Negarawan

Negarawan

Tuesday 16 December 2014

JANGAN TERPEDAYA, 1 MDB HANYA HELAH BELA DIRI !


Saya agak bimbang bila ada orang percaya DS Najib Razak sedang berdepan bahaya besar kerana masalah 1 MDB. Barangkali terdapat sedikit masalah dalam pengurusan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan ini namun ia tidak sampai kepada keruntuhan sebuah kerajaan atau Perdana Menteri perlu letak jawatan.


Saya yakin isu 1MDB ini sengaja diperbesarkan bagi menutup perhatian rakyat kepada perbicaraan Anwar Ibrahim saman Anifah Aman. Saya yakin sangat saman ini adalah satu kesilapan besar Anwar Ibrahim.

Begitu banyak tawaran rasuah rupanya diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada pemimpin BN. Kalau dijumlahkan barangkali mencapai ratusan juta ringgit.
Saya menganggap seorang pemimpin yang sangat hina kerana gila kuasa tergamak cuba melakukan rasuah.




Isu kedua yang sangat menyukarkan Pakatan ialah perbalahan di antara PAS dan DAP yang nampaknya tidak dapat lagi diselamatkan. Saya yakin Pakatan sedang menuju kehancuran. 


Pemimpin dan Ahli UMNO perlu berhati hati. Saya tidak bermaksud DS Najib dan Kerajaan ini sempurna. Tapi saya yakin keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat seluruhnya masih dalam kawalan.

Kita pernah terperangkap dengan mainan persepsi Pakatan dahulu, dan kita tidak boleh membiarkannya berlaku sekali lagi.

2 comments:

  1. Nak komen sikit dgn statement Nik Amar yang menarik itu. Kalau setakat nak menegakkan Hudud bergabung sahajalah dgn UMNO. Kenapa perlu berpura-pura tidur sebantal dgn parti poitik ygh jelas memusuhi umat Islam itu dan majlis Raja-Raja Melayu itu? Kita percaya ramai ahli PAS akan bersetuju dgn gabungan begitu. Buat undian dalaman kalau tak pasti. Tetpi yang pasti ugama Islam kita yg suci melarang keras umat Islam berpecah-pecah.

    Tidak pernah kah pemimpin PAS mendengar hadis yang memberi amaran bahawa tidak akan tercium baunya syurga sekiranya kita memutuskan silahturrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah sorga dan neraka puak kami biarlah Nik Aziz a.s yang tentukan, kau diam.

      Delete