Negarawan

Negarawan

Wednesday 30 April 2014

HISHAMUDDIN TAK LAYAN PROVOKASI MALAYSIAKINI !!





Saya fikir Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan,

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah berada dalam kelasnya yang 

tersendiri. Tenang dan tidak emosional.

Percubaan wartawan Malaysiakini untuk mengheret beliau dalam isu

tidak siknifikan berjaya dipatahkan dalam senyum sahaja.



                                                  Bersama Obama



                            Tahu di mana merunduk, di mana bertegas..




Tuesday 29 April 2014

DAP BENARKAN BERSEKEDUDUKAN ISLAM-BUKAN ISLAM DI SELANGOR, APA KATA NURUL IZZAH ?

SIAPA PAS JAWI? SIAPA PAS RUMI? - BUDIMAN ZOHDI

KELAKAR apabila melihat sebilangan Adun Selangor daripada PAS meloncat apabila Adun Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Pas Jawi dan Pas Rumi. Ini berikutan usul daripada Adun DAP yang ingin membenarkan orang Islam dan bukan Islam bersekedudukan bersama di Selangor.

Apabila usul yang dibawa Adun DAP dibahaskan, tiada seorang pun wakil daripada PAS untuk membantah. Seumpamanya mereka membenarkan khalwat antara orang Islam dan bukan Islam.

Kadang-kadang kreatif jugak idea Adun Sungai Panjang ini apabila berbahas dalam dewan. Tidak pernah terfikir dek akal beliau akan mengeluarkan pertanyaan yang nampak ringan tetapi amat tajam menusuk kalbu.

Siapa PAS Jawi?

Siapa PAS Rumi?

Betullah kata YB Budiman, di Sungai Panjang masih lagi ramai PAS Jawi berbanding di kawasan bandar, sudah menjadi PAS Rumi.

Pas Jawi adalah ahli Pas yang masih lagi kuat pegangan agamanya. Tanpa memikirkan parti, di Sungai Panjang ahli Pas dan Umno masih lagi boleh duduk semeja berbincang soal agama, bangsa dan negara. Masih lagi boleh dibawa bergurau. Ambil contoh, Ustaz Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang merupakan calon 3 kali berturut-turut Dun Sungai Panjang, namun tidak pernah menang. Ustaz Fadzlin masih lagi boleh berunding dan bermuzakarah bersama pemimpin UMNO. Tiada masalah dalam permuafakatan umat Islam. Inilah salah seorang ahli Pas Jawi.

YB Budiman bersama jentera kempen PAS Sungai Besar
Pas Rumi pula seperti sedia maklum, ramainya daripada golongan bandar. Yang tidak boleh ditegur, yang tidak boleh dibawa berbincang. Penuh dengan sikap benci dan dengki dengan pemimpin UMNO sedia ada walaupun mempunyai persamaan dari segi matlamat demi agama, bangsa dan negara. Tidak perlulah dihuraikan dengan lebih mendalam.

Jadi senang je nak tau yang mana satu Pas Jawi, yang mana satu Pas Rumi.

Pas Rumi hanya bersetuju dengan DAP walaupun melibatkan agama Islam yang kian dicemar, namun masih lagi menjadi balaci dalam pakatan.

Pas Jawi pula yang mendesak supaya tidak terlalu ikut perangai DAP. Masih ada lagi persefahaman antara pemimpin Pas dan UMNO.

Dari Blog sahabat- Terima kasih..


APA KATA ' ANUGERAH ALLAH ' TENTANG HUDUD ?

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucapannya di sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Beliau mencadangkan PAS membincangkan keputusannya untuk melaksanakan hukum hudud di Majlis Pimpinan PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 April, 2014. 
Malaysia tiada institusi sesuai laksana hudud, bincang dengan Pakatan dahulu, kata Anwar

Malaysia masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu berkata, ekoran perkara itu, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.

"Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekaligus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah.

"Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah.

"Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?" katanya kepada pemberita apabila disoal tentang persediaan Malaysia untuk melaksanakan hudud.

Pemimpin pembangkang itu juga berkata, PAS perlu membawa isu hudud kepada perbincangan Majlis Pimpinan PR bagi menjelaskan semua isu tersebut.

"Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.
"Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR," kata Anwar kepada pemberita.

Anwar turut berkata agenda hudud kerajaan PAS Kelantan itu juga tidak seharusnya mengalihkan perhatian isu pokok yang menjadi asas pembentukan Pakatan.

