Negarawan

Negarawan

Thursday 27 February 2014

MENYIRAP DARAH MEMBACA KENYATAAN INI !


Kenyataan 1.

" Selagi Kementerian Pertahanan berada di bawah pentadbiran saya, saya akan terus bulatkan azam bagi mengelakkan negara ini daripada terjerumus mengikut jejak negara negara bergolah seperti Ukraine, Thailand dan Syria yang menyaksikan keadaan huru hara hampir setiap masa "

" Huru hara berlaku kerana siri serangan terhadap tiang tiang seri yang sebelum ini tidak pernah berlaku".

Kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sewaktu melahirkan iltizam dan tekad berjuang berhabis habisan mempertahankan agama,bangsa yang dianggap sebagai tiang seri negara.

Kenyataan 2.

" Sebagai Naib Presiden UMNO dan anggota Jemaah Menteri, saya fikir MCA perlu berbincang dengan YAB Perdana Menteri sebelum bercakap tentang kerusi Menteri.
Lebih baik supaya MCA dapat menunjukkan komitmen dan kesungguhan terlebih dahulu. Saya rasa PRK Kajang boleh kita jadikan ukuran komitmen MCA ".

Selepas PRU 12 ( 2008 ), UMNO dan orang Melayu tergamam. Moral dan semangat merudum dan samada disedari atau tidak jiwa UMNO dan orang Melayu mengecut dan menjadi kecil.

Implikasinya UMNO dan orang Melayu seakan mengemis sokongan khasnya daripada orang Cina. Maka berlambaklah peruntukan dilimpahkan sama banyak dengan penghinaan orang Cina terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu ,orang Islam.

Hinalah, perlekehlah,cabarlah. Orang Melayu dan UMNO terutama pemimpin sangat berhati hati dengan harapan sokongan Cina kembali pada PRU 13.

Nyata ia tidak berlaku. Tsunami Cina bukan sahaja merobekkan keputusan pilihanraya tetapi ia berjangkit kepada sabotaj yang menyeluruh, di segenap sudut.

Kenaikan harga barang adalah satu bentuk sabotaj yang amat nyata dan berkesan.

Tetapi di sisi yang lain, nampak berbalam tapi makin jelas sudah ada kebangkitan dalam roh orang Melayu dan UMNO. Pemimpin kita mula mempersiapkan diri dan menyusun langkah.

Saya memetik dua kenyataan DS Hishamuddin Hussein, Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO. Bacalah kenyataan di atas dan sebenarnya ada banyak lagi yang kemudian akan saya tuliskan.

Tegas, berani dan jelas. Jiwa pemimpin Melayu . Tiada lagi apologetik, pesimis.
Datuk Onn Jaafar pernah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Daerah kerana tidak bersetuju dengan penjajah British. Meninggalkan kerjaya paling hebat pada masa itu kerana mahu menyubur jiwa perjuangan.

Hishamuddin, cucunya. Berliku di masa lalu, semakin lurus sekarang. Saya percaya ada yang berbeda pandangan, tapi izinkan saya untuk percaya benih yang baik ini satu masa akan menjadi gunung, menjadi pulau.

Hakikatnya membaca kenyataan pemimpin Melayu yang berani, pastinya akan memanaskan kembali darah perjuangan umat Melayu...


Monday 24 February 2014

TAHUN KUDA , PIL KUDA...ANTARA DUA DARJAT !


Salah satu kepercayaan orang Cina ialah tahun Kuda ( tahun ini ) adalah tahun gemilang bagi mereka. Mereka akan mencapai banyak kejayaan dalam tahun ini. Walau bagaimanapun mereka mesti sanggup melakukan banyak pengorbanan termasuk mesti bersedia menghadapi pertelingkahan.


Antara yang paling berani dan pada saya cukup berjaya setakat ini ialah Teresa Kok yang tampil dengan video Tahun Baru Cina. Beliau mengkritik dan mengutuk pemimpin UMNO sehingga menimbulkan ' kemarahan' orang Melayu.

Dua perkara telah Teresa capai,

1. Membuktikan  orang Melayu sudah tidak boleh disatukan. Lihat respond orang Melayu terhadap isu video Teresa. Ramai yang marah tetapi ramai juga yang menganggap Teresa betul.

2.  Teresa menjadi begitu agung dalam kalangan masyarakat Cina kerana keberaniannya. Sampai sekarang Teresa tidak memohon maaf dan dikatakan walau apapun berlaku, Teresa tidak akan memohon maaf. Sesiapapun tidak boleh melakukan apa apa terhadap Teresa.

Malang pula Hj Hadi Presiden PAS, dakwaan beliau bahawa ada calon PKR semasa PRU 13, merupakan pengedar pil kuda. Dakwaan beliau telah menyebabkan Hj Hadi terpaksa membayar dua juta ringgit kerana ingkar kepada perintah penghakiman.

Hj Hadi sedang dikutuk oleh pengikut PAS kerana membiarkan diri sehingga disaman dan ini menjatuhkan imej PAS. Bahkan ada yang mahu Hj Hadi berhenti.

Kadang kadang ada benda berlaku yang kita tak mampu nak jawab. Seorang naik kerana kuda, seorang bakal jatuh kerana kuda.

Apapun kita tunggulah. Apapun keputusan akhirnya nanti, Hj Hadi dengan pertolongan DAP dan PKR pasti akan membayar saman tersebut, nama namanya telah rosak dan aku jangka ini adalah hari hari terakhir Presiden PAS ini.


