Negarawan

Negarawan

Thursday 31 July 2014

MUJAHID KATA USTAZ SAHUL TAK CUKUP ILMU !





Terpaksa ! Sekarang Mujahid faham apa makna terbuka. Terbuka maknanya orang India atau Cina bebas nak kata apa saja terhadap orang Melayu dan Agama Islam manakala orang Melayu jangan sama sekali sentuh isu sensitif berkaitan orang India atau Cina !

Demi mengekalkan imej liberlnya Mujahid sanggup korbankan seorang ' da'i '.

Masyaallah, kebesaran Tuhan....

CARA NOH OMAR BERFIKIR RUGIKAN UMNO !





Sebenarnya saya tak faham kenapa UMNO Selangor tidak melihat konflik Pakatan sebagai peluang. Peluang untuk menyusun kerja. Peluang untuk menawan pengundi. Ini politik kepartian. Saya bimbang, akhirnya DAP mendapat untung daripada konflik ini.



Umum tahu cara bekerja DAP. Senyap tapi berjalan. Jangan lupa, sudah ramai profesional Melayu dipancing DAP. Jika DUN Selangor bubar, mustahilkah DAP menjadi kuasa dominan ? UMNO ? Tunggu dan lihat, sampai bila?




Wednesday 30 July 2014

GEMPAR !! PEJUANG HAMAS DILATIH DI MALAYSIA? ISRAEL BAKAL MASUK KE MALAYSIA ?





Ini laporan Astro Awani yang sumbernya media Israel. Dunia tahu pendirian Malaysia terhadap Israel.

Dunia tahu bagaimana Tun Mahathir telah memberikan segala kekuatan kepada Dunia Islam untuk mengutuk, menyelar dan membantu Palestin. Apapun yang berlaku selepas ini, kita harap pendirian kerajaan Malaysia tidak akan goyang !

FASA BARU KONFLIK SELANGOR, PKR DAKWA NIK AZIZ TAK TAHU APA APA !


Umum mengetahui apa yang sedang berlaku di Selangor dan apa yang sedang bergolak dalam Pakatan. Seperti yang dijangka, Nik Aziz akan jadi elemen penting dalam menentukan akhir kepada konflik ini. Psywar awal PKR, Nik Aziz sebenarnya tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam politik tanah air kerana masalah kesihatan..

Baca di sini..

Adakah Nik Aziz akan berubah selepas bertemu Saifuddin...?


Friday 25 July 2014

ANWAR BERJAYA BUKTIKAN HAJI HADI BOLEH DIJATUHKAN...

Statement Mahfuz :


Sementara itu ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula ketika ditanya berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

"Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Keyataan di atas adalah antara respon Mahfuz Omar selepas Haji Hadi bertegas menolak pelan peralihan yang dirancang Anwar di Selangor.Baca di sini... 

Saya menjangkakan bahawa ini adalah permulaan kepada pepecahan dalam PAS. Apabila Mahfuz ' berani dan tergamak ' berbeza dengan Haji Hadi secara terbuka, maknanya selepas ini ' ulama ' bukan apa apa lagi kepada PAS.

Kita mempunyai masa dan peluang untuk menyaksikan sebuah parti yang selama ini memperdagangkan agama dengan harga yang murah, bakal dilelong dengan harga yang jauh lebih rendah !

Wednesday 23 July 2014

KENYATAAN JELAS, RINGKAS MENYEBABKAN KITA DIHORMATI.

Malaysia Tidak Berminat Pertimbangan Geopolitik Antarabangsa - Hishammuddin

KLUANG, 20 Julai (Bernama) -- Malaysia hanya  mahu mengetahui apa yang berlaku terhadap pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan tidak berminat dengan pertimbangan geopolitik antarabangsa melibatkan pertikaian Ukraine dan Rusia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia tidak mahu terlibat dengan perbuatan tuduh-menuduh membabitkan negara-negara berkepentingan selepas pesawat MH17 itu terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

"Bagi Malaysia, ini adalah pesawat kita, keluarga kita dan rakyat hanya mahukan yang terbaik. Kita mesti memberikan fokus yang terbaik untuk membawa balik jasad-jasad mangsa ke tanah air.

