Negarawan

Negarawan

Monday 17 March 2014

MAHFUZ GAGAL FAHAMI PERASAAN KELUARGA MANGSA MH370 !


Tiba tiba Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS mengeluarkan kenyataan populis yang saya pasti melukakan hati kaum keluarga dan sahabat handai krew dan penumpang MH370.


Mahfuz hari ini menyatakan beliau yakin kerajaan telah tahu di mana pesawat itu berada dan telah memulakan rundingan tetapi sengaja mahu berahsia. Sebagai pemimpin ( walaupun pembangkang) Mahfuz wajar sedar bahawa keutamaan kerajaan ialah keselamatan dan nyawa semua penumpang terbabit.

Saya percaya Mahfuz tahu betapa dalam keadaan seperti ini, jika benar pesawat ini dirampas atau dilarikan sudah tentu ada ' JANJI ' jika maklumat didedahkan pasti nyawa yang terlibat akan terancam.

Mahfuz lupa dengan menawarkan dirinya sebagai tebusan, Mahfuz mengancam nyawa 239 tebusan sebenar yang berada bersama perampas.

Mahfuz ingin menunjukkan dirinya sebagai pejuang rakyat. Tapi Mahfuz lupa bahawa selama sepuluh hari ini Kerajaan bersama kakitangannya telah tidak henti henti berjuang dan tidak pernah mengharapkan populariti kerananya.

Kita memahami Mahfuz tetapi sesekali kita harap Mahfuz kena belajar menjadi cerdik.
Hati kaum keluarga, sanak saudara perlu dijaga. Nyawa bukan boleh dijadikan taruhan politik murah Pakatan Pembangkang.




3 comments:

  1. Pada aku Mahfuz berniat jahat. Dia saja nak bagitau kerajaan UMNO berahsia supaya orang marah dan benci. Itu matlamat dia yang sebenar.

    ReplyDelete
  2. Mahfuz ni otak dia macam budak budak. Tak payah layanlah. Dia sangat perlukan publisiti, murahpun tak pe

    ReplyDelete
  3. Hang jangan pekecik dia. Sekurang kurangnya dia ahli parlimen

    ReplyDelete