Negarawan

Negarawan

Tuesday 18 March 2014

HISHAMUDDIN BERTINDAK BIJAK !



Malam ini satu Taklimat Khas berkaitan insiden kehilangan MH 370 akan diadakan khusus kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional di sebuah hotel di ibukota.
Surat berkaitan taklimat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan ditandatangani oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Ada dua kebijaksanaan telah terserlah melalui pengedaran surat dan taklimat ini.

1. Semua Ahli Parlimen Kerajaan wajar tahu dengan tepat apa yang berlaku dan dengan batas batas tertentu ( keselamatan misalnya ) akan berkongsi maklumat ini dengan rakyat yang mereka wakili. Rakyat sedang berdoa sambil berharap agar segalanya berakhir dengan baik.

2.  Sangat bijak bilamana semua Ahli Parlimen Pembangkang tidak diundang. Bila negara dlanda krisis besar seperti ini kita dapat lihat dengan jelas betapa jahatnya pembangkang kita.

Mereka mencari ruang dari segala sudut untuk membuktikan betapa lemahnya kerajaan , betapa tidak berdayanya kita. Mereka sedaya upaya mahu menjadikan peristiwa ini sebagai alat untuk maksimumkan kebencian dan kemarahan rakyat.

Hari ini mereka melompat. Mereka berasa diri mereka dihina dan diperlekeh kerana tidak dijemput. Hakikatnya jika mereka dijemput sama mereka akan jadikan taklimat ini medan politik mereka. Mereka akan berkokok sebaik sahaja mereka melangkah keluar daripada dewan taklimat.

Tahniah Hishamuddin. Ini tindakan bijak dan betul. Negarabangsa ini, tiada lain selain kita yang wajib dan mahu menjaganya.

26 comments:

  1. Aku sejak peristiwa MH370 ni memang bebulu dengan pembangkang. Nampak sangat hati buta dan gelap. Org tgh susah, dia nak politik juga.

    ReplyDelete
  2. Hisham jangan undur. Rakyat bersama saudara, teruskan usaha. Insyaallah akan sampai pertolongan jua.

    ReplyDelete
  3. Teruskan berdoa. Teruskan usaha, Allah akan turunkan pertolongan

    ReplyDelete
  4. Hisham dan kumpulan petugasnya berada di atas trek yang betul. Usah pedulikan elemen perosak yang wujud di keliling. Teruskan usaha, rakyat bersama.

    ReplyDelete
  5. Aku serius cakap, aku sokong sangat tindakan Datuk Hisham ni. Meluat aku dengan pembangkang, asyik cari salah orang tak habis habis.

    ReplyDelete
  6. Sokong Hishamuddin. Abaikan pembangkang.

    ReplyDelete
  7. Hisham bukan bersendirian menghadapi masa sukar ini. Ada ramai yang pada setiap masa mendoakannya. Sebab itu kita nampak dia bertahan. Sebenarnya lebih ramai penyokong kerajaan berbanding penyokong pembangkang. Cuma mulut mereka lebih kuat menyalak.

    ReplyDelete
  8. Pembangkang bukan nak dengar kebenaran, mereka nak cari kelemahan. Eloklah abaikan mereka. Baru ada akai !

    ReplyDelete
  9. Hisham berpengalaman lama dalam pentadbiran dan politik. Harap beliau sabar menghadapi cabaran yang maha berat ini.

    ReplyDelete
  10. Setakat ini tiada lain usaha pembangkang selain cuba tambah bencikan kerajaan. Kalau aku menteri aku saman pembangkang yang kurang ajar ni.

    ReplyDelete
  11. lagi kuat pembangkang beruara, lagi kuat sokongan rakyat terhadap DS Hishamuddin. steady la DS.

    ReplyDelete
  12. Pembangkang sntiasa cari ruang utk buat kacau tp alhamdulillah disaat genting begini, kita ada pemimpin yg bijak utk memimpin.. teruskan berjuang DS Hisham..

    ReplyDelete
  13. Ciri-ciri pemimpin yg bijak & layak jd pemimpin, kita da jumpa da skrg ni.... teruskan perjuangan Bro Hisham....

    ReplyDelete
  14. Saat2 begini ape yg kita perlu kan adalah bersatu menyokong usaha Kerajaan...

    ReplyDelete
  15. Semakin hari semakin kuat kepercayaan ak terhadap kepimpinan Hisham ni

    ReplyDelete
  16. Kalau x bijak, X de la Hisham ni layak pegang 2 kementerian yg penting dlm sesebuah negara kan...org bodoh je x nampak semua ni

    ReplyDelete
  17. Setiap yg berlaku ade hikmahnye... dgn berlakunya musibah besar ni, yg pasti 1 perkara terbukti..terbukti kebijaksanaan & ciri2 kepimpinan Hisham yg selama ni mungkin x de sape nampak...tahniah DS

    ReplyDelete
  18. Sejak2 peristiwa MH370 ni ak semakin suka dgn keperibadian Hisham ni

    ReplyDelete
  19. Dulu x nampak pun function Hisham ni... hah.. skali skrg ni dia lah paling menyerlah... menyerlah dgn kewibawaan sbg seorg pemimpin

    ReplyDelete
  20. Pembangkang bukan nk menolong pun.. lagi nak tambah masalah ade....

    ReplyDelete
  21. Hisham jgn mengalah... 1 Malaysia bersama anda skrg

    ReplyDelete
  22. Selama ni kita dok kate Hisham ni lembik la mcm2 kan...nah..skrg terdiam semua yg pernah kutuk die dulu

    ReplyDelete
  23. Thumbs up! Nothing much to say :)

    ReplyDelete
  24. Sejak peristiwa MH370 ni aku makin suka ikut perkembangan Hishamuddin

    ReplyDelete