Sunday 23 February 2014

CIKGU TERLAMPAU !


Kita hormat dan kasih kepada guru guru kita. Walaupun dah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan, tetapi rasa hormat kita kepada guru guru kita tak pernah berkurang.

Benar, tanpa guru siapalah kita sekarang ini.


Kerajaan pun nampaknya letakkan guru dalam kelasnya yang tersendiri. Suara, keluhan dan rintihan mereka sentiasa mendapat perhatian. Malangnya saya percaya bukan semua suara guru sampai kepada kerajaan.

Ada pegawai atasan di Jabatan atau Kementerian tidak memberikan laporan yang sebenar kepada Menteri atau Timbalan Menteri. Sebab itu apabila Tan Seri Muhyiddin Yassin turun ke sekolah memantau pelaksanaan PBS, beliau nyata terkejut mendengar sendiri suara hati para guru.

Dengan segera, arahan dikeluarkan agar PBS ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diputuskan kemudian. Kerajaan akan buat kajian, melakukan penambahbaikan. Guru berasa lega kerana mereka difahami.

Nampaknya perkembangan ini tidak menggembirakan segelintir orang. Setelah gagal menghasut guru untuk berdemo, PAS tampil dengan pelbagai dakwaan yang sebenarnya tidak terbukti kebenarannya.

Bekas guru yang kini menjadi aktivis PAS, Normala Sudirman mendedahkan ada guru ditukar, digantung dan ada yang dipecat kerana berbeza pandangan dengan kerajaan.

Jahat sebenarnya Cikgu Mala ini. Membuat tuduhan bagi menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Barangkali Cikgu Mala tidak bersyukur, sebagai aktivis parti tiada seorangpun menyingkap masa lalu beliau yang amat berduri. Bahkan jika ada yang tergamak membocorkannya, saya percaya Cikgu Mala akan malu kerana akhlaknya...



Thursday 20 February 2014

KEJUTAN PAK KADIR DAN PAK SYED !


Sesuatu yang menarik untuk dibahas, dibincang dan dikupas. Keluar daripada perangkap konflik yang dicetuskan oleh puak Pakatan yang ghairah mahupun ranting Pakatan yang sedang berakar dalam UMNO sendiri. Sebagai mukhaddimah,  baca Di Sini .

Sekali lagi, UMNO adalah parti keramat. Keramatnya tidak menyeramkan, tidak mampu dijampi oleh sekalian banyak ustaz yang lahir di ratusan atau mungkin ribuan DarusSyifa' di seluruh negara.

Pemimpin datang dan pergi silih berganti. Datok Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak.


Tiba tiba Pak Kadir Jasin melantunkan hasil perbincangannya bersama teman teman, bahawa siapa selepas Najib. Yang akan mengepalai UMNO dan negara. Disambut pula oleh Pak Syed juga lewat penulisannya.

Kedua dua tokoh ini bukan orang biasa. Mereka berada dalam kelas yang tersendiri. Tokoh yang mereka namakan dan batang tubuh mereka sendiri mengundang maklumbalas yang tidak sedikit. Sudah tentu orang berjiwa besar menghalalkan perbezaan pandangan dan pendapat.

Datuk Seri Hishamuddin yang dinamakan berada pada kedudukan ' mampu, layak' memikul amanah besar ini , sebenarnya bukan pemimpin biasa. Beliau mempunyai pengalaman berwarna warni. Ada juga yang rasa ' tak selesa' kerana Hishamuddin ditakdirkan lahir sebagai Hishamuddin Hussein Onn.

Sempurnakah Hishamuddin? Sudah tentu tidak kerana kita semua tahu manusia sempurna dalam sejarah tamadun manusia ialah Rasulullah SAW. Bahkan Hishamuddin menempuh laluan sukar sewaktu pemilihan UMNO baru baru ini.

Saya percaya apabila ada pendapat mengatakan UMNO ketiadaan pelapis berwibawa, pandangan ini adalah pandangan musuh musuh UMNO. Sama juga bila ada yang menyatakan UMNO sudah tiada masa hadapan, ini juga kenyataan pembenci UMNO.

Saya harap orang UMNO kekal setia dan bekerja. UMNO adalah parti terbesar dalam negara dan di sebalik segala macam serangan yang diterimanya, UMNO masih parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihanraya. Ini faktanya.

Cuma UMNO perlu melakukan muhasabah, melakukan pembetulan dari semasa ke semasa. Pemimpin UMNO juga begitu. Dan inilah kekuatan Hishamuddin yang barangkali tidak ramai menyedari. Mari kita kaji kenyataan terkini Hishamuddin sewaktu mengulas perletakan jawatan P Waythamoorthy.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, sikap Waythamoorthy yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya merupakan permainan politik beliau untuk menutup sikapnya yang mementingkan diri.

Katanya, tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik seperti yang dilaung laungkan selama ini.

" Beliau perlu ingat, ramai lagi pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan
( NGO ) di Malaysia yang telah memperjuangkan nasib kira kira dua juta kaum India di negara ini. Saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Sembrong telah banyak membantu kaum India di kawasan saya".

Ini kenyataan yang pada pandangan saya mempunyai makna yang cukup besar.

" SELAKU MENTERI KABINET DAN NAIB PRESIDEN UMNO, SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA TINDAKAN WAYTHAMOORTHY MENYERANG KERAJAAN SELEPAS DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN MENTERI "

Kenyataan Hishamuddin jelas, terang dan ada ketegasan atas sifatnya sebagai pemimpin kerajaan dan parti. Saya menyedari akhir akhir ini Hishamuddin hanya mengeluarkan kenyataan pada masa perlu dan ' tiada unsur populis ' dalam kenyataannya.