"Tuduh-menuduh, tuding-menuding jari atau pertimbangan geopolitik, itu saya tidak kisah," kata beliau kepada pemberita pada majlis Rahmat Ramadan di FELDA Ulu Pengeli di Kluang, Ahad.

Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia.

Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu.

Media asing melaporkan pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada siapa yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Hishammuddin berkata pasukan penyiasatan khas Malaysia perlu diberikan kebenaran untuk memasuki tapak nahas tanpa sebarang sekatan untuk mengetahui perkara sebenar serta mereka yang bertanggungjawab.

Selain itu katanya, akses ke kawasan kejadian juga akan membantu usaha membawa keluar mayat mangsa dan memastikan bukti-bukti penting mengenai kejadian itu terpelihara.

"Kita mahu merungkai perkara yang benar dan pihak yang bertanggungjawab, mereka perlu diheret ke muka pengadilan," katanya.

Menurutnya, lokasi kejadian perlu dipelihara daripada sebarang pencemaran kerana jika benar pesawat MH17 itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu sebagaimana yang didakwa, kesan-kesan peluru berpandu atau serpihannya boleh dikesan.

"Ia (kesan atau serpihan peluru berpandu) akan membantu pasukan penyiasat mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab," kata menteri itu.

Beberapa pihak antarabangsa sebelum ini mendakwa pesawat MH17 yang terbang pada ketinggian 33,000 kaki telah ditembak oleh peluru berpandu bumi ke udara "Buk M2" atau SA-11 "Gadfly".

Mengenai 196 mayat penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang didakwa telah dibawa keluar daripada lokasi kejadian, Hishammuddin mahu pihak berkenaan memberitahu di mana mayat-mayat itu kini ditempatkan.

Beliau mahukan pihak terbabit memberi kebenaran kepada pasukan penyiasatan khas Malaysia memeriksa mayat-mayat terbabit.

Ketika ditanya mengenai kotak hitam pesawat MH17, beliau berkata ada beberapa petanda mengenainya tetapi tiada kepastian sehingga kini.

--BERNAMA

Ulasan

Ini pendirian Kerajaan Malaysia selama ini. Berkecuali dan tidak memihak. Sikap ini juga menyebabkan negara lain tidak bertangguh dalam menghulurkan bantuan sekiranya Malaysia memerlukan bantuan.

MH370 memperlihatkan bagaimana Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah berjaya menggabungkan kekuatan 26 negara dalam usaha mencari dan menyelamat.

Kerajaan tidak pernah berubah
1. Keutamaan ialah rakyat walau apapun yang berlaku.

MELAYU TAK RASA APA APA SAUDARA MEREKA DITERAJANG KEPALA !





Ini zaman keruntuhan Melayu barangkali.

Dulu dulu pantang datuk nenek kalau kepala kita kena main. Tak kira apa alasanpun.

Sekarang Melayu tak kisah kepala Melayu lain kena terajang !


Monday 21 July 2014

POLIS AKAN PANGGIL KIT SIANG. SEBAIKNYA KITA USAH BERHARAP APA APA !

Polis Panggil Kit Siang Beri Keterangan


KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Polis akan mengambil keterangan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam tempoh terdekat ini, berhubung kenyataannya dalam sebuah laman portal The Rocket mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah menerima beberapa laporan berhubung kenyataan itu kerana ia didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan.

"Kata-kata beliau (Kit Siang) dalam artikel tersebut berbaur hasutan, kita akan siasat Kit Siang di bawah Akta Hasutan," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan juadah berbuka puasa kepada anggota trafik Kuala Lumpur, di Pulau Tiga Jalan Estafan, di sini, pada Isnin.

Kit Siang dalam satu artikelnya bertajuk 'Malaysians will not rest until justice is done for the killing of Teoh Beng Hock' pada Rabu lepas, mempersoalkan kenapa belum ada tangkapan terhadap pembunuh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor.

Khalid berkata, kenyataan Anggota Parlimen Gelang Patah itu cuba mempengaruhi rakyat bahawa kematian Beng Hock itu seolah-olah akibat dibunuh.

"Jangan cuba menimbulkan perkara yang tidak benar yang boleh menimbulkan kemarahan dan syak wasangka kepada orang ramai," katanya.

