Negarawan

Negarawan

Wednesday 11 December 2013

MAAF, SAYA BUKAN ANTI ZAHID TAPI TINDAKANNYA TIDAK TEPAT !!


Betul..saya amat menghormati Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib 
Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri. Keputusan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri biasanya membanggakan kita sebagai rakyat khasnya ahli UMNO.



Tetapi tindakan beliau mengisytiharkan ' org No. 2 PAS ' sebagai penganut Syiah dalam Perhimpunan Agung UMNO saya lihat sebagai tindakan populis yang barangkali ' menghangatkan tetapi tidak menguntungkan '.

Tindakannya memberi ' kuasa ' kepada Datuk Jamil Khir bagi menangani isu ini adalah sesuatu yang janggal. Yang boleh memberi kuasa kepada mana mana Menteri hanya Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Malangnya dalam sistem kita tiada Naib Menteri.




Mat Sabu tidak terjejas. Tokoh ini ' tiada malu' dalam hidupnya. Yang sedang bekerja keras, Datuk Jamil Khir. Bahkan beliau agak berundur sedikit apabila mengaku sukar untuk mengaitkan seseorang dengan Syiah kerana kesukaran mendapatkan bukti.

Terkini Datuk Zahid mengatakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pula akan lakukan pendedahan rasmi. Tidakmengapalah.

Saya harap memang benar segala bukti telah ada dan kukuh. Saya harap Mat Sabu akan didakwa, dibicarakan dan dihukum. Datuk Zahid bercakap sesuatu yang besar, melibatkan orang besar dalam medan yang amat besar.

Jika tiada apa apa berlaku selepas ini, bukan hanya Zahid bahkan UMNO akan dapat malu besar !


2 comments:

  1. tangkap jela..yg duk pong pang je atas pentas buat pe?macam dalang lahat datu tu...Zahid buat senyap bungkuih telur

    ReplyDelete
  2. Aku rasa akhirnya tak de apa apa berlaku. Macam biasalah. Gendang lebih, tak de siapa menari !

    ReplyDelete