"Sebagai orang Islam, kita tidak boleh pertikaikan hudud, walaupun kita tahu persamaan dan kaedahnya sebelum diutarakan isu hudud itu," katanya.

Isu hudud menjadi perhatian apabila rancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membawa pembentangan hudud ke Parlimen ditentang keras sekutu mereka. Beberapa pemimpin daripada DAP seperti Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menggesa PAS meninggalkan Pakatan jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud.

Kenyataan keras daripada DAP berkenaan hudud sudah diketahui umum sejak sekian lama.
Mendiang Karpal Singh dan Lim Guan Eng juga adalah antara individu yang menentang pelaksanaan hukum itu.

MCA dan Gerakan daripada Barisan Nasional (BN) juga dilihat tidak menerima cadangan kerajaan PAS Kelantan. – 29 April, 2014. (TMI)


Dari Blog PAS...

Keyakinan saya Kerajaan PAS Kelantan sedang berusaha mencari alasan untuk tidak membentangkan hudud. Dan keyakinan saya juga UMNO lah yang akan jadi alasannya. Sebab itu artikel ini saya petik, daripada blogger PAS sendiri.

Monday 28 April 2014

MH 370 : JURUTERBANG DAKWA TEMUI BANGKAI PESAWAT ! KITA TUNGGU PENGUMUMAN HISHAMUDDIN !

29 April 2014

MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 10:06 AM

  (Ubah saiz teks)
SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.
Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.
Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.
Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.
Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".
Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini. -Sumber.
Kita doa sama sama, mudah mudahan ianya adalah benar. Terlalu lama kaum keluarga dan sahabat handai menunggu.
Sekurang kurangnya kita kita tahu apa berlaku dan apa kesudahannya.

WAJAH AKTOR BARU YANG DIDAKWA TERLIBAT DADAH !!


Satu ketika dahulu, dadah disebut sebagai NAJIS DADAH dan diisytiharkan sebagai musuh No 1 Negara. Saya menyedari bahawa program pencegahan dadah ini giat dilaksanakan termasuk di sekolah sekolah di seluruh negara.

Pada ketika itu saya pernah hadir Karnival Anti Dadah Peringkat Kebangsaan yang saya dapati mempunyai banyak unsur yang boleh membantu remaja khasnya memahami betapa bahayanya najis dadah kepada manusia dan pembangunan negara bangsa.

Beberapa tahun kebelakangan segalanya senyap. Jangkaan saya tentulah masalah dadah sudah semakin dapat diminimakan. Rupanya tidak. Saya terkejut mendengar beberapa orang remaja maut akibat dadah dalam sebuah konsert baru baru ini.
Kita juga maklum bahawa beberapa artis ternama terbabit dalam gejala ini. Selepas bertahun tahun, saya fikir tentu pihak berwajib mempunyai kerangka perancangan jelas bagi membasmi pengaruh dadah ini dalam kalangan masyarakat kita.

Tapi apabila seorang lagi artis sedang meningkat naik didakwa terlibat dengan najis dadah, saya percaya sesuatu WAJIB dilakukan serta merta sebelum remaja kita berfikir ' TIDAK MENGAPA ' mengambil dadah. Ambil dadahpun boleh berjaya.

Golongan artis mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap remaja khasnya Melayu. Saya dapat lihat bagaimana golongan remaja ini mengikut dan meniru apa sahaja yang dilakukan oleh artis. Sebahagiannya menjadikan artis sebagai idola.

Kerajaan perlu duduk semula. Kaji dan buat pembetulan. Ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya bilamana kita melihat artis yang pernah disabitkan dengan kesalahan dadah masih menguasai pentas hiburan kita.

Jika kerajaan gagal bertindak tegas, saya bimbang akhirnya kita akan menerima perbuatan menggunakan najis dadah sebagai biasa. Dan pada ketika itu sebenarnya tiada apa boleh dilakukan lagi.


Sunday 27 April 2014

MUSUH DALAM SELIMUT LELAKI !!

