Negarawan

Negarawan

Sunday 6 April 2014

SESEKALI HISHAMUDDIN HUSSEIN MENYERANG BALAS !!

Dakwaan Anwar tidak berasas, sempit fikiran - Hishammuddin


MELAKA 5 April - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika benar dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia menyembunyikan maklumat kehilangan pesawat MH370, ini bermakna kesemua 26 buah negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 8 Mac lalu turut menyorokkan maklumat serupa.
“"Saya ingin bagi tahu Anwar, kalau kita sembunyi maklumat tidak mungkin sebanyak 26 buah negara, 30 agensi antarabangsa dengan penggunaan pesawat tercanggih di dunia termasuk radar serta satelit juga telah menyorok maklumat daripada pengetahuan dunia.

Saya bagi tahu dia (Anwar) nak cari jam Omega sampai hari ini pun tak jumpa, tapi nak kata kita. Ini tindakan yang tidak masuk akal, sempit fikiran dan sepatutnya dia berpijak di bumi nyata. Kalau nak main politik ada had batasannya, tergamakkah kita mengambil kesempatan politik dalam keadaan nyawa penumpang dalam pesawat itu masih tidak menentu, tergamakkah kita berpecah-belah dalam dunia sekarang telah bersatu untuk melakukan sesuatu yang baik," katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berucap sewaktu merasmikan Karnival Rakyat UMNO Bahagian Masjid Tanah peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan, Sungai Udang di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Ab. Rauf Yusoh; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Sulaiman Mohd. Ali.

Akhbar Daily Telegraph yang beribu pejabat di United Kingdom (UK) semalam menyiarkan kenyataan Anwar menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370 dan mempersoalkan kegagalan sistem radar canggih Malaysia, Marconi.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, suruhanjaya siasatan telah ditubuhkan di peringkat Kementerian Pengangkutan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menyiasat berhubung kehilangan pesawat itu di samping Dewan Rakyat akan mewujudkan Suruhanjaya Diraja.

“Jadi, amat tidak masuk akal kalau kita nak sembunyi maklumat dan pada ketika kerajaan juga akan berdepan dengan panel penyiasat di peringkat antarabangsa yang dianggotai Pakar-pakar paling hebat di dunia," katanya.

Menurut beliau, Anwar seorang yang rakus, berfikiran sempit serta cuba menangguk di air keruh apabila sanggup menidakkan usaha dilakukan negara sendiri dalam misi SAR ke atas pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Menurutnya, tindakan Ketua Pembangkang itu cukup jelas membuktikan beliau iri hati melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinan UMNO telah dapat menyatupadukan dunia dalam isu itu. - Sumber- Utusan Malaysia.


18 comments:

  1. Sebenarnya Anwar sedang sakit. Sakit jiwa, sakit otak. Kalau nak isytihar musuh No 1 Negara, Anwarlah orangnya !

    ReplyDelete
  2. Bagus sangat DS Hishamuddin balun Anwar. Asyik dia je nak balun orang, sesekali kena balas jugak. Syabas Hisham

    ReplyDelete
  3. Tergelak aku. Sedap juga sesekali Menteri ni . Jam omega pun tak dapat cari !! Kah ! Kah ! Kah ! Bagus disebut, diulang kalau tidak orang lupa Cina Doll !

    ReplyDelete
  4. Lepas ni aku rasa akan ada macai Nuar akan serang Hishamuddin. Puak ni bukan boleh Nuar disentuh, matipun sanggup !

    ReplyDelete
  5. Rasanya Datuk Hishamuddin dah byk bersabar. Serangan dari dalam blh dianggap satu pengkhianatan. Dah cantik sangat cara Datuk Hisham jawab.

    ReplyDelete
  6. Anwar Ibrahim pengkhianat

    ReplyDelete
  7. Parah da Anwar ni.... gila...org Malaysia sendiri boleh bg komen mcm tu...bodoh... sje nk nk create image buruk kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Anwar terkejut dengan jawapan Hishamuddin sebab dia fikir Hishamuddin lembut hati, boleh dikutuk dengan mudah !

    ReplyDelete
  9. Bg la perhatian sikit kt org tua bernama Anwar tu...kesian sgt tgk die...

    ReplyDelete
  10. Hisham lembut tp tegas.... nice!

    ReplyDelete
  11. Hisham, jgn goyang dgn org sakai mcm Anwar ni...

    ReplyDelete
  12. Yes! Teruskan menyerang secara lembut tp mantap Hisham. Biar terduduk org tua sakai bernama Anwar ni

    ReplyDelete
  13. Anwar ni sakit jiwa sebenarnya. ..

    ReplyDelete
  14. Anwar komunis alam baru...perlu dihapuskan sebelum jadi parah

    ReplyDelete
  15. Patut nya Anwar ni dari dulu lg kena tembak...

    ReplyDelete
  16. Cara Hishamuddin balun Anwar ni jatuh beza dgn puak2 sakai yg dok balun beliau selama ni.. cara beliau berhemah & cara org bijak pandai

    ReplyDelete
  17. Kenapa nak hentam Hisham je sedangkan ada lebih 20 buah negara yang terlibat dalam operasi ni...

    ReplyDelete
  18. Hisham teruskan serangan terhadap Anwar & puak2 sakai dia tu...tapi serangan orang yang bijak bukan macam dieorang yang x de akal tu

    ReplyDelete