Negarawan

Negarawan

Sunday 18 May 2014

DYANA SOFYA ANUGERAH ALLAH ! BERSYUKURLAH ...

Sesekali terfikir rasanya macam luka hati umat Melayu dan Islam. Seorang gadis cantik, terpelajar, ibunya Melayu Islam, bapanya Melayu Islam. Beliau pula menjadi Setiausaha Politik kepada lelaki paling rasis di Malaysia. Dan kini menjadi calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan.

Tetapi perasaan itu muncul apabila kita sesekali terfikir. Mari kita berfikir berkali kali. Ibu bapanya aktivis UMNO yang masih bersama UMNO. Beliau belajar di sebuah institusi Melayu yang wujudnyapun kerana nak membangunkan umat Melayu.

Ada soalan yang perlu dijawab. Kenapa anak aktivis UMNO tidak menyokong UMNO?Berapa ramai lagi anak orang UMNO yang tidak meneruskan ' perjuangan' ibu bapa mereka? Adakah ibu bapa sudah tidak berani mahu mengajak anak anak untuk bersama di dalam UMNO ?

Soalan juga patut ditanya, mengapa graduan UITM yang masyhur dengan roh Melayu tetapi hilang Melayunya setelah keluar? Adakah pemantauan dibuat terhadap para pensyarah dan tutor? Adakah pemimpin institusi ini langsung tidak bercerita tentang sejarah UITM?

Bagaimana pula institusi pengajian tinggi yang lain? Adakah UMNO langsung ' tiada'
apa apa di pusat pusat pengajian tinggi berbanding parti pembangkang? Kita mendengar anak anak kita yang keluar dari menara gading ' kebanyakannya' condong kepada pembangkang.

Soalan soalan ini sebenarnya timbul selepas PRU 12 lagi tetapi ianya semakin mendesak selepas Allah turunkan Dyana Sofya ke Teluk Intan. Mari kita sama sama
menyoal diri kita dan berusaha menjawabnya.

Kita anggap Allah memberikan amaran dan peringatan. Dan mari kita sama sama pula melihat apa usaha ikhtiar yang boleh kita lakukan. Sekurang kurangnya jika kita mati dalam masa terdekat ini, kita telah berniat untuk melakukan sesuatu demi agama, bangsa dan tanah air tercinta kita.


3 comments:

  1. aku x heran perkara ini berlaku..kerana apa?..kebanyakan pensyarah2 nya pun merip ke arah pembangkang..ada jega pensyarah2 nya mengutuk kerajaan ada sekarang di hadapan pelajar2 nya...maka apabila pelajar2 ini keluar maka terhasil lah pelajar melayu yg tak sedar diri..dari apa yg diterimanya..ini adalah salah satu punca nya...ORG MELAYU AKAN TERSEDAR APABILA DIRI TERSEPIT DAN AKAN LUPA DIRI NYA KEMBALI APABILA TELAH SENANG LENANG..MELAYU MUDAH LUPA AKAN SEJARAH..HASIL PENJAJAHAN SELAMA LEBIH 400 TAHUN

    ReplyDelete
  2. Saya rasa org UMNO malas pikir. Kalau mahu pikir keadaan mungkin berbeza. Rasanya sekarang dah susah.

    ReplyDelete
  3. Kerisauan saya ialah Orang Melayu tidak suka bahkan tidak mahu berfikir. Jika orang Melayu rajin berfikir, insyaallah keadaan Orang Melayu jauh lebih baik daripada sekarang.

    ReplyDelete