Artikel ini amat sesuai dibaca oleh Blogger Pakatan yang dalam Blog mereka banyak sangat iklan ubat kuat. Dalam Kitab mereka Harakahpun sama...
Fenomena kebanjiran ubat kuat, sama ada di kaki lima, Internet dan jualan langsung, pada masa kini sememangnya sangat membimbangkan.
Lihat saja di tiang lampu kawasan perumahan, papan tanda haram tertulis perkataan seperti ‘sex toys dan ubat kuat’ dan seumpamanya memang bersepah di merata tempat.  Jika anda buka Internet dan melayari laman sosial, anda mungkin jumpa pautan bertajuk ‘hubungan suami isteri’, ‘Isteri Sayang’, ‘Suami Hebat’ atau ‘Lovelorne’ terpampang dalam senarai akaun anda sama seperti iklan di majalah hiburan. 

Ada iklan sememangnya kelihatan profesional de­ngan gambar dan ke-nyataan pakar mengenai produk kesihatan yang dipaparkan, sekali gus mendorong sesiapa saja untuk melihat lebih lanjut. Jika terpengaruh, pasti ada yang sanggup membelinya.

Malah, di luar kawasan masjid juga, terutama selepas solat Jumaat, aktiviti jualan ubat kuat berlaku dengan bebas.

Pada masa sama, akhbar turut melaporkan berita serbuan pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan terhadap kedai jamu atau kilang gelap yang menjual dan mengilang ubat kuat. 

Namun, ia tidak menghalang penjualan ubat kuat secara haram ini untuk reda lantaran taksubnya masyarakat hari ini yang mengambil isu lemah tenaga batin atau hal berkaitan syahwat sebagai perkara remeh dengan menyangka ia boleh dirawat dengan cara berkenaan. 

Ingatlah, ubat kuat boleh dianggap ‘musuh dalam selimut’. Ini kerana ada antara kandungannya tidak boleh diambil oleh kumpulan individu tertentu. Bukan saja yang berpenyakit, tetapi yang tidak berpenyakit juga. 

Ini kerana ia dibuat tanpa mengikut kajian khusus dan boleh menyebabkan risiko mati me­ngejut, pengsan atau koma, mata buta, buah pinggang rosak, strok serta lumpuh anggota sepanjang hayat. 

Selagi masyarakat tidak menganggap masalah seksual sebagai masalah kesihatan dan perlu dikendalikan oleh doktor, baik kerajaan atau swasta, selagi itu kita tertipu dan menyabung nyawa sendiri. 

Saya menyeru anda di luar sana supaya membuka minda. Kebanjiran ubat kuat berlaku kerana ada permintaan dan ia ha­nya akan reda atau terhenti apabila tiada lagi permintaan terhadap produk berkenaan- Sumber..
                                                             Gambar hiasan

HISHAMUDDIN....SEGALANYA DIDEDAHKAN !!

Sesuatu yang menarik tentang Pemangku Menteri Pengangkutan. Sejak peristiwa bersejarah MH 370 kita dapati Hishamuddin Hussein cukup terbuka. Jika tidak melalui Sidang Media Hishamuddin akan menulis di laman sosial. Sebenarnya rakyat sangat suka dengar sesuatu yang ringan tentang seseorang tokoh selain daripada politik. Sinar Harian menyiarkan artikel di bawah. Terima kasih...






SHAH ALAM - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini.  Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Menu istimewa tersebut ‘didedahkan’ oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama.

“Makan tengah hari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.

Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.
   
Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.
   
Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan.

Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.



Saturday 26 April 2014

" TIADA YANG MENARIK DALAM LAPORAN MH 370 "

Ini yang saya hormat Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Beliau sentiasa bercakap benar walaupun kebenaran itu menjadikannya kurang popular. Ini yang dikatakan punca mengapa perjalanan politik Hishamuddin agak berduri,  tidak semudah yang dijangka.
Selepas tercalar dalam Pemilihan UMNO yang lalu, Hishamuddin nampaknya langsung tidak bimbang sebaliknya kekal dengan cara dan sikapnya. Terus terang dan telus. Tiada kebimbangan.
Cuma yang barangkali berbeza ialah kali ini , Hishamuddin bercakap benar dalam kerangka persepsi awam berbeza. Beliau sedang dilihat sebagai bakal Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan 'tiada apa-apa yang menarik' dalam laporan awal penyiasatan kehilangan pesawat MH370 yang akan dibentang minggu depan.
Pemangku Menteri Pengangkutan itu mendakwa, ianya hanya mengandungi data awal dan  telah diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), seperti disyaratkan oleh ICAO.

"Saya tidak fikir ada apa-apa yang menarik akan didedahkan dalam laporan itu kerana ia hanya tentang data awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dapatan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 mungkin dikeluarkan minggu depan.
  