Pada 16 Julai 2009, Beng Hock, ditemui mati di lobi aras lima, Plaza Masalam di Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Sementara itu, mengulas tentang seorang wanita warganegara Korea yang memakai baju tertera ayat Al-Quran di sebuah pasar raya di Ampang baru-baru ini, Khalid berkata pihaknya percaya wanita itu masih berada dalam negara.

"Kita dah panggil beberapa individu dipercayai kawannya untuk kita cari di mana wanita itu sekarang. Insya-Allah kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang yang ada," katanya.

Pada Sabtu lepas, laman sosial Facebook menyiarkan gambar dan catatan mengenai wanita itu sedang dimarahi seorang lelaki berketurunan Arab di sebuah pasar raya di Taman Dagang, Ampang di sini kerana memakai pakaian yang tertera ayat-ayat Al-Quran.

Wanita itu dipercayai baru sahaja tiba di Malaysia, dipercayai membeli baju berkenaan ketika melancong di India.

-- BERNAMA


Ulasan

Ini berita yang agak menarik untuk dibaca. Bagaimanapun eloklah jika kita tidak berharap apa apa kerana biasanya tiada apa apa akan berlaku.

Saturday 19 July 2014

MH 17- ELAKKAN SPEKULASI, INI ADALAH KERJA PENJENAYAH !

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh di Ukraine kerana menggunakan laluan larangan.

Beliau berkata, laluan sama telah digunakan oleh beberapa pesawat syarikat penerbangan lain, dan "spekulasi mengatakan pesawat MH17 telah menggunakan laluan yang menjadi kawasan larangan adalah tidak benar."
    
"Saya boleh sahkan bahawa laluan yang digunakan pesawat MH17 itu bukanlah ruang angkasa yang tidak dibenarkan oleh negara terbabit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat sambutan Hari Pahlawan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini.
    
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat ke istiadat tersebut.
    
Hishammuddin berkata, beliau difahamkan beberapa pesawat MAS serta penerbangan lain termasuk Thai Airways dan Pakistan International Airlines telah menggunakan lalulan sama selepas insiden tersebut.
    
"(Oleh itu) masalah laluan salah yang dihebahkan tidak boleh diterima," tegasnya.

Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
    
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.
    
Hishammuddin berkata Malaysia komited untuk bawa pesalah ke muka pengadilan jika benar pesawat MH17 ditembak jatuh.
    
"Kita akan buat apa sahaja untuk memastikan penjenayah yang bertanggungjawab itu akan dibawa ke muka pengadilan. Buat masa ni, penting untuk kita pastikan bahawa tidak ada tuduhan sebelum mendapat jawapan yang tepat," katanya.
    
Dalam pada itu, Hishammuddin meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran sebarang spekulasi yang akan menjejaskan kelancaran penyiasatan tragedi tersebut.
    
"Apa sahaja perkara yang timbul perlu mendapat pengesahan. Yang penting kita ikut prosedur telah ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan saya percaya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai," katanya.
    
Ditanya tentang bantuan logistik, beliau berkata kementerian tidak dapat membuat sebarang keputusan selagi siasatan masih dijalankan dan akan menghantar sebarang keperluan yang diperlukan kelak. - Bernama

Friday 18 July 2014

MKINI DEDAHKAN SUPEK PENEMBAK MH17

Inikah orangnya yang tembak MH17?


Menteri pertahanan Republik Rakyat Donetsk (DPR) – yang mengisytiharkan kerajaan sendiri – Igor Girkin (bawah) kini dianggap suspek utama di sebalik tragedi MH17.

Menurut Sydney Morning Herald, bekas pegawai risikan itu turut
dikenali sebagai Strelkov atau Shooter (penembak) malah pernah menembak tenteranya sendiri kerana ingkar perintah.

Girkin menjadi perhatian selepas dilapor memuat naik pesanan di sosial media Rusia, yang berbunyi:

“Kami sudah beri amaran pada kamu – jangan terbang di udara kami.”-

Malaysiakini..

Thursday 17 July 2014

TERGEMPAR !! PESAWAT MAS BERSAMA 295 PENUMPANG TERHEMPAS

Mari kita berdoa mudah mudahan berita ini tidak benar!

