Negarawan

Negarawan

Thursday 8 May 2014

ARTIKEL INI ELOK DIBACA OLEH PEMERINTAH MALAYSIA !!

Singapura: Seorang warga India dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Rendah kerana merusuh di Little India pada Disember tahun lalu.
Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia (CNA) melaporkan Ramalingam Sakthivel, 33, bekas pekerja pembinaan, adalah individu pertama mengaku bersalah dan dihukum kerana merusuh.
Dia juga merosakkan ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura dengan tiang dan cuba membakar sebuah bas yang melanggar seorang lagi pekerja India, Sakthivel Kumaravelu, menyebabkannya terbunuh. 
Hukuman penjara maksimum bagi merusuh dan mencetuskan kerosakan dengan membakar ialah penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan. 

Timbalan Hakim Jennifer Marie memutuskan kesalahan pada malam itu bukan dilakukan secara bersendirian dan sebab itu mahkamah mempertimbangkan keadaan 
yang mendorong Sakthivel bertindak sedemikian, dan tidak memberi fokus kepada 
perbuatannya. 

Sakthivel dihukum penjara 30 bulan dan tiga sebatan kerana merusuh dan penjara 27 bulan kerana mencetuskan kerosakan dengan membakar. Kedua-dua hukuman berjalan serentak. 

Hukuman penjara ke atas Sakthivel bermula 8 Disember 2013 iaitu hari dia direman. - Bernama
Ulasan - Singapura diperintah oleh Idola DAP yang mengepalai Pakatan. Saya yakin jika DAP berkuasa, inilah pendekatan mereka. Keras dan tegas, sama seperti cara mereka mengusir Umat Melayu keluar seperti bangsat dari Pulau Mutiara.
Manakala Kerajaan UMNO/ BN saya percaya masih terbuai dengan keinginan untuk dilihat baik dan budiman sehingga begitu ramai bebas lepas melakukan segala macam kerosakan.

4 comments:

  1. Di Singapura, pembangkang tak angkat muka kerana sedikit silap pasti kena saman.

    ReplyDelete
  2. Kalau kerajaan boleh bertegas, saya yakin negara akan lebih aman

    ReplyDelete
  3. Nak tegas macaman, kuasa ekonomi ada ditangan mereka.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan kita takut bayang. Aku bimbang akhirnya hancur macam itu je

    ReplyDelete