"Komitmen kerajaan untuk pencarian MH370 yang tidak henti-henti itu, saya juga menggunakan satu pasukan pakar siasatan dalaman dan dapatan awal mungkin dikeluarkan minggu depan," kata Najib dalam akaun Facebooknya.- Sumber.

Wednesday 23 April 2014

LEBAI NI NAMPAK BANGGA DAPAT TEMPELAK TUN M, TAPI KENAPA DIA TAK JAWAB KEKELIRUAN TUN?





Soalan Tun sejak dulu tak pernah dijawab, mengapa berlaku ketidakadilan ?

Rujuk Nik Aziz pun sampai sudah tak jawab juga...

Ini isunya...

Tuesday 22 April 2014

RENDAH SANGAT PENILAIAN PKR TERHADAP RAKYAT !!

Semua kita tahu Anwar tidak bercadang untuk bertanding Presiden PKR. Umum tahu Anwar hanya mahu pastikan survival keluarganya. Sekarang Azizah, selepas ini Nurul Izzah. Tapi kita rasa sangat jelek bila PKR cuba bodohkan rakyat dengan alasan tahap sekolah rendah.

Kita tidak mahu ROS manipulasi kes Anwar Ibrahim

johari_abdul_jpp_pemilihan2014 

PETALING JAYA 22 APR: Penarikan diri Anwar dari bertanding jawatan presiden KEADILAN sebagai langkah mengelak Pendafar Pertubuhan (ROS) mempersoal jawatan Anwar Ibrahim yang kini berdepan rayuan kerajaan dalam kes Fitnah II.

“Kita tidak mahu ROS dan kerajaan ambil kesempatan terhadap kes ini. Maka beliau dengan rela hari lepas peluang untuk bertanding jawatan ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Johari Abdul.

Ini ditambah dengan kematian peguam bela Anwar, Karpal Singh, dan ahli parlimen Permatang Pauh itu perlu memberi fokus Mahkamah, ya.

Tambah Johari, kumpulan penasihat guaman Anwar telah menasihatinya untuk tidak bertanding bagi jawatan Presiden untuk pemilihan kali ini.

“Dengan keadaan kematian saudara Karpal dan kesibukan (Anwar) terhadap kes mahkamah yang sedang beliau lalui.

“Kumpulan perundangan menasihati beliau supaya tumpu pada kes dia,” kata Johari.
Sebelum ini, DAP turut berdepan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang enggan mengiktiraf pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

ROS turut mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas aduan selepas didakwa tidak sah kerana dipercayai terdapat ahli yang dipecat turut mengundi pada pemilihan tersebut.

JPP mengesahkan Anwar tidak bertanding bagi jawatan Presiden KEADILAN pada pemilihan parti yang dijadualkan secara berperingkat mengikut negeri bermula 25 April hingga 11 Mei 2014.

APAPUN ALASANNYA, NIK AZIZ TAK WAJAR DIBUAT BEGINI !!


Lihat dua keping gambar di bawah. Walaupun penganut PAS menganggapnya sebagai merendah diri, namun saya menganggap  ini sebagai petanda tidak hormat.

Beliau bekas Menteri Besar dan masih Mursyidul Am PAS

Beliau selamanya imam. Biarlah beliau di saf pertama....

Sewaktu khidmat beliau diperlukan...

Saya bukan penyokong PAS tetapi saya amat tidak bersetuju dengan sebarang tindakan tidak hormat dan tidak mengenang jasa. Membiarkan beliau bersendirian di luar masjid adalah melampau dan tidak munasabah. Atau memang budaya PAS tidak hormat orang tua ?

Sunday 20 April 2014

MAGIS MH 192 - SIAPAKAH YANG DAPAT MENGUBAH TAKDIR ?

MONDAY, 21 APRIL 2014

Tiada siapapun dapat menafikan betapa Tragedi MH 370 sedikit sebanyak menghakis keyakinan terhadap MAS khasnya dari aspek keselamatan penumpang. Normal sebenarnya apabila individu yang menggunakan sesuatu perkhidmatan mengharapkan jaminan keselamatan daripada perkhidmatan tersebut.


Tiba tiba kita dikejutkan pula dengan peristiwa MH 192. Walaupun mencemaskan namun ia mengembalikan keyakinan terhadap Pilot dan Krew MAS dan lebih manis lagi apabila Pemangku Menteri Pengangkutan bersama sama para penumpang sewaktu mereka mendarat semula di KLIA.


