Negarawan

Negarawan

Thursday 6 March 2014

SERANGAN TERHADAP SYIAH, INI GARIS MULANYA !



Saya terkejut tapi agak terkesan dengan perbincangan sambil minum minum bersama teman teman petang tadi. Teman teman yang semuanya aktivis setia UMNO, berkongsi perasaan yang hampir sama.


Secara tiba tiba Syed Azman Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat yang dikatakan salah seorang penyokong Anwarinas dalam PAS, mengeluarkan kenyataan yang amat memeranjatkan.

" Ada Menteri UMNO datang mintak bantuan saya untuk pulihkan hubungan dengan Iran. Serangan terhadap Syiah telah menjejaskan hubungan dua hala antara Iran dan Malaysia ".

Saya dan rakan rakan tidak mengambil kira samada ' benar ' ada Menteri UMNO yang datang meminta bantuan daripada Syed Azman. Barangkali Syed Azman berbohong kerana UMNO sendiri mempunyai cukup kepakaran dalam hubungan antarabangsa.

Yang kami bincangkan ialah, apa maknanya Serangan Keras Terhadap Syiah yang dilakukan pula dalam Perhimpunan Agung UMNO?. Mengapa serangan ini secara terang terangan menamakah tokoh tertentu yang merupakan orang No 2 dalam PAS yang umum ketahui adalah seorang Figura Awam?


Mengapa isu Syiah ini diangkat pada awalnya sebagai isu politik padahal ia menyentuh keselamatan dan ketenteraman negara? Kenapa kemudiannya isu yang sebesar ini menjadi sesenyap senyapnya?

Sewaktu Naib Presiden UMNO yang mendapat undi tertinggi melontarkan cabaran kepada Mat Sabu dan PAS di hadapan seluruh pimpinan UMNO, saya percaya Datuk Zahid tidak bercakap kosong kerana cakapnya ' mewakili ' seluruh ahli UMNO dari akar hingga ke pucuk.

Tetapi yang berlaku akhirnya ialah kita dikejutkan dengan kenyataan luarbiasa Syed Azman. Kerajaan mengalami kerugian besar kerana serangan ini. Dikatakan kita akan hilang berbilion dollar apabila Iran mengambil tindakan membatalkan impot minyak kelapa sawit dan menghalang sebarang kemungkinan beroperasi Petronas.

Maruah UMNO pula tercalar apabila diberitakan seorang Menteri UMNO merayu pemimpin PAS untuk memulihkan semula hubungan dua hala yang terjejas ini.
( Sehingga kini tiada penafian dibuat ).

Maka minum minum petang tadi berakhir dengan pertanyaan, mengapa Zahid tidak berfikir secara mendalam sebelum melancarkan perang ini? Tidakkah Zahid berasa bahawa medan keramat UMNO telah tercemar kerana lantunannya?

Tidakkah pula Zahid menjangka bahawa UMNO dan Kerajaan Malaysia telah tersasar apabila melancarkan perang ini ?

Atau yang paling berat kami fikirkan, adakah Zahid sengaja letakkan DS Najib selaku pemimpin UMNO dan Kerajaan dalam keadaan sukar ?


13 comments:

  1. Tin kosong, berdentum dentam tapi kosong !

    ReplyDelete
  2. Karut punya cerita,sebutlah siapa menteri tu baru boleh buat penafian atau ambil tindakan.Kalau ya pun sebenarnya ini bukan kerana hentam Syaih,tapi kerana hentam wakil Syaih.Ertinya MS memang macam duta Syiah ke Malaysia,Duta Iran lain dia ,duta Syah lain.Sekarang duta Syiah yg memainkan peranan utk stop import tersebut,itu pun kalau benar.Ianya makin mengesahkan MS adalah Syiah.Lagi pun nak stop import tak jadi masalah kita boleh cari pasaran lain,harga kelapa sawit sekarang pun sedang meningkat.Akidah lebih penti9ng dari ekonomi.

    ReplyDelete
  3. jadinya...benarkan syiah di Malaysia supaya kita dapat sumber import minyak sawit?
    wow......murahnya akidah umat Islam kat malaysia hanya berdasarkan negara maju,akidah tergadai

    ReplyDelete
  4. Hakikatnya orang yang dikatakan Syiah tu lepas bebas macam tak ada apa apa berlaku. Ini bukan sekadar persoalan Syiah tapi lebih daripada itu ialah melaksanakan apa yang dijanjikan apatah lagi janji itu dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO .

    ReplyDelete
  5. Baca " Barangkali Syed Azman berbohong kerana UMNO sendiri mempunyai kepakaran dalam perhubungan antarabangsa"...aku cadangkan supaya Peguam Kerajaan saman Syed Azman kerana fitnah . Dalam masa yang sama aku nak mintak DS Zahid gerakkan semula usaha menangkap Mat Sabu kerana menyebarkan Syiah. Kita tak payah berkelahi kerana isu ini kerana tindakan boleh dilakukan.

    ReplyDelete
  6. Saman ADUN PAS ni. Jangan ingat depa je boleh saman.

    ReplyDelete
  7. Kalau semua pemimpin UMNO tidak ghairah bercakap, aku rasa tak banyak kesilapan akan berlaku. Benda benda besar macam gini eloknya biar PM/ Presiden yang cakap. Nampaklah solidnya. Dapatlah dipertanggungjawabkan

    ReplyDelete
  8. UMNO mesti terbuka dengan kritikan barulah subur UMNO ni. Tapi nak kritik nak tegur perlu ada asas kalau tidak jadi bahan orang.

    ReplyDelete
  9. Tohmahan terhadap UMNO, UMNO yang patut kemukakan saman. Tapi UMNO ini amat budiman, katalah fitnahlah takl apa. Jadi kalau kita bertanya, kasihkah pemimpin kepada UMNO? Aku tak pasti jawapannya...

    ReplyDelete
  10. DS Najib perlu lebih selektif. Pilih orang jadi Menteri biar berasaskan kemampuan bukan persahabatan. Mengadap PRU 14 pada pandangan saya perlukan kekukuhan parti. Yang goyang goyang sewajarnya diganti.

    ReplyDelete
  11. petronas tak de bisnes dekat iran pun, iran yg perlukan pelaburan dari luar

    ReplyDelete
  12. Aku rasa tak usah terpedaya dengan tipu daya PAS. Syed Azman cakap untuk tunjuk dia hebat. Tapi dalam masa yang sama pemimpin kita pun kena hati hati bercakap. Kita ni Kerajaan, bukan boleh cakap sebarangan

    ReplyDelete
  13. Apapun Syiah tetap bercanggah dengan Islam. Mesti dihapus hingga ke akarnya

    ReplyDelete