Negarawan

Negarawan

Friday 4 April 2014

MH370 MENTERI BESAR PERAK MENGAMUK !!


Sidang Dewan Undangan Negeri Perak berakhir hari ini dan YAB Menteri Besar dijangka akan melakukan penggulungan. Belumpun sidang selesai, para pencacai
PAS telah menghebohkan tentang YAB Menteri Besar melenting apabila dikaitkan dengan  Raja Bomoh yang terbabit dalam kontroversi MH370.

Ada dua perkara sekurang kurangnya cuba dimainkan oleh Pakatan
1. MB Perak seorang yang kuat melenting, tidak mampu menahan kritikan
2. MB Perak memang ada kaitan dengan Raja Bomoh.

Ini akan jadi bahan ceramah mereka dan penyokong mereka percaya kerana yang menyampaikannya adalah YB, orang yang berada dalam situasi berkenaan. Sesuatu yang mereka tidak tahu, YB Nizar adalah seorang penipu.
Dalam sesi yang lalu, Nizar telah malu besar apabila ditegur oleh Wakil Manjoi kerana mentafsir ayat Al Quran secara salah. Bayangkan jika ayat Al Quranpun diputar, tentulah Nizar seorang yang sangat berani.

Kebetulan saya mengikuti perbahasan pada masa itu. Apa yang berlaku ialah Wakil Titi Serong sewaktu berbahas telah menyatakan rasa kesal kerana ada pemimpin negeri yang ada hubungan dengan Raja Bomoh. Pada ketika ini, MB bangun dan bertanya ' siapa?'.
Titi Serong gagal menjawab sebaliknya mengelak. Dalam masa yang sama Nizar sentiasa mengangkat poster Zambry dan ancak. Inilah yang ditegur oleh MB.

PAS berusaha membentuk persepsi untuk dibawa keluar menjadi bahan fitnah dan tohmahan mereka. Ini realitinya. Jika berhujah itu dianggap melenting, maka PAS sebenarnya telah gagal berhujah.

Malang bagi Titi Serong. Sangat berilmu tetapi terperangkap dalam nafsu politik sehingga tak berupaya bercakap benar.

Setakat ini tiada rakaman dapat dikesan, insyaallah sebaik sahaja saya perolehi saya akan paparkan untuk tontonan, bahan bukti...


1 comment:

  1. Permainan persepsi. Taktik pembangkang yang nampak berkesan, apa pula strategi UMNO?

    ReplyDelete