan. Pengalaman ini saya percaya mendidik DS Najib menerima dan menilai kritikan dengan hati terbuka dan berusaha melakukan penambahbaikan.

Murninya Tun Daim kerana teguran yang diberi ialah kira kira 4 tahun sebelum PRU14.
Bayangkan jika beliau bercakap pada tahun 2017, pasti tidak banyak dapat dilakukan.

Sewajarnya DS Najib berterima kasih !

 

Wednesday 22 January 2014

KETUA PENERANGANNYA BODOH, AHLI TAK MUNGKIN MENJADI CERDIK !


Satu ketika saya pernah tertanya tanya, mengapa PAS begitu bodoh ?

1. PAS sentiasa bercakap mahu menegakkan Daulah Islamiyyah, tetapi bertanding jumlah kerusi parlimen yang amat sedikit. Jika mereka menang semua kerusipun, mereka tidak layak memerintah. Tetapi PAS dan seluruh ahlinya percaya mereka akan memerintah.

2. PAS tidak pernah mahu melaksanakan hudud. Sebulan sebelum PRU 13, Nik Aziz umumkan Jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji pelaksanaan hudud. Ini diumumkan pada setiap kali PRU. Seluruh ahlinya percaya.

3. PAS sentiasa menanam kefahaman dalam kalangan ahli bahawa sebagai ahli Harakah Islamiyyah, mereka perlu letakkan perjuangan Islam di hadapan. Maka ahli berkorban apa sahaja untuk perjuangan. Sedangkan mereka tahu pemimpin mereka kaya, berkereta mewah, beristeri banyak.

Ini antaranya...banyak lagi. Saya malu mahu mengulas bagaimana PAS tertipu oleh DAP dan PKR. Saya tak tergamak. Jika diulas, maka kita nampak kebodohan PAS dari pucuk hingga ke akar.

                                            Kebodohan yang tak dapat disembunyi..

Hari ini Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar sekali lagi berjaya menunjukkan kebodohannya. Beliau mengajak ahli Parlimen BN untuk melakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Alasannya, kangkung dan kos sara hidup !

Saya fikir kalau Mahfuz sanggup bekorban sedikit, eloklah beliau menyambung pelajaran. Mahfuz perlu belajar sebab kalaupun sudah terlewat untuk menjadi cerdik sekurang kurangnya Mahfuz boleh berusaha untuk tidak nampak bodoh sangat.

Saya akui rakyat memang agak tertekan. Kos sara hidup meningkat tetapi saya percaya ia tidak sampai menghalang rakyat untuk meneruskan kehidupan. Perhatikan pusat membeli belah, lihat lebuh raya pada hari cuti. Hakikatnya rakyat masih mampu meneruskan kehidupan biasa.

Kangkung dan kesempitan ini sebenarnya lebih kepada mainan pembangkang.
Kesilapan Mahfuz ialah apabila percaya bahawa semua rakyat mahu Najib ditukar.
Barangkali Mahfuz melihat kritik termasuk oleh penggiat maya sebagai signal penolakan .

Hakikatnya tidak timbul isu Najib mesti turun, Najib masih mengawal keadaan dan saya yakin dengan sedikit penambahbaikan, Najib akan terus memerintah.

Kebodohan Mahfuz ialah beliau percaya kepada Anwar Ibrahim yang sentiasa mendakwa ada pemimpin UMNO akan U Turn. Kebodohan No 1 Mahfuz ialah apabila menerima jawatan Ketua Penerangan PAS, sedangkan tiada apa yang dapat diterangkan oleh orang sepertinya...

Jadi kesimpulannya, jika begitu bodoh Ketua Penerangan PAS maka sudah pasti yang lain tidak lebih bijak daripadanya...

Monday 20 January 2014

AKHIRNYA NAJIB LEPASKAN JAWATAN !!


