Negarawan

Negarawan

Wednesday, 5 February 2014

PERAK BAKAL TUMBANG PADA PRU 14..


Barangkali ramai yang tidak gembira dengan tajuk ini. Orang UMNO khasnya tidak gembira bercakap tentang kekalahan. Tetapi kalau kita bertanya, adakah UMNO bekerja kuat untuk menang? Apakah yang telah dan sedang dilakukan UMNO?
Saya percaya tidak ada jawapan bagi persoalan ini.


Selepas PRU 12 tahun 2008, Perak adalah sebuah negeri yang panas. Seluruh jentera Pakatan tidak pernah terlepas pandang walau sedetik terhadap Perak. PRU 13 menyaksikan UMNO / BN berjaya memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah dengan majoriti amat kecil.

Umum mengetahui Dr Zambry bekerja keras. Sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan , saya percaya beliau telah berusaha semampu mungkin melakukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negeri.

Namun pilihanraya bukan persoalan ' baik dan berkesan' semata mata. Pemimpin UMNO sejak merdeka ' baik dan berkesan' sehingga begini negara kita sekarang. Laju membangun dan umumnya rakyat hidup sejahtera.

Pilihanraya sekarang berkaitan bagaimana angka diperolehi dan mengapa begitu angkanya terjadi. Sebaik manapun mana mana calon, jika angka lebih rendah maka calon ini akan dikira kalah. Inilah prinsipnya.

Inilah juga sebab mengapa saya menjangkakan Perak akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 14. Pergerakan dan usaha menambah angka ini boleh dikatakan tidak dilakukan oleh UMNO/ Perak.

Malangnya DAP amat dominan di Perak. Mereka pula mempunyai budaya kerja yang sangat luar biasa. Mereka dikatakan telah memiliki jentera yang bekerja secara senyap dan berterusan sejak bertahun tahun. Berbanding UMNO, DAP mempunyai kawasan wajib menang dengan majoriti besar.

Ipoh Timur, Ipoh Barat, Gopeng, Batu Gajah, Sitiawan, Taiping adalah antara kawasan majoriti besar kerana faktor pengundi Cina. Saya mendengar pengundi Cina ini tiada masalah untuk bertukar tempat mengundi demi kemenangan DAP. Dan mereka telah dan sedang melakukannya.

Bayangkan dalam 4 tahun dari sekarang, berapa ribu pengundi boleh mereka pindahkan untuk mengundi di Tambun, Kuala Kangsar, Padang Rengas. Lubuk Merbau, Manjoi, Manong dan beberapa DUN juga amat berisiko.

Dengan kerja keras DAP dan lalai leka UMNO saya percaya mudah bagi pembangkang menawan Perak. Dalam penulisan terdahulu saya menyarankan agar kita juga memindahkan pengundi selain mendapatkan pengundi baru. 

UMNO Ipoh Timur, Ipoh Barat, Gopeng dan lain lain perlu gerakkan usaha ini. Saya difahamkan Bahagian Bahagian ini amat aktif berpolitik. Pemilihan UMNO baru baru ini menjadi bukti. Apa maknanya menang dalam UMNO tapi kalah pilihanraya.

Dr Zambry barangkali kena melihat perkara ini secara lebih mendalam. Dr Zambry dikatakan mempunyai ramai pegawai yang berkebolehan. Gunakanlah segala kepakaran mereka sepenuhnya. 

Saya mendengar pelbagai kisah di Pejabat Menteri Besar. Alangkah baiknya jika sebahagian daripada kisah itu ialah kejayaan menambahkan pengundi UMNO dan mempastikan kita dapat mempertahankan negeri bertuah ini.



6 comments:

  1. Bukan Perak saja. Johor, N.Sembilan juga berisiko. Masalahnya UMNO sangat selesa dahlah komponen lain langsung tak berfungsi

    ReplyDelete
  2. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  3. Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...


    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  4. Kepada Gombug,
    Kalau nak buat iklan pergilah ke ruangan Iklan. Ini adalah ruangan bicara/forum. Menyemak ja...

    ReplyDelete
  5. UMNO wajib berubah. Dah banyak jasa UMNO tabur. Negara dah jadi negara maju. Susah payah UMNO akan dilupakan jika kalah. Pemimpin UMNO kena fokus. Tak salah majukan diri tapi jangan UMNO sampai jadi korban.

    ReplyDelete
  6. Pemimpin UMNO peringkat Bahagian perlu berubah untuk memastikan kejayaan. Sudahlah parti komponen yang lain seperti hidup segan mati tak mahu, UMNO pula bersikap perasan kuat setiap masa sehingga lalai dalam merencanakan taktikal politik. Itu belum lagi cerita pemimpin yang sibuk hanya untuk mempertahankan jawatan di peringkat masing-masing sehingga lupa bahawa yang cabaran utama adalah PENGUNDI dan ahli baru parti yang perlu dicari.

    Jika perancangan pakatan pembangkang yang menang majoriti besar di banyak kerusi bandar berjaya untuk memindahkan pengundi di kawasan yang mereka kalah tipis, sudah pasti kerusi MB akan jatuh ke tangan ADUN Melayu dari DAP. Siapalah agaknya calon ADUN Melayu DAP berkenaan???

    ReplyDelete