Kenyataannya tidak dibidas, tidak dimanipulasi dan hakikatnya tiada pihak yang dapat memerangkapnya melalui ' kesilapan' dalam mengeluarkan kenyataan.

Saya berlapang dada. Saya tidak melihat sosok tubuh Hishamuddin dan mengintai sebarang keuntungan peribadi daripadanya. Saya juga yakin inilah sikap Pak Kadir sewaktu melontarkan idea. Bahkan Pak Kadir mungkin bermasalah jika menamakan seseorang kerana beliau mengenali begitu ramai orang.

Saya senada dengan Pak Kadir dan Pak Syed. Melihat potensi untuk digilap dan sebahagian potensi itu  ialah serba kekurangan yang boleh dan mahu diperbaiki.



Wednesday 19 February 2014

ROSYAM NOR NI CARI PENYAKIT !


Saya memang meminati lakonan aktor Rosham Nor. Berkarektor, sangat bersungguh sungguh dan yang penting tiada gosip liar macam artis artis lain.


Rupanya ada sisi lain Rosyam yang kurang saya ketahui. Rosyam adalah seorang motivator yang cukup hebat. Saya membaca tulisan Rosyam dalam Berita Harian, 16 Februari lalu melalui ruangan AKU FIKIR.

Rosyam menyeru pembacanya supaya bersyukur dan berterima kasih. Banyak yang berubah kerana pembangunan kata Rosyam. Ekonomi, ilmu pengetahuan, kepandaian, pembangunan, fesyen, stail, percakapan, keterampilan dan macam macam lagi. Tapi kata Rosyam tak ramai yang berterima kasih.

Rosyam menamakan Syed Mokhtar Al Bukhari, SM Nasimuddin dan keluarganya sebagai petanda orang Melayu yang berjaya kerana gigih berusaha.


Jiwa Melayu Rosyam tebal. Berkongsi kebanggaan dengan kejayaan pemimpin Melayu kerana membangunkan negara. Pemimpin kerajaan UMNOlah tu...

Rosyam berulangkali mengajak pembaca berterima kasih dan dalam masa yang sama usah berhenti bekerja keras. 

Katanya kita wajib bersyukur kerana hidup dalam suasana aman dan damai.

" Aku pernah mandi dan minum air perigi sewaktu tinggal di Kampung Kerinchi. Macam macam lagi aku rasa yang mungkin anak muda tak pernah rasa pada masa    ini ", kata Rosyam..

Kata Rosyam, " Tak kan bangsa aku nak rosak, nak jadi Red Indian suatu hari nanti. Hilang kuasa, hilang segalanya. Renungkan apa kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa".

Rosyam mengajak pembaca, carilah maksud yang tersirat di sebalik kata kata Tun M, tokoh bangsa Melayu, tokoh Malaysia, tokoh dunia.

Inilah Rosyam...jiwa besar yang terbukti kejayaannya. Kalaulah pembangkang membaca tulisan ini...


Tuesday 18 February 2014

BILA TUN M BUAT LAWAK...


Tun Mahathir Mohamed idola rakyat Malaysia. 22 tahun mentadbir Malaysia, Tun M diakui dunia kemampuan dan keupayaannya. Malaysia menjadi sepertimana hari ini kerana kecemerlangan kepimpinannya.

Tun M seorang yang sangat serius. Tidak ada suatu perkarapun dilakukan secara sambil lewa. Segalanya ditangani secara bersungguh sungguh berasaskan kajian yang mendalam.

Tapi Tun M jugak seorang yang pandai melawak. Lawaknya tajam dan mempunyai makna yang amat mendalam. Terkini, sewaktu ditanya oleh wartawan adakah beliau takut jika Anwar menjadi MB Selangor ?

Tun M menjawab, " Sudah pasti saya takut. Orang ramaipun akan takut dan berasa tidak selamat. Anwar pernah didakwa kerana perlakuan tidak bermoral ".

" Cuba lihat apa terjadi kepada kakitangannya ", kata Tun sambil mengaitkan kes Anwar didakwa meliwat tukang bancuh kopinya, Saiful Bukhari Azlan.

Ironinya Tun M barangkali bergurau, baik berhati hati jika Anwar menjadi MB Selangor, nanti ramai pulak rakyat Selangor kena liwat...

He..he..agaknya itulah maksud lawak Tun...


Monday 17 February 2014

MAHFUZ SAMBUT CABARAN DEBAT KASSIM AHMAD..


Inilah yang sewajarnya berlaku. Menyambut cabaran debat Kassim Ahmad, tokoh yang dikatakan menolak hadis dam membawa beberapa pandangan yang dikatakan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Sejujurnya saya tidak berkesempatan mendengar sendiri kenyataan Kassim samada yang dulu mahupun yang terbaru. Saya membaca artikel yang tersiar dalam Malaysiakini.

Saya tidak pasti adakah Kassim telah melanggar undang undang negara atau tidak. Tapi saya pasti selain meminta pihak berkuasa yang tidak pernah Mahfuz yakini mengambil tindakan ada baiknya Mahfuz menyahut cabaran Kassim.

Mahfuz sebagai Ketua Penerangan PAS saya dapati sentiasa mahu membuktikan keilmuannya. Hampir tiada perkara tidak diulas dan dikupas oleh Mahfuz. Ayuh ini medan terbuka.