Daripada sudut agama, kita ini adalah unsur baharu. Yang kekal abadi hanya ALLAH Rabbuljalil. Tiada yang peliknya jika pemimpin bertukar ganti. Orang PAS selalu menyebut, jika Nik Aziz berundur daripada Jawatan Menteri Besar Kelantan, maka habislah Kelantan. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Dikatakan Kelantan                ' berjalan' seperti biasa.

Sama juga keadaannya jika satu hari Perdana Menteri kita yang juga Presiden UMNO melepaskan jawatan dan digantikan oleh orang lain. Ini hukum Allah, segalanya bertukar ganti.

Yang menjadi isu ialah jika Najib TERPAKSA turun bukan  kerana kesalahannya tetapi kerana kegagalannya menangani sesuatu pada masa yang betul. Sebagai contoh,

1. Najib telah gagal menangani isu kalimah ALLAH dengan berkesan kerana Najib telah tersilap memilih DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri, yang bertanggungjawab menangani hal hal keselamatan dan ketenteraman awam.

2. Najib telah gagal menangani isu kos sara hidup apabila beliau tersilap memilih Datuk Hassan Malek selaku menteri berkaitan . Menteri ini sangat lemah apabila sentiasa berusaha mengatasi masalah dengan masalah yang baru.

3. Najib telah gagal menangani isu perang perspsi kerana tersilap memilih Datuk Sabri Chek sebagai Menteri penerangan dan komunikasi yang hakikatnya langsung tidak berkesan dalam menangkis fitnah dan tohmahan.

Ini kegagalan Najib. Saya tidak mahu bercakap dari sudut politik kepartian kerana UMNO pada pandangan saya telah terlalu rosak dan sangat sukar untuk diperbaiki.
Saya menyentuh keberkesanan kerajaan dan menteri yang DS Najib pilih dan sikap serta tindakan mereka sedang ' MERENTAP ' Najib turun dari Kerusi Perdana Menteri.

Saya menyebut tiga menteri ini kerana dalam keadaan sekarang mereka yang klihatan paling gagal. Najib tidak ada banyak pilihan . Rombakan kabinet terpaksa dilakukan.

Saya tidak bermaksud, Najib kena terus jadi Perdana Menteri, tetapi saya fikir sementara menyediakan pelapis, kita tidak punya pilihan.


                                                  Najib tersilap pilih ramai Menteri...

Friday 17 January 2014

NAJIB UTAMAKAN ' PERSEMBAHAN ' PERIBADI...


Keadaan dilihat sangat kritikal...
Rakyat dilihat begitu menderita. Rakyat umum percaya bahawa penderitaan dan kesengsaraan sedang berlaku dan dialami. Ini kejayaan pembangkang.


Media pembangkang dan perdana sama sama menyemarakkan berita kesukaran rakyat. Rakyat berada dalam situasi ' krisis ' dan sedikit tertekan. Pada masa inilah Perdana Menteri mengungkapkan ' kangkung ' dalam satu ucapan beliau.

Maka dengan pantas media maya pembangkang, sederap dan sekata memainkan isu ini, sepenuhnya. Hilang segala kisah yang lain. Dipanjangkan, diperbesarkan. 
Akhirnya Perdana Menteri sendiri terpaksa menjawab perkara ' sekecil' ini. Kenapa?

1. UMNO dan kerajaan memang gagal melawan perang persepsi. Kita ketiadaan pakar atau jika ada orang yang diamanahkan untuk tujuan ini tidak tahu/ tidak mahu melakukan sesuatu.

2. UMNO adalah organisasi yang sebenarnya mati. Yang hidup adalah seorang berdua individu di dalam UMNO. Kita ada Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Kita ada Pegawai Penerangan UMNO Negeri, kita ada Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Kita ada Ketua Penerangan UMNO Cawangan. Semuanya mati .

3. Sebagai Kerajaan kita ada Menteri dan Kementerian Penerangan, Kita ada Jabatan Penerangan Negeri dan Daerah. Semuanya juga mati . Tiada fungsi atau gagal memahami fungsi masing masing.

4. Sebagai Kerajaan kita gagal mengawal. Saya yakin tidak ramai pegawai penerangan
dan pegawai lain di Kementerian dan Jabatan ini mempunyai roh UMNO yang menjadi tunjang kerajaan. Kerajaan membiarkannya.

