Negarawan

Negarawan

Wednesday 11 June 2014

SELEPAS PM, KERAJAAN PULAU PINANG AKAN SAMAN MALAYSIAKINI !

Sejak diperintah DAP, PAS yang megah sangat mengatakan Pulau Pinang antara negeri paling baik dalam banyak perkara. Bahkan ada pemimpin PAS menyamakan Lim Guan Eng seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang dianggap wali oleh Umat Islam. Tiba tiba Malaysiakini melaporkan laporan yang memalukan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Baca laporan berikut...

Kes demam denggi di Pulau Pinang meningkat 177 peratus dengan 807 kes dilapor setakat 7 Jun berbanding 516 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
    
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata bilangan kes dijangka terus meningkat menjelang Ramadan berikutan cuaca kering dan hujan yang tidak menentu kebelakangan ini.
    
"Trend denggi sebenarnya menunjukkan sedikit penurunan dari minggu ke-13 hingga minggu ke-20 tetapi meningkat semula secara mendadak pada minggu berikutnya sehingga kini akibat perubahan cuaca," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
    
Beliau berkata terdapat empat lokaliti kes denggi tertinggi iaitu Taman Dahlia di Butterworth; Taman Seri Impian, Bukit Mertajam; Jalan Kuantan dan Jalan C.Y Choy di George Town.
    
Katanya pejabat kesihatan daerah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan akan melancarkan gotong-royong perdana dua minggu sebelum Ramadan.    
    
Dr Afif turut meminta mereka yang mengalami simptom awal denggi segera mendapatkan rawatan dan menasihati masyarakat setempat memberi kerjasama dengan membenarkan petugas kesihatan menjalankan semburan kabus di sekitar rumah mereka.
    
- Bernama


No comments:

Post a Comment