Negarawan

Negarawan

Friday 10 October 2014

TAK USAH WAYANG, JADIKAN PLKN ASET KITA !

Saya fikir masanya telah tiba. Kerajaan UMNO mesti menggunakan segala peluang yang ada untuk kekal survive menghadapi cabaran politk hasutan dan kebencian Pakatan. Kita yang rancang, kita yang keluar belanja. Apa salahnya kita menyediakan penyokong. kalau tak Pakatan yang ambil peluang ini.

KUALA LUMPUR 10 Okt - Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mulai pada hari ini terus mendapat segala maklum balas daripada pihak berkepentingan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ia bertujuan supaya mudah difahami oleh masyarakat setelah transformasi tersebut sudah dimaklumkan kepada orang ramai.

"Mulai pada hari ini, KBS dan Mindef akan mendapat maklum balas daripada pihak berkepentingan iaitu sama ada mereka merupakan jurulatih, ibu-bapa, dan kem operator.

"Dengan pengumuman Perdana Menteri pada hari ini maknanya semua sistem dilancarkan," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau turut berkata penekanan yang telah diberikan oleh Najib iaitu skil kemahiran daripada latihan PLKN adalah untuk memastikan ia membantu golongan muda mendapat kemahiran yang boleh membantu mencari pekerjaan kelak bagi golongan tersebut.

"Saya melihat kehadapan untuk berkerja bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Saya harap modul baru PLKN sedikit-sebanyak diketengahkan ke hujung tahun ini," katanya.

Terdahulu, ketika membentangkan stategi ke-6 dalam Bajet 2015 : Membangun Program Transformasi Belia Negara, Najib mengumumkan cadangan kerajaan untuk mengkaji semula program PLKN serta memperkenalkan konsep baru dalam masa terdekat iaitu menjalinkan keperluan, kemahiran, dan kenegaraan.





14 comments:

  1. Setuju. Tak payah tunjuk baik sangat. Ingat Pakatan hargai ke?

    ReplyDelete
  2. Umumnya peserta PLKN berumur 18 tahun. 3 atau 4 tahun lagi mereka akan mengundi. UMNO perlu mengambil peluang ini.

    ReplyDelete
  3. Daripada 10 orang yang saya sembang kat kedai kopi dan dipejabat, 9 orang tak setuju dengan PLKN. PLKN hanya membazir masa dan wang kerajaan. Lebih baik bajetnya digunakan untuk lain tujuan seperti kursus Bahasa Inggeris memandangkan orang Melayu tak pandai berbahasa Inggeris, susah nak pass MUET.

    Adakah PLKN mencapai matlamatnya ataupun peserta-pesertanya semakin benci kepada kerajaan. Saya pasti mereka semakin meluat kepada BN kerana dipaksa menjalani PLKN. PLKN sepatutnya ditawarkan kepada peserta2 lepasan SPM secara sukarela. Kalau jawapan anda sudah pasti tidak ada orang yang mahu mengikut program bodoh ini, maka ertinya BN sebenarnya akan kehilangan lebih banyak undi dengan PLKN!

    ReplyDelete
  4. He..he..hang sembang di kedai kopi. Umur pelanggan kedai kopi 40 tahun ke atas. Hang kena sembang dengan anak muda yang berumur 25 tahun ke bawah. Depa yang pergi PLKN. Pak depa, Tok depa mana tau...

    ReplyDelete
  5. Anon 23:54 , saya tak melihat daripada sudut lain. Dua anak saya bekas peserta PLKN. Bila mereka balik dan menjaga solat, saya sudah cukup bersyukur. Saya bagitau kawan kawan, jika ada anak anak berpeluang, pergilah. Mereka belajar banyak perkara.

    ReplyDelete
  6. Aku rasa UMNO kena bijak. Jangan peduli apa orang kata. Masa PLKN ni pengaruh budak budak tu sokong UMNO/BN. Dah memang UMNO/BN buat lebih baik dari orang lain. Najib tak liwat orang. Najib tak jual agama.

    ReplyDelete
  7. Ramai orang cakap banyak padahal tak pernah pergi pun PLKN. Aku pergi jadi peserta. Memang sangat menarik. Dapat ramai kawan termasuk Kadazan Iban. Sebelum ini tak tau pun cara hidup mereka. Sampai sekarang kami masih berkawan

    ReplyDelete
  8. Orang tua tak usah komenlah. Pak cik tak pernah pergi. Terbaiklah

    ReplyDelete
  9. Kenapa kecoh kecoh ? Saya bila keluar PLKN terus daftar jadi Puteri UMNO. Memang banyak faedah. Dulu banyak perkara saya takut, sekarang saya tak takut lagi dah.

    ReplyDelete
  10. Kalau DAP memerintah semua dia akan manipulasi

    ReplyDelete
  11. Masalah utama umno ialah nak jaga hati pembangkang sangat. Mereka tak pernah hargai

    ReplyDelete
  12. Saya setuju dengan penulis. Sementara ada masa..

    ReplyDelete
  13. Kerajaan kena kaji perkara ini dengan serius. Kalau dah terlewat, tak de makna lagi

    ReplyDelete
  14. Ramai anak muda percaya kepada UMNO cuma tak suka segelintir tidak suka sikap sesetengah pemimpin..

    ReplyDelete