Hakikatnya, keadaan tidaklah sebegitu buruk. Lihatlah di pasaraya, pasar, pasar tani.Setiap hari peniaga mengaut keuntungan besar kerana pembeli tidak pernah berkurang. 

Sedikit sebanyak memang berlaku masalah dalam kuasa beli tetapi tidak sampai Perdana Menteri patut dihina sedemikian rupa.

UMNO kena duduk, kaji, adakah setelah bertungkus lumus dalam pemilihan mereka bertungkus lumus melaksanakan amanah. Saya buat sedikit kajian. Umumnya UMNO sama sekali tiada program menyeluruh memberi kefahaman kepada rakyat. Tiada.

Jadi sia sialah bercakap tentang KPI. KPI sebenarnya retorika persidangan yang tiada makna apa apa.

Datuk Najib pun kena faham. Jangan fikir ' persembahan ' peribadi. UMNO wajib melakukan persembahan sama, kalau tidak akhirnya UMNO tinggal nama.

Wednesday 15 January 2014

MELAYU DI KAMPUNG LAMAN PAK MERTUA KHAIRY KENA HALAU, PEMUDA UMNO BUAT APA ?


Sebelum tragedi 13 Mei 1969, ada beberapa peristiwa yang berlaku yang dianggap sebagai pemulanya. Antara yang paling hangat diperkatakan ialah peristiwa perarakan orang Cina yang diketuai ( antaranya ) Lim Kit Siang, di sekitar Kuala Lumpur. Mereka membawa penyapu dan melaungkan kata kata keras dan kesat.







Penyapu lidi yang dibawa ditambah lagi dengan ungkapan seakan menghalau orang Melayu dengan segera disambut dengan tindakan berani Datuk Harun Idris, Ketua Pemuda UMNO menghimpunkan seluruh Pemuda dari seluruh Selangor dan akhir merebak ke seluruh Tanah Melayu.

Maka berlakulah Peristiwa 13 Mei 1969 yang mengajar Cina bahawa dalam lembut , Melayu boleh berkeras termasuk mati kerana maruah. Itu baru ' simbolik mahu menghalau '.

Keadaan sangat berbeza sekarang. Tak tau kenapa...orang Melayu dihalau, gerai mereka dirobohkan, rumah mereka ditolak dengan jentolak. Melayu menjadi bangsa yang sangat hina, bangsat dan merempat. Ia dilakukan oleh anak kepada Lim Kit Siang ( yang gagal pada 13 Mei 1969 ).

Seakan akan kita khasnya Pemuda UMNO yang pernah bangkit mempertahankan maruah satu masa dahulu menjadi beku, tiada perasaan. Sangat malu untuk menggunakan perkataan dayus tetapi itulah hakikatnya.

Malangnya penghinaan dahsyat ini berlaku di bumi bapa mertua kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Semacam sengaja pulak Lim Guan Eng dan DAP melakukan penghinaan ini. Seperti mahu menebus maruah bapanya yang gagal di Kuala Lumpur dan Selangor.

Saya cuba juga untuk berlaku adil. Mungkin Khairy menyerahkan segala perjuangan ini kepada Pemuda Negeri, tapi kita tidak nampak ada Pemuda Negeri yang menghalang pengusiran Umat Melayu ini.

Kita belum berbincang tentang Kalimah ALLAH, tentang Giat Mara yang mahu ditutup. Semuanya Melayu. Saya percaya perkara ini bukan berlaku secara semula jadi. Umat Melayu dan Islam sedang dihina sehina hinanya. Hilang maruah dan harga diri.

Sampai sekarang, saya amat jelas, Pemuda UMNO hanya pejuang yang gagal dan kosong !





Tuesday 14 January 2014

KANGKUNG DAH SELAMATKAN NIK AZIZ, TAPI KITA TIDAK LUPA PENGHINAANNYA TERHADAP RASULULLAH SAW


                                               " Allah tilik tilik, tengok tengok jumpa soghe.."