Kassim tidak meletakkan sebarang syarat. Mana tahu, kebolehan Mahfuz akan mengubah kepercayaan Kassim yang nampaknya sangat tebal dengan hukum logik akalnya. 

Tanpa perlu sesiapa ditangkap, saya percaya Mahfuz sudah tentu ingin menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada kekeliruan yang dibawa oleh Kassim.
Jika Kassim ditangkap, saya yakin ramai yang sebenarnya tidak jelas apa yang berlaku.

Silalah Mahfuz. Rakyat sedang menunggu hujah hujah daripada Yang Berhormat !


Saturday 15 February 2014

KONSENSUS NASIONAL...SAH KERAJAAN UMNO/BN TOLAK TANGAN KOTOR ANWAR !


Ini berita yang baru saya terima. Sahih dan kenyataan rasmi mengenainya mungkin tidak akan dibuat sebaliknya ia diabaikan macam angin lalu.



Konsensus Nasional yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim, disambut oleh DS Ahmad Zahid Hamidi dan ikut dimainkan oleh PAS pada anggapan Kerajaan UMNO/BN adalah taktik lapuk Anwar untuk membuktikan ' jiwa murninya'.

Konsensus Nasional dimulakan beberapa hari sebelum pengosongan Kerusi Kajang dan pengumuman Anwar sebagai calon. Sekarang Anwar sedang didendangkan oleh kuncu kuncunya di Kajang sebagai seorang yang amat tulus, walaupun dianiaya oleh UMNO/BN masih lagi berfikir mahu menjaga negara.


Hasrat Anwar hanya untuk kembali ' menyuburkan ' namanya. Perbicaraan semula kes liwat Anwar adalah mimpi ngeri bagi Anwar. Barangkali Anwar menjangkakan ideanya akan disambut oleh UMNO/BN dan dalam masa yang sama akan ada perbincangan berkaitan kesnya.

Perbicaraan kes liwat Anwar hakikatnya tiada kaitan dengan kerajaan. Anwar meliwat, Saiful mengadu dan perbicaraan berlangsung. Selain daripada itu hanyalah persepsi yang Anwar cetuskan bagi menutup ' luar tabiinya '.

Saya bersyukur dan yakin dengan sumber ini. Kerajaan UMNO/BN tidak akan terpedaya lagi dengan penipuan Anwar. Kepada DS Zahid, saya mohon untuk tidak lagi begitu cepat bercakap ' mewakili ' UMNO/ Kerajaan. Ada konsensus lain yang mesti dan wajib dipertahankan.


Thursday 13 February 2014

KONSENSUS NASIONAL , HADI AWANG PATUT MALU !


Saya sebenarnya agak terkejut apabila secara tiba tiba Anwar Ibrahim melontarkan idea untuk merealisasikan Konsensus Nasional. Tetapi saya jauh lebih terkejut apabila saranan itu dengan segera disambut oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri.

Selepas itu secara tiba tiba pula Haji Hadi Awang meminta agar Kerajaan UMNO memperincikan apakah kandungan Konsensus Nasional tersebut.

Konsensus Nasional umumnya boleh ditafsir  sebagai kesepakatan dan kebulatan dalam sesuatu hal yang berkaitan dengan kenegaraan. Dalam konteks ini barangkali ada kewajarannya apabila kita bercakap tentang perpaduan kaum, keamanan dan perpaduan.

Namun apabila ia dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan disokong oleh Haji Hadi saya fikir adalah satu kesilapan jika UMNO menerima saranan ini. Pakatan Pembangkang di Malaysia bukan pembangkang yang sihat. 

Mereka menyemai segala racun benci sejak daripada awal lagi dan 'berbahagia' bilamana kebencian rakyat bertukar menjadi sokongan kepada mereka. Beberapa siri demonstrasi, beberapa siri penghinaan dan cacian terhadap UMNO dan pemimpinnya adalah faktor penyumbang kepada ' segala keresahan ' rakyat.

Beruntunglah Anwar Ibrahim. Setelah meruntuhkan rumah, Anwar mengajak kita untuk bersama sama membinanya semula.

Kerajaan sedang bekerja keras. Sangat banyak usaha dilakukan oleh Kerajaan UMNO ini untuk mempastikan rakyat hidup bahagia. Sangat banyak pula toleransi kerajaan misalnya dalam mendepani isu Kalimah Allah ( sebagai contoh ).

Anwar pulak bersama PAS memilih untuk mencurah minyak di atas segala bara ini?

Samada Anwar mahupun Hadi, kedua duanya sedang menghadapi masalah. DAP begitu berkuasa dan saya percaya mempunyai banyak tuntutan. Kita usah terperangkap dan menjadi sebahagian daripada penyelesai masalah yang sedang mereka depani.

Kerajaan UMNO wajib meneruskan apa yang telah dimulakan. DS Zahid usah menjadi jambatan antara Pakatan dan Keajaan UMNO. Kita akan menang lebih baik dalam PRU 14 jika apa yang DS Najib rancang dan usahakan sama sama kita sokong. Jika tdak nanti saya bimbang pula ada orang menyangka DS Zahid masih ' berharap' kepada Anwar...


Tuesday 11 February 2014

TAK SILAP MEMENANGKAN DIA MT UMNO !


