Negarawan

Negarawan

Sunday 5 January 2014

USAH LAGAKAN HISHAMUDDIN DAN ZAHID !



UMNO ini parti keramat. Barangkali ada benarnya ungkapan ini. Kerana itu barangkali UMNO bertahan begitu lama sebagai parti pemerintah walaupun kita semua tahu UMNO bukan sesuatu yang sempurna.

Namun begitu, hakikat yang terpaksa kita terima ialah ' bertahan lama' tidak bermaksud kebal. Ini juga amaran Presiden Parti sewaktu ucapan penggulungan semasa Persidangan Agung baru baru ini.

Antara sebab ( saya percaya ), UMNO akan hancur ialah apabila wujud unsur unsur kerosakan dalaman yang tidak dikawal dan dinyahkan. UMNO tidak akan hancur kerana tohmahan dan serangan daripada luar.

Semalam saya hadir satu majlis minum petang yang agak santai di satu daerah di Perak. Ramai aktivis UMNO yang hadir dan biasalah orang politik sesantai mana sekalipun sesuatu majlis pasti akan bercakap juga tentang politik.

Agak mengejutkan saya apabila agak ' terbuka ' teman teman melahirkan kekecewaan terhadap prestasi Naib Presiden UMNO No 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Selepas Pemilihan Parti dan Zahid menang besar, beliau senyap sesenyapnya.

Ramai para penyokong dan pendukung rasa macam tertipu oleh ketegasan luar biasa Zahid dan ada yang berpandangan Zahid hanya berlakon untuk menang Naib Presiden Parti dan Zahid telah menang !

Ramai pula yang mula membuat perbandingan. Hishamuddin Hussein yang 
' sakit ' semasa Persidangan dan amat ' goyang ' ketika itu terus bekerja keras selepas pemilihan.

Peranan tentera membantu mangsa banjir, sumbangan Veteran tentera kepada keluarga bekas tentera di awal tahun, transformasi PLKN bahkan teguran Hishamuddin terhadap usaha mempermainkan Kalimah ALLAH
menunjukkan seolah olah Perwakilan UMNO telah tersilap pada musim pemilihan yang lalu.

Saya menjadi serba salah. Membandingkan dua tokoh UMNO adalah perbuatan tidak sihat untuk parti. Namun kita kena juga akui kenyataan betapa ahli parti tidak dapat dihalang daripada menganalisis dan menilai.

Saya juga menjadi hairan. Mengapa Zahid bertempek dalam Persidangan UMNO, di hadapan ahli UMNO dan menjadi bisu sewaktu berada dalam gelanggang sebenar ?

Islam dan Institusi Raja sekali gus sedang dihina. Apa lagi yang kita perjuangkan sebenarnya. Ini yang teman teman pertikaikan.

Kata mereka " Hishamuddin dahulu dikatakan lembek, tetapi hampir setiap hari memberi tekanan dan amaran, malangnya Zahid yang dikatakan keras tidak langsung menyatakan pendirian ".

Bahkan sekali lagi Zahid dikatakan lepas tangan, selepas lepasnya.

Inilah yang saya dengar semalam. Barangkalai ( saya harap ) ini rungutan terpinggir dan sama sekali tidak berlaku di tempat lain. Kerana jika membanding beza ini jika dibiarkan akhirnya menjadi retak. Dari retak menjadi belah. Ini tentu meletakkan UMNO dalam keadaan amat sukar dan bahaya.



2 comments:

  1. TAK PAYAH CAKAP BANYAKLAH. BUKAN AKU JE, RAMAI YANG FRUST DENGAN ZAHID NI.

    ReplyDelete
  2. Perkara ini jadi perbualan ramai. Satu masa orang Umno sangat seronok dengan cara Zahid menangani sesuatu isu tetapi pada masa ramai menantikan tindakan Zahid, ianya tidak berlaku.

    ReplyDelete