Saya sedikitpun tidak terperanjat apabila blogger dan facebooker Pakatan berebut rebut memainkan isu ' kangkung ' , contoh yang disebut oleh Perdana Menteri dalam ucapannya baru baru ini.

Mentaliti pembangkang khasnya yang mengaku Islam bercakap perkara kecil dan berusaha menjadikannya isu besar. Itulah juga faktor mengapa PAS dengan budak diperbudak oleh DAP.

Semalam ialah hari keputeraan Nabi Muhammad SAW. Seluruh umat manusia di seluruh dunia meraikan hari bersejarah ini sebagai tanda kasih, kagum dan cinta kepada manusia terhebat dalam sejarah dunia hingga akhir zaman.

Peristiwa inilah antaranya telah meletakkan Nik Aziz yang dijulang selama ini oleh penyokong PAS sebagai ulama tersohor dalam keadaan ' tanda tanya ', keliru dan sedikit sebanyak meragukan.

Beliau mengeluarkan kenyataan bukan sahaja memperlekeh Rasullullah bahkan merendahkan kebijaksanaan ALLAH Taala.



Barangkali pendukung PAS sangat takut pada hari keputeraan Rasulullah SAW kita akan kembali mengenang kenyataan menyesatkan daripada Mursyidul Am mereka.

Mereka boleh pada bila bila masa bermain dengan persoalan remeh dan ranting, tetapi kita sentiasa ingat sekurang kurang pada setiap kali sambutan maulidur Rasul bahawa Nik Aziz Mursyidul Am PAS telah hina junjungan besar kita...


Sunday 12 January 2014

JIKA BENAR PEGAWAI HISHAMUDDIN DITANGKAP, MARI KITA KALUNGKAN BUNGA...


Ianya telah menjadi berita awam. Seorang Pegawai Khas kepada Seorang Menteri telah ditahan, ditangkap dan disiasat. Dikatakan pegawai ini turut ditahan bersama seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan seorang wanita yang menjadi setiausaha di sebuah Kementerian.

                                               Menjadi Sejarah...

Kemudiannya saya membaca sebuah blog yang menyatakan ( samar samar ) bahawa pegawai tersebut ialah Pegawai Khas Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sekiranya ini benar, maka kita boleh berbangga dengan fakta bahawa Kerajaan UMNO/BN tidak pernah kebal daripada undang undang. Yang bersalah tetap bersalah.

Saya juga tidak mendengar sebarang kenyataan daripada DS Hishamuddin. Ini juga pembuktian betapa Menteri kita tidak kompromi dengan salah laku. Penguatkuasaan undang undang wajar dibiarkan berjalan tanpa gangguan.

Ini antara perbezaan UMNO/BN jika dibandingkan dengan pembangkang.Pernah salah laku berlaku dalam kalangan pegawai pegawai Kerajaan Pakatan. Dan kita mengetahui bahawa setiap kali berlaku salah laku dalam Pakatan, maka melompatlah pemimpin mereka.

Dengan segera jari dituding kepada UMNO. Bahkan negara kita pernah dikejutkan dengan tragedi sedih berkaitan salah laku ini.

Hakikatnya kita belum tahu siapa yang ditahan dan disiasat. Kita juga tidak tahu apakan suspek ini benar benar bersalah. Biar proses undang undang menentukan.

Cuma jika benar suspek adalah pegawai DS Hishamuddin, saya ingin mengalungkan bunga kerana Hishamuddin bukan sahaja tidak melatah tetapi beliau tidak mencampuri urusan penguatkuasaan. Inilah pemimpin UMNO, di celah celah segala tohmah dan fitnah pembangkang.


                                            Gambar hiasan

Friday 10 January 2014

NUR JAZLAN NASIHATKAN RAFIZI RAMLI JANGAN SALAHKAN BAPAK !


' Wacana Kejutan Ekonomi Selepas PRU 13 ' anjuran Akhbar Sinar Harian yang berlangsung di Kompleks Karangkraf semalam sememangnya menjadi Kejutan kepada ramai orang yang hadir.

