Negarawan

Negarawan

Monday, 2 June 2014

DR ASRI, CERDIK PANDAI YANG KELIRU !

PETALING JAYA: Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sememangnya harus memperbaiki lagi kemahirannya dalam memberi ucapan.
Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberitahu FMT bahawa Dyana belum cukup mantap di atas pentas, lebih-lebih lagi di khalayak ramai.
Asri malam tadi telah menghadiri kedua-dua ceramah DAP serta Barisan Nasional (BN) di Teluk Intan.
“Dyana memang ada pakej, ada rupa. Saya menjangkakan bahawa dia seorang pemidato yang baik, dan saya tahu dia masih baru, tetapi hakikatnya dia belum sampai tahap itu lagi.
“Cara dia mengulas sesuatu isu juga kurang menarik. Jadi dia harus menambah baik kemahiran berucapnya.”
Asri yang turut menghadiri ceramah BN terlebih dahulu malam tadi berkata bahawa ceramah BN tampak lengang.
“Anggaran saya paling ramai pun 100 orang. Untuk DAP pula, saya dapati lautan manusia, anggaran saya dalam 10,000 orang.”
Melalui pengamatannya yang melihat begitu ramai kaum Cina yang hadir di ceramah DAP, ia seperti suatu isyarat bahawa undi kaum Cina untuk Dyana.
“Kaum Cina pada kebiasaanya tidak berminat mendengar ceramah politik. Tetapi melalui kehadiran mereka malam tadi, saya menjangkakan bahawa 70% sokongan kaum Cina adalah untuk Dyana.”
Beliau turut memuji kemahiran pihak pembangkang dalam berkempen, yang menurutnya, jauh lebih elok daripada BN.
`Ceramah DAP meriah’
“Mereka menggunakan pendekatan kempen presiden seperti di Amerika Syarikat. Ceramah DAP nampak meriah, seperti sebuah konsert.
“DAP nampak lebih bersedia dengan menggunakan skrin besar dan sebagainya. Gerak tubuh (body language) calon DAP juga lebih baik,” katanya.
Beliau turut merasakan bahawa penggunaan Bahasa Malaysia pemimpin DAP, terutamanya yang muda, jauh lebih baik berbanding pemimpin BN.
“Walaupun Bahasa Malaysia [pemimpin veteran DAP] Lim Kit Siang tidak begitu baik, tetapi pemimpin muda DAP rata-ratanya berbahasa Melayu dengan baik.
“Bahasa Malaysia pemimpin BN yang berucap malam tadi memang teruk, sehingga apa yang diperkatakan tidak difahami.
“Jika mahu jadi pemimpin yang benar-benar berjiwa Malaysia, seharusnya mereka fasih berbahasa Melayu,” katanya.
Tambah Asri, tidak banyak sebenarnya isu yang dibangkitkan kedua-dua pihak malam tadi, malah mereka hanya saling menuduh sesama sendiri tentang isu perkauman.
“Walaubagaiamanpun, kita harus berterima kasih kepada semua pihak, DAP serta BN, yang telah memeriahkan demokrasi,” katanya.
PRK Teluk Intan yang menyaksikan perlawanan satu lawan satu di antara Dyana serta calon BN Datuk Mah Siew Keong akan tamat petang ini dengan keputusan diumumkan seawal jam 9 malam ini.- Sumber..

Sesekali kalau kita berfikir, rasanya agak sukar memahami Dr Asri. Selalunya ulama atau orang bijak pandai memudahkan kita memahaminya, memahami hujahnya. Tapi dengan Dr Asri saya fikir ramai akan keliru, sebagaimana dia juga keliru dengan dirinya.


1 comment:

  1. Dia masih muda. Mungkin blm matang

    ReplyDelete