Negarawan

Negarawan

Friday 30 May 2014

DR ASRI MENYESAL HADIRI CERAMAH DAP !


Kenapa Dr Asri kelihatan begitu sugul sewaktu menghadiri ceramah DAP ?


Banyak tohmahan ? Fitnah ? Percampuran lelaki perempuan tanpa adab ?
Hanya tuan punya diri yang tahu apa yang berlaku...

DAP HINA UMNO, MIC YANG TAMPAR ISTERI ADUN DAP !

Lelaki tampar isteri wakil rakyat DAP


TELUK INTAN Dua petugas wanita DAP mendakwa ditumbuk dan ditampar seorang lelaki yang cuba menghalang mereka daripada memasang kain rentang kempen petang tadi.

Leong Pooi Wan dan Bavani Veraiah mendakwa kejadian itu berlaku
selepas mereka didatangi lelaki itu yang mereka kenalpasti sebagai seorang ahli MIC tempatan pada sekitar jam 3 petang beserta dua lagi lelaki lain di simpang tiga Jalan Sekolah.

Leong adalah isteri kepada ADUN Jalong dari DAP, Loh Sze Yee manakala Bavani merupakan setiausaha eksekutif Pakatan Rakyat Perak.

Menurut Bavani, lelaki berkenaan pada mulanya menghamburkan kata-kata kesat dalam bahasa Tamil terhadapnya.

Menyedari tindakannya dirakam Pooi Wan menggunakan telefon, lelaki itu menampar telefon yang dipegangnya sehingga ia terkena muka Pooi Wan dan telefon itu retak apabila jatuh ke atas jalan raya.

Selepas itu, Bavani pula ditumbuk di bahagian pipi kirinya apabila dia cuba menghubungi rakan-rakannya lain dari DAP untuk mendapat bantuan.

Mereka berdua membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Hilir Perak pada jam 4.16 petang dan juga merakamkan video pendek mengenai kejadian itu sebelum Leong ditampar.

Lelaki dalam rakaman itu kemudian dicam seorang anggota DAP tempatan yang turut hadir pada sidang media tadi sebagai seorang ahli MIC.

Sementara itu, ADUN Seri Delima, RSN Rayer turut membuat laporan polis selepas akaun Facebook beliau digodam dan kenyataan berbaur perkauman ditulis di dinding akaun Facebook-nya.

Beliau membuat laporan polis pada jam 1.35 petang di balai polis yang sama.Mkini
Ulasan-
Keterlaluan, celupar, menyinggung. Itulah yang dapat dikatakan tentang DAP akhir akhir ini. Di Pulau Pinang mereka mengalahkan kepala samseng ! Akhirnya orang lain yang menjatuhkan hukuman. Walau bagaimanapun tampar menampar ni bukan kaedah yang betul saya rasa.
 

Thursday 29 May 2014

VIDEO : HUBUNGAN HISHAMUDDIN DENGAN SESEORANG BERNAMA MAH TERBONGKAR !





" Saya telah mengenali Mah begitu lama. Sejak kami sama sama dalam Pemuda.

Saya tahu beliau seorang yang cukup baik ". Ringkas dan mudah sahaja kenyataan Naib Presiden UMNO sewaktu kempen PRK Teluk Intan baru baru ini.

Jika kempen PAS di Teluk Intan cuba menggambarkan keretakan hubungan antara parti komponen BN, video ini adalah jawapan kepada tohmahan mereka.




Wednesday 28 May 2014

RUMAHTANGGA PENDAKWAH TERSOHOR RUNTUH !

Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.

“Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.

Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.

Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.

ABBY dan Farhan 
Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.

Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.
Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.

Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.
Ulasan
Benar, ajal maut , rezeki, jodoh adalah ketentuan Allah. Siapapun tidak mahu istana yang dibina runtuh selepas tidak sampai setahun didirikan. Cuma bila cara kita bercakap, bertindak seperti kita manusia sempurna dan pihak yang berbeza dengan kita semua tidak betul, maka kita letakkan diri kita macam dalam cermin kaca. Orang pada bila bila memerhati dan menilai kita.
Pengajarannya, baiklah bersederhana. Perbaiki silap kita. Mohon ampun kepada Allah dan buka buku baru. Mudah mudahan Allah permudahkan segala urusan selepas ini.

