Negarawan

Negarawan

Saturday 26 April 2014

" TIADA YANG MENARIK DALAM LAPORAN MH 370 "

Ini yang saya hormat Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Beliau sentiasa bercakap benar walaupun kebenaran itu menjadikannya kurang popular. Ini yang dikatakan punca mengapa perjalanan politik Hishamuddin agak berduri,  tidak semudah yang dijangka.
Selepas tercalar dalam Pemilihan UMNO yang lalu, Hishamuddin nampaknya langsung tidak bimbang sebaliknya kekal dengan cara dan sikapnya. Terus terang dan telus. Tiada kebimbangan.
Cuma yang barangkali berbeza ialah kali ini , Hishamuddin bercakap benar dalam kerangka persepsi awam berbeza. Beliau sedang dilihat sebagai bakal Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan 'tiada apa-apa yang menarik' dalam laporan awal penyiasatan kehilangan pesawat MH370 yang akan dibentang minggu depan.
Pemangku Menteri Pengangkutan itu mendakwa, ianya hanya mengandungi data awal dan  telah diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), seperti disyaratkan oleh ICAO.

"Saya tidak fikir ada apa-apa yang menarik akan didedahkan dalam laporan itu kerana ia hanya tentang data awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dapatan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 mungkin dikeluarkan minggu depan.
  
"Komitmen kerajaan untuk pencarian MH370 yang tidak henti-henti itu, saya juga menggunakan satu pasukan pakar siasatan dalaman dan dapatan awal mungkin dikeluarkan minggu depan," kata Najib dalam akaun Facebooknya.- Sumber.

20 comments:

  1. Datuk Seri kena teruskan cara dia. Orang suka kebenaran bukan retorik

    ReplyDelete
  2. Yang lepas biar lepas. Datuk Hishampun kena fikir diri dia sama.

    ReplyDelete
  3. Syukur. Hisham tak terganggu dengan macam macam provokasi. Matang

    ReplyDelete
  4. Ini yg terbaik. Apa wartawan nak kata. Tutup buku terus

    ReplyDelete
  5. Jangan berpatah hati. Teruskan berdoa. Kita harapkan rahmat Allah jua.

    ReplyDelete
  6. Tapi terus terang macam ini pun ada orang kritik juga. Tunggulah tengok

    ReplyDelete
  7. Bila dah nampak keupayaan sebenar DS Hishamuddin, orang UMNO sewajarnya bersatu nyatakan sokongan. Ini penting bagi menunjukkan UMNO itu solid dan bersatu

    ReplyDelete
  8. Menang kalah UMNO tidak bergantung kepada individu. Ia bergantung kepada orang UMNO seluruhnya. Kalau tak bekerja UM NO tak boleh nak rasa selamat

    ReplyDelete
  9. Kenyataan Hishamuddin ini dapat meminimakan spekulasi. Mungkin kita tak suka dengar tapi ini kenyataan yang perlu kita terima

    ReplyDelete
  10. Kerajaan telah lakukan yang terbaik. Kita terus berdoa supaya akhirnya kita tahu apa berlaku

    ReplyDelete
  11. Hishamuddin sangat fokus. Aku yakin segala jawapan akan kita perolehi akhirnya. Sabar dan yakinlah dengan pertolongan Allah

    ReplyDelete
  12. Tenang dan tabah. Real self Hishamuddin yang sukar dipertikai.

    ReplyDelete
  13. Itulah...baik serah kat Nuar Brahim. Sesaat jer selesai ! He..he..

    ReplyDelete
  14. Kadang kadang rasa simpati kepada pemimpin kita. Banyak ujian dan cabaran. Moga Allah berikan kekuatan.

    ReplyDelete
  15. Tak perlu popular untuk jadi yang benar

    ReplyDelete
  16. Hisham tak pernah melatah sikit pun walaupun usaha dia dipertikaikan pihak2 yang tak bertanggungjawab sebab dia tau dia buat kerja dengan jujur & ikhlas

    ReplyDelete
  17. Yang bagusnya Hishamuddin ni walaupun takde perkembangan baru dalam misi SAR MH370 tapi beliau tetap menyalurkan maklumat mengenai situasi atau hasil pencarian semasa

    ReplyDelete
  18. Orang makin yakin & percaya dengan Hishamuddin ni sebab nampak kejujuran & keikhlasan di mata beliau

    ReplyDelete
  19. Takpe Bro, walaupun takde apa2 yang menarik kami tetap sentiasa mengikuti perkembangan dari masa ke semasa

    ReplyDelete
  20. Orang sekarang perlukan pemimpin yang mencerminkan kebenaran. Hishamuddin ada ciri tersebut

    ReplyDelete