Negarawan

Negarawan

Wednesday 3 December 2014

KITA AKAN KALAH PRU 14...

Memang ini kenyataan yang pahit dan sukar diterima tetapi inilah hakikat yang terpaksa ditelan. Pilihanraya adalah berkaitan dengan angka . Tiada perkiraan lain. Sebaik manapun UMNO ia tetap tidak bermakna selagi undi kita kurang daripada parti lain.



Dalam pada pelbagai teguran bahkan amaran pimpinan parti, UMNO masih gagal menyaingi DAP dari sudut mendaftarkan pengundi baru sedangkan kita tahu pengundi sedia ada telah memihak Pakatan. Pimpinan kita rasa saya telah lakukan yang terbaik untuk memberikan pedoman. Bahkan ada kalanya memberi kenyataan berunsur ancaman.



Pelbagai transformasi berlaku dengan jayanya di peringkat tertinggi. PAU 2014 menyaksikan transformasi dalam perbahasan dan usul. Semua akui transformasi pimpinan DS Hishammuddin ini telah terlaksana dengan cemerlang.

Sikap dan tingkahlaku pimpinan sangat inklusif sehingga perwakilan menjadi begitu dihargai dan gembira. Jurang yang selama ini dikatakan jadi pemisah telah tiada sama sekali.

Saya tidak pasti apakah ia akan merangsang orang UMNO selepas ini untuk menyingsing lengan. Masa sangat terbatas. DAP cukup laju bekerja. Jika UMNO bergerak dengan cara yang sama saya fikir memang kita memilih untuk kalah pilihanraya. Pada masa itu tiada apa apa dapat dilakukan lagi.


5 comments:

  1. Saya nampak yang di atas saja yang serius mahukan perubahan. Di Bahagian dan Cawangan tiada nampak perubahan lagipun.

    ReplyDelete
  2. Serius cakap, aku rasa Datuk Hisham betul betul pulun nak menangkan umno. Ayuhlah orang umno. dah kalah nanti menyesal tak guna.

    ReplyDelete
  3. Menang kalah UMNO bergantung kepada sikap. Sikap tak berubah, kalahlah.

    ReplyDelete
  4. DAP kerja dalam senyap. Saya dengar mereka tidak lokek berbelanja untuk menambah pengundi. Tak taulah sejauh mana kebenarannya.

    ReplyDelete
  5. Tak usah retorik. Kerja kena susun baru menjadi

    ReplyDelete