Negarawan

Negarawan

Saturday 1 November 2014

BUKAN TERENGGANU SAHAJA, UMNO SELURUHNYA PERLUKAN PERTOLONGAN.

Saya memerhati dan saya buat kesimpulan awal. UMNO hakikatnya tidak mendapat apa apa pengajaran daripada PRU 12 dan 13. UMNO tidak berbuat apa apa. Saya bimbang UMNO sebenarnya berdepan bahaya besar pada PRU 14 jika sesuatu yang drastik tidak dilakukan..



KUALA TERENGGANU 1 Nov - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru UMNO Terengganu agar bangkit memulakan gelombang kekuatan bagi membina keyakinan kepada rakyat sekaligus memperkukuhkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Beliau berkata, UMNO Terengganu perlu lebih fokus untuk mencapai kejayaan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang yang diyakini amat cerah jika parti tidak berpecah.

“Jadikan perjumpaan kita hari ini (pada Konvensyen UMNO Terengganu) sebagai landasan untuk merapatkan barisan dan bangkit dengan transformasi dan pendekatan baharu.

“Jadi, saya berharap sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri mampu memainkan peranan untuk beri sokongan padu dan bergerak senada dengan Badan Perhubungan UMNO," katanya pada ucaptama Konvensyen UMNO Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Hishammuddin yang pernah memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu menjelaskan, ahli UMNO di negeri ini tidak boleh lagi terus bercakaran sesama sendiri.

Katanya, kesemua ahli seharusnya bersatu membentuk satu gelombang kekuatan baru demi masa depan parti.

“Mulai hari ini, kita gerakan satu gelombang (kekuatan baru UMNO) dan barisan pemuda perlu bangun untuk bangkit untuk memperkuatkan parti,” tegasnya.

9 comments:

  1. UMNO ni memang cari bahaya. Di Perakpun saya tak nampak sebarang usaha untuk kuatkan parti.

    ReplyDelete
  2. UMNO akan menang jika mahu dan berani berubah. jangan lalai dan leka. Nasib agama, bangsa di tangan kita.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin bersemangat. Akar paling bawah bersemangat. Di tengah tengah lembik, tak berdaya..

    ReplyDelete
  4. Konvensyen ni sesekali bolehlah. Pemanas badan. Hakikatnya kerja berterusan yang penting.

    ReplyDelete
  5. DS Hishammuddin saya nampak berubah banyak. Pemimpin masa depan. Cukup bersemangat merangsang UMNO. Kita harap UMNO menyambut gesaan ini dan lakukan usaha penambahbaikan.

    ReplyDelete
  6. Kalau ada yang buat kajjan tentang program umno saya yakin hasilnya akan ( - ) sebab umno tak buat apapun

    ReplyDelete
  7. Kebangkitan UMNO ni bukan retorik. UMNO Terengganu pernah jatuh dan pernah bangkit semula. Keikhlasan orang UMNO akan menjayakan hasrat ini.

    ReplyDelete
  8. Segalanya terserah kepada orang umno. nak menang nak kalah. kalau pikir setakat nak seronok, nak bisnes tunggulah masa hancor.

    ReplyDelete
  9. Masalahnya UMNO dah tak jadi wakil orang Melayu. UMNO syok sendiri tapi makin melemah

    ReplyDelete