Negarawan

Negarawan

Wednesday 23 July 2014

KENYATAAN JELAS, RINGKAS MENYEBABKAN KITA DIHORMATI.

Malaysia Tidak Berminat Pertimbangan Geopolitik Antarabangsa - Hishammuddin

KLUANG, 20 Julai (Bernama) -- Malaysia hanya  mahu mengetahui apa yang berlaku terhadap pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan tidak berminat dengan pertimbangan geopolitik antarabangsa melibatkan pertikaian Ukraine dan Rusia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia tidak mahu terlibat dengan perbuatan tuduh-menuduh membabitkan negara-negara berkepentingan selepas pesawat MH17 itu terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

"Bagi Malaysia, ini adalah pesawat kita, keluarga kita dan rakyat hanya mahukan yang terbaik. Kita mesti memberikan fokus yang terbaik untuk membawa balik jasad-jasad mangsa ke tanah air.

"Tuduh-menuduh, tuding-menuding jari atau pertimbangan geopolitik, itu saya tidak kisah," kata beliau kepada pemberita pada majlis Rahmat Ramadan di FELDA Ulu Pengeli di Kluang, Ahad.

Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia.

Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu.

Media asing melaporkan pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada siapa yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Hishammuddin berkata pasukan penyiasatan khas Malaysia perlu diberikan kebenaran untuk memasuki tapak nahas tanpa sebarang sekatan untuk mengetahui perkara sebenar serta mereka yang bertanggungjawab.

Selain itu katanya, akses ke kawasan kejadian juga akan membantu usaha membawa keluar mayat mangsa dan memastikan bukti-bukti penting mengenai kejadian itu terpelihara.

"Kita mahu merungkai perkara yang benar dan pihak yang bertanggungjawab, mereka perlu diheret ke muka pengadilan," katanya.

Menurutnya, lokasi kejadian perlu dipelihara daripada sebarang pencemaran kerana jika benar pesawat MH17 itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu sebagaimana yang didakwa, kesan-kesan peluru berpandu atau serpihannya boleh dikesan.

"Ia (kesan atau serpihan peluru berpandu) akan membantu pasukan penyiasat mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab," kata menteri itu.

Beberapa pihak antarabangsa sebelum ini mendakwa pesawat MH17 yang terbang pada ketinggian 33,000 kaki telah ditembak oleh peluru berpandu bumi ke udara "Buk M2" atau SA-11 "Gadfly".

Mengenai 196 mayat penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang didakwa telah dibawa keluar daripada lokasi kejadian, Hishammuddin mahu pihak berkenaan memberitahu di mana mayat-mayat itu kini ditempatkan.

Beliau mahukan pihak terbabit memberi kebenaran kepada pasukan penyiasatan khas Malaysia memeriksa mayat-mayat terbabit.

Ketika ditanya mengenai kotak hitam pesawat MH17, beliau berkata ada beberapa petanda mengenainya tetapi tiada kepastian sehingga kini.

--BERNAMA

Ulasan

Ini pendirian Kerajaan Malaysia selama ini. Berkecuali dan tidak memihak. Sikap ini juga menyebabkan negara lain tidak bertangguh dalam menghulurkan bantuan sekiranya Malaysia memerlukan bantuan.

MH370 memperlihatkan bagaimana Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah berjaya menggabungkan kekuatan 26 negara dalam usaha mencari dan menyelamat.

Kerajaan tidak pernah berubah
1. Keutamaan ialah rakyat walau apapun yang berlaku.

10 comments:

  1. Jelas kenyataan DS Hishamuddin. Maknanya kita tak kacau orang, orang juga tak boleh kacau kita.

    ReplyDelete
  2. Matlamat kita ialah membawa pulang jenazah dan mendapatkan maklumat apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  3. HISHAMUDDIN PULUN. DEMI ANAK BANGSA. INI SOAL MARUAH. SILAP CARA MARUAH TERGADAI

    ReplyDelete
  4. Ini kejayaan besar kerajaan Najib. Tahniah juga kepada Hishamuddin kerana dilihat begitu dekat dengan PM memberikan sokongan

    ReplyDelete
  5. Hishamuddin menggunakan laras diplomatik yang berkesan. Sejak MH 370 kualiti ini dapat dilihat dengan jelas.

    ReplyDelete
  6. Kalau nak memuji pun biarlah berpada pada..jangan sampai muak dan geli pula telinga mendengarnya..

    Tak abis abis cerita pasal 'dapat mayat' ni apahal?? dah membangkak dan membusuk pun..akhirnya akan dimakan tanah juga semuanya, kalau nak jual dua ringgit sekilo pun tak ada orang hendak...tang mana hebatnya lalu berterusan dinyanyikan setiap hari??

    Di Gaza lebih 2 kali ganda kematian yg di alami oleh MH17 dalam masa 17 hari dengan 4040 kecederaan..162 kanak kanak terkorban serta 78 org wanita


    petikan "639 rakyat Gaza jadi korban kezaliman Israel
    GAZA, 24 JULAI: Angka korban rakyat Palestin terus meningkat kepada 639 orang ekoran serangan keganasan Zionis yang kini masuk hari ke-17.

    Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan angka korban itu meningkat akibat serangan tentera Israel ke atas Gaza dengan 4040 yang lain cedera dalam serangan terbaru, semalam.

    Mereka memaklumkan daripada jumlah itu, sebahagiannya iaitu sekurang-kurangnya 162 orang adalah kanak-kanak dan 78 lagi wanita."

    Siapa punya angkara?? siapa yg boleh di dakwa dan siapa pula yang boleh mendakwa??? tengok sahajalah..berkokok siang malam pagi petang .. sampai waktu..belut akan pulang ke lumpur...zzzzzz

    ReplyDelete
  7. Kasihan kepada saudara di atas. Ada nada sombong dalam kenyataannya. Saya bersetuju dan suka jika sesuatu kejayaan diwar warkan sebagai tanda kita bersyukur dan menghargai kejayaan. Mungkin saudara penyokong Pakatan. Jika kerjaan silap silap inj akan diungkit ungkit. Benar mayat itu telah bengkak, telah rosak. Kalau mayat itu mayat adik saudara...isteri? Adakah saudara akan mengabaikannya? Akhirnya adakah MH 17 mengurangkan bantuan dan doa kita untuk Gaza?

    ReplyDelete
  8. Hang pun bro...hang puji pemimpin UMNO buat apa. Hang kena puji diktator Malaysia Anwar Ibrahim. Kan dia dah berjaya tipu DAP dan PAS di Selangor?

    ReplyDelete
  9. Hah hah hah. bernanah telinga Pakatan. Boleh pekak ooo. Nak puji Mat Sabu? Mahfuz ? Hah hah hah

    ReplyDelete
  10. Weii !! Jangan lupakan Haji Hadi dan Nik Aziz. Tolonglah cerita keramat tok guru tu! Macam dah wujud jer ! Kah ! Kah ! Kah !

    ReplyDelete