Dalam keadaan ' panas ' kerana kenaikan harga barang dan tajuknya pula benar benar berkaitan dengan isu tersebut, seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional
BERANI hadir dan menjadi salah seorang ahli panel.

Moderator Dr Maszlee Malik mengakui kejantanan Pengerusi Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara ( PAC ), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Ahli Parlimen Pulai.
Ini juga diakui oleh ahli Panel yang lain iaitu Rafizi Ramli yang merupakan Pengarah Strategi PKR.

Hasrat Rafizi untuk mendapat laba politik melalui wacana ini tidak kesampaian apabila Nur Jazlan berjaya memberikan huraian lebih berkesan dalam menangani isu kenaikan harga barang ini. 

Apa yang menarik, Nur Jazlan turun menegur Kerajaan yang dianggapnya agak perlahan dalam memberikan penjelasan kepada rakyat. Dalam masa yang sama beliau menyarankan agar Kerajaan lebih telus kerana rakyat akan faham dan menerima kenyataan jika mendapat penjelasan.

Hadirin mengakui kemampuan Nur Jazlan apabila berjaya menjawab soalan soalan Rafizi dan moderator dengan berkesan dan dikatakan mematikan hujah mereka berdua.

Paling menarik ialah apabila Nurjazlan membuat analogi apabila Rafizi menyalahkan Dasar Penswastaan, kata beliau " Ini cerita macam bapak dengan anaklah, kita jangan marah bapak , kenapa kita lahir begini hari ini, ". 

Kenapa isu ini saya timbulkan ? Saya percaya DS Najib tidak boleh dibiarkan bersendirian menghadapi kegelisahan rakyat. Menteri dan Timbalan Menteri nampaknya lebih selesa ' bersama semasa suka ' dengan Perdana Menteri.

Saya juga rasa kagum dan lega, kita ada pemimpin muda yang berani bercakap benar pada setiap masa dan dalam masa yang sama tidak pula membakar jambatan..

 

Sunday 5 January 2014

USAH LAGAKAN HISHAMUDDIN DAN ZAHID !



UMNO ini parti keramat. Barangkali ada benarnya ungkapan ini. Kerana itu barangkali UMNO bertahan begitu lama sebagai parti pemerintah walaupun kita semua tahu UMNO bukan sesuatu yang sempurna.

Namun begitu, hakikat yang terpaksa kita terima ialah ' bertahan lama' tidak bermaksud kebal. Ini juga amaran Presiden Parti sewaktu ucapan penggulungan semasa Persidangan Agung baru baru ini.

Antara sebab ( saya percaya ), UMNO akan hancur ialah apabila wujud unsur unsur kerosakan dalaman yang tidak dikawal dan dinyahkan. UMNO tidak akan hancur kerana tohmahan dan serangan daripada luar.

Semalam saya hadir satu majlis minum petang yang agak santai di satu daerah di Perak. Ramai aktivis UMNO yang hadir dan biasalah orang politik sesantai mana sekalipun sesuatu majlis pasti akan bercakap juga tentang politik.

Agak mengejutkan saya apabila agak ' terbuka ' teman teman melahirkan kekecewaan terhadap prestasi Naib Presiden UMNO No 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Selepas Pemilihan Parti dan Zahid menang besar, beliau senyap sesenyapnya.

Ramai para penyokong dan pendukung rasa macam tertipu oleh ketegasan luar biasa Zahid dan ada yang berpandangan Zahid hanya berlakon untuk menang Naib Presiden Parti dan Zahid telah menang !

Ramai pula yang mula membuat perbandingan. Hishamuddin Hussein yang 
' sakit ' semasa Persidangan dan amat ' goyang ' ketika itu terus bekerja keras selepas pemilihan.

Peranan tentera membantu mangsa banjir, sumbangan Veteran tentera kepada keluarga bekas tentera di awal tahun, transformasi PLKN bahkan teguran Hishamuddin terhadap usaha mempermainkan Kalimah ALLAH
menunjukkan seolah olah Perwakilan UMNO telah tersilap pada musim pemilihan yang lalu.

