Negarawan

Negarawan

Thursday 20 November 2014

MEMIMPIN ASEAN MENGEKALKAN KEAMANAN .

KUALA LUMPUR 20 Nov - Masyarakat umum perlu tahu tentang pentingnya Asean dan bagaimana ia penting bagi kehidupan mereka dan rantau ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata oleh itu dasar keselamatan Asean harus lebih interaktif dan inklusif dalam penggubalannya untuk meningkatkan hubungan di dalam dan antara komuniti.

"Saya benar-benar mengalu-alukan idea untuk penyambungan sosial yang lebih besar ke arah mencapai matlamat ini.

"Tanpa keamanan, keselamatan dan kestabilan, komponen-komponen penting iaitu pendidikan, ekonomi, politik dan sosial tidak memberi apa-apa makna, lebih-lebih lagi ekoran ketegangan yang meningkat di peringkat global," katanya.

Beliau berkata sejak pelancarannya pada 9 Mei 2006 di Kuala Lumpur, ADMM yang merupakan mekanisme perundingan dan kerjasama pertahanan Asean, telah berkembang dalam tempoh bertahun-tahun.

Teks ucapanya dihantar ke Bernama.

"Kami sedar pelbagai peraturan yang sedia ada untuk membendung pelbagai ancaman terhadap keselamatan.

"Malaysia berharap untuk memainkan peranan yang membina bukan sahaja dengan mempengerusikan Asean tetapi juga melalui perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang dipersetujui oleh negara anggota, " katanya.

Hishammuddin berkata kejayaan Malaysia menduduki kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu bukan semata-mata untuk Malaysia, tetapi juga untuk memperjuangkan dan menampilkan suara yang bersatu mewakili Asean.

"Malaysia yakin bahawa melalui kematangan dan kebijaksanaan pemimpin kita dan penduduk Asean, kami dapat mengembangkan cara yang lebih konstruktif ke hadapan di tengah-tengah senario global yang tidak menentu.

"Malaysia berterima kasih atas penghormatan yang telah diberikan kepada kami dan akan melakukan yang terbaik untuk mengemudi Asean ke tahap seterusnya," katanya.

5 comments:

  1. Terserlah keupayaan Datuk Hisham dalam menjayakan hubungan antara bangsa, tahniah.

    ReplyDelete
  2. Satu lagi pencapaian Malaysia

    ReplyDelete
  3. Benar..byk bukti ttg keupayaan kita. Syukur dan kita pertahankan anugerah ini

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah pelihara kita dari mara bahaya

    ReplyDelete
  5. Peran angan teliti penting supaya hasilnya lumayan

    ReplyDelete