Negarawan

Negarawan

Friday 17 January 2014

NAJIB UTAMAKAN ' PERSEMBAHAN ' PERIBADI...


Keadaan dilihat sangat kritikal...
Rakyat dilihat begitu menderita. Rakyat umum percaya bahawa penderitaan dan kesengsaraan sedang berlaku dan dialami. Ini kejayaan pembangkang.


Media pembangkang dan perdana sama sama menyemarakkan berita kesukaran rakyat. Rakyat berada dalam situasi ' krisis ' dan sedikit tertekan. Pada masa inilah Perdana Menteri mengungkapkan ' kangkung ' dalam satu ucapan beliau.

Maka dengan pantas media maya pembangkang, sederap dan sekata memainkan isu ini, sepenuhnya. Hilang segala kisah yang lain. Dipanjangkan, diperbesarkan. 
Akhirnya Perdana Menteri sendiri terpaksa menjawab perkara ' sekecil' ini. Kenapa?

1. UMNO dan kerajaan memang gagal melawan perang persepsi. Kita ketiadaan pakar atau jika ada orang yang diamanahkan untuk tujuan ini tidak tahu/ tidak mahu melakukan sesuatu.

2. UMNO adalah organisasi yang sebenarnya mati. Yang hidup adalah seorang berdua individu di dalam UMNO. Kita ada Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Kita ada Pegawai Penerangan UMNO Negeri, kita ada Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Kita ada Ketua Penerangan UMNO Cawangan. Semuanya mati .

3. Sebagai Kerajaan kita ada Menteri dan Kementerian Penerangan, Kita ada Jabatan Penerangan Negeri dan Daerah. Semuanya juga mati . Tiada fungsi atau gagal memahami fungsi masing masing.

4. Sebagai Kerajaan kita gagal mengawal. Saya yakin tidak ramai pegawai penerangan
dan pegawai lain di Kementerian dan Jabatan ini mempunyai roh UMNO yang menjadi tunjang kerajaan. Kerajaan membiarkannya.

Hakikatnya, keadaan tidaklah sebegitu buruk. Lihatlah di pasaraya, pasar, pasar tani.Setiap hari peniaga mengaut keuntungan besar kerana pembeli tidak pernah berkurang. 

Sedikit sebanyak memang berlaku masalah dalam kuasa beli tetapi tidak sampai Perdana Menteri patut dihina sedemikian rupa.

UMNO kena duduk, kaji, adakah setelah bertungkus lumus dalam pemilihan mereka bertungkus lumus melaksanakan amanah. Saya buat sedikit kajian. Umumnya UMNO sama sekali tiada program menyeluruh memberi kefahaman kepada rakyat. Tiada.

Jadi sia sialah bercakap tentang KPI. KPI sebenarnya retorika persidangan yang tiada makna apa apa.

Datuk Najib pun kena faham. Jangan fikir ' persembahan ' peribadi. UMNO wajib melakukan persembahan sama, kalau tidak akhirnya UMNO tinggal nama.

4 comments:

  1. UMNO sedang mereput. Ini pandangan Tun M. Patutnya ada usaha pembetulan, ini tidak. UMNO perasan hebat

    ReplyDelete
  2. Kata nak buat kursus, bina insanlah, bina negaralah,tahan lasaklah. Bila lagi ? Dekat nak pemilihan akan datang ?

    ReplyDelete
  3. UMNO adalah organisasi yang tersusun. Cuma perbaiki cara bagaimana UMNO menggunakan organisasi ini dengan cara yang berkesan

    ReplyDelete
  4. Najib kena percaya kat orang bawah. Jangan dia ja nak jadi hero, sampai masa tak dan nak kepong. Pakat pakatlah !

    ReplyDelete