Saya menjadi serba salah. Membandingkan dua tokoh UMNO adalah perbuatan tidak sihat untuk parti. Namun kita kena juga akui kenyataan betapa ahli parti tidak dapat dihalang daripada menganalisis dan menilai.

Saya juga menjadi hairan. Mengapa Zahid bertempek dalam Persidangan UMNO, di hadapan ahli UMNO dan menjadi bisu sewaktu berada dalam gelanggang sebenar ?

Islam dan Institusi Raja sekali gus sedang dihina. Apa lagi yang kita perjuangkan sebenarnya. Ini yang teman teman pertikaikan.

Kata mereka " Hishamuddin dahulu dikatakan lembek, tetapi hampir setiap hari memberi tekanan dan amaran, malangnya Zahid yang dikatakan keras tidak langsung menyatakan pendirian ".

Bahkan sekali lagi Zahid dikatakan lepas tangan, selepas lepasnya.

Inilah yang saya dengar semalam. Barangkalai ( saya harap ) ini rungutan terpinggir dan sama sekali tidak berlaku di tempat lain. Kerana jika membanding beza ini jika dibiarkan akhirnya menjadi retak. Dari retak menjadi belah. Ini tentu meletakkan UMNO dalam keadaan amat sukar dan bahaya.



Friday 3 January 2014

APAPUN NAMANYA, PERHIMPUNAN 31.12. 2013 ADALAH KEJAYAAN BESAR PEMBANGKANG !


Kita boleh menamakan perhimpunan 31.12.2013 yang lalu dengan pelbagai nama mengikut persepsi dan matlamat kita. Kita namakannya Perhimpunan Guling Kerajaan supaya orang tidak hadir. Pembangkang namakannya perhimpunan TURUN supaya ramai orang hadir.   



Hakikatnya Perhimpunan itu telah berlangsung di sebalik hampir 2000 laporan polis dan beratus amaran dan kecaman pelbagai pihak. Umum menyedari perhimpunan ini digerakkan oleh anak anak muda daripada parti pembangkang.

Setidak tidaknya pada malam peristiwa ini berlangsung pemimpin mereka telah menyampaikan ucapan. Dalam masa yang sama mereka berjaya menyebabkan satu Program Peringkat Nasional tertangguh/ terbatal.

Rafizi Ramli ( walau apapun gelaran yang diberi ) telah menyampaikan ucapan yang amat berkesan, seolah olah beliau amat memahami dan bersimpati dengan kesukaran yang rakyat khasnya anak muda alami. Dalam masa yang sama Rafizi
' berjaya ' membuktikan betapa kalau Kerajaan bertindak betul sudah pasti rakyat tidak susah. Rafizi melontarkan pilihan, pilihlah Pakatan !


Saya percaya pada bila bila masa, UMNO ada tokoh yang boleh mematahkan hujah pimpinan muda Pakatan ini. Pasti. Kita juga tidak kurang pemidato yang petah.

Saya melihat Perhimpunan 31.12 adalah gerakan anak muda. Anak muda dalam pembangkang dengan penyokong penyokong mereka yang mungkin tidak berdaftar sebagai ahli mana mana partipun.

Apa yang ingin saya cetuskan ialah, tidakkah kita berasa bimbang ? Ada banyak kejayaan yang telah mereka capai sebelum mereka berhimpun.

1. Mereka berniat untuk menentang dan mereka menunjukkan penentangan.

2. Mereka merancang untuk menentang dan mereka merancang dengan sangat berkesan. Bukan mudah menyatukan anak anak muda dari seluruh negara untuk melakukan sesuatu yang ' bahaya'.

3. Mereka berjaya menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya pejuang rakyat. Usah peduli apa sebenarnya yang ada dalam hati mereka kerana rakyat bukan semuanya membaca ' hati'.