KAEDAH BAGAIMANA TUANKU SULTAN PERAK DIPILIH.

PERANAN DEWAN NEGARA PERAK [ ORANG BESAR ] DIDALAM MELANTIK RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK


Kejelasan wujudnya satu badan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (perenggan 3.6) yang di kenali sebagai “Dewan Negara”.  Badan ini mempunyai peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam hirarki

Orang Besar Perak sekitar tahun 1924
Dewan Negara Negeri Perak dianggotai oleh bakal-bakal Sultan, seseorang wakil Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan dan Mufti sebagai ahli-ahli rasmi dan sebelas ‘orang tua’ dan seorang yang bukan Melayu sebagai ahli-ahli bukan rasmi.

Yang menarik dan uniknya adalah, Ahli-ahli Dewan ini dilantik oleh Paduka Seri Sultan, dan kemudian mereka pula yang mempunyai kuasa mutlak bagi memilih dan melantik Paduka Seri Sultan yang baru ketika berlakunya kemangkatan Paduka Seri Sultan.

Namun kuasa mutlak bagi memilih dan melantik Paduka Seri Sultan yang baru bukan mudah kerna Dewan Negara harus mengikut adat yang di peradatkan dari turun temurun, sebagaimana Gelaran Orang Besar Perak di tingkat-tingkatkan kepada empat peringkat iaitu orang besar empat, orang besar delapan, orang besar enam belas dan orang besar tiga puluh dua bagi tujuan menyampaikan amanah rakyat bagi setiap mukim dan jajahan

Maka Dewan Negara harus jelas apa yang terkarang ini :- Tetapi hendaklah disyaratkan pula bahawa dalam timbangan-timbangannya berkenaan dengan pilihan seorang Raja Pemerintah itu,  hendaklah Dewan Negara itu memberi timbangan-timbangannya yang pertama kepada sesiapa Bakal Sultan mengikut susunan yang tersebut di bawah ini,  yang keduanya kepada sesiapa Raja yang Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya dan kemudian daripada itu hendaklah dijalankan seperti yang disyaratkan dalam Fasal VII, VIII dan IX dalam Bahagian ini.”  


Pemilihan Raja Pemerintah yang baharu itu hendaklah di laksanakan dengan secepat mungkin.  Ini adalah mengikut Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII seperti berikut :


Bagi memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu dinegeri Perak apabila berlaku kekosongan, Dewan Negara Perak dengan diPengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, hendaklah mengadakan mesyuarat dalam  tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah  untuk memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu.  Mesyuarat ini tidak di hadiri oleh bakal-bakal Sultan dan Raja-Raja Bergelar. Maka Dewan Negara Perak akan membuat keputusan dengan sewajar dan seadil-adilnya, iaitu samada dengan mendapat persetujuan sebulat suara daripada ahli-ahli sekalian terhadap sesuatu calon atau dengan mendapat kelebihan undi bagi seseorang calon itu. 

Bakal-Bakal Sultan
DYTM Raja Muda Perak - Raja Dr Nazrin Shah dan DYAM Raja Di Hilir Perak - Raja Ja'afar 

b) Peruntukan Bagi Perlantikan Bakal-Bakal Sultan

“Fasal XXX : Maka dari antara mereka yang harus di pilih sebagai Raja Pemerintah mengikut tertib yang di tetapkan dalam fasal-fasal VII dan VIII itu, hendaklah di pilih dan di lantik tiga orang Bakal Sultan oleh Raja Pemerintah itu dengan nasihat Dewan Negara”. 

