Negarawan

Negarawan

Thursday 26 June 2014

HISHAMUDDIN NI PELIK SIKITLAH !

Saya awalnya menjangkakan selepas melepaskan jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein akan menarik nafas lega kerana batu yang diletakkan di atas bahunya telah dialihkan. Rupanya jangkaan saya tersasar. Datuk Seri Hishamuddin tidak mahu ' berehat' sebaliknya mahu terus bersama MH 370 dengan segala kesukarannya. Untuk ini saya rasa Datuk Seri Hishamuddin berhak diberi jambangan bunga.


TAWAU: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memberi jaminan beliau akan terus komited dalam usaha pencarian pesawat MH370, walaupun tidak lagi memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Hishammuddin berkata, beliau dan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilantik Menteri Pengangkutan semalam, akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam masa terdekat bagi membincangkan usaha selanjutnya dalam pencarian pesawat terbabit. 

Beliau berkata demikian kepada media ketika lawatan ke Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB2) di Kem Kukusan di sini, sebentar tadi.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh ramai orang. Hishamuddin pasti akan berpegang kepada janjinya untuk berkongsi saat suka duka kaum keluarga dan sahabat handai penumpang dan krew MH 370.

Hishamuddin menjadikan MH 370 sebagai sebahagian daripada hidupnya dan keluarganya. Berkampung di hotel, bertemu waris. Saya tidak fikir Hishamuddin boleh meninggalkan MH 370 tanpa jawapan pasti.

Benar kata Hishamuddin, MH 370 adalah perjalanan penuh emosi bagi diri dan keluarganya.
Mari kita terus berdoa agar Allah tunjukkan jalan bagaimana kita dapat tangani MH 370 dan mengubat hati kaum keluarga, sahabat handai yang sedang menunggu dengan penuh harapan...


9 comments:

  1. Elokpun. Benda besar macam ni bukan boleh main sambung sambung.

    ReplyDelete
  2. Hishamuddin ni kaki kerja, dari dulu lagi aku dah ingatkan kerja kerja jugak. Politik kena jaga, dah pernah kena main sebelum ini. Maksud aku Hisham kena turun kerap ke akar umbi

    ReplyDelete
  3. Insyaallah. Jika kita terus berusaha, bertawakal, Allah akan berikan kita kekuatan

    ReplyDelete
  4. Allah kita uji kita untuk angkat darjat kita. Sebab itu kita kena hadapi segala ujian dengan tabah dan redha. Semoga Datuk Hishamuddin, kaum kerabat MH 370 dan kita semua tabah menghadapi segala kesusahan ini. Kita tidak tahu apa yang tersirat di sebalik semua ini.

    ReplyDelete
  5. Jawatan satu bab. Kesediaan membantu satu bab yang lain pulak .

    ReplyDelete
  6. Bekerja kerana Allah. Biar Allah berikan ganjaran. Org kira nak cari kelemahan.

    ReplyDelete
  7. Ada org nampak rajin masa ada bos, ada org mmg kaki buat kerja

    ReplyDelete
  8. Org bertanggungjawab tak akan lari dari medan perjuangan

    ReplyDelete
  9. Kesian tgk budak budak. Depa tak faham apa yang berlaku. Apa yang mereka faham, orang yang mereka kasihi tidak pulang pulang

    ReplyDelete