Negarawan

Negarawan

Thursday 30 October 2014

PEMUDA TAK DAPAT SAINGI PUTERI !


Saya amat berbesar hati mendapat kunjungan hormat dari pucuk pimpinan Puteri UMNO Malaysia pada tengahari tadi yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Hjh. Mas Emiryati. PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA turut memberikan input dan maklumbalas berkaitan golongan wanita muda serta perkara berkaitan persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan datang. Saya turut berkesempatan berkongsi pengalaman saya semasa menerajui kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia suatu ketika dahulu. It was a fruitful discussion, I wish all the best to Pergerakan Puteri UMNO Malaysia!
Perjumpaan yang sangat berharga bersama YB Dato Seri Hishammuddin Hussein. Berkongsi pengalaman beliau di dalam arena politik dan memberi semangat kepada Puteri UMNO untuk terus maju.

Kagum dengan semangat juang beliau. 


Saya memetik bahan di atas daripada FB Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Tidak pula saya bermaksud inilah yang terbaik tetapi kita dapat melihat kesungguhan politik Puteri UMNO.

Mereka bergerak, mereka hidup dan sentiasa berusaha meningkatkan diri. Bertemu orang lama, bertukar pandangan dan fikiran. DS Hishammuddin mempunyai keupayaan mendengar dan melayan yang tinggi. Orang UMNO tahu ini.

Beliau ahli politik yang walaupun elit tapi naik perlahan melalui tangga. Tentu banyak yang boleh dikongsikan.

Saya menunggu PEMUDA untuk bergerak selaju atau lebih laju daripada Puteri. hakikatnya PEMUDA belum bermula. Saya bimbang jika PEMUDA berfikir mereka boleh berharap kepada wibawa Khairy. Saya tidak fikir Khairy mampu melakukan segalanya bersendirian.

Ayuhlah PEMUDA. PRU 14 sebenarnya sangat hampir dan UMNO tidak berada dalam keadaan selesa.

7 comments:

  1. Datuk Hisham lama jadi ketua pemuda. Banyak ranjau durinya. Baiknya Pemuda ambil pengalaman.

    ReplyDelete
  2. Pemuda tidur bro. Tak usah haraplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam banyak pilihanraya kecil memang nampak perbezaan antara Puteri dengan Pemuda. Cara kerja sangat berbeza.

      Delete
  3. Kalau Pemuda tak berkesan, mungkin Datuk Hishammuddin yang pergi kepada mereka..

    ReplyDelete
  4. Saya pernah aktif dalam Pergerakan Pemuda pada tahun 70an. Pada ketika itu semangat kami cukup tinggi. Pemuda memang kena mainkan peranan utama. Jangan banyak permintaan tapi kurang sumbangan.

    ReplyDelete
  5. Pemuda dan Puteri sama sama asset Umno. Sama sama penting.

    ReplyDelete
  6. Saling bergantung, saling menghormati...

    ReplyDelete