Negarawan

Negarawan

Sunday 19 October 2014

GANDINGAN HISHAMMUDDIN - MUKHRIZ ?

Saya memang selalu membaca tulisan A. Kadir Jasin tidak kira di mana beliau menulis dan apa yang ditulisnya. Sedikit sebanyak saya dapat membaca          A Kadir Jasin ini walaupun barangkali tidak tepat sepenuhnya. Saya juga membaca tulisan beliau yang ini..di sini...

Sesuatu yang kita sedari A Kadir Jasin bukan orang biasa. Pengalamannya amat luas dan pemerhatiannya tentu lebih tajam daripada orang biasa seperti saya.
Atas kedudukannya dan pengalamannya saya jadi tertanya tanya mengapa beliau secara agak mengejut begitu yakin untuk memperkatakan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sebab itu saya ingin ' berbeza ' dengan beliau. Saya percaya selepas ini melalui proses yang betul dan benar DS Hishammuddin akan menjadi Perdana Menteri. Berbanding Khairy , DS Hishammuddin telah pernah cuba dijatuhkan pada pemilihan yang lalu dan ini era kebangkitan beliau.

Entah mengapa dan siapa puncanya, DS Hishammuddin telah berjaya dilihat gagal samada sebagai Ketua Pemuda UMNO mahupun sebagai Menteri Dalam Negeri. Hampir sederap orang UMNO percaya bahawa DS Hishammuddin telah gagal.

Saya ingin bertanya, pada era Khairy bilamana pengundi muda dilihat berbondong bondong mengundi Pakatan Rakyat, adakah beliau dihukum gagal?

Sewaktu DS Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai KDN , mengeluarkan begitu banyak amaran termasuk mahu menangkap Mohd Sabu dengan timbunan bukti Gred A nya sedang sehingga sekarang tiada apa apa berlaku,adakah beliau digelar Menteri Amaran?

Maksud saya ialah telah terbina persepsi ' kesalahan'  yang dilakukan oleh DS Hishammuddin tidak pula dikatakan salah jika dilakukan oleh orang lain.

Khairy seorang yang bijak berpolitik. Tindakannya populis dan menawan namun percayalah sesuatu yang populis amat sementara sifatnya. Anwar Ibrahim seorang yang populis. Akhirnya beliau tidak mungkin menjadi Perdana Menteri.

Takdirnya Allah menangkan juga DS Hishammuddin dalam saingan Naib Presiden UMNO. Saya yakin beliau juga sedar bukan mudah beliau mahu menang kerana permainan persepsi tadi. Tapi mari kita lihat bagaimana beliau bangkit selepas kemenangan itu...

MH 370, MH 17 dan pemilihan UMNO itu sendiri tranformasinya adalah buah tangan beliau.

Saya tidak memaksa sesiapapun untuk bersetuju dengan saya. Cuma saya berpandangan bahawa ' persepsi ' Najib kena  berundur sebelum PRU 14 adalah berniat jahat. Bergantung kepada kita untuk menyubur atau meleburkan persepsi ini. Melainkan Najib benar benar berdosa kepada Umat Melayu dan UMNO, saya tidak nampak sebab mengapa beliau harus dipaksa berundur.

Cuma saya nampak pemimpin UMNO termasuk Ketua Pemuda UMNO tidak bersama Najib dalam menghadapi kesukaran. Di sini pula ada Hishammuddin. Itulah yang lebihnya.

Sewaktu seorang lelaki India meletakkan kasut di muka Najib, Pemuda UMNO sewajarnya bertindak tetapi Khairy saya fikir lebih selesa membina dirinya berbanding menjaga ketua.

A Kadir Jasin sebenar cuba ' menguji ' sesuatu dengan kenyataan Hishammuddin terpaksa menggantikan Najib yang terpaksa berundur, sedang hakikatnya Hishammuddin tiada sejarah merempuh.