MH192 membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagi dan semua penumpang serta anak kapal selamat.

Penerbangan Malaysia Airlines yang menuju ke Bangalore, India, hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagI dan semua penumpang serta anak kapal selamat.
 
Beliau dalam perjalanan ke KLIA.
 
Pengurus Penyelidikan Van Diemen John, 40-an, berkata juruterbang pesawat MH192 itu amat profesional ketika mengendalikan pendaratan.
 
"Juruterbang itu begitu tenang ketika beliau mengumumkan bahawa kami terpaksa berpatah balik ke KLIA tetapi perlu menghabiskan sebahagian minyak dahulu.
 
"Kami berlegar-legar di Selat Melaka dan Kuala Lumpur. Beberapa jam kemudian kami mendarat dengan selamat.
 
"Beliau memberikan arahan dengan jelas. Beliau amat profesional dan melakukannya dengan baik," kata John yang terbang dari Shanghai untuk ke Bangalore berjumpa dengan pasukan penyelidiknya.
 
Sementara itu, seorang lagi penumpang dari Pulau Pinang yang enggan dinamakan berkata pendaratan kecemasan itu dikendalikan dengan baik.
 
"Juruterbang dan anak kapal mengikut prosedur dengan betul. Ia dikendalikan dengan baik dan saya tidak panik," katannya sambil menambah, beliau tidak memberitahu keluarganya mengenai insiden itu.
 
Sementara itu warga Australia Miranda Jason Juse, 30, berkata disebabkan  jurutebang dan anak-anak kapal bertindak secara profesional, semua penumpang berasa tenang semasa empat jam terbang, berlegar-legar di udara Selat Melaka.
 
"Juruterbang melakukan yang terbaik untuk mendarat dengan selamat dan pesawat itu mendarat lembut dan lancar. Keadaan di dalam pesawat pun tenang sebaik kami selamat mendarat," katanya.
 
Semua penumpang agak keletihan selepas melalui pengalaman cemas itu tetapi mereka masih mampu memberikan senyuman kepada para pemberita sebagai menyatakan terima kasih kepada dunia yang mereka mendarat dalam keadaan selamat.
 
Bernama
Demikianlah benarnya kata para ulama. Bila Allah uji kita sebenarnya Allah mahu mengangkat darjat kita. Barangkali ini rezeki MAS dan kakitangannya...


Saturday 19 April 2014

MB KELANTAN BIJAK, GAGAL DIPERANGKAP MALAYSIAKINI.





Mengatasi ketenangan Nik Aziz...

BLOGGER PAS AKUI DR. ZUL SENGAL !!


SENGAL NI MAKNANYA BODOH/ TOLOL...


SATURDAY, APRIL 19, 2014

Woit Dr. Zul, tolong jangan heret PAS Pusat dalam politik "sengal" hang

Woit Syeikh, tak payahlah nak bawak ke PAS Pusat berkait dengan Majlis Fatwa Negra tu tentang "R.I.P"
Jangan bagi keliru masyarat kelak seolah-olah PAS tidak menghormati mahupun menghargai jasa mendiang Karpal Singh yang maut ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tak payahlah nak berpolitik perkara ini.
Apa, kalau tak kata "R.I.P" bermakna kita tidak menghormati mendiang ke?

Sekarang sudah jelas, majoriti masyarakat dari pelbagai Agama, bangsa hatta dari PAS sendiri pun sudah pergi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Ramai pimpinan PAS pergi. So, apa masalahnya?
Fatwa itu datang dari Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya dari PAS. Tentu mereka ada hujah dan alasan.

Lainlah kalau PAS Pusat melarang ahlinya pergi buat penghormatan

Biro politik sudah tandus idea ke, hingga 'benda' seperti ni pun nak bawak kepada Mesyuarat. Kalau Syeikh merasakan boleh menggunakan "R.I.P", gunakanlah, tak ada siapa nak halang Syeikh, janganlah mengheret PAS Pusat dalam kes ni.

'Sengal" betullah sesetengah cerdik pandak ni.

Kita tak nafikan menghormati jasa dan kegigihan mendiang dalam menegakkan keadilan, so apa masalahnya. Dalam masa yang sama kita jugak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Apakah kalau kita pergi beri penghormatan tapi dalam masa yang sama kita tidak kata "R.I.P.", itu keluarga mendiang akan kecik hati?

