Objektif, tepat dan jelas...seperti bapanya.
Pihak yang mendesak pemansuhan Akta Hasutan 1948 diminta memberi penjelasan kewajaran perkara itu dilaksanakan.
Pihak yang mendesak pemansuhan Akta Hasutan 1948 diminta memberi penjelasan kewajaran perkara itu dilaksanakan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ini kerana belum ada pihak yang mempertikaikan akta berkenaan tampil memberi penjelasan mengenai kelemahannya.
"Setakat ini saya belum dengar sesiapa pun beri penjelasan mengenai akta ini yang dilihat lemah, pincang dan tidak seiring peredaran zaman, di mana kelemahan Akta Hasutan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulai, di Johor, hari ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kulai Zainal Abidin Jidin.
Mukhriz yang juga menteri besar Kedah berkata Akta Hasutan 1948 sebaiknya perlu dikekalkan bagi menjamin keselamatan, perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.
Mengenai cadangan kerajaan untuk menggantikan akta tersebut dengan Akta Keharmonian Nasional, beliau berkata penggubalan akta tersebut perlu dilakukan dengan teliti sebelum ia diluluskan untuk dikuatkuasakan.
"Yang kita bimbangkan adalah pihak berkepentingan tidak diberi peluang untuk melihat akta baharu itu sebelum ia diluluskan," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Mukhriz menggesa seluruh ahli Umno supaya sentiasa berpegang teguh dengan sikap keikhlasan dalam memperjuangkan parti.
Katanya, sikap ikhlas dengan menghindari kepentingan peribadi akan menguatkan parti yang ditunjangi orang Melayu sekali gus mengembalikan kegemilangannya. – Bernama, 27 September, 2014.
No comments:
Post a Comment