Negarawan

Negarawan

Friday 24 January 2014

TITIK HITAM, NURUL IZZAH DAN HISHAMUDDIN HUSSEIN.


Barangkali ramai tidak menyedari , suatu masa dan masih berjalan gerakan ' bisik bisik ' di bawah yang menyatakan bahawa negara kita satu masa nanti akan mem
punyai seorang Perdana Menteri Wanita. Beliau yang dimaksudkan ialah Nurul Izzah Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR.


Gerakan yang bermula sebelum PRU 13 ini, kita maklumi sebagai sebahagian daripada cara dan kaedah Pakatan Pembangkang menawan pengundi wanita yang menjadi faktor utama kalah menang dalam pilihanraya. Sedikit sebanyak saya peraya kempen ini berkesan.

Namun apa yang berlaku beberapa hari kebelakangan, amat mengejutkan dan kepada saya merupakan noktah kepada impian besar ini. Nurul Izzah sendiri membuka pekungnya apabila memfailkan permohonan cerai.

Suami Nurul Izzah dikatakan amat baik, lembut dan humble. Hampir ' tertutup' di 
sebalik karisma Nurul Izzah. Siapapun tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku melainkan mereka berdua. Namun yang tercatat dalam sejarah, Nurul Izzah telah membuat permohonan.

' Hukum akal ' membuktikan bahawa telah ada ' titik hitam ' dalam sejarah seorang Nurul Izzah yang di Malaysia memungkinkan beliau untuk tidak dapat pergi jauh sebagai seorang politikus ( Di Malaysia ).

Demikianlah politik Malaysia. Anwar Ibrahim sekuat manapun bekerja tidak mungkin menjadi Perdana Menteri. Saya percaya tokoh tokoh lain dalam Pakatan Pembangkang juga tidak mahu Anwar sampai ke jawatan itu. Anwar mempunyai terlalu banyak ' titik hitam'.

Dengan demikian, saya sengaja menilik beberapa nama tokoh UMNO. Yang paling mungkin dipersiapkan sebagai Perdana Menteri tentunya salah seorang daripada Naib Presiden UMNO. Selepas DS Najib.

Lama selepas itu kita juga telah melihat beberapa tokoh yang jika diadun dengan baik akan menjadi pemimpin hebat di masa hadapan.

Jika DS Najib mahu bertanya saya, siapakah selepas ini. Saya melihat sangat penting untuk DS Najib dan Tan Seri Muhyiddin melatih, mendidik dan mempersiapkan DS Hishamuddin Hussein. Beliau tidak sempurna tetapi setakat ini tiada titik hitam dalam sejarahnya.

UMNO juga telah sedar, bahawa menghukum DS Hishamuddin kerana dikatakan gagal sebagai Menteri Dalam Negeri dahulu adalah satu kesilapan kerana pengganti Hishamuddin jauh lebih gagal daripada beliau. Itupun jika kita mahu menggunakan perkataan ' gagal'.

Saya daripada awal menganggap apa yang telah berlaku bukanlah kegagalan secara mutlak tetapi ianya berlaku atas dorongan banyak faktor yang mungkin boleh kita bincangkan nanti.




4 comments:

  1. Pandangan menarik. Tapi perlukan penelitian yang amat mendalam. Memilih pemimpin adalah kerja besar sebab negara jadi pertaruhannya

    ReplyDelete
  2. Bagi mempastikan kesinambungan, UMNO wajib ada pelapis. Pemimpin masakini menyediakan pemimpin masa depan. Ini yang DAP berjaya lakukan. Dinasti Lim kekal menguasai

    ReplyDelete
  3. Aku masa pemilihan UMNO memang sokong Hishamudin, Mukriz dan Shafie Afdal. Tak yakin aku dengan Zahid. Dulu masa dia ketua pemudapun macam macam di gempaq. Sudahnya tak dak apa jugak

    ReplyDelete
  4. Titik hitam Anwar, Izzah...tapi apa UMNO dah buat ?

    ReplyDelete