Hentikan buang masa Tok Syeikh.

Sekali lagi, Zul, tak payahlah hang nak lebih sudu dari kuah. Tolong jangan nak mengheret PAS Pusat dalam isu R.I.P. Cadangan hang tu memberi perspektif pada masuarakat seolah-olah PAS ni yg menentang Majlis Fatwa Kebangsaan.


al-brangionline:

Kami tak mahu Tok Syeikh sendiri "R.I.P" (Rest in politic di Kuala Selangor)
___________________________________________________________________
7:11PM - 18 Apr 2014

PAS AKAN BINCANG FATWA RIP


PAS akan bermesyuarat pada hari Isnin depan untuk membincangkan kontroversi yang timbul daripada penggunaan perkataan "RIP" atau rest in peace (bersemadi dengan aman) yang amat tidak digalakkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kita akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat biro politik di Kuala Lumpur dan kita akan tetapkan pendirian kita," kata pengarah pusat kajian PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, yang ditemui pada majlis berjaga mendiang Karpal SIngh di Pulau Pinang hari ini.

Keputusan itu kemudiannya akan dipanjangkan kepada kepimpinan pusat parti, kata bekas MP Kuala Selangor itu lagi.

Menurut Dzulkefly, perkara itu adalah sensitif kerana pemergian seorang negarawan seperti Karpal Singh, layak mendapat penghormatan dan pengiktirafan.

Turut bersama Dzulkefly adalah MP Tumpat, Kamaruddin Jaafar yang berkata kini adalah masanya untuk menghormati Karpal dan jasa-jasanya, dan bukan menghamburkan sebarang pendapat atau komen negatif.

Membincangkan ungkapan RIP, fatwa MFK menyebut, amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya ungkapan RIP kepada seorang bukan Islam.

Fatwa itu berkata, RIP adalah ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama mazhab Katolik sejak abad ke-18 dan diukir pada batu nisan masyarakat mereka.

Ia juga, menurutnya, mengandaikan bukan Islam akan mendapat rahmat Tuhan sebagaimana doa asal dalam bahasa Latin, sedangkan seseorang yang mati dalam kekufuran tidak mendapat keampunan dan rahmat Tuhan. [sumber.]

Thursday 17 April 2014

MAAF, ARTIKEL AGAK PANJANG INI UNTUK BACAAN ORANG UMNO SAHAJA.

Tidak ada siapapun dapat menyangkal bahawa dalam masa sebulan lebih ini beliaulah Menteri paling sibuk. Tragedi MH 370 membuatkan beliau terpaksa bertugas 7 hari seminggu dan 24 jam sehari. Bahkan bantuan isterinya diperlukan khasnya bagi menangani keluarga mangsa MH370.


MH370 adalah sejarah dunia. Ia berlaku pertama kali dalam sejarah penerbangan. Lelaki ini dan kerajaan awalnya diperlekeh kerana dikatakan gagal menemukan sebarang jawapan mahupun penyelesaian.

Masa lalu lelaki ini dijadikan bahan rujukan, teruskan bacaan anda di sini..., maka dengan pantas ada pihak merumuskan Hishamuddin memang lemah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Takdirnya di atas sejarah ini ada sejarah baru tercipta tanpa sengaja. Beberapa ketika kemudian lelaki ini telah tampil mendepani dunia dengan keupayaan tersendiri. Dunia menjadi kagum sebenarnya.teruskan bacaan anda di sini...

Hishamuddin menghadapi pemimpin dunia memohon bantuan dan sokongan. 26 negara bersatu menghantar pertolongan. Hishamuddin mendepani wartawan daripada pelbagai media dalam negara dan antarabangsa. Ada di antaranya bertanya untuk menjatuhkan. Tiada satu soalanpun yang gagal beliau jawab bahkan ada jawapan beliau seperti peluru ke kepala wartawan berkenaan.

Hishamuddin memimpin semua agensi berkaitan dalam usaha mencari dan menyelamat. Nampaknya kita tidak pernah mendengar sebarang rungutan. Lebih daripada itu Hishamuddin sangat empathi menghadapi kaum keluarga mangsa yang berharap dan menanti. Yang digembar gemburkan memberontak, pasrah di depan Hishamuddin.
Menarik untuk dikaji, Hishamuddin samada diakui atau tidak, tidak pernah kelihatan atau kedengaran ' lebih ' daripada apa yang sewajarnya. Beliau tetap Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan.

