Negarawan

Negarawan

Wednesday, 10 September 2014

ASPAN ALIAS GODAM ANWAR !

Mungkin krisis MB akan berakhir namun saya percaya Pakatan akan hancur. Baca tulisan Aspan Alias, aktivis DAP.

DAP telah meminta ampun daripada Tuanku Sultan Selangor kerana bertindak dengan mengingkari titah Tuanku Sultan untuk menamakan lebih dari dua nama untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Tindakan DAP itu adalah tindakan yang sangat dialu-alukan kerana segera meminta maaf setelah Tuanku Sultan murka diatas tindakan ingkar DAP itu bersama PKR dalam isu ini.

Beberapa jam selepas itu ANWAR Ibrahim telah juga memohon maaf diatas kesalahan yang sama tetapi kekal dengan tindakannya hanya menamakan Wan Azizah, isterinya seorang untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Anwar juga mengambil kesempatan untuk membidas PM Najib kerana Najib dan UMNO sendiri hanya menamakan satu nama calon untuk jawatan Perdana Menteri negara ini.

Anwar Ibrahim juga berkata tindakan menyenaraikan hanya satu nama untuk jawatan Menteri Besar di Selangor itu adalah mengikut 'convention' dalam mana Khalid Ibrahim adalah satu-satunya nama yang dikemukakan oleh parti dalam memilih Menteri Besar selepas pilihanraya 2008 dan 2013 yang lepas. Alasan yang diberikan oleh Anwar itu adalah alasan yang lemah dan hanya alasan yang dicari-cari untuk meyakinkan tindakan menghantar satu nama sahaja dalam pemilihan seorang Menteri Besar itu adalah satu tindakan yang benar.

Begitu juga UMNO telah menghantar hanya satu nama kepada Tuanku Yang di Pertuan Agong dan kerana tidak ada persoalan dari pihak Istana, maka pencalonan nama yang tunggal oleh UMNO selama ini tidak mempunyai apa-apa rintangan dan diterima dengan baik.
Tetapi dalam kes pencalonan Wan Azizah, pencalonan beliau itu menjadi persoalan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi oleh Istana, maka itulah sebabnya Tuanku menitahkan untuk PKR dan parti-parti lain yang bekerjasama dalam PR itu untuk menghantar lebih dari dua nama untuk pertimbangan Kebawah Duli Tuanku Sultan.  Oleh itu Anwar tidak boleh menjadikan pemilihan Khalid dengan pencalonan tunggal dahulu sebagai konvension atau’ precedent’ yang perlu diikuti oleh Tuanku Sultan.

Oleh itu tindakan Anwar membidas Najib dalam kenyataannya memohon maaf kepada Sultan Selangor itu adalah satu tindakan untuk mengalihkan pandangan ramai dari masalah yang dihadapi oleh PKR itu. Malahan Anwar tahu yang isterinya itu bermasalah untuk memegang jawatan yang kini masih dipegang oleh Khalid Ibrahim yang dipecatnya dari keahlian partinya beberapa minggu yang lalu.

Tidak guna Anwar memohoin maaf jika beliau terus kekal tidak mahu berganjak dari sikap degil terhadap kehendak Istana itu. Meminta maaf tetapi tetap menunjukkan sikap tidak hormat terhadap institusi yang merupakan proponen penting dalam Perlembagaan Negara dan Negeri itu bukannya untuk membetulkan kesilapan dan kesalahannya.
Pendeknya itu bukan permohonan maaf tetapi menunjukkan sikap angkuh yang lebih dari apa yang telah ditunjukkan sebelum ini. Walau macam mana pun sekarang ini Tuanku boleh memilih siapa diantara yang dicalonkan oleh PAS kerana hanya PAS yang akur terhadap titah Tuanku itu dengan menghantar tiga nama kepada Istana pada 3hb yang lepas.

Tidak pula diketahui samada DAP bertindak menghantar tiga nama seperti yang dititahkan oleh Tuanku selepas Lim Guan Eng bagi pihak DAP telah memohon ampun dari Tuanku Sultan Selangor semalam.
Jika diteliti dengan halus, Tuanku tidak pernah menolak PKR tetapi hanya mempersoalkan kewibawaan Wan Azizah yang pernah diragukan kewibawaannya sebagai Menteri Besar kerana Wan Azizah akan hanya menjadi Menteri Besar 'rubberstamp' sahaja.
Apa masalahnya jika dihantar nama-nama lain dari PKR yang sudah pasti tidak akan membawa masalah kepada perlantikan Menteri Besar baru itu. PKR mempunyai 12 orang ADUN yang lain yang boleh dicadangkan untuk jawatan itu. Apa masalahnya namakan kesemua 12 orang yang lain itu untuk dipilih oleh Istana memegang jawatan Menteri Besar itu?

Sesungguhnya masalah yang timbul diwujudkan oleh PKR sendiri dan tidak ada kena-mengena dengan parti PAS atau yang lain.

No comments:

Post a Comment