Saturday, May 10, 2014
Curi Ayam Sokong Hudud, Curi Balak Lepas. Anwar Sindir Siapa?
Umno tidak ikhlas sokong hudud, mahu sembunyi kecuaian kendali MH370, kata Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan Umno tidak ikhlas dalam menyatakan sokongannya kepada cadangan hudud di Kelantan sebaliknya menjadikan isu itu untuk mengaburi mata rakyat berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ketua Umum PKR itu berkata Umno tidak perlu terburu-buru menyatakan sokongan terhadap percubaan PAS untuk membawa rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen tetapi melihat pelbagai salah laku yang biasa dilakukan mereka.
“Hudud bukan sahaja isu untuk mengalih perhatian MH370 tetapi saya percaya hudud (mereka) tidak ikhlas. Dia nak hudud, kasino bagaimana? Rompakan kekayaan dan penindasan bagaimana?
“Tidak mungkin orang curi ayam (baru mahu) sokong hudud, orang curi balak satu juta hektar dilepaskan. Saya tidak percaya Umno serius tetapi membawa isu ini untuk mengalih pandangan isu lain,” katanya selepas menyampaikan kuliah bertajuk Ekonomi Manusiawi di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat di Puchong, Selangor.
Katanya, hukum hudud adalah tuntutan dalam Islam dan isu penggabungan kedua-dua parti itu tidak perlu dibangkitkan langsung. – Sumber...
Ulasan -
Ada ramai orang gila dalam dunia ini. Gila judi, gila talak, gila ponggong dan macam macam gila lagi. Tapi sangat jarang orang gila kerana orang lain mahu laksanakan agama. Selalunya jika
orang di sekeliling kita, cenderung kepada agama, kita akan lebih
bersyukur. Tetapi Anwar nyata berbeza...
Wajah sebenar Anwar dah lama terdedah. Pelakon tahap superstar. Pas terpedaya dengan lakonannya.
ReplyDeleteSebenarnya Anwar yang tidak mahu hudud. Ini diakuinya banyak kali.
ReplyDeleteIkut hati mati, ikut rasa binasa,
ReplyDeleteTlglah jgn masukkan dia ke situ. Bahaya untuk penghuni di sana
ReplyDeletePandai Anwar baca apa ada dalam hati irang
ReplyDelete