Pesawat M'sia dilapor terhempas dekat sempadan Ukraine-Rusia



Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat MH17.

"Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.

Sementara itu, laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, Malaysia Airlines mengesahkan kejadian itu dan dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.

Menurut Al-Jazeera, pesawat terlibat dipercayai pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan.

Ia dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Laporan itu juga menyebut, ia mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.

Ia disyaki terhempas dekat bandar Shakhtyorsk-Mkini

Wednesday 16 July 2014

KJ SUDAH MULA KEMPEN PEMILIHAN UMNO, KEMPEN PRU 14 ?


Segar pagi ini. Cuaca cerah meraikan 19 hari Ramadhan yang insyaallah akan memperkukuhkan takwa kita kepada Allah Rabbul Jalil. Banyak peristiwa berlaku di dalam dan di luar negara tanpa atau dengan kawalan.

Sambil membelek belek beberapa blog saya terpanggil untuk berkongsi pandangan seorang Otai yang cukup disegani di negara kita ini.

Baca di sini

Saya tidak fikir ada keperluan untuk mengulas buat masa ini tetapi saya mempunyai kepercayaan bahawa kita harus membuka pintu perbincangan secara lebih luas, jujur dan berani.

Memilih pemimpin negara tentu tidak sama dengan memilih Ketua Kelas. Tun Mahathir satu ketika pernah mengaku tersilap memilih Pak Lah berasaskan kepercayaan bahawa ' Mr Clean ' sudah memadai untuk jadi pemimpin yang berkesan.

Bahayanya, dalam masa yang sama ada pemimpin cenderung untuk bercakap dan bertindak populis agar dilihat layak menjadi pemimpin No 1 negara. Pak Syed pasti sedar bahawa ada pemimpin berkebolehan tidak sempat ke hadapan kerana tidak bijak mencari lorong untuk meloloskan diri.

Ada pemimpin dengan beberapa kenyataan sahaja melonjak begitu tinggi tetapi belum sempat sampai di puncak telah kehilangan tenaga dan terhenti di tengah tengah.

Kita juga kebetulan berpeluang mendengar ucapan ringkas Khairy Jamaluddin yang secara sambil lalu mengumumkan bahawa ini adalah penggal terakhirnya sebagai Ketua Pemuda . Beliau mahu ke mana selepas ini ?

Khairy pada hemat saya tidak berada dalam kedudukan selesa jika faktor kegagalan menawan pengundi muda dalam PRU 12 dan PRU 13 diambil kira.
Khairy  hebat dalam gelanggang sendiri bilamana memenangi jawatan Ketua Pemuda dengan cemerlang. 

Jika saudara membaca keseluruhan artikel Pak Syed, nampaknya ada kecenderungan untuk beliau semacam menamakan Hishamuddin Hussein sebagai bakal PM dengan membuka perbahasan untuk memilih siapa sebagai Timbalan PM.

Saya ada minat mendalam terhadap Tun M yang mungkin mempengaruhi saya cenderung kepada Mukhriz namun jauh di dalam hati saya terasa seperti Mukhriz sedang cemerlang di Kedah. Seperti Hishamuddin, Mukhriz juga seorang pekerja yang amat komited tetapi kurang bercakap sehingga kadang kadang akar umbi gagal mengesan mereka mahu ke mana ?






HARGA KETUA CAWANGAN HANYALAH KAIN PELIKAT DAN KURMA ?


Saya mintak maaf. Mungkin ada yang kurang selesa dengan pandangan saya ini tapi apa salahnya kita bertukar tukar fikiran. Saya dapati di Bulan Ramadhan ini semacam ada pesta , pesta kurma dan kain pelikat.


Petang tadi seorang kawan lama menghubungi sambil merungut. Katanya seperti tahun tahun lalu tahun ini juga sama. Ketua ketua cawangan UMNO di seluruh negara dianugerahkan ' kain pelikat dan kurma ' oleh Ketua Bahagian yang juga salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Tahun 2014 ini, inilah kali kedua dapat berjumpa Ketua Bahagian. Kali pertama sewaktu perasmian serentak mesyuarat cawangan yang lalu.

