Negarawan

Negarawan

Sunday 27 April 2014

HISHAMUDDIN....SEGALANYA DIDEDAHKAN !!

Sesuatu yang menarik tentang Pemangku Menteri Pengangkutan. Sejak peristiwa bersejarah MH 370 kita dapati Hishamuddin Hussein cukup terbuka. Jika tidak melalui Sidang Media Hishamuddin akan menulis di laman sosial. Sebenarnya rakyat sangat suka dengar sesuatu yang ringan tentang seseorang tokoh selain daripada politik. Sinar Harian menyiarkan artikel di bawah. Terima kasih...






SHAH ALAM - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini.  Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Menu istimewa tersebut ‘didedahkan’ oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama.

“Makan tengah hari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.

Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.
   
Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.
   
Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan.

Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.



27 comments:

  1. Syok juga ye. Presiden US makan makanan Melayu. Ngamuk DAP !

    ReplyDelete
  2. Cantik Hishamuddin. Rakyat tumpang dengar pun ok. Ada org semua benda nak privesi

    ReplyDelete
  3. Terbuka. Tiada apapun disembunyikan. Itulah Hishamuddin daripada dulu lagi.

    ReplyDelete
  4. Kita kena berjiwa besar. Rai tetamu datang dan tunjukkan keikhlasan. Satu masa mungkin kita perlukan bantuan mereka.

    ReplyDelete
  5. Hishamuddin ni satu masa dulu kami anggap macam budak budak, rugged, happy go lucky. Dari jauh aku dapat lihat perubahan beliau. Moga berjaya bro walaupun aku dah jauh sikit. Tapi hati tetap UMNO.

    ReplyDelete
  6. Perkara begini memang sepatutnya dikongsikan bersama rakyat. Sebagai orang Melayu saya amat berbesar hati bilamana mengetahui Pemimpin Negara besar makan makanan tradisi Melayu.

    ReplyDelete
  7. Klasiklah...ikan patin..sambal belacan..

    ReplyDelete
  8. Kalaulah Hishamuddin ni jenis ' ghairah ' dah tentu benda macam ini akan jadi bahan kempen pemilihan. Tapi Hishamuddin tak pandai guna peluang.

    ReplyDelete
  9. Puak Pakatan tengah setengah mampus mencari ruang untuk balun kerajaan. Setiap perkataan Obama diambil untuk jadi bahan. Mereka lupa ' lawatan ' Obama adalah pengiktirafan yang jelas dan nyata.

    ReplyDelete
  10. Ini era baru pentadbiran negara. Selepas pelbagai cabaran dan ujian, Obama datang ke Malaysia. Setidak tidaknya ini menunjukkan keyakinan bahawa Malaysia adalah negara yang selamat untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
  11. Seronok jugak ye. Negara kita dilawati pemimpin dunia. Maknanya usaha Anwar burukkan Malaysia dah gagal.

    ReplyDelete
  12. Harapan kita agar hubungan ini tidak menguntungkan sebelah pihak sahaja.

    ReplyDelete
  13. Obama ni nampak macam ok sikit berbanding presiden terdahulu. Tapi Najib pun tak korang jugak masa aku tengok sidang media.

    ReplyDelete
  14. Obama ni walaupun Presiden negara besar tapi penakut. Tak berani jumpa Anwar Ibrahim

    ReplyDelete
  15. Ramai org takut Nuar. Pecah oooo...m

    ReplyDelete
  16. Ada orang kata Hishamuddin elit. Tapi kalau diperhatikan Hishamuddin langsung tak nampak tanjak elitnya. Humble dan selesa bergaul.

    ReplyDelete
  17. Kalau Obama nak jumpa Anwar dah tentu Obama ni jadi orang baik tapi Obama tak nak. Dia pun tak berani.

    ReplyDelete
  18. Dari sudut keselamatan kita kena akui kekuatan US. Memanglah strategi bijak bila kita tak mampu lawan, kita kawan org tu.

    ReplyDelete
  19. Elok jugak Hishamuddin share benda gini. Rakyat nak juga tau walaupun benda simple. Ada ahli politik saya tgk sangat bangga dengan kumpulan sendiri sehingga segala benda nampak sulit supaya mereka kelihatan hebat!

    ReplyDelete
  20. Semua yg berlaku ada hikmah. MH370 yg hilang menampilkan pemimpin karismatik.

    ReplyDelete
  21. Hishamuddin ni sentiasa humble & tidak bermegah2... apa yang beliau lakukan atas tanggungjawab terhadap kerja beliau sebagai seorang menteri..tak lebih2

    ReplyDelete
  22. Meroyan la geng2 Anwar tengok gambar ni..

    ReplyDelete
  23. Confirm panas hati Anwar..makin berdendam la dengan Hishamuddin

    ReplyDelete
  24. Menangis la Anwar tengok gambar ni

    ReplyDelete
  25. Menangis la Anwar tengok gambar ni

    ReplyDelete
  26. Benda simple je pun Hishamuddin share kat fb beliau..tapi benda simple ni la yang melambangkan jalinan hubungan baik antara pemimpin kita dengan pemimpin negara lain

    ReplyDelete
  27. Cara santai Hishamuddin yang buatkan beliau dekat dengan rakyat

    ReplyDelete