Selepas PRU 12 ( 2008 ), apabila UMNO/BN terasa ancaman pergerakan orang Cina untuk merampas kuasa dengan menjadikan PAS dan PKR sebagai tentera upahan,
orang Melayu khasnya aktivis dan penyokong UMNO mahu pemimpin UMNO terutama yang menjadi pemimpin kerajaan supaya lebih tegas dan berani berdepan dengan orang Cina dalam pelbagai aspek yang menjadikan mereka angkuh dan sombong.

Monopoli Cina dalam bidang perniagaan menjadikan mereka kuasa yang seakan akan tidak boleh diganggu gugat sama sekali. Negara seakan akan berhenti berdenyut tanpa Cina. Apabila Tsunami Cina diisytiharkan oleh Perdana Menteri selepas PRU 13, keresahan orang Melayu dan kesombongan orang Cina naik serentak.

Timbul perasaan betapa ruginya menjadi Melayu di Malaysia. Pemimpin UMNO yang jadi pemimpin kerajaan menjadi takut kepada orang Cina kerana bimbang hilang undi Cina apabila orang Melayu terbelah dua. Kesannya pemimpin UMNO hanya berani dalam kotak UMNO sahaja khasnya menjelang pemilihan.


Walau bagaimanapun tiba tiba timbul seorang tokoh yang sebelum ini kelihatan amat biasa dan tidak begitu menonjol. Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah melakukan banyak perkara yang dilihat telah meruntuhkan tembok angkuh golongan peniaga Cina yang sedang memburu kuasa politik pula.

Pengumuman beliau tentang 'jihad memerangi orang tengah' rupa rupanya semacam tembakan meriam yang tepat mengena. Walaupun awalnya golongan ini sinis dan tidak bimbang tetapi apabila beberapa tindakan susulan dibuat, ia mula menampakkan kesan yang amat besar.

Pewujudan pasar tani, pasar pagi, pasar malam. Import ikan dan sayuran daripada luar negara oleh agensi kerajaan, kempen penurunan harga barang, penghapusan subsidi diesel untuk nelayan laut dalam, penetapan harga padi dan beberapa tindakan lain nyata telah melemahkan penguasaan Cina dalam perniagaan asas ini.

Terbaru apabila diumumkan langkah meletakkan pegawai SPRM di kementerian, dengan sendirinya akan memantapkan tindakan penguatkuasaan yang selama ini menjadi cabaran kerajaan.

Sebelum ini ada pandangan banyak peraturan dan undang undang semacam tidak lut kepada peniaga Cina yang besar, namun apabila pegawai SPRM ditempatkan walaupun secara rahsia, barangkali kekebalan mereka akan hilang.

Rakyat terbanyak khasnya ahli UMNO sedang menilai dan berasa bangga. Di tengah retorik pemimpin pemimpin UMNO yang lain, Ismail Sabri nampaknya tampil bertindak dengan serampang beberapa mata. Membenam keangkuhan Cina, menjaga kebajikan rakyat dan kembali mengangkat maruah Melayu



Sunday 9 February 2014

KARL MARX, ANWAR IBRAHIM, HISHAMUDDIN HUSSEIN...


Karl Marx

Karl Marx adalah seorang ahli falsafah kelahiran Jerman tetapi meninggal dunia di England pada tahun 1883. Idea radikal, jiwa menentang menyebabkan Karl Marx dihalau keluar dari tanah kelahirannya.


Karl Marx percaya perubahan sosial atau politik tidak mungkin berlaku secara evolusi sebaliknya perlukan revolusi. Ekonomi adalah segala galanya bagi Karl Marx dan konflik serta pertelingkahan akan mempercepatkan perubahan.
Marx meramalkan pada masa hadapan semua sistem yang ada akan musnah dan digantikan oleh sistem sosialis atau komunis yang memadam seluruh kelas dalam masyarakat.

Pada segala masa perjuangannya Karl Marx memainkan isu kelas bagi mendapatkan sokongan dan mencetuskan kebencian kepada pemerintah. Karl Marx meyakinkan para pengikutnya bahawa semakin banyak konflik dan pertelingkahan, semakin cepat perubahan dapat dilakukan.

Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang Malaysia. Satu ketika pada tahun 70an dilihat sebagai pejuang rakyat miskin sehingga menganjurkan begitu banyak demonstrasi dan yang paling terkenal ialah Demonstrasi Baling.

Pada tahun 80an dan awal 90an Anwar dilihat berada bersama arus perdana tetapi tetap dengan konflik dan pertentangan. Kali ini jelas menentang DAP dan PAS. Anwar menyusun gerakannya sehingga sampai ke peringkat Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dengan melangkau ramai tokoh lain yang lebih lama.

Sekarang selepas terpecat kerana kecenderungan luar biasanya, Anwar kembali ke pentas konflik dan pertelingkahan. Anwar seakan menjadi pejuang rakyat kelas bawahan dan giat menghapuskan kelas yang wujud dalam masyarakat.

Anwar semacam pengamal teori konflik Karl Marx. Jiwa menentang, ghairah dengan perubahan radikal. Cuma berbanding Karl Marx, Anwar terang terangan mahukan kuasa untuk dirinya. Anwar sentiasa mencetuskan konflik baru untuk menawan rakyat dan mempastikan namanya terus segar dalam percubaan mencipta perubahan itu.

Hishamuddin Hussein

Salah seorang Naib Presiden UMNO. Menteri Pengangkutan dan dilihat sebagai antara pelapis kepimpinan negara. Beliau mewarisi darah perjuangan UMNO yang bermula daripada Datuknya yang mengasaskan UMNO.

