Negarawan

Negarawan

Tuesday 6 May 2014

TIZZ ZAQYAH...SELEPAS BEBERAPA BULAN !!


Kisah cintanya yang semakin hangat dengan jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah, Daniel Haziq ternyata menjadi bualan ramai ketika ini. Malah, pelakon popular Tizz Zaqyah sendiri sudah tidak lagi berahsia mengenai kekasihnya yang juga seorang ahli perniagaan itu.
Bukan saja kerap muncul bersama dalam majlis, Tizz juga nampaknya bersikap lebih terbuka mengenai hubungan yang terjalin selama dua tahun dengan banyak memuatkan gambar mereka bersama di laman sosial Instagram miliknya.

Semuanya bagaikan dirancang apabila mereka dipertemukan dalam majlis ‘reunion’ bersama rakan sekolah, tidak lama dulu. Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Siti Zaqyah Abdul Razak, 26, mengakui Haziq, 26, adalah teman lelaki paling istimewa dalam hidupnya ketika ini.
Foto

“Selepas majlis pertemuan semula itu, kami kembali menjadi rapat dan menjalin hubungan cinta. Saya juga selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang sangat memahami dan sabar melayan kerenah saya.
Ulasan :
Kebelakangan ini saya melakukan sedikit perubahan kepada Blog ini. Saya pelbagaikan bidang perbincangannya kerana fokus politik kadangkala agak meletihkan. Ada teman yang bertanya dan inilah penjelasan saya. Namun ia tetap tidak akan lari daripada maksud asal ia wujud.
Demikian artikel yang saya petik daripada Harian Metro ini ( Terima kasih ). Artis Malaysia, berbanding dahulu, nampaknya lebih terdedah dengan persoalan peribadi berbanding dunia seni yang mereka ceburi...

3 comments:

  1. Artis ni tak boleh nak jadi contoh

    ReplyDelete
  2. Artis Malaysia dah lebih daripada Hollywood. Kena ada kawalan

    ReplyDelete
  3. Persatuan artis kena bimbing ahli.

    ReplyDelete