Negarawan

Negarawan

Thursday 25 December 2014

MUHYIDDIN RAMPAS KUASA !

Barangkali inilah harapan Pakatan. Tun Musa Hitam mula retak dengan Tun Mahathir sewaktu krisis Memali. Beliau seakan akan bertindak melangkau PM.

Anwar Ibrahim melakukan perkara yang sama sewaktu krisis kewangan pada tahun 1997. Namun Tan Seri Muhyiddin kelihatan masih Timbalan kepada Perdana Menteri sewaktu ada pihak mahu melagakan beliau dengan DS Najib...

Baca .di sini..

Tuesday 16 December 2014

JANGAN TERPEDAYA, 1 MDB HANYA HELAH BELA DIRI !


Saya agak bimbang bila ada orang percaya DS Najib Razak sedang berdepan bahaya besar kerana masalah 1 MDB. Barangkali terdapat sedikit masalah dalam pengurusan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan ini namun ia tidak sampai kepada keruntuhan sebuah kerajaan atau Perdana Menteri perlu letak jawatan.


Saya yakin isu 1MDB ini sengaja diperbesarkan bagi menutup perhatian rakyat kepada perbicaraan Anwar Ibrahim saman Anifah Aman. Saya yakin sangat saman ini adalah satu kesilapan besar Anwar Ibrahim.

Begitu banyak tawaran rasuah rupanya diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada pemimpin BN. Kalau dijumlahkan barangkali mencapai ratusan juta ringgit.
Saya menganggap seorang pemimpin yang sangat hina kerana gila kuasa tergamak cuba melakukan rasuah.




Isu kedua yang sangat menyukarkan Pakatan ialah perbalahan di antara PAS dan DAP yang nampaknya tidak dapat lagi diselamatkan. Saya yakin Pakatan sedang menuju kehancuran. 


Pemimpin dan Ahli UMNO perlu berhati hati. Saya tidak bermaksud DS Najib dan Kerajaan ini sempurna. Tapi saya yakin keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat seluruhnya masih dalam kawalan.

Kita pernah terperangkap dengan mainan persepsi Pakatan dahulu, dan kita tidak boleh membiarkannya berlaku sekali lagi.

Tuesday 9 December 2014

NIZAR JAMALUDDIN KENA BELASAH !

Inilah hakikatnya. Dalam Dewan Nizar selalu kena belasah dengan penyokong kerajaan kerana pembohongan yang dilakukannya. Di luar Nizar Jamaluddin bercakap seolah olah dialah juara. Maka kita tidak hairan mengapa PAS sedang dilambung ombak dan hampir karam...
Langkah Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat kenyataan bercanggah mengenai pencapaian orang Melayu di negara ini mengundang padah apabila beliau gagal menyokong kenyataannya dengan fakta.
Mohamad Nizar (PAS-Changkat Jering) ketika membahaskan usul Bajet 2015 mempersoalkan rasional disebalik jawatan-jawatan penting dalam negara, kerajaan, syarikat kerajaan dan institut pengajian tinggi dipegang dan diberikan kepada orang Melayu.
"Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, jawatan ketua eksekutif GLCs dan jawatan tertinggi di IPTA semua dipegang dan diberikan kepada orang Melayu.
Kenapa jawatan-jawatan ini harus diberikan kepada hanya orang Melayu," kata Nizar ketika berbahas di hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Beliau yang enggan memberi laluan ketika Datuk Khusairi Talib (BN-Slim) meminta untuk mencelah seterusnya menuduh bahawa kedudukan orang Melayu masih terkebelakang berbanding kaum-kaum lain di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun negara sudahpun mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lamanya.
Menurutnya nasib orang Melayu akan kekal mundur tanpa apa-apa kejayaan sekiranya BN terus diberikan mandat untuk memerintah.
Tuduhan keterlaluan ini mengundang kemarahan Datuk Mohamad Zahir Mohad Khalid yang terpaksa menggunakan Perintah Tetap bagi membolehkan dirinya mencelah untuk menyangkal dakwaan keterlaluan Nizar.
"Changkat Jering buat tuduhan yang bercanggah. Tadi dia kata semua jawatan penting negara dipegang Melayu tapi sekarang dia kata pula orang Melayu tak maju walaupun dah 50 tahun merdeka.
"Dia (Nizar) tak sedar siapa yang jadikan dia seorang profesional (jurutera) seperti sekarang. Dia dapat biasiswa MARA untuk belajar ke luar negara...sekiranya bukan kerana UMNO memerintah negara, adakah dia ingat dia jadi seperti hari ini," kataya Mohamad Zahir.
Apabila Mohamad Zahir meminta Nizar membuat kenyataan sama ada beliau merupakan antara golongan anak Melayu yang berjaya berikutan polisi kerajaan UMNO yang sentiasa membantu kaum Melayu untuk maju, Nizar memilih enggan menjawab soalan tersebut.
Terperangkap dengan soalan Mohamad Zahir, Nizar kemudiannya meneruskan perbahasan dengan membangkitkan isu lain setelah Speaker Datuk Seri S.K Devamany membuat perintah supaya Nizar meneruskan ucapan tanpa perlu memberi penjelasan kepada Mohamad Zahir.

