Negarawan

Negarawan

Sunday 9 February 2014

KARL MARX, ANWAR IBRAHIM, HISHAMUDDIN HUSSEIN...


Karl Marx

Karl Marx adalah seorang ahli falsafah kelahiran Jerman tetapi meninggal dunia di England pada tahun 1883. Idea radikal, jiwa menentang menyebabkan Karl Marx dihalau keluar dari tanah kelahirannya.


Karl Marx percaya perubahan sosial atau politik tidak mungkin berlaku secara evolusi sebaliknya perlukan revolusi. Ekonomi adalah segala galanya bagi Karl Marx dan konflik serta pertelingkahan akan mempercepatkan perubahan.
Marx meramalkan pada masa hadapan semua sistem yang ada akan musnah dan digantikan oleh sistem sosialis atau komunis yang memadam seluruh kelas dalam masyarakat.

Pada segala masa perjuangannya Karl Marx memainkan isu kelas bagi mendapatkan sokongan dan mencetuskan kebencian kepada pemerintah. Karl Marx meyakinkan para pengikutnya bahawa semakin banyak konflik dan pertelingkahan, semakin cepat perubahan dapat dilakukan.

Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang Malaysia. Satu ketika pada tahun 70an dilihat sebagai pejuang rakyat miskin sehingga menganjurkan begitu banyak demonstrasi dan yang paling terkenal ialah Demonstrasi Baling.

Pada tahun 80an dan awal 90an Anwar dilihat berada bersama arus perdana tetapi tetap dengan konflik dan pertentangan. Kali ini jelas menentang DAP dan PAS. Anwar menyusun gerakannya sehingga sampai ke peringkat Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dengan melangkau ramai tokoh lain yang lebih lama.

Sekarang selepas terpecat kerana kecenderungan luar biasanya, Anwar kembali ke pentas konflik dan pertelingkahan. Anwar seakan menjadi pejuang rakyat kelas bawahan dan giat menghapuskan kelas yang wujud dalam masyarakat.

Anwar semacam pengamal teori konflik Karl Marx. Jiwa menentang, ghairah dengan perubahan radikal. Cuma berbanding Karl Marx, Anwar terang terangan mahukan kuasa untuk dirinya. Anwar sentiasa mencetuskan konflik baru untuk menawan rakyat dan mempastikan namanya terus segar dalam percubaan mencipta perubahan itu.

Hishamuddin Hussein

Salah seorang Naib Presiden UMNO. Menteri Pengangkutan dan dilihat sebagai antara pelapis kepimpinan negara. Beliau mewarisi darah perjuangan UMNO yang bermula daripada Datuknya yang mengasaskan UMNO.

Barangkali jika  dikaji Hishamuddin adalah salah seorang yang mahu 'dibunuh 'oleh Anwar kerana sejarah keluarganya dan hubungannya dengan Perdana Menteri semasa jika teori Karl Marx digunapakai.

Samada Karl Marx mahupun Anwar, kedua duanya mencetuskan konflik dan pertelingkahan dengan matlamat tersendiri. Mereka mahu ' arus semasa ' terganggu dan rakyat menjadi bangkit menentang pemerintah bersama mereka.


Hishamuddin telah tunjukkan cara bagaimana mendepani kumpulan ini. Sebagai contoh, Hishamuddin tidak ghairah mengulas isu Kajang dan Teresa Kok yang sengaja diwujudkan bagi menjayakan teori konflik Karl Marx dokongan Anwar.

Sebaliknya Hishamuddin tampil dengan pengumuman, Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT ) catat keuntungan tertinggi dalam tempoh 41 tahun. 

" Saya ingin mengumumkan dengan pencapaian cemerlang dan prestasi kewangan terbaik dalam tempoh 41 tahun, kita akan memberikan bonus dan dividen sebanyak 16 % yang berjumlah RM 818.2 juta ".
" Saya terharu kerana pencapaian LTAT memberi manfaat kepada ahli sesuai dengan matlamat penubuhannya" kata beliau.

Bukan Hishamuddin sahaja. Datuk Ismail Sabri Yaakob juga tampil dengan pelbagai kenyataan, tindakan yang menjadi air memadam api konflik yang Anwar nyalakan.

Inilah kaedahnya. Ini caranya. Karl Marx dan para pengikutnya tidak berjaya kerana pada setiap kali mereka menyalakan api, pemerintah ada cara memadamkannya. Jerman hakikatnya lebih cepat dengan menghalau Karl Marx keluar.

Untuk kita Anwar mungkin tidak perlu dihalau kerana ' masalah dalamannya' akan memadam api yang dinyalakan dan munkin kali ini selepas kes liwatnya dibicarakan semula, baranya juga akan terpadam....


10 comments:

  1. Terbaikklah bro, Anwar ni perangai dia memang macam komunispun

    ReplyDelete
  2. Perbandingan yang tepat. Teruskan Hishamuddin, anggap Anwar macam tak wujud. Dahulukan rakyat

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan pemimpin pembangkang di mana mana negara sekalipun agar berdiri kononnya di atas kesengsaraan dan penderitaan rakyat. Namn tiada bukti pemimpin ini hidup dalam kesukaran sebaliknya mereka hidup mewah dan berpoya poya. Rakyat hanya alat mereka. Ini juga sikap Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  4. Syabas Hisham. Bekerja ..bekerja dan bekerja. Usah terperangkap dalam jerat pembangkang yang mahu melekakan

    ReplyDelete
  5. Aku punya pandangan, UMNO dan kerajaan kena ke depan je. Tak payah layan mainan pembangkang. Mereka bukan ada tanggungjawab terhadap rakyatpun

    ReplyDelete
  6. Kajang adalah salah satu helah Anwar untuk menutup pekongnya. Aku suka Hishamuddin laksana banyak benda untuk rakyat. Ismail Sabri Yaakob pun nampak amat berkesan. Tahniah.

    ReplyDelete
  7. Kita dah banyak kena tipu. Nuar ni betoi betoi alat komunis untuk hancurkan bangsa dan agama. Bila dah rosak sengan depa nak masuk daun.

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan oleh Kerajaan. Ramai kakitangan kerajaan susah selepas pencen. Kerajaan perlu fikirkan cara tolong mereka.

    ReplyDelete
  9. Karl Max, idola mat sabun, timbalan presiden Pas

    ReplyDelete
  10. Mulai hari ini mentee Karl Marx akan mengadap hakim. Baru dia tahu langit tinggi rendah !

    ReplyDelete