Kata kawan saya, Ketua Cawangan ada KPI yang diarahkan untuk dicapai tapi dia tak tahu apa KPI Ketua Bahagian dan pimpinan parti yang lain.

Dulu selepas PRU 13, terasa macam Ketua ketua cawangan sangat dihargai. Segala macam janji didengar sebagai tanda terima kasih pimpinan kepada pemimpin akar umbi. Selepas setahun, sebenarnya tiada apa apapun yang berlaku sebenarnya.

Saya tak tahu apa yang pimpinan akar umbi ini mahukan. Mungkin ada yang mampu menerokanya, memenuhinya sebagai persiapan menghadapi PRU14?


Tuesday 15 July 2014

TIPU - DIPAKSA NAIK MOTORSIKAL SEBELUM DIROGOL !

Anak ini baru berumur 15 tahun. Malangnya bila dia fikir dia berjaya tipu semua orang tetapi dalam masa yang sama merosakkan dirinya.

                                                                 Tiada maruah

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila mendakwa dirogol teman lelakinya selepas dipaksa menaiki motosikal tanpa kerelaan, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Jeram, Manir, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.25 petang pada April lalu ketika mangsa yang berusia 15 tahun, berada di luar kawasan sekolahnya di Manir sebelum dihampiri teman lelaki berusia 20-an.

Menurut sumber, mangsa ketika itu ingin pulang ke rumahnya, namun suspek memaksa mangsa agar ‘lepak’ sekejap di rumahnya.

“Mangsa menolak pelawaan itu kerana mahu pulang segera ke rumah, namun tindakan itu menyebabkan suspek mula naik angin apabila bertindak kasar menarik tangan mangsa dengan kuat, bertujuan memaksa mengikutinya.

“Tindakan suspek itu menyebabkan pinggang mangsa sakit dan bimbang kejadian lebih buruk berlaku, mangsa terpaksa mengikut kehendak suspek dengan menaiki motosikal tersebut tanpa kerelaannya,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah suspek, dia membawa mangsa masuk ke dalam biliknya dan di situlah, mangsa mendakwa dirogol suspek.

“Sejurus kejadian, mangsa pulang ke rumahnya, tetapi tidak membuat laporan polis kerana bimbang akan diapa-apakan suspek.

“Bagaimanapun selepas hampir tiga bulan merahsiakan perbuatan keji suspek itu, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Manir, di sini, kelmarin. Susulan laporan dibuat, suspek ditahan polis beberapa jam kemudian,” katanya.

Sementara itu, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

Monday 14 July 2014

KERAS MELAMPAU !

Saya sebenarnya agak terkejut. Sejak berkongsi selimut dengan DAP, PAS jadi begitu tegas dan keras. Disyaki, diragui sebagai militan terus dipecat sebagai ahli PAS. Habis segala slogan jihad yang menjadi modal selama ini. Mudah saja Allah berikan petunjuk kepada kita...
KUALA LUMPUR: PAS memutuskan memecat tiga lagi ahlinya yang dikaitkan dengan kumpulan militan seperti yang didedah media sebelum ini.

Mereka adalah Dr Mahmud Ahmad, 36, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan seorang lagi Mohd Najib Husen, 36.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan memecat ketiga-tiga mereka dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam.

"Oleh kerana kenyataan Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) sebelum ini menyatakan sesiapa yang terlibat dengan gerakan selain gerakan aman "muajahah silmiyah" ini, kita akan pecat mereka ini.

"Oleh itu jawatankuasa PAS Pusat semalam membuat keputusan, ketiga-tiga mereka dipecat daripada PAS," katanya dalam satu temu bual khas dengan Harakahdaily hari ini.

Mustafa memberitahu, sebelum memaklumkan kepada PAS Pusat, pihaknya sebelum ini telah membuat semakan terhadap ketiga-tiga mereka ini dan mendapati mereka adalah ahli PAS di peringkat kawasan.

Kemudian katanya, penyiasatan lanjut dibuat dengan bertemu sumber yang rapat dan mengenali latar belakang mereka, bagi mendapat kepastian berhubung penglibatan mereka dengan kumpulan militan seperti yang didakwa.

Hasil siasatan katanya, ketiga-tiga mereka sememangnya ada terlibat dengan misi kemanusiaan di Mindanao.