Bakal-bakal Sultan yang ada pada masa dahulu adalah :

Raja Muda
Raja Bendahara
Raja DiHilir

Walau bagaimanapun, gelaran Raja Bendahara sebagai Bakal Sultan telah pun dihapuskan dan dimansuhkan. Dengan itu, Bakal-Bakal Sultan pada masa kini adalah:


Raja Muda
Raja Di Hilir

Apabila seseorang Sultan atau Raja Pemerintah mangkat, maka pemilihan hendaklah dilakukan oleh Dewan Negara  daripada waris-waris negeri yang layak untuk menggantikan Raja Pemerintah yang telah mangkat itu. Pengisian ke tempat Raja Pemerintah yang kosong itu tidaklah secara automatik.  Ini adalah mengikut Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal VI (I) dan (2) seperti di bawah:

“Fasal VI (1) Manakala mangkat kita dan mangkat seseorang daripada ganti-ganti kita yang gemilang,  maka jenazah kita dan jenazah-jenazah ganti-ganti kita yang gemilang hendaklah di simpan dengan tiada dimakamkan mengikut sebagaimana adat Melayu sehingga seorang ganti telah dipilih dan dilantik, dan inilah kita mengikrar dan memerintahkan bahawa hendaklah Raja Bendahara atau Orang Kaya Bendahara apabila gelaran Raja Bendahara itu dimahsuhkan menjalankan kuasa-kuasa dan menyempurnakan tanggungan-tanggungan Raja Pemerintah itu di antara kemangkatan seorang Raja Pemerintah  dengan lantikan seorang Raja Pemerintah baharu.


Maka dengan ini Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Wakil Al Sultan Wazir Kabir jawatannya ialah kepala sekalian orang besar-besar dan Dato’-Dato’ dan pada beliau jua terhimpun Segala Rahsia Kerajaan Negeri. Berkewajiban menjaga segala adat dan mengekalkan keunikkan sistem warisan beraja yang telah dibentuk oleh orang besar-besar yang terdahulu hasil muafakat sesama Raja Pemerintahan yang terdahulu bagi menjamin kesentosaan negeri didalam melantikan seorang Raja Pemerintah baharu.

ORANG BESAR EMPAT -

1. Y.A Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja

2. Y.A Bhg. Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja

3. Y.A Bhg. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja

4. Y.A Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan


Bakal-bakal orang besar empat adalah ialah siapa-siapa yang bergelar toh mudanya kecuali Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja yang tiada mempunyai Toh Muda.


