Negarawan

Negarawan

Monday 2 December 2013

NAJIB BATALKAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK ! ALHAMDULILLAH...


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan agar kenaikan tarif elektrik sebanyak 15% mulai 1 Januari 2013 dibatalkan.

Ini adalah kerana beliau tidak mahu rakyat terus dibebani dengan pelbagai kenaikan yang beliau fikir tidak sepatutnya berlaku.

Inilah yang rakyat mahu dengar. Tambahan pula menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok. Tapi saya tidak fikir itu akan berlaku. Hakikatnya sebagai Perdana Menteri Najib telah diberitahu dan bersetuju dengan kenaikan ini.

Inilah yang mengecewakan. Selepas PRU 13, dalam pada Kerajaan khasnya Najib nampak begitu terhutang budi kepada rakyat, pelbagai bebanan telah dipaksakan kepada rakyat.

Kenaikan harga minyak, gula dan sekarang elektrik hakikatnya akan membawa naik harga semua barangan lain. Selepas kenaikan harga gula sebanyak 10 sen, harga milo ais telah naik sebanyak 50 sen segelas.

Begitu juga dengan barangan lain. Saya kesal kerana Najib dan kerajaan semacam sengaja mencabar rakyat, seakan akan mahu memberitahu rakyat bahawa aku yang berkuasa. Aku boleh buat apa saja yang aku mahu.

Berilah rasional dan justifikasi. Hakikatnya rakyat telah benar benar berasa letih dan patah hati, termasuk pendukung dan penyokong setia selama ini...


6 comments:

  1. Nampaknya ini bola tanggung. Untunglah Pakatan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Najib...

    ReplyDelete
  3. Tidak mengapa. Elakkan guna barangan elektrik. Tunggu ada menteri akan buat lawak sehari dua nih !

    ReplyDelete
  4. Mimpi ngeri bagi pengundi UMNO. Undilah lagi, kita akan dapat lebih banyak kenaikan...

    ReplyDelete
  5. syabassssssssssss

    ReplyDelete
  6. Percaya dan yakin, Najib tak akan kecewakan rakyat. Bagilah beliau masa..

    ReplyDelete