"Adapun dari sudut terlibat dengan militan, sumber tidak boleh mengesahkan secara muktamad kepada saya sebab mereka semua ini tidak berada dalam negara dan tidak dapat dihubungi.

"Atas sifat tidak ada dalam negara, saya tidak boleh nak buat pengesahan sama ada mereka terlibat atau tidak," kata Mustafa lagi.

Ditanya, bagaimana PAS membuat keputusan dalam keadaan tidak mengetahui keterlibatan sebenar mereka, Mustafa berkata ianya dibuat kerana wujud unsur keraguan.

"Walaupun aktiviti sebenar secara muktamadnya tidak dapat kita pastikan, tapi maknanya ada keraguan yang boleh dikaitkan.

"Tetapi demi jaga kepentingan jamaah dan parti, jadi kita ambil keputusan seperti mana yang ditegaskan oleh presiden sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang dipecat keahlian boleh membuat rayuan dengan mengemukan bukti bagi membersihkan tuduhan.

Sebelum ini PAS turut memecat keahlian Ustaz Lotfi Ariffin kerana menyertai gerakan bersenjata di Syria.- Sumber

Sunday 13 July 2014

SAYA HARAP TIADA SIAPA BERHUJAH DENGAN DR ASRI !

Saya bimbang sementara nak memilih, mengklasifikasi, bumi Gaza sudah hancur dimamah peluru. Pandangan saya, apa sahaja yang berkaitan BOIKOT !

Boikot produk Israel bukan produk Yahudi
  • DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDINDR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan pembela zionis gagal membezakan antara memboikot produk Israel dengan produk Yahudi.

Menurutnya, kegagalan itu membezakan itu termasuk di Malaysia.

“Para pembela zionis termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara 'memboikot produk Israel dan yang menyumbang kepada Israel' dengan produk orang Yahudi,” tulisnya pada laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengingatkan bahawa penentangan terhadap Israel adalah ekoran segala kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh negara itu.

“Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut sempat menegur pihak yang memperkecil usaha memboikot produk Israel.

“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan, dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu (Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu).

Sebelum ini, media asing melaporkan Israel ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.

Malah Perdana Menterinya itu menganggap kempen boikot tersebut adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.

Awal pagi semalam, dua masjid di Jebaliya dan Deir el Balah musnah terkena bedilan roket Zionis, dalam serangan digelar Operasi Perlindungan Sempadan yang memasuki hari kelima.

Perbuatan itu dianggap makin kurang ajar dan kejam. Tidak terhenti di situ, semalam sahaja, Zionis meragut 16 lagi nyawa termasuk sembilan kanak-kanak di Deir el Balah dan di Beit Lahiya.

Thursday 10 July 2014

AHLI PARLIMEN LELAKI PAKAI BRA !

Bila dah terpilih sebagai pemimpin, sebenarnya segalanya dilihat dan dinilai. Bungpun sudah sampai masa melakukan muhasabah. Beliau bukan lagi pemimpin muda yang ghairah sebaliknya pemimpin lama yang matang.

MCA tuntut Bung buang 'bra' hijau



Walaupun telah meminta maaf, MCA hari ini menuntut lebih komitmen daripada anggota parlimen Umno Bung Moktar Radin yang dihurung kontroversi akibatnya komennya berhubung kemenangan besar Jerman ke atas Brazil.

Ketua Pemudanya Senator Chong Sin Woo mendesak Bung mengeluarkan gambar bra berwarna hijau yang diganding bersama perkataan “ZIL” kepada seorang wartawan perempuan dalam tweetnya.


Chong berkata, bukan sahaja menghina Brazil selepas kalah teruk 1-7 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia, tindakan Bung juga memperkecilkan wanita.

“Tweet ini meninggalkan tanggapan bahawa imej kekal tercetak dalam minda Bung hanyalah tubuh perempuan sejak 2006 lagi, beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan 'bocor' terhadap MP wanita yang memperkecilkan kitaran haid semua perempuan,” katanya.

Bung telah mentweet imej itu bersama-sama jawapan kepada soalan wartawan itu berhubung reaksi terhadap sanjungannya kepada Adolf Hitler setelah kemenangan Jerman.

