Negarawan

Negarawan

Monday 5 May 2014

TIADA PILIHAN , NAJIB DAN HISHAMUDDIN WAJIB BERHENTI !!


Inilah sebenarnya yang dinantikan oleh sebilangan kecil orang yang barangkali mendukung kepentingan peribadi atau peribadi tertentu. Inilah juga inti yang terkandung dalam artikel picisan tulisan William Pesek. ...baca di sini...

Berbeza daripada kebiasaan, hasil emosi Pesek mendapat tindak balas seseorang yang amat berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan sempat naik sehingga terlibat dalam hal hal pengurusan dan pentadbiran media...teruskan bacaan saudara...

Saya berusaha untuk berlaku adil dalam menilai penulisan Pesek dan ingin menutup sebarang prasangka terhadapnya walaupun saya dan pembaca dapat melihat dengan jelas usaha Pesek memimpin pembaca untuk bersetuju dengan niat buruknya.


Chung Hon Wah adalah tokoh yang dijulang oleh Pesek kerana meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Korea selepas ferri karam yang mengorbankan lebih 300 nyawa. Mari kita lihat catatan di bawah..Sila baca...

Peristiwa serangan 9/11/2001 meragut lebih 3000 nyawa dan ia berlaku atas beberapa sebab yang merupakan KESALAHAN Presiden Bush dan Amerika. Fakta ini kemudiannya tercatat dalam sejarah dunia.

1. Tentera Amerika telah hadir di Arab Saudi dan ini adalah penghinaan kepada Islam
2.  Sokongan Amerika kepada Israel telah menyebabkan ribuan rakyat Palestin                     terkorban tanpa pusara.
3.  Tekanan Amerika terhadap Iraq menggambarkan sikap double standard kuasa               besar dunia itu.


                                                           George Walker Bush

Kepada Pesek, Bush kekal sebagai Presiden Amerika sehingga 2009, tanpa dapat melupakan kehancuran yang telah dilakukan dengan tangannya. Sehingga kini tangannya masih berdarah.

Sesuatu yang wajib Pesek pelajari ialah fahami budaya dan agama berbeda supaya Pesek tidak melakukan saranan tidak cerdik seperti tulisannya.
Sebagai pemimpin Islam, adalah menjadi kesalahan bagi Najib atau Hishamuddin lari meninggalkan medan perang. Bahkan sesiapa yang lari dari medan perang sebenarnya boleh dibunuh kerana khianat.

Malaysia menganggap tragedi MH 370 adalah perang yang dahsyat. Perang yang misteri kerana tidak kita ketahui musuh kita, tetapi kita jelas dan tahu apa yang wajib dipertahankan.
Hishamuddin telah diamanahkan oleh Kerajaan Rakyat Malaysia mendepani kesukaran ini. Saban hari berhadapan dengan wartawan, keluarga mangsa, laporan antarabangsa, kenakalan mirip Pesek, keghairahan pembangkang dan pelbagai cabaran lain. Beliau telah berumah tangga di hotel dan lebih sebulan tidak melihat rumahnya.

Maaf, Chung Hon Wah menangis pada waktu meletakkan jawatannya kemudian balik ke rumah dan boleh memulakan hidup baru tanpa perlu menjawab sebarang soalan.
Pesek barangkali bimbang melihat ada kebangkitan baru di Timur, apakala rakyat Malaysia dan dunia umumnya sedang berasa kagum dan teruja. Selepas ini, saya harap media barat khasnya lebih tenang, hindari kerisauan kerana orang lain lebih baik. Masa berubah, manusia juga berubah.

Untuk membayangkan kemungkinan Najib atau Hishamuddin berundur adalah kesilapan besar kerana kami rakyat Malaysia semakin kukuh menyokong mereka.




32 comments:

  1. He..he..dulu bolehlah. La ni orang Melayu dah bijak pandai. Tengok Hishamuddin jawab soalan orang puteh, macam peluru kena kepala orang !

    ReplyDelete
  2. Aku dengan ikhlas cakap, dulu aku tak yakin dengan Hishamuddin. Aku pun terpengaruh dengan persepsi Hishamuddin lemah. sekarang aku sendiri menyaksikan keupayaan beliau. Aku tak peduli apa orang lain kata, hidup Hishamuddin. Hidup UMNO !

    ReplyDelete
  3. MH 370 tragedi tak dirancang. Ini takdir. 9 / 11/ 2001 adalah perancangan Yahudi ! Ini bezanya. Ada baiknya wartwan barat siasat peristiwa 9/11 tu daripada menyebok urusan malaysia

    ReplyDelete
  4. Tahniah, jawab apa saja tohmahan. Ini masa kita membela diri.

    ReplyDelete
  5. Ukuran Media Barat sebenarnya semulajadi berat sebelah. Jika kita semuanya salah, sebaliknya jika mereka semuanya betul.