TOH MUDA ORANG BESAR EMPAT -

1. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Besar Maharaja di-Raja

2. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Temenggong Paduka Raja

3. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Menteri Paduka Tuan

4. Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja


ORANG BESAR DELAPAN -

1. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota

2. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda

3. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja

4. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja

5. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera

6. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja

7. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan

8. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Mahakurnia Indera di-Raja


TOH MUDA ORANG BESAR DELAPAN -

1. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksmana Raja Mahkota

2. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda

3. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja

4. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja

5. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera

6. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja

7. Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Mahakurnia

8. Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan


ORANG BESAR ENAM BELAS -

1. Y.D.H Toh Seri Maharaja Lela

2. Y.D.H Toh Paduka Indera

3. Y.D.H Toh Maharaja Dewa

4. Y.D.H Toh Maharaja Indera

5. Y.D.H Toh Shahbandar Ulu

6. Y.D.H Toh Tan Dewa Paduka

7. Y.D.H Toh Paduka Setia

8. Y.D.H Toh Sedewa Raja

9. Y.D.H Toh Paduka Raja

10. Y.D.H Toh Perdana Indera

11. Y.D.H Toh Indera Jaya

12. Y.D.H Toh Seri Bijaya

13. Y.D.H Toh Seri Lela Paduka

14. Y.D.H Toh Amar Seri di-Raja

15. Y.D.H Toh Raja di-Raja

16. Y.D.H Toh Seri Wangsa

  
ORANG BESAR TIGA PULUH DUA -

1. Y.D.H Toh Tan Dewa Sakti

2. Y.D.H Toh Kamar Lela

3. Y.D.H Toh Seri Indera Lela

4. Y.D.H Toh Sakna Bongsu

5. Y.D.H Toh Tan Dewa Raja

6. Y.D.H Toh Rakna Sakti

7. Y.D.H Toh Purba di-Raja

8. Y.D.H Toh Jana Pahlawan

9. Y.D.H Toh Sa Indera Lela

10. Y.D.H Toh Bahagia Negara

11. Y.D.H Toh Amar Pahlawan

12. Y.D.H Toh Mangku di-Raja

13. Y.D.H Toh Dewa Mahkota

14. Y.D.H Toh Sakna Menteri

15. Y.D.H Toh Demang Perwira

16. Y.D.H Toh Indera Wangsa

17. Y.D.H Toh Mekong

18. Y.D.H Toh Lela Indera

19. Y.D.H Toh Mahkota Lela

20. Y.D.H Toh Amar Di Wangsa

21. Y.D.H Toh Pekerma Wati

22. Y.D.H Toh Johan Pahlawana

23. Y.D.H Toh Pendewa Sakti

24. Y.D.H Toh Kelana Perkasa

25. Y.D.H Toh Kelana di-Raja

26. Y.D.H Toh Kohor Alam

27. Y.D.H Sukar Di Lawan

28. Y.D.H Toh Pendekar Alam

29. Y.D.H Toh Bijaya Wati

30. Y.D.H Toh Puspa Wati

31. Y.D.H Toh Bahtera di-Raja

32. Y.D.H Toh Suri Wati

Ilmu yang di tinggalkan oleh mereka yang terdahulu harus di teliti dan di fahami:-

ADA PUN RAJA ITU TIADA MEMPUNYAI NEGERI DAN TIADA BOLEH MENCHUKAI KHARAJAT, MELAINKAN BERKEADILAN SAHAJA SERTA PERMAKANANYA.

11. UNDANG-UNDANG ORANG JADI RAJA ATAUPUN PENGHULU DIDALAM SESEBUAH NEGERI ATAU MUKIM ”ADATNYA”
Ada pun hutang penghulu kepada rakyatnya,
- Pertama mati rakyatnya di tanam,
- Kedua, hilang rakyatnya di cari,
- Ketiga kusut di selesaikan,
- Keempat, jika salah dipatutkan.

Maka hutang rakyat kepada penghulu dua perkara, pertama di laungkan oleh penghulu, datang ia dan disuruh, pergi ia, dan lagi tatkalaorang mengadap bichara itu di lihat baik-baik rupanya, salah duduknya, salah berdirinya, salah perkataannya serba yang salah sebarang lakunya, maka mereka yang salah itu disalahkan juga dan demikian pula yang benar itu hendaklah dibenarkan juga hukumnya, tetapi boleh di bezakan antara kechil dan salah besar di atas mereka-mereka sekalian dan lagi di atas bicara mereka itu di hukumkan betul-betul, jangan di ambil faedah di atas mereka-mereka itu tatkala di dalam mana-mana bicara pun.

55 UNDANG-UNDANG ORANG KAYA, HUKUMNYA
- Jika banyak orang kaya didalam mukim itu sangatlah baiknya di atas mukim itu, tetapi nya orang kaya mau lah murah di atas mukim atas orang-orang dan hendaklah hormat kepada raja-raja dan penghulu, hendaklah beri sedikit emas kepada orang yang berbuat taat dan lagi kenduri sekali setahun sekurang-kuranya tiada boleh tidak dan besarkan nama dunia dan sedekah pada miskin.

92 UNDANG-UNDANG MENJADI RAJA DIDALAM NEGERI ITU APA-APA YANG JADI AMAN PADA NEGERI ITU.
- Pertama adil hukumnya,
- Kedua murah makan didalam negeri itu, maka amanlah negeri itu

93 UNDANG-UNDANG ORANG MENJADI ORANG BESAR DIDALAM NEGERI
- Adatnya pertama orang besar itu memelihara atas rajanya,
- kedua memelihara atas rakyatnya, maka amanlah negeri itu

99 UNDANG-UNDANG RAJA-RAJA DENGAN ORANG BESAR-BESAR DAN SEKALIAN RAKYAT, DAN RAKYAT DENGAN ORANG BESARNYA;
- Jika ada barang-barang yang datang baik atau jahat, jangan di taroh didalam hati mau lah di titahkan kepada orang besar-besar itu, jika ada apa-apa baik atau jahat, jangan di taroh didalam hati dan lagi raja-raja atau orang besar-besar jikalau apa-apa bicara baik dan jahat itu hendaklah di nyatakan pada rakyat boleh tahu ia dan ingat, dan tiap-tiap raja dan orang besar-besar itu barang apa-apa bicara hendak di terang, jikalau di sembunyikan apa-apa titahkan semula, jangan tidur adat negeri adanya.