Barangkali jika  dikaji Hishamuddin adalah salah seorang yang mahu 'dibunuh 'oleh Anwar kerana sejarah keluarganya dan hubungannya dengan Perdana Menteri semasa jika teori Karl Marx digunapakai.

Samada Karl Marx mahupun Anwar, kedua duanya mencetuskan konflik dan pertelingkahan dengan matlamat tersendiri. Mereka mahu ' arus semasa ' terganggu dan rakyat menjadi bangkit menentang pemerintah bersama mereka.


Hishamuddin telah tunjukkan cara bagaimana mendepani kumpulan ini. Sebagai contoh, Hishamuddin tidak ghairah mengulas isu Kajang dan Teresa Kok yang sengaja diwujudkan bagi menjayakan teori konflik Karl Marx dokongan Anwar.

Sebaliknya Hishamuddin tampil dengan pengumuman, Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT ) catat keuntungan tertinggi dalam tempoh 41 tahun. 

" Saya ingin mengumumkan dengan pencapaian cemerlang dan prestasi kewangan terbaik dalam tempoh 41 tahun, kita akan memberikan bonus dan dividen sebanyak 16 % yang berjumlah RM 818.2 juta ".
" Saya terharu kerana pencapaian LTAT memberi manfaat kepada ahli sesuai dengan matlamat penubuhannya" kata beliau.

Bukan Hishamuddin sahaja. Datuk Ismail Sabri Yaakob juga tampil dengan pelbagai kenyataan, tindakan yang menjadi air memadam api konflik yang Anwar nyalakan.

Inilah kaedahnya. Ini caranya. Karl Marx dan para pengikutnya tidak berjaya kerana pada setiap kali mereka menyalakan api, pemerintah ada cara memadamkannya. Jerman hakikatnya lebih cepat dengan menghalau Karl Marx keluar.

Untuk kita Anwar mungkin tidak perlu dihalau kerana ' masalah dalamannya' akan memadam api yang dinyalakan dan munkin kali ini selepas kes liwatnya dibicarakan semula, baranya juga akan terpadam....


Friday 7 February 2014

GURU PENYAYANG...PPD, JABATAN, KEMENTERIAN..?


Saya sentiasa mempunyai kepercayaan bahawa guru atau warga pendidik adalah unsur penting dalam membantu survival UMNO dan kerajaan. Sejarah membuktikan bahawa guru banyak memberi sumbangan kerana hubungan rapat golongan ini dengan masyarakat yang menjadi ibu bapa pelajar.

400 ribu lebih guru di Malaysia sekaligus menjadikan guru kakitangan awam yang amat dominan dalam menentukan masa hadapan negara. Oleh yang demikian saya yakin jika golongan ini dijaga kebajikan mereka UMNO yang menunjangi kerajaan akan dapat bertahan walau sehebat manapun gerakan merampas kuasa dijalankan oleh pihak pembangkang.

Namun akhir akhir ini kita dapati, guru begitu tertekan dengan pelbagai dasar, sistem yang membebankan mereka. Segalanya menjadi sukar dan ramai guru memilih untuk bersara awal tetapi tidak diluluskan.

Hakikatnya pembangkang pula pandai menawan hati guru. Pada setiap kali berceramah mereka seakan akan begitu memahami dan bersimpati dengan nasib guru dan berjanji untuk mengubahnya jika diberi peluang memerintah.

Orang tertekan, dalam konflik dalaman yang serius, diberikan perhatian dan simpati, maka ramai guru beralih kepada pembangkang. Terbaru ialah apabila Kementerian Pelajaran melaksanakan Program Guru Penyayang.

Guru guru diarahkan melakukan pelbagai program yang sebenarnya merupakan tambahan tugas guru. Menyambut pelajar di pagar sekolah, mengadakan Mentor Mentee, mengadakan sambutan harijadi dan lain lain lagi. Barangkali ini bukan masalah besar bagi huru. Guru umumnya menyayangi pelajar.

Masalah mula timbul apabila guru diarah pula untuk menyediakan pelbagai dokumen berkaiatan dan akan dipantau dari semasa ke semasa. Pegawai Pej Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian akan melakukan pemantauan dan biasanya akan berakhir dengan maam macam teguran yang bagi guru adalah hukuman untuk mereka.

Inilah dilemanya. Guru guru diarah penyayang manakala mereka dari semasa ke semasa dihukum. Ada keadaan ' kekurangan ' di sesebuah sekolah akan disebut berulang ulang selama bertahun tahun untuk jadi contoh kepada yang lain.

Maknanya " kalau kamu tak nak malu besar, buat apa yang diarahkan ". Guru hakikatnya bekerja mulai 7 pagi dan biasanya akan pulang ke rumah sekitar 5 petang.


Setiap kali berpeluang berbual dengan rakan rakan warga pendidikan, saya jarang mendengar cerita gimbira mereka. Yang dilahirkan ialah keluh kesah, kekecewaan dan saya bimbang ia akan bertukar menjadi dendam. Guru tidak bahagia dan saya percaya kita tidak mungkin dapat mengharapkan mereka kekal bersama kita pada PRU14.

Jika UMNO mahu terus memerintah, Tan Seri Muhyiddin wajib melihat perkara ini dan melakukan sesuatu untuk memperbaikinya...



Wednesday 5 February 2014

UMNO GILA SEX !


Itulah tohmahan pembangkang . Setiap kali ada berita/ cerita berkaitan salah laku sex Ketua Pembangkang, maka yang disalahkan dan ditohmah adalah UMNO walaupun UMNO sama sekali tidak terbabit.

