Negarawan

Negarawan

Sunday 8 June 2014

MH 370, MULA JADI PERNIAGAAN !!

Baca artikel di bawah... 

IndieGogo, laman web pengumpul dana, melancarkan kempen mendapatkan AS$5 juta (RM16.065 juga) daripada orang awam untuk dianugerahkan kepada mana-mana firma atau individu yang dapat membekalkan maklumat penting bagi membolehkan pesawat hilang MH370 ditemui.

Laman untuk sumbangan itu akan dilancarkan hari ini, dijadual pada jam 8 malam, kebetulan tiga bulan selepas pesawat Malaysia Airlines itu hilang dari radar awam apda 8 Mac.



 Dalam kenyataan hari ini, pihak yang melancarkan program itu berkata, sebuah secure website akan dilancarkan seminggu daripada sekarang, atau 15 Jun, bagi mengendalikan kesemua makluman berhubung lokasi pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang pada awal pagi pada 8 Mac ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing.

Pencarian membawa kepada Selat Melaka dan sehinggalah ke Lautan Hindi tetapi belum membuahkan sebarang hasil.

“Lebih banyak (sumbangan) dikumpul, habuannnya akan lebih tinggi, dan mendorong lebih ramai lagi pihak tampil ke depan,” menurut kenyataan itu.



Saudara lihat pula rakaman ini...




Kerajaan khasnya Hishamuddin Hussein telah lakukan hampir segalanya untuk mencari, menyelamat atau sekurang kurangnya mencari jawapan kepada misteri MH 370. Bukan sedikit masa, tenaga dan perhatian diberikan bukan hanya kepada MH370 tetapi kaum keluarga mereka yang sentiasa berharap.

Tiba tiba muncul suatu pihak yang mengaut keuntungan daripada segala kesedihan ini dan mereka dianggap sebagai hero.( Macai Pakatan sedang memainkannya )...Setelah pelbagai usaha mereka lakukan selama ini tidak berjaya, Pakatan cuba menjadikan perniagaan IndiGogo ini sebagai petanda kegagalan Kerajaan. Mereka lupa barangkali bahawa MH370 hakikatnya ialah gabungan usaha puluhan negara dengan puluhan teknologi...

Satu perkara  yang diakui semua, sehingga kini tidak ramai mampu melakukannya sebaik kerajaan kita khasnya Hishamuddin yang turut mengheret kaum keluarganya untuk sama sama berkongsi dengannya...


10 comments:

  1. Biar Allah nilai apa kita buat. Saya rasa Hishamuddin tak kisahpun apa orang nak kata.

    ReplyDelete
  2. Otak Yahudi. Orang sedih dia kaut untung. Celaka !

    ReplyDelete
  3. Pakatan suka sangatlah sebab depapun kaki kutip duit orang.

    ReplyDelete
  4. Jangan peduli. Aku yakin majoriti rakyat teguh bersama Datuk Seri Hishamuddin, insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Sejak 8 Mac sampai sekarang macam macam telah ditimbulkan berkaitan MH 370. Biarkan sesiapapun dengan agenda sendiri. Kita yakin dan doakan kejayaan pasukan yang dipimpin DS Hishamuddin. Pertolongan Tuhan akan tiba juga selagi kita berusaha dan berdoa.

    ReplyDelete
  6. Pembangkang sampai kiamatpun akan kata Kerajaan gagal. Semua perkara. Yang betul, mereka.

    ReplyDelete
  7. SURUH JE NUAR BRAHIM HANDLE BENDA NI. TENTU SELESAI PUNYA, KAWAN KAWAN DIA RAMAI DI DUNIA NI...DALAM LAUTAN HINDIPUN ADA KAWAN DIA !

    ReplyDelete
  8. Suka tgk penampilan isteri Datuk Hishamuddin. Sederhana, tenang. Sejuk mata memandang. Tidak berlebihan, tidak nampak macam nak kan perhatian.

    ReplyDelete
  9. Depa nak 6 juta. Orang sumbang 100 juta sapapun tak tau. Macam PAS, dari mula sampai la, kutip duit. Sapapun tak tau berapa jumlah, ke mana pi ?

    ReplyDelete
  10. Bukan ada jaminan akan ada penyelesaian. Depa ni pun kaki auta !

    ReplyDelete