Info : -

Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.


Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.


Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar.

Sumber - Ku Alam - Terima kasih atas perkongsian.

Tuesday 27 May 2014

SATU LAGI PSYWAR DAP, UMNO JANGAN TIDUR !!

DAP sentiasa mahu dilihat ' mungkin kalah, akan kalah ' dalam PRK Teluk Intan yang berbaki beberapa jam sahaja lagi. Kali ini mereka cuba lekakan jentera BN dengan kenyataan di bawah.

Puak dalam DAP Perak hantui kempen Dyana


Langkah DAP meletakkan calon muda, Dyana Sofya Mohd Yusof sebagai calon di pilihan raya kecil Teluk Intan menarik perhatian ramai.
Walaupun momentum kempen memihak pada DAP, perkembangan yang berlaku dalam parti itu menunjukkan perkara sebaliknya.

Ia mungkin menjadi pertandingan sengit buat Dyana Sofya, selepas tempoh awal kempennya berakhir.

Pencalonan Dyana, yang diputuskan oleh jawatankuasa pusat, merupakan satu kompromi untuk meredakan ketegangan di antara dua kem DAP di Perak.

Dua fraksi terbabit merujuk kepada kem yang diketuai pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan kumpulan yang diketuai MP Ipoh Barat M Kulasegaran.
Perkembangan tersebut menyebabkan ramai di kalangan akar umbi perti yang tidak begitu berminat untuk menjalankan jentera kempen.

Penyandang kerusi Teluk Intan, mendiang Seah Leong Peng setia dengan fraksi anti-Nga dan balu mendiang, Kee Siu Lian turut menggesa agar calon pengganti Seah dipilih dari kem sama.

Kee dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak akan berkempen untuk DAP jika ADUN Jalong, Leong Mee Meng atau bekas ketua publisiti pilihan raya DAP Hew Kuan Yew tidak dipilih sebagai calon untuk menggantikan mendiang suaminya.

Perasaan tidak puas hati di kalangan penyokong Seah kononnya berpunca daripada beberapa pertikaian dengan fraksi Nga, terutamanya apabila Kee mendakwa pengikut Nga menggesa Seah meletak jawatan ketika terlantar sakit akibat kanser.
Sumber parti juga mendakwa kem Nga mengesyorkan Dyana, yang merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang, untuk menjadi calon sebagai satu kompromi untuk menghalang Hew daripada bertanding.

Tidak hairanlah, perasaan kecewa di kalangan pemimpin akar umbi tersebut semakin parah apabila mereka tidak muncul semasa hari pencalonan.

Timbalan ketua publisiti DAP kebangsaan Teo Nie Ching mengesahkan perkara itu, namun menegaskan ia tidak akan menjadi sabotaj kerana pemimpin DAP di negeri itu masih setia kepada parti.

Begitupun, Malaysiakini memerhatikan bahawa pemimpin akar umbi jarang sekali dilihat di acara kempen Dyana.

Hanya pemimpin tertingginya, seperti Teo, ketua publisiti DAP Tony Pua dan setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh, yang juga mengetuai kempen pilihan raya, yang sering dilihat di lapangan- Mkini.
Saya harap jentera UMNO jangan terpedaya. Budaya politik Cina sekarang, siapapun calon DAP , walaupun  tidak mereka kenali, mereka tetap akan mengundi DAP. Wajib !
Pemimpin UMNO juga elakkan daripada bercakap besar, bimbang jentera akan perasan pulak. Terus pergi ke rumah rumah. Temui pengundi seramai yang mungkin..

JARANG NAMPAK HAJI HADI SEBEGITU HINA !





Allahhuakbar ! Barangkali benar apa yang dikatakan oleh Nik Aziz. Mereka terhukum oleh dosa dosa memperdagangkan Islam.

Perhatikan apa yang berlaku. saya percaya ia berlaku secara spontan tanpa dirancang.

Penganut PAS sendiri sudah hilang hormat kepada Presiden mereka. Masing masing dengan hal sendiri, langsung tidak memberi tumpuan kepada ucapan hj Hadi..lihat tingkahlaku penganut PAS di belakang Hj Hadi.