4. Mereka berjaya mempengaruhi. Semua kita tahu, perhimpunan ini haram dan tiada permit. Semua tahu perhimpunan ini amat berisiko. Tetapi puluhan ribu telah hadir untuk mendepani risiko itu.

5. Mereka membina jaringan yang tidak dapat dapat dilihat tetapi ternyata ia wujud.Jaringan yang dijalin sewaktu sukar dan payah. Jaringan ini saya percaya akan kian kukuh dari semasa ke semasa.

6. Masa yang mereka ada untuk segala perancangan itu hanya sekitar satu bulan.
Satu bulan yang amat bermanfaat bagi mereka.

Inilah kekuatan yang mereka telah wujudkan. Tanpa banyak mesyuarat dan saya yakin tanpa banyak peruntukan. Bayangkan jika mereka gunakan kaedah, jaringan dan kekuatan yang sama untuk selama kira kira lima tahun ini sebagai senjata menghadapi PRU 14 !

Apakah Pemuda UMNO dengan segala yang mereka miliki mampu menandingi gerakan ini ?



Wednesday 1 January 2014

SEHINGGA HARI TERAKHIR 2013, TIADA APA APA YANG HEBATNYA MENJADI ORANG UMNO !


Inilah hasil perbincangan saya dan teman teman aktivis parti. Barangkali teman teman perbincangan saya aktivis peringkat cawangan sahaja. Cuma ada seorang berdua pernah terbabit di peringkat Bahagian.


Tokoh tokoh yang berpencak di peringkat atasan mungkin dapat membuat penilaian lebih bijaksana dan dapat melihat pelbagai kejayaan yang telah UMNO capai sepanjang 2013.

UMNO sedang melalui transformasi. Presiden UMNO sewaktu ucapan penangguhan dalam Perhimpunan Agung baru baru ini telah meletakkan KPI kepada Bahagian dan Cawangan. Ini baik sebenarnya.

Tetapi kami jadi tertanya tanya. Apa pula KPI Ibu Pejabat Parti yang dipimpin oleh Tengku Adnan Tengku Mansur yang diketahui agak banyak bercakap sehingga begitu kurang mendengar.


Terdapat banyak nama ahli UMNO yang hilang dari senarai sewaktu cawangan cawangan sedang bermesyuarat. Bukan sedikit yang diarahkan balik oleh Pemantau yang dilantik oleh Majlis Tertinggi.

Tidakkan mereka ini rasa kecewa ? Malu ? Apa perasaan anak anak mereka, cucu dan menantu mereka? Tidakkah mereka terkilan dan mungkinkah mereka kekal menyokong UMNO dalam keadaan malu itu ?

Bagaimana boleh berlaku dua orang ADUN UMNO di Perak mungkin gugur kelayakan sebagai ADUN hanya kerana alamat mereka pada kad pengenalan BUKAN anak Perak?

Adakah Ibu Pejabat gagal melihat perkara asas ini dan tidakkah memalukan jika Kerajaan Perak berubah bukan kerana Cawangan dan Bahagian tetapi kerana kegagalan Ibu Pejabat memberi pengetahuan kepada calon calon kita ?

Kita belum bercakap tentang persiapan PRU 13. Segalanya dari Ibu Pejabat kecuali tali, stapler, buluh dan goreng pisang. Selain daripada itu segalanya dari Ibu Pejabat dan amat lambat sampai ke Pusat Daerah Mengundi.

Bahkan ada yang sampai ke bawah pada hari mengundi !

Sekarang UMNO masih memerintah. Nampaknya kerja kerja untuk PRU14 belum bermula. Saya menulis tentang PARTI UMNO semata mata. Selepas ini saya akan menulis sedikit tentang UMNO sebagai parti pemerintah.

Sebagai sebuah parti , UMNO tiada apa apa untuk dibanggakan setakat ini.
Kami orang UMNO, insyaallah untuk selamanya tetapi hakikatnya kami tidak berani menjamin untuk mengajak orang lain bersama UMNO kerana setakat ini bila kami mengajak mereka, mereka hanya tersenyum !