Bung hari ini meminta maaf setelah ditegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Wednesday 9 July 2014

PETANDA BERI KERUSI MENTERI KEPADA MCA ADALAH SATU KESILAPAN !

Tidak boleh salahkan DS Najib juga sebab beliau berpegang kepada semangat BN. Tapi bila UMNO sahaja yang fikir tentang BN manakala komponen lain bersantai, saya rasa sesuatu perlu dinilai semula.
Saudara baca artikel di bawah. Saya dapat bayangkan betapa selepas ini MCA akan menghantar senarai calonnya kepada DS Najib selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri. Bersama senarai itu, tentulah akan ada unsur ugutan dan sebagainya.
Kita bayangkan pula, adakah Pemuda MCA telah lakukan sesuatu untuk menawan pengundi muda Cina khasnya yang bulat menyokong Pakatan ?
Saya yakin itu tidak berlaku. Dan kalau boleh mencadang, saya mahu cadangkan agar UMNO dan pemimpinnya keluar daripada ideal bahawa MCA , Gerakan adalah rakan yang setia,

PRU14: Pemuda MCA mula kumpul senarai calon


  
Ketuanya, Chong Sin Woon berkata antara yang dikenal pasti termasuk mereka yang boleh memberikan khidmat terbaik kepada parti dan rakyat, serta dikenali ramai oleh penduduk di sesebuah kawasan namun tidak dicalonkan oleh pucuk pimpinan.
  
"Dengan mengumpul nama-nama yang berpotensi itu, kita boleh menilai prestasi mereka dalam parti sebelum PRU bagi memudahkan pucuk pimpinan memilih calon terbaik untuk bertanding," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA di Wisma MCA di ibunegara semalam.

Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan semua ketua cawangan, bahagian dan negeri untuk menyerahkan senarai nama calon yang berpotensi dalam masa terdekat.
  
Sementara itu, Chong berkata pihaknya telah memulakan siri penjelajahan program turun padang ke seluruh negara bermula Ahad lepas bagi mengumpul maklumat dalam membantu mentransformasikan parti itu.
  
"Setakat ini antara kawasan telah kami lawati iaitu di Kuala Kubu Bharu dan Semenyih di Selangor dan Nilai di Negeri Sembilan bagi mendengar keluhan rakyat dan anggota parti," katanya.
  
- Bernama

TAMBAHAN KEPADA KENYATAAN PM.





PM bercakap tentang kerajaan. UMNO juga begitu. 

Jika UMNO perasan bagus, walaupun ada segala kemudahan, ada segala bintang dan kepakaran, di tanah air sendiri UMNO boleh dan mungkin tumbang.

Tuesday 8 July 2014

BAGAIMANA PEJABAT DAP DIGUNAKAN UNTUK PERKOSA DAN KURUNG WANITA ?

MELAKA: Polis hari ini menyelamatkan seorang wanita mangsa rogol yang ditinggalkan di premis berkunci di Taman Seri Krubong di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, mangsa berusia 22 tahun ditemui di sebuah bilik bangunan pejabat lama DAP cawangan Krubong itu kira-kira 2.30 petang hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata, mangsa berasal dari Perak mendakwa dibawa ke premis itu oleh dua lelaki yang baru dikenali sebulan lepas dari rumah sewanya di Rembia, Alor Gajah dengan menaiki kereta sebelum dirogol tiga lelaki lain kira-kira 10 malam tadi.

"Siasatan awal mendapati ketika dalam perjalanan ke premis tersebut, mangsa diberitahu akan dilacurkan namun dia tidak mahu tetapi sebaik tiba, wanita itu telah dirogol tiga lelaki lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya mangsa yang pernah berkahwin itu kemudian ditinggalkan di premis berkenaan.

Salehhudin berkata, mangsa meminta pertolongan orang ramai kira-kira 2 petang tadi setelah dia tidak dapat melarikan diri berikutan pintu pagar premis itu berkunci.

Beliau berkata, mangsa yang berada dalam keadaan trauma dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan.

Katanya polis kini giat memburu kelima-lima lelaki terbabit yang berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati papan tanda pejabat DAP cawangan Krubong masih berada di bahagian pintu pagar utama premis itu.