Bandingkan pula perhatian yang penganut PAS' tumpukan' sewaktu Dyana berucap. Nampak sangat Hj Hadi sudah hilang wibawa, hilang kehormatan.


Monday 26 May 2014

PRK TELUK INTAN ! POLITIK PELIK DAP, BN DIKATAKAN GUNA SINDIKET JUDI !





Tuduhan Nga Kor Meng dan DAP bukan sahaja pelik tetapi berniat sangat jahat. Saya tidak nampak ada rasional di sebalik tuduhan ini. Kalau dahulu BN dikatakan membeli undi, menggunakan pengundi hantu. Sekarang tuduhan makin berat. BN gunakan kaedah perjudian untuk menang PRK Teluk Intan.



Judi dan Cina adalah sesuatu yang rapat. Dalam Islam, judi adalah salah satu dosa besar. Apabila Nga Kor Meng mendedahkan perkara ini, saya mintak SPR siasat bagaimana DAP boleh menang banyak kerusi sebelum ini sedangkan pengundi tahu Kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan yang baik.

Adakah mereka gunakan kaedah ini selama ini?




PRK TELUK INTAN, RAHSIA BESAR TERBONGKAR!! DYANA PERNAH BERKAHWIN DAN PUNYA ANAK !!


'Calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofea sebenarnya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun. Bagaimanapun Dyana memilih untuk berpisah apabila mula bergiat aktif dalam politik DAP !'


Kenyataan di atas adalah rekaan semata mata. Ia boleh sahaja dilakukan oleh sesiapapun supaya ia menjadi menarik dan malangnya orang UMNO percaya ia  menjadi ' faktor menolak' bagi Dyana Sofea, calon DAP.

Saya perhatikan Jentera UMNO ( sebenarnya BN hampir tiada jentera, MIC ada sedikit gerakan ), amat mengharapkan kemenangan dengan faktor menolak calon. Saya membuat sedikit pemerhatian, pengundi pembangkang khasnya Cina tahu PAS lemah dan tidak berkebolehan, mereka tetap undi PAS. Cina tahu Anwar Ibrahim penipu dan tidak bermoral, mereka tetap sokong Anwar !

Mereka mengundi DAP dan mahu UMNO mati. Ini hakikatnya yang walaupun pahit tetap terpaksa ditelan. Mereka tak peduli walaupun calon Pakatan itu biawak sekalipun mereka tetap akan berikan undi. Mereka undi PAS demi DAP, mereka undi PKR demi DAP.

Saya sempat ke Teluk Intan. Saya ingin katakan kerja belum sampai ke peringkat 60%.Jentera wajib menemui semua pengundi Melayu dan India. Semua,  walaupun di tangan mereka memegang bendera DAP. Hati mereka belum tentu lagi.

Anak anak muda yang bekerja di kebun kelapa sawit, pemandu lori, pembantu kedai mengaku belum ditemui. Temui mereka dan mereka akan berikan undi. Ada peratusan kecil Cina tua, nyonya dan apek yang punya hubungan lama dengan orang Melayu. Mereka ini tidak suka cara Lim Kit Siang khasnya bila bawak ' budak perempuan' jadi calon. Temui mereka, rayu mereka.

Pedulikan siapa Dyana. Pedulikan dia khianat. Pedulikan ibunya yang derhaka kepada parti. Saya dapat melihat ada sedikit cahaya di Teluk Intan. Ia bergantung kepada kerja buat jentera. Masa masih ada dan sebenarnya cukup jika jentera bekerja 24 jam sehari.

Jika menang BN di Teluk Intan, sejarah baru sebenarnya terbentuk. Sejarah yang akan mengubah lanskap politik kita. Jika BN menang kali ini maknanya Malaysian Malaysia akan tertangguh, sekurang kurangnya untuk dua tiga kali PRU lagi.




Saturday 24 May 2014

HISHAM NASIHAT PEMUDA HATI HATI MUSLIHAT DAP !!




Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu ancaman hendak membakar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur disiasat. 
 
Menteri Pertahanan itu berkata adalah tidak wajar ancaman seperti itu dibuat oleh sayap pemuda Umno bila membantah kenyataan "Umno celaka" yang dihambur Adun DAP, RSN Rayer dalam persidangan dewan negeri Pulau Pinang. 
 