Saturday 6 December 2014

PEMIMPIN UMNO DAH MAKIN BERANI !

Dulu selepas PRU 12, 2008 pemimpin UMNO terpaku. Tsunami Cina menjadikan pemimpin UMNO agak terkejut dan takut. Mana mana pemimpin yang bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina terperangkap dalam situasi sukar. Pada ketika itu pemimpin UMNO hampir tidak berani mahu bercakap tentang Melayu.

Di sisi yang lain, orang Melayu pulak berpecak secara mutlak. PAS dan PKR benar benar telah berjaya pecahkan undi Melayu sehingga Cina menjadi penentu kalah menang dalam PRU.



Keadaan dah berbeza sekarang. Pemimpin UMNO dah makin berani, terus terang dan jelas. DS Hishammuddin yang teruk terkesan pada PRU 12, nampaknya melakukan pemulihan dengan pantas . Kenyataannya tentang UMNO tidak lagi mencerminkan sebarang kerisauan.

Saya harap semua pemimpin UMNO akan kembali menjadi pejuang Melayu. DS Najib memulakannya dengan umumkan Akta Hasutan 1948 kekal. Ini permulaan yang amat meyakinkan.

UMNO tak boleh lagi nampak budiman untuk tagih undi Cina sebaliknya UMNO kena berusaha sedaya upaya memenangi hati orang Melayu untuk kekal berkuasa...

Wednesday 3 December 2014

KITA AKAN KALAH PRU 14...

Memang ini kenyataan yang pahit dan sukar diterima tetapi inilah hakikat yang terpaksa ditelan. Pilihanraya adalah berkaitan dengan angka . Tiada perkiraan lain. Sebaik manapun UMNO ia tetap tidak bermakna selagi undi kita kurang daripada parti lain.



Dalam pada pelbagai teguran bahkan amaran pimpinan parti, UMNO masih gagal menyaingi DAP dari sudut mendaftarkan pengundi baru sedangkan kita tahu pengundi sedia ada telah memihak Pakatan. Pimpinan kita rasa saya telah lakukan yang terbaik untuk memberikan pedoman. Bahkan ada kalanya memberi kenyataan berunsur ancaman.



Pelbagai transformasi berlaku dengan jayanya di peringkat tertinggi. PAU 2014 menyaksikan transformasi dalam perbahasan dan usul. Semua akui transformasi pimpinan DS Hishammuddin ini telah terlaksana dengan cemerlang.

Sikap dan tingkahlaku pimpinan sangat inklusif sehingga perwakilan menjadi begitu dihargai dan gembira. Jurang yang selama ini dikatakan jadi pemisah telah tiada sama sekali.

Saya tidak pasti apakah ia akan merangsang orang UMNO selepas ini untuk menyingsing lengan. Masa sangat terbatas. DAP cukup laju bekerja. Jika UMNO bergerak dengan cara yang sama saya fikir memang kita memilih untuk kalah pilihanraya. Pada masa itu tiada apa apa dapat dilakukan lagi.