Tidak elok sebenarnya jika ada sesiapa mahu dua orang tumbang serentak hanya kerana mahu memberi laluan kepada Khairy Jamaluddin. Siapa tahu sejarah bakal berulang, akan ada gandingan Hishammuddin- Mukhriz sama seperti gandingan Hussein- Mahathir sedangkan pada ketika itu kedua duanya bukan tokoh paling popular.


Mantap selepas hampir tumbang


15 comments:

  1. Khairy ok tapi gopoh. Silap silap tak dan naik.

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak perkara ini kalau dibincang. Tapi UMNO boleh kekalkah selepas PRU 14. Nampak macam tak buat apa apa pun.

    ReplyDelete
  3. Kadir Jasin sengaja nak test. Khairy tak perlu rasa syok sangat. Pemuda Umno tak buat apa pun berbanding Puteri dan wanita. Setakat glamor tak akan menangkan BN.

    ReplyDelete
  4. Elok kena ada pelapis yang jelas supaya tidak berlaku perebutan yang sengit, pecah belah dan merugikan org melayu

    ReplyDelete
  5. Aku khairy aku tak yakinlah. Aku rasa dia n i macam nuar brahim.

    ReplyDelete
  6. umno dah nak kalah. Selepas ni pm dari pas

    ReplyDelete
  7. Saya rasa Hishammuddin ada potensi. Cuma beliau perlu lebih ke depan dalam isu isu orang Melayu

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni ada cara berbeza dalam memilih pemimpin. Rakyat mahukan yang baik, senang dihubungi dan bersedia trun ke bawah. Pemimpin bertanjak, berlagak biasanya rakyat tolak.

    ReplyDelete
  9. Gandingan yang hebat kalau menjadi. Mukriz bekerja dalam senyap tapi menjadi.

    ReplyDelete
  10. Saya setuju dengan Datuk A Kadir. Sesiapa yang berminat untuk menjadi pemimpin mesti tunjukkan minat tersebut.

    ReplyDelete
  11. Saya bekas pemimpin pemuda. Saya tahu Datuk Hishammuddin mempunyai prasyarat untuk menjadi pemimpin. Tapi UMNO mesti bersatu untuk menjadikan pemimpin UMNO kuat dan berkesan. Dalam masa yang sama UMNO jangan jadi penyokong melulu. Tidak betul, katakan tidak. Ikhlas dalam perjuangan. Pemimpin hebat selalunya disokong oleh penyokong yang hebat juga.

    ReplyDelete
  12. Team dengan Mukhriz. Mantaplah Bro...

    ReplyDelete
  13. Insyaallah jika benar mereka berganding saya rasa UMNO akan kembali ke puncak

    ReplyDelete
  14. Ikut tangga. Jangan melanggar. Insyaallah.

    ReplyDelete
  15. Tak payah ada team nanti berpecah. Cuma perlu ada succession plan. Selepas PRU14 Najib perlu bagi peluang pada Muhyiddin yang begitu setia padanya. Kemudian selepas10 tahun Muhyiddin serah pula pada Hishamuddin. Begitulah seterusnya pada Mukhriz dan Khairy. Tapi khairy perlu bertaubat sepertimana Najib yang telah bertaubat. Allah akan memaafkan mereka sekiranya mereka bertaubat. Khairy is a the best orator but Malaysia need more than just a good orator as PM. Malaysia need an economic planner with the best right brain capacity and also a good orator. I Suppose Mukhriz has the best right brain ability (economic, accounting & mathematics - good with numbers & figures) & also a good orator but not as good as Khairy.

    So, let us give them the chance. Don't instigate them to fight with each other because if UMNO falls, Malays/Islam will be doomed. Trust me because I have seen what DAP has done to the Malays in Penang and I know that they are a very corrupt regime. Everybody in the business communities know this very well. Guan Eng is surrounded by the money bags and they know how to get things done. They (the money bags) will take care of SPRM - better change the Director for the Northern Region now. They can even bribe Najib to approve their reclamation projects.

    ReplyDelete