Negarawan

Negarawan

Saturday 24 May 2014

HISHAM NASIHAT PEMUDA HATI HATI MUSLIHAT DAP !!




Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu ancaman hendak membakar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur disiasat. 
 
Menteri Pertahanan itu berkata adalah tidak wajar ancaman seperti itu dibuat oleh sayap pemuda Umno bila membantah kenyataan "Umno celaka" yang dihambur Adun DAP, RSN Rayer dalam persidangan dewan negeri Pulau Pinang. 
 
"Saya nasihatkan mereka siasat. Jangan ikut emosi.
 
"Dalam situasi hari ini, terutama bila anda mempunyai media sosial, maklumat tak berasas akan tersebar. Jadi jangan tunjuk reaksi emosional. 
 
"Biarlah ada kebijaksanaan dan kewarasan dalam mengambil tindakan dan siasat sedalam-dalamnya.
 
"Siapa sebenarnya dalang dalam apa juga perkara yang kita rasa tak kena," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan 'walkabout' bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong, di Teluk Intan hari ini. 
 
Rayer pada Selasa mengeluarkan kata-kata tersebut, ketika membahaskan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri. 
 
Keesokannya beberapa orang anggota Umno merempuh masuk ke dalam dewan negeri menuntut Rayer memohon maaf. 
 
Hishammuddin, bekas Ketua Pemuda Umno, berkata DAP mempunyai muslihat bila sering melakukan provokasi.  
 
Beliau menasihatkan anggota Umno jangan mudah melatah dan tidak 'menari mengikut rentak DAP'.   
 
Menteri itu berkata pembangkang menimbulkan isu tertentu seperti kalimah “Allah” atau isu "Bible" semasa pilihan raya kecil di Sabah atau Sawawak bagi memain emosi dan mencetuskan kemarahan rakyat. 
 
"Ini bukan perkara baru," katanya.   
 
Hishamuddin meminta pengundi Teluk Intan mengundi Mah pada 31 Mei ini, demi menentukan mereka terus mendapat manfaat dari pada program pembangunan rakyat.  
 
- Bernama

Ulasan -

Saya yakin apa yang berlaku sengaja dirancang oleh DAP supaya UMNO bertindakbalas dan kelihatan keras dan ganas. Namun saya berpandangan jika ia adalah perancangan mereka, maka mereka telah gagal kerana reaksi PEMUDA UMNO telah mengmbalikan mereka ke landasan yang betul.
Sebagai bekas Ketua PEMUDA, Datuk Hisham sama sekali tidak menyalahkan PEMUDA atas tindak balas mereka. Sebaliknya Datuk Seri Hishamuddin jelas meletakkan DAP sebagai punca !
 

13 comments:

  1. Hishamuddin dah byk pengalaman. Sepak terajang DAP dia dah masak

    ReplyDelete
  2. Aku sokong tindakan pemuda. Jgn babi tu ingat Melayu takut sangat

    ReplyDelete
  3. Saya percaya Hishamuddin bercakap berdasarkan pengalamannya. Elok juga jika Pemuda lebih bersatu dalam tindakan. Susun dan rancang dengan teliti bagi mengelakkan ia jadi hangat hangat tahi ayam

    ReplyDelete
  4. Sesuatu yg umat melayu mesti ingat.Matlamat Dap ialah nak letak Melayu bawah tapak kaki mereka.

    ReplyDelete
  5. Seronok dan lega sebab tidak ada pemimpin yg tak soking pemuda. Cuma Datuk Hisham mintak Pemuda berhati hati

    ReplyDelete
  6. Datuk Hisham pernah terperangkap oleh mainan cauvinis. Sebab itu beliau mahu pemuda beringat

    ReplyDelete
  7. DAP sengaja lakukan provokasi. Ini pesanan DS Hishamuddin yg dah lama kenal mainan DAP

    ReplyDelete
  8. Peristiwa ini menginsafkan pemuda. Ini bukan zaman selesa

    ReplyDelete
  9. Lama tak dengar Hisham cakap politik. Asyik dgn MH 370. Semalam aku jumpa di Teluk Intan. Tak berubah langsung..itulah kehebatannya

    ReplyDelete
  10. Aku tgk muka Kit Siangpun dah menyampah. Babi punya Cina !

    ReplyDelete
  11. Ada orang sedang memerhati. Adakah anak Melayu atau mengacah. Ayuh bangkit, anak muda !

    ReplyDelete
  12. DAP memang banyak muslihat. sebab itu Dyana tertipu!

    ReplyDelete
  13. Kita akan selamat jika kita mendengar nasihat, insyaallah.

    ReplyDelete