Timbalan Pengerusi DAP Melaka Lim Jak Wong ketika dihubungi berkata cawangan itu telah dibubarkan dan pejabatnya ditutup sejak beberapa tahun lepas.

"Pejabat tersebut tidak digunakan lagi tetapi papan tandanya belum diturunkan," katanya. 
-Bernama-

Sunday 6 July 2014

CORETAN TERAKHIR DATUK SHARIFAH AINI TERSEBAR !!

on Saturday, July 5, 2014 
Sila Baca Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff :-

Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.


Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar diMadinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.


3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…


Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.


Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..


Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!


CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.

Inilah kejayaan kejayaan seorang ibu dalam mendidik anak..SubhanaAllah nikmat sungguh..moga bahagia di Syurga Allah..Aamiin ya Allah...


Sumber

Membaca coretan ini sangat menginsafkan . Saya petik sepenuhnya daripada Blog AANS. Lihat bagaimana indahnya ceretan terakhir insan seni yang sepanjang hidupnya menabur budi...
Kredit buat : AANS

Saturday 5 July 2014

MENTERI MOHON RIZALMAN DIBERIKAN KEADILAN.

Menteri: Jangan adili Rizalman di media



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta kes Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand tidak diadili di 'mahkamah media dan umum.'

Beliau berkata tindakan itu tidak adil kepada pegawai berkenaan dan keluarganya sebelum mahkamah membuat keputusan.

"Kes ini tiada kaitan dengan polemik, geopolitik atau hubungan dua hala.

"Ini berkaitan keadilan... keadilan bukan hanya kepada mangsa tetapi juga kepada tertuduh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat di Seri Bendahara hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Hishammuddin juga berkata kerajaan akan membantu melantik peguam bagi membolehkan Muhammad Rizalman mendapat pembelaan yang adil.

"Pulangnya (Muhammad Rizalman) ke New Zealand akan bersama pegawai dari pihak Angkatan Tentera Malaysia, seorang peguam yang kita akan bantu lantik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara," katanya.

Muhammad Rizalman, 38, bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita 21 tahun pada 9 Mei lepas.

Pada majlis itu, Hishammuddin menyampaikan sumbangan baju kurung dan wang tunai kepada 48 penghuni Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah.

Bernama

Ulasan

Hakikatnya kita belum tahu apa yang berlaku. Kita mendengar laporan media. Tertuduh ( di media ) belum lagi dihadapkan ke mana mana mahkamah. Betul jugak. Beliau ada keluarga, sahabat handai. Bahkan sebagai manusia tentunya beliau punya maruah.
Apapun sekiranya penyi asatan mendapati beliau bersalah, kita cadangkan hukuman berat kerana beliau telah menjatuhkan imej perkhidmatan dan imej negara.

Friday 4 July 2014

LELAKI ISTIMEWA DI HATI FELIXIA YEAP...KERABAT DIRAJA SELANGOR.



Biodata Raja Zainal Badri kekasih Felixia Yeap tersebar. Pada 4 Julai 2014, pengguna laman sosial dikejutkan dengan pendedahan foto teman lelaki kepada bekas model Playboy iaitu Felixia Yeap. Lebih mengejutkan apabila kekasih Felixia Yeap merupakan seorang berbangsa Melayu dan mempunyai personaliti yang warak (alim dan beriman). Ternyata perbezaan bangsa bukanlah penghalang untuk pasangan ini bahagia. Terdahulu, Felixia Yeap atau nama islam Raisyyah Rania Yeap Chin Yee telah memeluk agama Islam secara rasmi setelah melafazkan dua kalimah Syahadah pada 3 Julai 2014.


Biodata Teman Lelaki Felixia Yeap

Nama Penuh: Raja Zainal Badri

Asal: Kuala Lumpur Malaysia

Bangsa: Melayu

Status: Anggota kerabat diraja Selangor dan anak saudara Raja Nong Chik/ Presiden Kelab Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC)

Hobi: Pelumba Kereta Mewah jenis Porsche

Pofil Facebook: https://www.facebook.com/raja.z.badri?fref=ts

Gambar Raja Zainal Badri Kekasih Felixia Yeap Tersebar







Sumber