Pertama kali persoalan salahlaku sex Anwar Ibrahim ditimbulkan oleh peguambela Anwar sendiri iaitu Karpal Singh. Kemuadian ia disemarakkan oleh sahabat karib Anwar juga yang menggelar Anwar Al Juburi, Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu.

Kemudian banyak lagi isu sex melibatkan Anwar, tiada satupun laporan dibuat oleh UMNO tetapi UMNO yang dikatakan gila sex. Pelaku sebenar yang didakwa di mahkamah, ditunjukkan video China Doll bebas bebas bahkan boleh pula merancang pelbagai usaha untuk mengangkat dirinya.

Inilah kejayaan permainan persepsi yang digerakkan oleh pembangkang sejak 1998 hinggalah sekarang. UMNO pula hakikatnya masih terkial kial mencari formula melawan serangan persepsi ini.

Oleh yang demikian saya ingin menyarankan agar isu sex Anwar langsung tidak disebut di Kajang. Apabila Nallakarupan menawarkan diri untuk menjadi calon dengan alasan ' banyak cerita hitam Anwar' dalam poketnya, saya nampak UMNO telah tersilap jika memilih Nalla.

Begitu juga jika Datuk Ahmad Maslan percaya isu sex adalah bahan kempen yang baik di Kajang, sekali lagi UMNO telah kalah sebelum bertanding. Ada cara lain yang saya percaya berkesan di Kajang dan akan bermakna juga di tempat lain.

Usaha kerajaan meringankan beban hidup rakyat, mengawal harga barang, menawarkan kemudahan biaya di bandar semuanya ada kesan yang baik. Kerajaan kena buktikan kesungguhan ini. 

Langkah kedua yang nasional sifatnya ialah Kerajaan perlu gandakan tekanan terhadap orang Cina yang pasti akan menyokong DAP dalam mana pilihanraya sekalipun. Jika bukan DAP bertanding mereka akan menyokong Pakatan juga kerana ada DAP di dalamnya.

Langkah penghapusan orang tengah, memperbanyakkan Kedai Rakyat 1 Malaysia, membuka lebih banyak pasar tani dan pasar malam adalah contoh tekanan yang telah dimulakan oleh Kerajaan. Saya yakin golongan peniaga Cina mula dapat rasakan kesannya.

Teruskan langkah langkah ini sehingga golongan ini sedar bahawa mereka tiadapun tiada masalah bagi rakyat. Selama ini Cina berfikir monopoli mereka dalam perniagaan akan menyebabkan kerajaan  tunduk. Sekarang terbukti mereka salah perkiraan.

Pengundi Cina jadi amat berani mengkhianati kerana mereka rasa Kerajaan tidak berupaya. Bila Kerajaan dah mula gunakan kuasa, mereka akan kembali melutut kepada kita. Tanpa undi bulat Cina Pakatan sebenar tidak akan ke mana mana...


PERAK BAKAL TUMBANG PADA PRU 14..


Barangkali ramai yang tidak gembira dengan tajuk ini. Orang UMNO khasnya tidak gembira bercakap tentang kekalahan. Tetapi kalau kita bertanya, adakah UMNO bekerja kuat untuk menang? Apakah yang telah dan sedang dilakukan UMNO?
Saya percaya tidak ada jawapan bagi persoalan ini.


Selepas PRU 12 tahun 2008, Perak adalah sebuah negeri yang panas. Seluruh jentera Pakatan tidak pernah terlepas pandang walau sedetik terhadap Perak. PRU 13 menyaksikan UMNO / BN berjaya memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah dengan majoriti amat kecil.

Umum mengetahui Dr Zambry bekerja keras. Sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan , saya percaya beliau telah berusaha semampu mungkin melakukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negeri.

Namun pilihanraya bukan persoalan ' baik dan berkesan' semata mata. Pemimpin UMNO sejak merdeka ' baik dan berkesan' sehingga begini negara kita sekarang. Laju membangun dan umumnya rakyat hidup sejahtera.

Pilihanraya sekarang berkaitan bagaimana angka diperolehi dan mengapa begitu angkanya terjadi. Sebaik manapun mana mana calon, jika angka lebih rendah maka calon ini akan dikira kalah. Inilah prinsipnya.

Inilah juga sebab mengapa saya menjangkakan Perak akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 14. Pergerakan dan usaha menambah angka ini boleh dikatakan tidak dilakukan oleh UMNO/ Perak.

Malangnya DAP amat dominan di Perak. Mereka pula mempunyai budaya kerja yang sangat luar biasa. Mereka dikatakan telah memiliki jentera yang bekerja secara senyap dan berterusan sejak bertahun tahun. Berbanding UMNO, DAP mempunyai kawasan wajib menang dengan majoriti besar.

Ipoh Timur, Ipoh Barat, Gopeng, Batu Gajah, Sitiawan, Taiping adalah antara kawasan majoriti besar kerana faktor pengundi Cina. Saya mendengar pengundi Cina ini tiada masalah untuk bertukar tempat mengundi demi kemenangan DAP. Dan mereka telah dan sedang melakukannya.

Bayangkan dalam 4 tahun dari sekarang, berapa ribu pengundi boleh mereka pindahkan untuk mengundi di Tambun, Kuala Kangsar, Padang Rengas. Lubuk Merbau, Manjoi, Manong dan beberapa DUN juga amat berisiko.

Dengan kerja keras DAP dan lalai leka UMNO saya percaya mudah bagi pembangkang menawan Perak. Dalam penulisan terdahulu saya menyarankan agar kita juga memindahkan pengundi selain mendapatkan pengundi baru. 