"Saya nasihatkan mereka siasat. Jangan ikut emosi.
 
"Dalam situasi hari ini, terutama bila anda mempunyai media sosial, maklumat tak berasas akan tersebar. Jadi jangan tunjuk reaksi emosional. 
 
"Biarlah ada kebijaksanaan dan kewarasan dalam mengambil tindakan dan siasat sedalam-dalamnya.
 
"Siapa sebenarnya dalang dalam apa juga perkara yang kita rasa tak kena," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan 'walkabout' bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong, di Teluk Intan hari ini. 
 
Rayer pada Selasa mengeluarkan kata-kata tersebut, ketika membahaskan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri. 
 
Keesokannya beberapa orang anggota Umno merempuh masuk ke dalam dewan negeri menuntut Rayer memohon maaf. 
 
Hishammuddin, bekas Ketua Pemuda Umno, berkata DAP mempunyai muslihat bila sering melakukan provokasi.  
 
Beliau menasihatkan anggota Umno jangan mudah melatah dan tidak 'menari mengikut rentak DAP'.   
 
Menteri itu berkata pembangkang menimbulkan isu tertentu seperti kalimah “Allah” atau isu "Bible" semasa pilihan raya kecil di Sabah atau Sawawak bagi memain emosi dan mencetuskan kemarahan rakyat. 
 
"Ini bukan perkara baru," katanya.   
 
Hishamuddin meminta pengundi Teluk Intan mengundi Mah pada 31 Mei ini, demi menentukan mereka terus mendapat manfaat dari pada program pembangunan rakyat.  
 
- Bernama

Ulasan -

Saya yakin apa yang berlaku sengaja dirancang oleh DAP supaya UMNO bertindakbalas dan kelihatan keras dan ganas. Namun saya berpandangan jika ia adalah perancangan mereka, maka mereka telah gagal kerana reaksi PEMUDA UMNO telah mengmbalikan mereka ke landasan yang betul.
Sebagai bekas Ketua PEMUDA, Datuk Hisham sama sekali tidak menyalahkan PEMUDA atas tindak balas mereka. Sebaliknya Datuk Seri Hishamuddin jelas meletakkan DAP sebagai punca !
 

CELAKA !! BABI DALAM RUMAH UMAT ISLAM !!

 100  5 
Penjelasan isu Coklat Cadbury Dairy Milk ada mengandungi DNA Babi tersebar. Pengguna muslim terutamanya kini berasa was-was untuk menggunakan atau memakan produk coklat milik syarikat Cadbury berikutan tersebarnya salinan laporan ujian makmal yang mendakwa produk tersebut tercemar dengan bahan Porcein (DNA Babi) . Laporan ujian makmal yang bertarikh 27 Februari 2014 itu kini tersebar meluas mulai jumaat 23 Mei 2014 menerusi laman sosial. Pihak Cadbury Malaysia dalam kenyataan facebook rasmi menjelaskan bahawa produk mereka dijamin halal dan persediaan mengikut prosedur. Namun, surat media rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Mei 2014 mengesahkan Produk Cadbury mengandungi DNA babi. Pengguna dinasihatkan supaya menghentikan sementara memakan produk coklat Cadbury kerana pihak KKM telah mengesahkan penggunaan Porcine (Bahan dari Babi) dalam produk syarikat tersebut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSSosGKsKd5g9Pjc9PrQ247oE8HOpxhnAes4eZknva51bkb6EX4WsmA-lOrUg9p3RzOrEM29k69_iOmJOmYVVfKuhQrP29ccFEfuidKczwypc5Uq5tGD1ojc91LwZRKtU75cWWGdpy2_TM/s1600/DSC_5020.JPG
Laporan Coklat Cadbury Dairy Milk Mengandungi DNA Babi
Berikut adalah laporan makmal yang mendakwa produk Cadbury Dairy Milk mengandungi DNA babi.
cadbury
KKM Sahkan Produk Cadbury Tercemar Porcine ( DNA Babi)
kkm
Penjelasan KKM Sahkan Produk Cadbury Mengandungi DNA Babi (TERKINI)
kesan
kesan-2