Negarawan

Negarawan

Friday 3 January 2014

APAPUN NAMANYA, PERHIMPUNAN 31.12. 2013 ADALAH KEJAYAAN BESAR PEMBANGKANG !


Kita boleh menamakan perhimpunan 31.12.2013 yang lalu dengan pelbagai nama mengikut persepsi dan matlamat kita. Kita namakannya Perhimpunan Guling Kerajaan supaya orang tidak hadir. Pembangkang namakannya perhimpunan TURUN supaya ramai orang hadir.   



Hakikatnya Perhimpunan itu telah berlangsung di sebalik hampir 2000 laporan polis dan beratus amaran dan kecaman pelbagai pihak. Umum menyedari perhimpunan ini digerakkan oleh anak anak muda daripada parti pembangkang.

Setidak tidaknya pada malam peristiwa ini berlangsung pemimpin mereka telah menyampaikan ucapan. Dalam masa yang sama mereka berjaya menyebabkan satu Program Peringkat Nasional tertangguh/ terbatal.

Rafizi Ramli ( walau apapun gelaran yang diberi ) telah menyampaikan ucapan yang amat berkesan, seolah olah beliau amat memahami dan bersimpati dengan kesukaran yang rakyat khasnya anak muda alami. Dalam masa yang sama Rafizi
' berjaya ' membuktikan betapa kalau Kerajaan bertindak betul sudah pasti rakyat tidak susah. Rafizi melontarkan pilihan, pilihlah Pakatan !


Saya percaya pada bila bila masa, UMNO ada tokoh yang boleh mematahkan hujah pimpinan muda Pakatan ini. Pasti. Kita juga tidak kurang pemidato yang petah.

Saya melihat Perhimpunan 31.12 adalah gerakan anak muda. Anak muda dalam pembangkang dengan penyokong penyokong mereka yang mungkin tidak berdaftar sebagai ahli mana mana partipun.

Apa yang ingin saya cetuskan ialah, tidakkah kita berasa bimbang ? Ada banyak kejayaan yang telah mereka capai sebelum mereka berhimpun.

1. Mereka berniat untuk menentang dan mereka menunjukkan penentangan.

2. Mereka merancang untuk menentang dan mereka merancang dengan sangat berkesan. Bukan mudah menyatukan anak anak muda dari seluruh negara untuk melakukan sesuatu yang ' bahaya'.

3. Mereka berjaya menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya pejuang rakyat. Usah peduli apa sebenarnya yang ada dalam hati mereka kerana rakyat bukan semuanya membaca ' hati'.

4. Mereka berjaya mempengaruhi. Semua kita tahu, perhimpunan ini haram dan tiada permit. Semua tahu perhimpunan ini amat berisiko. Tetapi puluhan ribu telah hadir untuk mendepani risiko itu.

5. Mereka membina jaringan yang tidak dapat dapat dilihat tetapi ternyata ia wujud.Jaringan yang dijalin sewaktu sukar dan payah. Jaringan ini saya percaya akan kian kukuh dari semasa ke semasa.

6. Masa yang mereka ada untuk segala perancangan itu hanya sekitar satu bulan.
Satu bulan yang amat bermanfaat bagi mereka.

Inilah kekuatan yang mereka telah wujudkan. Tanpa banyak mesyuarat dan saya yakin tanpa banyak peruntukan. Bayangkan jika mereka gunakan kaedah, jaringan dan kekuatan yang sama untuk selama kira kira lima tahun ini sebagai senjata menghadapi PRU 14 !

Apakah Pemuda UMNO dengan segala yang mereka miliki mampu menandingi gerakan ini ?



2 comments:

  1. Kita mengharapkan agar Pemuda Umno akan bangkit. Temui pemuda khasnya pengundi. Ajak mereka bersama.

    ReplyDelete
  2. Aku nampak kesungguhan budak budak pembangkang ni. Kita tak usah gila sangat ikut cara dia. Tapi kena ikut semangat dia, kalau tidak kita mengadap bahaya besar.

    ReplyDelete