    ReplyDelete
  6. Saya masih ingat, sewaktu peristiwa 9/11 berlaku seluruh media menunding jari kepada Al Qaeda. Tiada satupun penulisan mereka mendesak Presiden Bush meletakkan jawatan. Saya rasa peristiwa MH370 telah kebetulan menaikkan nama Malaysia dan DS Hishamuddin. Tindakan tenang, tersusun dan keupayaan mengajak dunia bersama kita sebenarnya memberikan isyarat yang membimbangkan Barat.

    ReplyDelete
  7. Nauzubillah...mohon Allah berikan kekuatan kepada Najib dan Hishamuddin. Mereka ni pemimpin Melayu Islam.

    ReplyDelete
  8. Ini era kebangkitan Umat Melayu. Datanglah cabaran dan dugaan, Umat Melayu insyaallah ada pemimpin mantap yang berwibawa.

    ReplyDelete
  9. Saya tak nampak cacat cela performance Hishamuddin. Obama pun hargai keupayaan dia. Wartawan upahan Yahudi ni kita abailah.

    ReplyDelete
  10. Saya pernah mengenali A Jalil Hamid. Tegas dan berprinsip orangnya, tahniah Datuk. Sekali ini aku sokong Datuk.

    ReplyDelete
  11. Desakan agar Najib dan Hishamuddin letak jawatan bermula dari dalam. Ada org geli tapak kaki nak jadi Pm

    ReplyDelete
  12. MH 370 bukan isu politik. Ini isu negara. Sebab itu Hishamuddin mahupun Najib tak pernah berpolitik dengannya.

    ReplyDelete
  13. Tahniah saudara mengingatkan orang ramai tentang 9/11. Perbandingan paling tepat

    ReplyDelete
  14. Ada pandangan mengatakan MH370 adalah turning point kebangkitan Islam, kita doakan mudah mudahan.

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan Haji, jika benar ini permulaan kebangkitan Islam alangkah baiknya kerana kita dipimpin gandingan mantap Najib Hishamuddin. Moga Allah berikan kekuatan

    ReplyDelete
  16. Pesek dikatakan wartawan hebat. Tapi hakikatnya dia menulis ikut perasaan dan kecenderungan tertentu. Pada Barat hentam irang itu bebas. Kalau orang yang hentam itu dilabel ganas

    ReplyDelete
  17. Aku perhatikan, wartawan media barat ni nampak macam berdendam. Bila berdepan mereka tak boleh nak kenakan DS Hishamuddin, mereka tulis artikel merendahkan. Aku harap DS Hishamuddin tidak terganggu dengan mainan jahat ini.

    ReplyDelete
  18. Saya bangga jadi rakyat Malaysia. Bila MH 370 berlaku, semua kita boleh nampak kerajaan telah cuba untuk cari dan selamatkan mangsa. Walaupun belum pasti apa berlaku tapi saya ingin ucap tahniah terutama kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan kerajaan kerana telah cuba sedaya upaya.

    ReplyDelete
  19. Buat perbandingan tak betul. Orang puteh pun banyak kelemahan. Kalau hebat tolong carilah !

    ReplyDelete
  20. Kita orang Islam, teruskan berdoa . Moga Allah turunkan pertolongan

    ReplyDelete
  21. Datuk Hisham sebuk dengan MH 370. Jangan sampai lupa UMNO !

    ReplyDelete
  22. Anon, betul juga. Selepas pemilihan 2013, kita tak dengar sebarang ulasan Datuk Hishamuddin tentang UMNO. Kita yakin kemampuan beliau menjalankan tugas sebagai Menteri, kita juga mahu Datuk Hishamuddin menunjukkan kemampuan sebagai pemimpin orang Melayu dan UMNO.

    ReplyDelete
  23. Apa apa yang berlaku adalah takdir Tuhan. Mesti ada sebab. Yang penting orang Islam jangan berpecah belah.

    ReplyDelete
  24. Ternyata pemimpin Melayu lebih hebat.. tengok Hishamuddin, mampu menjawab pelbagai soalan org puteh hampir tiap2 hari tapi cuba pemimpin mat saleh, mampu ke nak jawab soalan2 org Melayu??? Mampu???

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah. MH370 telah buka lambaran baru bagi Malaysia. Kita ada pemimpin yang tegak berdiri di hadapan dunia !

    ReplyDelete
  26. Kalau Najib dan Hishamuddin berhenti, sape nak takbir negara? Nuar Brahim? Kah ! Kah ! Kah !

    ReplyDelete
  27. Anwar nak takbir negara? Habislah mangsa liwat bersepah nanti

    ReplyDelete
  28. Hishamuddin walaupun sibuk dengan MH370, beliau tak pernah lupa tanggungjawab beliau untuk UMNO

    ReplyDelete
  29. Hahahaha. ..bayangkan kalau pemimpin Malaysia ambil tindakan yang sama dgn Korea ni, hancur negara kita nanti

    ReplyDelete
  30. MH370 1 ujian untuk membuktikan kebolehan Hishamuddin yang selama ni orang tak nampak

    ReplyDelete
  31. Pantang anak Melayu mengalah. Hishamuddin takkan mengalah separuh jalan

    ReplyDelete
  32. Keyakinan aku terhadap Hishamuddin sekarang sangat tinggi..

    ReplyDelete