Negarawan

Negarawan

Saturday 8 March 2014

BERKONGSI ...


Ini adalah salah satu gambar yang diambil petang Sabtu ( 8 Mac 2014 ) di KLIA. Negara sedang dilanda kesedihan apabila pesawat Boeing MH 370 yang dalam penerbangan dari Malaysia ke Beijing dilaporkan hilang daripada liputan sebarang radar.

Datuk Seri Hishamuddin selaku Pemangku Menteri Pengangkutan telah menggunakan seluruh agensi yang berada di bawahnya bagi melakukan apa sahaja bukan sekadar untuk melaksanakan operasi mengesan, mencari dan menyelamat tetapi turut memberikan masanya buat menenangkan kaum keluarga yang terlibat.

Umum mengetahui apa yang berlaku, apa yang telah kerajaan lakukan tetapi siapakah yang dapat menyelami hati bimbang kaum keluarga, anak anak, isteri dan suami yang ditinggalkan.

Sekeping gambar menceritakan seribu cerita. Tahniah DS Hishamuddin , Tan Seri Muhyiddin dan DS Najib sendiri kerana dapat dilihat kegusaran dan simpati di wajah mereka. Jelas, tokoh tokoh ini bukan sekadar pengurus dan pentadbir tetapi pemimpin yang memahami hati nurani rakyat.

Adakalanya kesedihan dan keresahan kita dapat dikurangkan jika kita tahu ada yang berkongsi perasaan yang sama dengan kita. Dan kita akan rasa bersyukur kerana yang berkongsi itu adalah pemimpin yang kita hormati...


6 comments:

  1. Inilah takdir. Ini pesawat yang baik, cuaca pun baik masa terbang. Berlaku juga kemalangan. Semoga semua yang terlibat tabah dengan ujian ini.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan telah berusaha sedaya upaya melakukan apa saja untuk membantu. Kerajaan luar juga sama sama turut membantu. Semoga semua akan berakhir dengan selamat

    ReplyDelete
  3. Saya simpati tapi saya juga bangga sebab kita ada keupayaan menghadapi masalah ini dengan aset dan kepakaran kita. Kemudian kita juga bertindak dengan cepat.

    ReplyDelete
  4. Hishamuddin yang saya thu memang mudah kesian kepada orang. Kadangkala ini jadi masalah sebab ada yang ambil kesempatan

    ReplyDelete
  5. Kita sama sama berharap agar kesemua yang terlibat akan ditemui selamat

    ReplyDelete
  6. Inilah batasan kita sebagai hamba Tuhan. Akhirnya kita kembalikan segalanya kepada Allah yang maha Esa...

    ReplyDelete