UMNO Ipoh Timur, Ipoh Barat, Gopeng dan lain lain perlu gerakkan usaha ini. Saya difahamkan Bahagian Bahagian ini amat aktif berpolitik. Pemilihan UMNO baru baru ini menjadi bukti. Apa maknanya menang dalam UMNO tapi kalah pilihanraya.

Dr Zambry barangkali kena melihat perkara ini secara lebih mendalam. Dr Zambry dikatakan mempunyai ramai pegawai yang berkebolehan. Gunakanlah segala kepakaran mereka sepenuhnya. 

Saya mendengar pelbagai kisah di Pejabat Menteri Besar. Alangkah baiknya jika sebahagian daripada kisah itu ialah kejayaan menambahkan pengundi UMNO dan mempastikan kita dapat mempertahankan negeri bertuah ini.



Monday 3 February 2014

SALAHKAH SAYA BERASA KECEWA DENGAN NAIB PRESIDEN UMNO INI !


Saya berusaha untuk menyembunyikan rasa kecewa terhadap Naib Presiden UMNO yang mendapat undi hampir sempurna pada pemilihan UMNO yang lalu. Saya percaya saya tidak bersendirian mempunyai perasaan ini. Ramai teman teman yang lain turut kecewa. DS Ahmad Zahid Hamidi jelas berubah selepas pemilihan UMNO.

Tolonglah Zahid. Dengarlah suara umat Melayu yang melata di bawah ini. Dengar dan rasakan kekecewaan kami yang telah memenangkan UMNO pada PRU 13. Terlalu banyak penghinaan yang dilemparkan kepada kita.

Isu Kalimah Allah, pelanggaran titah Yang Di Pertuan Agung, penghinaan terhadap Perdana Menteri, video Theresa Kok dan terkini ada pemimpin DAP memperlekeh ayat Al Quran.

Saya dan teman teman menjadi keliru kenapa pendatang tanpa izin menjadi keutamaan sekarang, dalam keadaan kita umat Melayu Islam seakan akan berada pada lapis paling bawah.

Saya dan teman teman jadi keliru kenapa Datuk Seri begitu mudah teralun dengan salam konsesus Nasional yang dihulur oleh Anwar Ibrahim mendahului Majlis Tertinggi UMNO dan Presiden Parti.

Saya dan teman teman rasa kecewa bilamana Datuk Seri menggunakan ungkapan LAWAN TETAP LAWAN yang jadi slogan Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya sejak sekian lama.

Bangunlah Datuk Seri. Akar umbi mahukan pembelaan. Akar umbi mahukan ketegasan. Jangan nanti akar umbi berasa amat tidak berbaloi menjadi penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jangan nanti akar umbi mengambil sikap ' biarkan' kerana UMNO dan kerajaan ini hidup kerana kami di akar umbi !


Sunday 2 February 2014

AWAS !! LELAKI INI BAHAYA !


Pelbagai andaian oleh pelbagai pihak kita dengar dalam membicarakan PRK Kajang sebab dan akibatnya. Tentunya Anwar Ibrahim mendapat publisiti paling hebat kerana beliaulah yang berada di belakang semua ini.

Orang politik, orang awam yang tidak berparti ikut sama membincangkan isu ini kerana ia membabitkan tokoh tokoh besar dan melibatkan negeri paling berdaya maju di Malaysia.

Ada pandangan yang menarik juga untuk kita bincangkan. barangkali ada kebenarannya jika kita mengambil kira sejarah berwarna warni tokoh yang dilibatkan.

Sesiapa yang pernah mendengar ceramah Umi Hafilda Ali pasti akan mengaitkan peristiwa Kajang ini dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Umi Hafilda banyak kali menceritakan ' hubungan sangat istimewa' Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim.

Sehingga kadangkala terasa agak terkejut dengan bentuk hubungan mereka, mengatasi keintiman Anwar dengan isterinya Wan Azizah. Sukar untuk tidak percaya kerana setiap kali Umi berceramah, beliau mencabar Anwar untuk menyamannya dan itu tidak pernah berlaku. Ironinya Anwar sangat suka menyaman orang.

Azmin telah mengorbankan segalanya demi Anwar. ' Segalanya' termasuk membuang ibunya dan adik beradik yang tidak bersetuju dengannya. Azmin hampir tiada apa apa selain Anwar. Anwar juga dikatakan amat mengasihi Azmin dan percaya padanya. Bahkan pandangan semua orang akan ditolak jika Azmin seorang punya pandangan berbeza.

Inilah punca Peristiwa Kajang berlaku. Khalid Ibrahim dan beberapa orang kuat PKR, dikatakan termasuk Wan Azizah dan Nurul Izzah telah menyinggung dan melukakan hati Azmin. Penyingkiran Azmin sebagai Lembaga Pengarah adalah sebahagian daripadanya.

Melukakan hati Azmin samalah dengan merobek perasaan Anwar. Sakit hati Azmin, kecewalah Anwar. Demikianlah rapatnya mereka. Lebih rapat berbanding paha kiri dan paha kanan.

Anwar adalah seorang yang berkuasa dan nekad. Beliau telah menempuh segala macam cabaran dan dugaan. Beliau sampai tiada ketakutan sama sekali.

Dengan demikian, Azmin menjadi sangat bahaya. Anwar akan lakukan apa sahaja asalkan Azmin bahagia. Inilah hakikatnya...