Saya anggap ini perkembangan sihat untuk UMNO dan Kerajaan. Satu masa dahulu Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak boleh bercakap. Apabila bercakap akan ada orang memperlekeh, bahkan sampai ke tahap menghina. Ia jadi begitu serius sehingga menjejaskan kedudukan beliau sewaktu Pemilihan UMNO.
Keadaan sudah berubah bila mana rakyat menyedari lebih mudah mengkritik berbanding membina. Setelah pertukaran portfolio kini rakyat tahu kesukaran yang Menteri Dalam Negeri hadapi. Kebetulan musibah MH 370 dan MH 17, rupanya telah mengangkat Datuk Seri Hishammuddin serentak dengan Kerajaan UMNO/BN pimpinan YAB Perdana Menteri.
Demikian ALLAH mengatur dan mencatur. Kita hanya hamba yang tidak berdaya...Saya yakin apabila kita membaca berita seperti di bawah, tidak ada lagi yang sinis melainkan yang memang berniat jahat.
KUALA LUMPUR 29 Sept - Malaysia tidak akan sama sekali membiarkan negara-negara ASEAN dijadikan sebagai platform kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam melebarkan pengaruh mereka.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebarang ideologi yang dibawa militan IS harus dihentikan dari terus tersebar di rantau ini.
"Sempena Malaysia mempengerusikan ASEAN pada tahun hadapan, Malaysia berharap negara-negara ASEAN akan turut terlibat dalam Proses Keamanan di selatan Filipina.
"Dalam pertemuan itu, saya berkesempatan berbincang dengan beliau mengenai situasi di selatan Filipina," katanya dalam satu kenyataan selepas kunjungan Pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF), Murad Ebrahim, di Kementerian Pertahanan hari ini.

Sebelum ini, Hishammuddin telah mengingatkan semua pihak bahawa gerakan dan aktiviti kumpulan militan Negara Islam (IS) tidak boleh disamakan dengan kumpulan pengganas lain seperti al-Qaeda atau Jemaah Islamiah (JI) yang dilihat menarik keanggotaan mereka melalui kaedah konvensional.
Tegasnya, gerakan IS merupakan kumpulan pengganas lebih kompleks dan rumit kerana menggunakan laman-laman sosial untuk menarik sokongan serta anggota baharu bagi merealisasikan agenda mereka.
Pada 25 September lalu,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penangkapan tiga lelaki warga tempatan yang disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi tujuan menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Polis turut merampas sehelai bendera kumpulan IS milik seorang daripada suspek itu.- Rakyat News