Negarawan

Negarawan

Thursday 5 February 2015

ISLAM TAK ANJURKAN KEGANASAN !

KUALA LUMPUR 4 Feb - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengingatkan agar memandang serius perkembangan terbaharu kegiatan kumpulan militan terutamanya IS.

Beliau berkata, tindakan terbaharu IS yang bertindak membakar salah seorang tebusan, juruterbang Jordan hidup-hidup amat kejam dan bukan mewakili umat Islam di seluruh dunia.

“Tindakan IS ini cukup kejam, tidak menggambarkan Islam dan tidak mewakili umat Islam.

"Ini pendirian kita, dan kita kena buktikan kita negara yang pelbagai kaum ini, boleh hidup dengan harmoni.

“Tidak menyokong dan tidak mengiyakan IS ini, tetapi lebih daripada itu tanggungjawab ATM pihak polis dan risik juga mesti berhati-hati dan mengambil serius ancaman IS.

“Dan perkembangan di Jordan amat membimbangkan,” katanya katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan pasukan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia musim 2015 di Stadium Kementah di sini hari ini.

Turut hadir termasuk Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau merujuk tindakan IS yang memaparkan sebuah video menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditangkap pada bulan Disember diselubungi api yang marak.

Dalam perkembangan sama, Hishamuddin juga yakin bahawa kegiatan militan di Sabah berada dalam keadaan terkawal.

Pihaknya bersama ATM telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan tiada ancaman dan juga penglibatan aktiviti militan berlaku di dalam negara.

“Saya rasa (di Sabah) masih terkawal, dan fenomena IS ini tidak kepada negara kita sahaja, mana-mana yang saya pergi termasuk di negara barat," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin yang dilantik mempengerusikan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN telah memulakan siri lawatan di beberapa buah negara bagi membincangkan isu ancaman pertahanan negara termasuk IS.

“Tidak ada negara ASEAN yang terkecuali memantau perkembangan IS di rantau kita.

“Ini satu ancaman yang tidak boleh diambil mudah, dan jangan terikut-ikut dakyah mereka dan saya harap mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa,” tegasnya.

Ulasan

Islam agama wahyu. Islam adalah rahmat kepada seluruh umat manusia bukan orang Islam sahaja. Sebab itu jika ada orang kaitkan keganasan dengan Islam, kaitan itu tidak tepat dan harus dibetulkan.

Dalam masa yang sama apa jua unsur yang boleh menyemarakkan pengaruh IS ini perlu dicegah dengan segera sebelum merebak menjadi makin parah.