Negarawan

Negarawan

Tuesday 17 December 2013

NOTA KEPADA ROSMAH MANSOR


Beberapa Blog teman teman semalam menyiarkan kenyataan Datuk Paduka Rosmah Mansor yang merupakan jawapan kepada pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan barangkali oleh pembangkang dan menjadi bualan umum.

Baca di sini...


Saya bersimpati. Kadang kala saya sendiri merasakan betapa ' melampaunya' tohmahan yang dilemparkan. Saya harap Rosmah dapat bersabar mendepani segala yang berlaku ini.

Dalam masa yang sama, saya ingin memberikan pandangan. Kalaulah ada sesiapa yang dapat menyampaikan pandangan ini kepada Rosmah...

Sebahagian daripada penjelasan yang diberikan oleh Rosmah semalam hakikatnya bukan menjawab keseluruhan harapan rakyat. Ada lagi yang rakyat mahukan yang barangkali tidak sampai kepada Rosmah. Rakyat mahu misalnya Rosmah menutup aurat. Maaf, ada orang berpandangan ini amat peribadi tetapi  menjadi isteri PM menyebabkan tidak banyak perkara menjadi persoalan  peribadi.

Dalam pada DS Najib kelihatan amat cenderung kepada Islam ( dengan menjemput Ustaz Kazim sbg contoh ), alangkah baiknya jika Rosmah dapat menyelesaikan kewajipan asas ini.

Isu yang tidak boleh dihujah...

Rosmah juga boleh menyumbang di belakang tabir. Jadikan Dr Siti Hasmah sebagai contoh. Umum menyedari Siti Hasmah amat dominan di sebalik pencapaian cemerlang Dr Mahathir. Apabila Rosmah Mansor begitu ke depan, maka mudah kelemahan ' dicipta ' oleh musuh.

Bayangkan dalam Bajet Negara, peruntukan diberikan khusus untuk Program Permata yang dikatakan sebagai program Rosmah. Ada baiknya barangkali, tapi ianya di luar kebiasaan. Mungkin Rosmah boleh jadi ' penaung lantikan ' bukan peneraju program berkenaan.

Sebagai langkah selamat, mungkin Rosmah tidak begitu mesra media. Umum sebenarnya tahu sebagai isteri Perdana Menteri , Rosmah adalah tulang belakang DS Najib. Kadangkala publisiti mendedahkan Rosmah kepada tohmahan.

Banyak lagi yang boleh dibincangkan namun saya ingin membuat rumusan. Kita tidak boleh mengubah arah angin bertiup tetapi kita boleh sesuaikan layar kapal kita untuk pastikan kita tidak tersasar daripada tujuan kita.


3 comments:

  1. Kita perlu berlaku adil. Sesiapapun ada kelemahan termasuk Rosmah. Jangan kerana kelemahan ini kita terperangkap dalam jaring yang dipasang oleh pembangkang

    ReplyDelete
  2. Najib yang boleh perbetulkan keadaan.

    ReplyDelete
  3. Saya ingin cadangkan, ikut cara pembangkang. Mana mana yang menyebarkan fitnah saman. Biar mereka berjawab di mahkamah. Ini juga cara yang digunakan oleh pemimpin Singapura.

    ReplyDelete