Bahkan beliau sentiasa merujuk ' YAB PM ' semasa mengeluarkan kenyataan. Saya yakin benar Hishamuddin tidak melihat ' kesedihan dan kesukaran ' ini adalah batu loncatan bagi dirinya.

Pemerhati politik tahu tiada sekalipun dalam sejarah panjang politiknya Hishamuddin
' melonjak ' lebih dari yang sepatutnya. Bahkan kita telah melihat seseorang yang berlebihan melonjak, akhirnya terjatuh sebelum sempat berada di puncak.

Maka jika ada orang bertanya saya, siapakah bakal Perdana Menteri kita? Saya percaya kita tidak lagi berasa bimbang kerana kita telah mempunyai tokohnya.


MENGAPA BELAJAR TINGGI TAPI MUDAH BENAR DITIPU ?

Siswa dihalang masuk SUK, gagal serah memo

Sekumpulan aktivis mahasiswa berhimpun di depan pintu masuk Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah petang ini sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri berlangsung bagi menuntut kerajaan negeri Selangor memulakan pendidikan percuma.

Bagaimanapun, kira-kira 20 orang yang menggelarkan diri sebagai Bebas 2.0 tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan yang menutup semua pintu masuk ke kawasan bangunan itu.

Ia sekaligus menggagalkan usaha kumpulan itu untuk menyerahkan memorandum mengandungi tuntutan tersebut kepada menteri besar.

Jurucakap kumpulan itu, Abdul Muqif Muhammad, 23, mahasiswa Universiti Malaya kecewa apabila tidak dibenarkan masuk berjumpa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Hari ini, kami berada di sini untuk menyampaikan memorandum ini ke tangan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, namun kami dihalang untuk masuk ke kawasan bangunan.

"Kami tidak diberikan sebarang sebab mengapa kami dihalang daripada masuk.

"Kami kecewa dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat ini, yang sebelum ini begitu lantang menyuarakan isu kebebasan akademik dan juga pendidikan percuma ini," katanya kepada pemberita.

Abdul Muqif berkata memorandum itu pada asalnya dihantar untuk mendesak kerajaan negeri Selangor memulakan pelaksanaan kebebasan akademik dan juga pendidikan percuma dengan menjadikan Universiti Selangor (Unisel) sebagai perintis.

Bagaimanapun, memorandum itu gagal diserahkan kepada menteri besar dan tidak diterima mana-mana pegawai dari pejabat menteri besar.
Kata seorang pembaca "Kumpulan ini patut berdemo di hadapan rumah Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli sebab masalah mereka pasti akan dapat diselesaikan dalam satu saat."
Dalam PRU 12 dan 13, Pakatan berjaya memenangi hati pengundi muda khasnya mahasiswa atau penuntut Pusat Pengajian Tinggi. Saya yakin bukan kerana faktor idealisma perjuangan sebaliknya janji muluk misalnya penghapusan bayaran balik PTPTN dan pembelajaran secara percuma.
Saya percaya setelah sekian lama, janji janji Pakatan akan dituntut dan pasti tak dapat dipenuhi. Mungkin sehari dua ini kita akan dengar pulak janji, " Tunggu kita dapat perintah Malaysia, pasti segalanya percuma ".
Saya jadi agak bimbang bagaimana orang terpelajar mudah benar ditipu ?

 


Wednesday 16 April 2014

KITA KEHILANGAN PEMBANGKANG BERWIBAWA. TAKZIAH...

Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.
 
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau menerima ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 dengan menyertai DAP.

Beliau menang pilihan raya kali pertama pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Peguam lantang itu memenangi kerusi Parlimen Jelutong buat pertama kali pada 1978. Sejak menang pada 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Karpal yang aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.
Karpal melepaskan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009.

Beliau lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meringkuk di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih 100 orang ditahan.

Kereta MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki veteran DAP, Karpal Singh remuk dalam kemalangan negeri berhampiran Gua Tempurung, Perak, awal pagi tadi. – 17 April, 2014.Kereta MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki veteran DAP, Karpal Singh remuk dalam kemalangan negeri berhampiran Gua Tempurung, Perak, awal pagi tadi. – 17 April, 2014.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehilangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui telefon jam 630 petang semalam. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.
Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik dan peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."
Karpal meninggalkan seorang balu dan lima anak serta empat cucu.
Anda mungkin juga meminati: